Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w.328/29 H (bab 41-45)


   Bab 41

☼Tentang “Inna Anzal-na-hu Fi Lailati al-Qadar” Dan Tafsirnya (fi sya‘ni inna anzal-na-hu fi lailati al-Qadar wa-tafsiri-ha)

       (213)-1. Muhammad bin Abi Abdullah dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ibn Muhammad, daripada al-Hasan bin al-‘Abbas, daripada al-Harisy, daripada Abu Ja‘far al-Thani berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala bapaku a.s (al-Baqir) mengelilingi Ka‘bah, tiba-tiba seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain, telah menghalang tawafnya sehingga beliau membawanya ke sebuah rumah di sekitar al-Safa, lalu beliau mengiringiku, maka kami hanya bertiga. Beliau telah berkata: Selamat datang (marhaban), wahai anak lelaki Rasulullah, kemudian beliau telah meletakkan tangannya di atas kepalaku sambil berkata: Allah memberkati anda, wahai orang yang dipercayai Allah (aminu llah) selepas bapa-bapanya. Wahai Abu Ja‘far, Jika anda mahu, maka beritahulah kepadaku dan jika anda mahu, maka aku memberitahu kepada anda. Jika anda mahu, bertanyalah kepadaku dan jika anda mahu, aku bertanya anda.
       Dan jika anda mahu, maka anda membenarkan aku. Dan jika anda mahu, aku membenarkan anda? Beliau a.s telah berkata: Semuanya aku mahu. Beliau a.s telah berkata: Berhati-hatilah, supaya lidah anda tidak bercakap tentang masalahku dengan perkara yang mana anda menyembunyikannya daripadaku. Sesungguhnya orang yang melakukan sedemikian ialah orang yang di hatinya dua ilmu yang salah satu daripadanya menyalahi yang lain. Sesungguhnya Allah a.w enggan mempunyai ilmu yang bertentangan (ikhtilaf). Beliau telah berkata: Inilah masalahku dan sesungguhnya aku telah menerangkan sebahagiannya. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang ilmu yang tidak ada pertentangan (ikhtilaf); siapakah yang mengetahuinya?
       Beliau a.s telah berkata: Jumlah ilmu secara keseluruhannya adalah di sisi Allah. Adapun ilmu yang diperlukan oleh hamba-hamba-Nya, maka ia di sisi para wasi. Beliau a.s telah berkata: Lelaki itu telah membuka serbannya, lalu duduk dan cahaya mukanya berseri sambil berkata: Inilah yang aku telah mahu, kerana itulah aku telah datang. Anda mendakwa bahawa ilmu yang tidak ada pertentangan itu ada di sisi para wasi, bagaimana mereka mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Ianya sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mengetahuinya. Tetapi mereka tidak melihat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melihatnya, kerana beliau adalah seorang nabi dan mereka adalah muhaddathuun. Rasulullah s.a.w pernah berjalan malam (asra) kepada Allah, lalu baginda s.a.w telah mendengar wahyu sedangkan mereka pula tidak mendengarnya. Beliau telah berkata: Anda memang benar, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku akan mengemukakan kepada anda masalah yang lebih sukar lagi.
       Beritahulah kepadaku tentang ilmu yang tidak zahir? Sebagaimana ia telah zahir bersama Rasulullah s.a.w? Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku a.s (al-Baqir) telah tersenyum dan berkata: Sesungguhnya Allah enggan mendedahkan ilmu-Nya melainkan kepada orang yang telah diuji imannya mengenainya sebagaimana telah berlaku kepada Rasulullah s.a.w yang telah bersabar di atas penyeksaan kaumnya dan tidak menentang mereka melainkan dengan perintah-Nya. Berapa banyak rahsia yang baginda s.a.w telah sembunyikannya sehingga turun firman-Nya: “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terang segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari mereka yang musyrik”[1]. Demi Allah, jika baginda s.a.w telah menyampaikannya sebelum ini, nescaya beliau telah selamat, tetapi baginda s.a.w telah memusatkan kepada ketaatan [Nya] dan khuatir tentang pertentangan. Justeru, baginda s.a.w telah menahan dirinya [dari melakukannya]. Aku mahu mata anda akan bersama Mahdi umat ini dan para malaikat dengan pedang-pedang keluarga Daud di antara langit dan bumi yang mana roh-roh mereka yang kafir diseksa dan roh-roh seumpama mereka yang masih hidup akan bersama mereka.
       Kemudian beliau a.s telah mengeluarkan pedangnya, kemudian beliau telah berkata: Ini adalah salah satu daripadanya. Bapaku telah berkata: Ya, demi Yang telah memilih Muhammad ke atas semua manusia. Beliau a.s (Abu Abdillah) telah berkata: Lelaki itu telah mendedahkan mukanya sambil berkata: Aku adalah Ilyas. Aku tidak bertanya anda tentang urusan anda kerana aku tidak mengetahuinya, tetapi aku mahu supaya diskusi  ini menjadi kekuatan kepada para sahabat anda dan aku akan memberitahu kepada anda satu tanda yang mana anda akan mengetahuinya, jika mereka bertengkar mengenainya, mereka akan menang.
       Beliau a.s telah berkata: Bapaku telah berkata kepadanya: Jika anda mahu, aku akan memberitahu anda mengenainya? Beliau (Ilyas) telah berkata: Aku mahu. Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Syiah kami jika mereka telah berkata kepada orang yang tidak bersetuju dengan kami (ahl al-Khilaf): Sesungguhnya Allah a.w telah berfirman kepada Rasul-Nya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur’an) pada malam kemuliaan” sehingga akhir surah.[2] Adakah Rasulullah s.a.w mengetahui sesuatu yang beliau tidak mengetahuinya pada malam itu atau Jibrail a.s  membawanya (ilmu) kepadanya pada malam yang lain? Sesungguhnya jika mereka berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Adakah perlu baginda s.a.w menzahirkan ilmunya sebelumnya?
       Jika mereka akan berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Adakah apa yang telah dizahirkan oleh Rasulullah s.a.w tentang ilmu Allah itu terdapat pertentangan (ikhtilaf)? Jika mereka telah berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Jika seseorang yang menghukum dengan hukum Allah yang ada padanya pertentangan, adakah beliau menyalahi Rasulullah s.a.w? Mereka akan berkata: Ya. Jika mereka telah berkata: Tidak, maka mereka telah bercanggah dengan kata-kata mereka yang pertama, maka katakanlah kepada mereka: “Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mendalam ilmunya”[3]
       Jika mereka telah berkata: Siapakah mereka yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun fi al-‘Ilm)? Maka katakanlah kepada mereka: Mereka yang tidak bertentangan pada ilmunya. Jika mereka telah berkata: Siapakah mereka? Katakanlah: Rasulullah s.a.w adalah orangnya, adakah baginda s.a.w telah menyampaikannya atau tidak? Jika mereka telah berkata: Baginda s.a.w telah menyampaikannya, maka katakanlah kepada mereka: Adakah Rasulullah s.a.w telah mati dan khalifah selepasnya telah mengetahui ilmu yang tidak ada pertentangan?
       Jika mereka telah berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya khalifah Rasulullah s.a.w seorang yang kuat (muayyad) kerana Rasulullah s.a.w tidak melantik penggantinya melainkan beliau menghukum dengan hukumnya kecuali beliau seumpamanya selain daripada kenabian. Jika Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang yang menepati ilmunya, nescaya baginda s.a.w telah mensia-siakan zuriat mereka  yang masih di salbi lelaki selepasnya.
       Jika mereka telah berkata kepada anda: Sesungguhnya ilmu Rasulullah s.a.w adalah daripada al-Qur’an, maka katakalah kepada mereka Firman Allah: “Haa miim. Demi Kitab (al-Qur’an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kamilah Yang mengutus rasul-rasul”[4]
       Jika mereka telah berkata kepada anda: Allah tidak menurunkan [nya] melainkan kepada seorang nabi, maka katakanlah kepada mereka: Adakah urusan yang penuh hikmah ini dari malaikat dan ruhyang turun dari langit ke langit atau dari langit ke bumi? Jika mereka telah berkata: Dari langit ke langit, maka tidak ada seorang pun di langit yang kembali dari ketaatan kepada maksiat. Jika mereka telah berkata: Dari langit ke bumi, maka penghuni bumi adalah makhluk yang lebih berhajat kepadanya. Maka katakanlah kepada mereka: Adakah mereka perlu kepada seorang sayyid atau maula yang mana mereka dapat merujuk kepadanya di dalam pertengkaran mereka?
       Jika mereka telah berkata: Khalifah adalah hakim di dalam pertengkaran mereka, maka katakanlah kepada mereka: Firman-Nya “Allah Pelindung mereka yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan mereka yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”[5] Aku bersumpah bahawa tidak ada di bumi dan di langit wali Allah melainkan dia disokong [oleh Allah] dan sesiapa yang disokong [oleh Allah] tidak akan dihina. Tidak ada di bumi musuh Allah melainkan beliau dihina. Dan sesiapa yang dihina, tidak akan berjaya. Turunnya perintah dari langit adalah perlu bagi menghukum penghuni bumi. Begitu juga seorang wali adalah perlu.
       Jika mereka telah berkata: Kami tidak mengetahui perkara ini, maka katakanlah kepada mereka: Katakan saja apa yang kamu suka, Allah enggan, selepas Muhammad s.a.w, meninggalkan hamba-hamba-Nya tanpa Hujjah ke atas mereka. Abu Abdillah a.s telah berkata: Kemudian beliau (Ilyas) telah berhenti dan berkata: Di sinilah, wahai anak lelaki Rasulullah, inilah perkara yang rumit (bab ghamidh). Jika anda fikir bahawa mereka telah berkata: Hujjah Allah: Al-Qur’an? Beliau (Ilyas) telah berkata: Aku akan berkata kepada mereka: Sesungguhnya al-Qur’an tidak bercakap, menyuruh atau melarang. Lantaran itu, al-Qur’an perlu kepada ahli (orang) yang boleh memerintah dan melarang dan aku telah berkata: Musibah telah berlaku kepada sebahagian penghuni bumi yang tidak ada di dalam sunnah [nabi s.a.w] dan hukum yang tidak ada pertentangan serta tidak ada di dalam al-Qur’an, tetapi Allah enggan- kerana ilmu-Nya-fitnah itu berlaku di bumi dan tidak ada di dalam hukuman-Nya untuk menolaknya dan menyelamatkan penghuninya[6].
       Maka beliau telah berkata: Di sinilah, kamu akan berjaya, wahai anak lelaki Rasulullah, aku naik saksi bahawa Allah telah mengetahui musibah yang akan menimpa makhluk-Nya di bumi atau pada diri mereka mengenai agama dan lain-lain, lalu Dia telah meletakkan al-Qur’an sebagai dalil. Lelaki itu telah berkata: Adakah anda mengetahui, wahai anak lelaki Rasulullah, apakah dalil itu?
       Abu Ja‘far a.s telah berkata: Ya, padanya beberapa batasan dan tafsirannya di dalam hukuman, maka beliau a.s telah berkata: Allah enggan mengenakan musibah kepada hamba-Nya pada agamanya atau pada dirinya atau pada hartanya yang mana tidak ada di bumi-Nya seorang hakim yang dapat menghukum mereka dengan adil. Beliau a.s (Abu Abdillah) telah berkata: Lelaki itu telah berkata: Adapun di dalam perkara ini, kamu akan berjaya ke atas mereka dengan seorang Hujjah melainkan musuh kamu bercakap dengan kebatilan menentang Allah, maka beliau (musuh) telah berkata: Tidak ada bagi Allah Hujjah, tetapi beritahulah kepadaku tentang tafsir “Supaya jangan kamu berdukacita terhadap apa yang luput dariapdamu” Ia dikhususkan untuk Ali a.s. “Dan jangan kamu terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu”[7]. Beliau a.s telah berkata: Ia dikhususkan untuk Abi fulan[8] dan para sahabatnya.
       Satu ayat didahulukan dan satu ayat dilewatkan “Supaya jangan kamu berdukacita terhadap apa yang luput dariapdamu” Dikhususkan untuk Ali a.s. “Dan jangan kamu terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu” Fitnah yang dibentangkan kepada kamu selepas Rasulullah s.a.w. Kemudian lelaki itu telah berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya kamu adalah pemilik hukumnya (ashab al-Hukm) yang tidak ada pertentangan padanya. Kemudian lelaki itu telah berdiri dan meninggalkan tempat itu dan aku tidak melihatnya lagi.

       (214)-2. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala bapaku (al-Baqir) sedang duduk dan di sisinya beberapa orang, beliau a.s telah ketawa sehingga dua matanya berlinang dengan air mata, kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang membuatkan aku ketawa? Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka telah berkata: Tidak, beliau a.s (al-Baqir) telah berkata: Ibn ‘Abbas[9] telah mendakwa bahawa beliau adalah salah seorang yang telah berkata: “Sesungguhnya mereka yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah, kemudian meneguhkan pendirian mereka”[10]
       Maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anda telah melihat malaikat, wahai Ibn ‘Abbas, menceritakan kepada anda bahawa mereka adalah penolong-penolong anda di dunia dan di akhirat, aman daripada ketakutan dan dukacita? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Sesungguhnya mukminun itu adalah saudara”[11] Dan semua umat termasuk di dalam ayat ini, maka akupun ketawa. Kemudian aku telah berkata: Anda memang benar, wahai Ibn ‘Abbas, aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah di dalam hukum Allah pertentangan?
        Beliau telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Apakah pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah memotong jari tangan seorang lelaki (asaabi‘a-hu) dengan pedang sehingga terputus, kemudian beliau pergi dan seorang lelaki lain datang, lalu memotong tapak tangannya (kaffa-hu), kemudian beliau datang kepada anda dan anda sebagai hakim, bagaimana anda akan melakukannya? Ibn ‘Abbas telah berkata: Aku akan berkata kepada pemotongnya (al-Qati‘)[12]: Berilah kepadanya diat (denda) tapak tangannya dan aku akan berkata kepada orang yang dipotong  tapak tangannya [al-Maqtu‘]: Berdamailah dengannya menurut kehendak anda dan tampil bersamanya kepada dua orang lelaki yang adil. Aku telah berkata: Pertentangan dengan hukum Allah telah berlaku di sini, anda telah menyalahi kata-kata anda yang pertama.
       Allah enggan melakukan sesuatu batasan hukum kepada makhluk-Nya sedangkan tafsiran mengenainya tidak ada di bumi. Potonglah  tangan [lelaki yang kedua) yang telah memotong tapak tangan lelaki itu. Kemudian berilah kepada lelaki yang pertama [supaya membayar] diat anak jarinya [yang dipotong]. [13]Demikianlah hukum Allah pada malam diturunkan perintah-Nya. Jika anda menentangnya selepas anda mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w, maka Allah akan memasukkan anda ke neraka sebagaimana Dia telah membutakan mata anda pada hari anda menentang Ali bin Abu Talib. Beliau telah berkata: Lantaran itu, Dia telah membuat mata aku buta. Beliau a.s telah berkata: Bagaimana anda mengetahuinya! Demi Allah, mataku telah menjadi buta kerana pukulan sayap malaikat.
       Beliau a.s telah berkata: Ini telah membuatku ketawa, kemudian aku telah meninggalkanya pada harinya kerana kelemahan akalnya. Kemudian aku telah bertemu dengannya, maka aku telah berkata: Wahai Ibn ‘Abbas, anda tidak bercakap benar semenjak kelmarin. Ali bin Abu Talib telah berkata kepada anda: Sesungguhnya malam Lailatu l-Qadr adalah pada setiap tahun. Sesungguhnya urusan tahunan diturunkan pada malam itu. Dan bagi urusan ini ada pelaksana-pelaksananya (wulat) selepas Rasulullah s.a.w. Lantas anda berkata: Siapakah mereka? Maka beliau a.s telah berkata: Aku dan sebelas para imam daripada salbiku adalah muhaddathuun.
       Anda telah berkata: Aku tidak berpendapat sedemikian. Ia adalah untuk semua orang kecuali Rasulullah s.a.w. Kemudian malaikat yang bercakap kepada Ali telah menampakkan dirinya kepada anda dan berkata: Anda telah berbohong, wahai Abdullah, dua mataku telah melihat apa yang dicakapkan oleh Ali kepada anda- Dua matanya tidak melihatnya, tetapi hatinya menyedarinya dan menetap pada pendengarannya-kemudian dia telah memukul anda dengan sayapnya dan anda telah menjadi buta. Ibn ‘Abbas telah berkata: Apa yang kita telah berselisih pendapat di dalam suatu perkara, maka hukumnya [kembali] kepada Allah. Maka aku telah berkata kepadanya: Adakah Allah telah menghukum satu perkara dengan dua hukuman? Beliau telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Di sinilah anda telah binasa dan membinasakan orang lain.

       (215)-3. Dengan sanad-sanad yang sama, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah berfirman pada malam Lailatu l-Qadr “Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah”[14] Yang bijaksana tidak boleh menjadi dua perkara, kerana ia adalah satu perkara sahaja. Sesiapa yang menghukum [sesuatu perkara] tanpa padanya pertentangan, maka hukumnya adalah hukum Allah a.w. Sesiapa yang menghukum sesuatu perkara yang ada padanya pertentangan dan berpendapat bahawa beliau seorang benar (musib), maka sesungguhnya beliau telah menghukum dengan hukum taghut. Sesungguhnya tafsiran semua perkara diturunkan pada malam Lailatu l-Qadrdari setahun ke setahun kepada orang yang mempunyai kuasa (waliyyu al-Amr) diperintahkan padanya untuk urusan dirinya seperti itu dan ini. Dan untuk urusan orang ramai seperti itu dan ini. Sesungguhnya akan berlaku ilmu Allah a.w secara khusus dan keajaiban rahsia yang tersembunyi [didedahkan] kepada wali (al-Amr) setiap hari sebagaimana urusan yang diturunkan pada malamLailatu l-Qadr. Kemudian beliau a.s telah membaca Firman-Nya: “Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagisesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana”[15]

       (216)-4. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah membaca firman-Nya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam Lailatu l-Qadr”[16] Beliau a.s berlata: Memang benar bahawa Allah telah menurunkan al-Qur’an pada malam Lailatu l-Qadr. Tetapi apakah dia  malam Lailatu l-Qadr itu? Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku tidak mengetahuinya. Allah telah berfirman: “Malam Lailatu l-Qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan”[17] yang tidak ada padanya Lailatu l-Qadr. Dia telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mengetahui kenapakah ia lebih baik daripada seribu bulan? Baginda s.a.w telah bersabda: Tidak, Dia telah berfirman: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan”[18]
       Apabila Allah telah izin dengan sesuatu, maka sesungguhnya Dia telah meredainya “Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga sampai terbit fajar”[19] Kemudian Dia telah berfirman di dalam Kitab-Nya: “Dan peliharalah dirimu daripada fitnah yang tidak khusus menimpa mereka yang zalim saja di antara kamu”[20] (Begitu juga fitnah) pada ayat “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam Lailatu l-Qadr” Dan Dia telah berfirman di dalam Kitab-Nya: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa rasul. Apakah jika dia mati atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah kan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur”[21]
       Dia telah berfirman di dalam ayat yang pertama bahawa Muhammad ketika mati, ahli khilaf (penentang) akan berkata: Lailaatu l-Qadr telah berlalu bersama Rasulullah s.a.w, maka ini adalah fitnah yang telah menimpa mereka secara khusus. Justeru, mereka telah murtad ke belakang. Jika mereka telah berkata: Lailatu l-Qadr tidak berlalu, maka sudah pasti ada perintah Allah pada malamLailatu l-Qadr. Dan apabila mereka mengakui urusan tersebut, maka sudah pasti ada seorang yang akan menerimanya[22].

       (217)-5. Dan daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s banyak berkata bahawa al-Taimi[23] dan al-‘Adawi[24] pernah berkumpul di sisi Rasulullah s.a.w yang sedang membaca:“Innaan-zal-na-hu” (Sesungguhnya kami telah menurunkannya) dengan khusuk dan tangisan, lalu mereka berdua berkata: Alangkah lembutnya hati anda ketika membaca surah ini? Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kerana mataku melihat, hatiku sedar dan hati lelaki ini[25] yang akan melihat selepasku. Lantas mereka berdua berkata: Apakah yang anda melihatnya dan apakah yang dia akan melihatnya? Beliau telah berkata: Maka baginda s.a.w  telah menulis di tanah untuk mereka berdua: “Malaikat-malaikat dan Ruh akan turun padanya dengan izin Tuhan mereka daripada setiap urusan”[26].
       Rasulullah s.a.w telah bersabda: Adakah ada lagi sesuatu selepas firman-Nya “min kulli amr” (daripada setiap sesuatu). Mereka berdua berkata: Tidak, adakah kamu berdua mengetahui kepada siapakah surah ini diturunkan? Mereka berdua berkata: Anda, wahai Rasulullah, maka baginda s.a.w telah bersabda: Ya. Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Adakah Lailatu l-Qadr akan berlaku selepasku? Mereka berdua telah berkata: Ya, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Adakah urusan (al-Amr) akan turun padanya? Mereka berdua telah berkata: Ya, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kepada siapakah ia [akan diturunkannya]? Mereka berdua telah berkata: Kami tidak mengetahuinya. Lalu Rasulullah s.a.w telah memegang kepalaku sambil bersabda: Jika kamu berdua tidak mengetahuinya, maka ketahuilah sekarang bahawa beliaulah orang selepasku[27] Beliau telah berkata: Dua lelaki ini mengetahui malam itu (Lailatu l-Qadr) selepas Rasulullah s.a.w kerana ketakutan akan menguasai mereka berdua.

       (218)-6. Dan daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Wahai kumpulan Syiah, berhujahlah denganInna anzal-na-hu[28], nescaya kamu akan berjaya. Demi Allah, sesungguhnya ia adalah Hujjah Allah di atas makhluk-Nya selepas Rasulullah s.a.w. Ia adalah penghulu agama kamu (inna-ha la-sayyidatu dini-kum) dan ia adalah matlamat ilmu kami. Wahai kumpulan Syiah, berhujahlah dengan “Haa miim wa al-Kitab al-Mubin…” “Haa miim, demi Kitab yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan”[29] Sesungguhnya ayat ini dikhususkan kepada wulaat al-Amr (mereka yang mempunyai kuasa agama) selepas Rasulullah s.a.w. Wahai kumpulan Syiah, Allah telah berfirman: “Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan”[30]
       Seorang lelaki telah berkata: Wahai Abu Ja‘far, pemberi peringatan umat ialah Muhammad s.a.w. Beliau a.s telah berkata: Anda memang benar, adakah di sana pemberi peringatan (nadhir) sedangkan baginda s.a.w masih hidup, di kalangan mereka yang diutuskan ke seluruh pelusuk dunia? Maka lelaki yang bertanya telah berkata: Tidak, maka Abu Ja‘far a.s telah berkata: Adakah anda percaya bahawa mereka yang diutus oleh Rasulullah s.a.w itu bukanlah pemberi peringatannya sebagaimana Rasulullah s.a.w di dalam utusannya daripada Allah sebagai pemberi peringatan? Beliau telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Begitu juga Muhammad tidak mati melainkan baginya utusan yang akan menjadi pemberi peringatan. Jika anda telah berkata: Tidak, sesungguhnya baginda s.a.w telah mensia-siakan zuriat lelaki daripada umatnya.
       Lelaki itu telah berkata: Adakah al-Qur’an tidak cukup untuk mereka? Beliau a.s telah berkata: Ya, sekalipun mereka mendapati pentafsir untuknya. Lelaki itu telah berkata: Rasulullah s.a.w tidak mentafsirkannya? Beliau a.s telah berkata: Ya, baginda s.a.w telah mentafsirkannya kepada seorang lelaki dan baginda s.a.w telah menjelaskan kepada umat bahawa lelaki itu ialah Ali bin Abu Talib. Lelaki yang bertanya itu berkata: Wahai Abu Ja‘far, ini adalah perkara khusus bahawa ramai orang tidak dapat menerimanya. Beliau a.s telah berkata: Allah enggan disembah melainkan secara rahsia (an yu‘bada illa sirran) sehingga tiba masa-Nya untuk menzahirkan agama-Nya sebagaimana Rasulullah s.a.w bersama Khadijah telah merahsiakannya sehingga baginda s.a.w diperintahkan secara terang-terang.
       Lelaki yang bertanya itu telah berkata: Adakah mustahak bagi pengamal agama ini merahsiakannya? Atau tidakkah Ali bin Abu Talib a.s telah merahsiakan imannya pada hari beliau a.s telah menerima Islam bersama Rasulullah s.a.w sehingga ia diisytiharkannya? Beliau a.s telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata lagi: Begitu juga urusan kami sehingga masa yang ditetapkan-Nya itu tiba.
        (219)-7. Dan daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakanLailatu l-Qadr pada permulaan Dia menciptakan dunia. Dia telah menciptakan padanya seorang yang akan menjadi nabi dan seorang yang akan menjadi wasi. Dia telah memerintahkan supaya pada setiap tahun akan berlaku satu malam yang akan diturunkan tafsiran segala perkara sehingga kepada malam yang sama pada tahun berikutnya. Sesiapa yang menentangnya, maka sesungguhnya dia telah menentang keilmuan Allah a.w, kerana para nabi, para rasul dan muhaddathuun tidak dapat melaksanakan [tugasan mereka] melainkan dengan hujjah yang datang kepada mereka pada malam itu bersama hujjah yang dibawa kepada mereka oleh Jibrail a.s. Aku telah berkata: Muhaddathuun juga didatangi oleh Jibrail atau malaikat a.s yang lain? Beliau a.s telah berkata: Adapun para nabi dan para rasul a.s adalah pasti, tetapi ia adalah mustahak kepada selain daripada mereka pada hari pertama diciptakan bumi sehingga ke akhir kebinasaannya bahawa bumi wajib mempunyai hujjah yang diturunkan pada malam itu kepada makhluk-Nya yang dicintaiNya.
       Demi Allah, sesungguhnya Ruh dan malaikat telah turun pada malam Lailatu l-Qadr  kepada Adam a.s. Demi Allah, Adam tidak mati melainkan baginya seorang wasi dan setiap nabi selepas Adam didatangi Lailatu l-Qadr. Dan beliau telah melantik wasinya selepasnya. Demi Allah, setiap nabi diperintahkan supaya Lailatu l-Qadr berlaku kepadanya daripada Adam sehinggalah kepada Muhammad s.a.w supaya melantik penggantinya. Sesungguhnya Allah a.w telah berfirman di dalam Kitab-Nya kepada wulaat al-Amr [31] selepas Muhammad secara khusus: “Dan Allah berjanji kepada mereka yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan mereka yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan sesiapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah golongan yang fasik”[32]
       Beliau a.s [di dalam tafsirannya] telah berkata: Aku melantik kamu sebagai pengganti kerana ilmu-Ku, agama-Ku dan iabdat kepadaKu selepas nabi kamu sebagaimana Dia telah melantik para wasi Adam selepasnya sehingga Dia mengutus nabi berikutnya “Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku” Beliau a.s telah berkata: Mereka menyembahKu dengan iman bahawa tiada nabi selepas Muhammad s.a.w. Sesiapa yang telah berkata sebaliknya “Maka mereka itulah golongan yang fasik”. Lantaran itu, Dia telah memperkuatkan wulaat al-Amrselepas Muhammad dengan ilmu, maka mereka itu ialah kami (wa-nahnu-hum). Bertanyalah kami jika apa yang kami perkatakan itu benar. Jika begitu, terimalah, tetapi kamu tidak akan melakukannya. Adapun ilmu kami adalah terserlah (zahir) di sepanjang ajal kami dan agama juga terserlah daripada kami sehingga tiada pertentangan di kalangan orang ramai. Sesungguhya ia mempunyai ajal berlalunya malam dan siang. Apabila ia datang akan terserlah dan urusan orang ramai adalah satu. Demi Allah, perkara itu telah ditetapkan bahawa tiada pertentangan di antara mukminin. Justeru, Dia telah menjadikan mereka saksi ke atas manusia agar Muhammad s.a.w akan menjadi saksi ke atas kami.
       Kami menjadi saksi ke atas Syiah kami dan Syiah kami pula menjadi saksi ke atas orang ramai. Allah enggan hukum-Nya akan bertentangan di antara ahli ilmu-Nya. Kemudian Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kelebihan iman mukmin yang membawa “Inna anzal-na-hu” dan tafsirnya ke atas orang yang tidak seumpamanya  di dalam keimanannya seperti kelebihan manusia ke atas binatang. Sesungguhnya Allah a.w mempertahankan mereka yang percaya dengannya dari mereka yang mengingkarinya di dunia-kerana kesempurnaan azab akhirat bagi orang yang telah mengetahui bahawa Dia tidak menerima taubat mereka-sebagaimana Dia mempertahankan pejuang-pejuang dari mereka yang tinggal di rumah. Aku tidak mengetahui jihad pada zaman ini selain daripada haji, umrah dan kejiranan.

       (220)-8. Beliau [33]telah berkata: Seorang lelaki telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Wahai anak lelaki Rasulullah, janganlah anda marah kepadaku. Beliau a.s telah berkata: Kenapa? Beliau telah berkata: Kerana aku mahu bertanya sesuatu kepada anda. Beliau a.s telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Janganlah anda marah kepadaku? Beliau a.s telah berkata: Aku tidak akan marah kepada anda. Beliau telah berkata: Adakah anda faham kata-kata anda tentang Lailatu l-Qadr, Malaikat dan Ruh turun padanya [Lailatu l-Qadr) kepada para wasi, mendatangi mereka dengan perkara yang Rasulullah s.a.w tidak mengetahuinya? Atau mereka mendatangi mereka (para wasi) dan Rasulullah s.a.w telah mengetahuinya? Dan anda telah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan di sana tidak ada sesuatu daripada ilmunya melainkan Ali menyedarinya? Abu Ja‘far a.s telah berkata: Tidak ada apa-apa di antara aku dan anda, wahai lelaki, dan siapakah yang membenarkan anda datang kepadaku? Beliau telah berkata: Penyelesaian tuntutan hutang yang telah membenarkan aku datang kepada anda, beliau telah berkata: Fahamilah apa yang aku katakan kepada anda.
       Sesungguhnya Rasulullah s.a.w manakala diperjalankan (usria bi-hi),[34]baginda s.a.w tidak turun atau pulang sehingga Allah memberitahu kepadanya ilmu yang telah berlaku dan ilmu yang akan berlaku (‘ilma ma kana wa-ma- sayakun). Tetapi kebanyakan ilmunya itu secara ringkas dan penjelasannya akan berlaku pada malam Lailatu l-Qadr. Demikian juga dengan Ali bin Abu Talib, beliau a.s telah mengetahui ilmu secara ringkas dan penjelasannya (tafsirnya)akan berlaku pada malam-malam al-Qadr sebagaimana Rasulullah s.a.w [mengetahuinya].
       Lelaki yang bertanya telah berkata: Tidakkah ada di dalam ringkasannya itu penjelasan? Beliau a.s telah berkata: Ya, tetapi ia akan berlaku dengan perintah Allah pada malam-malam al-Qadr kepada Nabi dan para wasi: Lakukan itu dan ini tentang perkara yang mereka telah mengetahuinya sebelumnya (li-amrin qad kanuu ‘alimuu-hu), mereka diperintahkan supaya melakukannya padanya. Aku telah berkata: Jelaskan ia kepadaku?[35] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w tidak mati tanpa menghafaz ringkasan ilmu dan penjelasannya (tafsirnya).
       Aku telah berkata: Apakah ilmu yang mendatanginya pada malam-malam al-Qadr? Beliau a.s telah berkata: Perintah dan pemudahan (al-Amr wa al-Yusr) apa yang baginda s.a.w telah mengetahuinya sebelumnya. Lelaki yang bertanya telah berkata: Adakah ilmu yang berlaku kepada mereka pada malam-malam al-Qadr itu selain daripada ilmu yang mereka telah mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Ini adalah di antara perkara-perkara yang mereka telah diperintahkan supaya merahsiakannya dan tiada seorangpun yang mengetahui tafsir yang anda tanya melainkan Allah a.w.
       Lelaki yang bertanya telah berkata: Adakah para wasi mengetahui apa yang tidak diketahui oleh para nabi? Beliau a.s telah berkata: Tidak, bagaimana wasi mengetahui selain daripada ilmu yang diwasiatkan kepadanya, lelaki yang bertanya telah berkata: Bolehkah kita berkata: Sesungguhnya seorang daripada para wasi itu mengetahui apa yang tidak diketahui oleh yang lain? Beliau a.s telah berkata: Tidak, seorang nabi tidak mati melainkan ilmunya berada pada wasinya. Sesungguhnya malaikat dan Ruh turun pada malam al-Qadr dengan hukum yang  akan dilaksanakan oleh Nabi s.a.w terhadap hamba-hamba-Nya.
       Lelaki yang bertanya telah berkata: Mereka tidak mengetahui hukum itu sebelumnya? Beliau a.s telah berkata: Ya (balaa), mereka telah mengetahuinya, tetapi mereka tidak mampu melakukan sesuatu daripadanya sehingga mereka diperintahkan pada malam-malam al-Qadr[36] untuk melakukannya pada tahun yang akan datang[37]. Lelaki yang bertanya telah berkata: Wahai Abu Ja‘far, adakah aku mampu mengingkarinya? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang mengingkarinya, maka beliau bukanlah daripada kami.
       Lelaki yang bertanya telah berkata: Wahai Abu Ja‘far, apakah pendapat anda tentang Nabi s.a.w, adakah sesuatu yang mendatanginya pada malam-malam al-Qadr yang baginda s.a.w tidak mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Anda tidak dibenarkan bertanya soalan seperti ini. Adapun tentang ilmu yang telah berlaku dan akan berlaku, maka seorang nabi atau seorang wasi tidak akan mati kecuali wasi selepasnya mengetahui ilmunya. Adapun ilmu yang anda bertanya mengenainya, maka sesungguhnya Allah enggan ia diketahui oleh para wasi melainkan mereka sendiri [ingin mengetahuinya] [38]
       Lelaki yang bertanya telah berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, bagaimana aku mengetahui bahawa Lailatu l-Qadr berlaku pada setiap tahun? Beliau a.s telah berkata: Apabila tiba bulan Ramadan, maka bacalah Surah al-Dukhaan pada setiap malam seratus kali. Apabila tiba malam yang kedua puluh tiga, maka anda lihatlah kepada kebenaran yang anda tanyakan mengenainya.

       (221)-9. Dan beliau (Abu Abdillah a.s atau Abu Ja‘far al-Thani) berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Apa yang kamu lihat mereka yang diutus oleh Allah a.w untuk merosakkan ahli kesesatan daripada bala tentera syaitan dan pasangan mereka lebih banyak dari apa yang kamu lihat tentang khalifah Allah yang diutus untuk keadilan dan kebenaran daripada para malaikat. Ada orang berkata: Wahai Abu Ja‘far, bagaimana sesuatu itu lebih banyak daripada malaikat? Beliau a.s telah berkata: Sebagaimana Allah kehendaki, seorang lelaki telah berkata: Wahai Abu Ja‘far, sesungguhnya jika aku menceritakan kepada sebahagian Syiah tentang hadis ini, nescaya mereka mengingkarinya. Beliau a.s telah berkata: Bagaimana mereka mengingkarinya?
       Lelaki itu telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya malaikat adalah lebih banyak daripada syaitan. Beliau a.s telah berkata: Apa yang anda katakan itu benar, fahamilah apa yang aku akan katakannya: Sesungguhnya tiada siang dan malam melainkan semua jin dan syaitan akan melawat imam-imam sesat. Dan bilangan yang sama daripada malaikat melawat imam petunjuk (imamal-Huda) sehingga Lailatu l-Qadr tiba. Maka sebahagian malaikat akan turun pada malam al-Qadrkepada wali al-Amr.
       Allah telah menciptakan-Atau beliau a.s telah berkata: Allah telah menjadikan syaitan-syaitan seramai bilangan mereka, kemudian mereka melawati wali kesesatan (al-Dhalalah), lalu mereka mendatanginya dengan kebatilan dan pembohongan sehingga apabila waktu pagi menjelang, dia berkata: Aku telah melihat itu dan ini. Jika dia bertanya kepada seorang yang mempunyai kuasa (walial-Amr), nescaya beliau telah berkata: Aku telah melihat syaitan menceritakan kepada anda dengan itu dan ini sehingga beliau memberi penjelasan kepadanya dan memberitahu kepadanya kesesatan yang dia berada di atasnya.
       Demi Allah, sesiapa yang telah membenarkan Lailatu l-Qadr, hendaklah beliau mengetahui bahawa ianya adalah untuk kami secara khusus (li-ya‘lam anna-ha lana khassatan) kerana sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali ketika maut menghampirinya: Lelaki ini adalah wali kamu selepasku. Jika kamu mentaatinya, maka kamu telah memilih  jalan yang benar, tetapi orang yang tidak percaya denganLailatu l-Qadr dan mengingkarinya (ianya untuk kami). Sesiapa yang telah percaya dengan Lailatu l-Qadr, tetapi beliau tidak sependapat dengan kami, maka beliau tidak bercakap benar melainkan beliau berkata: Sesungguhnya Lailatu l-Qadr adalah untuk kami dan sesiapa yang tidak berkata sedemikian, maka beliau adalah seorang pembohong.
       Sesungguhnya Allah a.w lebih besar dari menurunkan perintah bersama Ruh dan malaikat kepada seorang kafir lagi fasik. Jika beliau berkata: Sesungguhnya perintah diturunkan kepada khalifah yang beliau percayakannya, maka kata-katanya itu tidak bermakna. Dan jika mereka pula berkata: Sesungguh Dia tidak menurunkannya kepada seorangpun secara khusus, maka tidak mungkin sesuatu diturunkan, tetapi bukan kepada seseorang. Jika mereka telah berkata dan mereka akan berkata: Ini (percakapan tentang Lailatu l-Qadr) tiada gunanya, maka mereka telah sesat dengan kesesatan yang jauh.

                                                                       Bab 42

☼Tentang Para Imam A.S Bertambah Ilmu Mereka Pada Malam Jumaat (fi anna al-Aimmata a.s yazdaduun fi lailat al-Jum ‘ati)☼

       (222)-1. Ahmad bin Idris al-Qummi dan Muhammad bin Yahya, dariapda al-Hasan bin Ali al-Kufi daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abdullah bin Ayyub, daripada Abi Yahya al-San‘ani, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Yahya, sesungguhnya kami mempunyai satu kedudukan daripada beberapa kedudukan pada hari Jumaat. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah kedudukan itu? Beliau a.s telah berkata: Dibenarkan kepada roh-roh para nabi yang telah mati, roh-roh para wasi yang telah mati dan roh wasi yang di hadapan kamu, naik ke langit sehingga mereka sampai ke Arasy Tuhan mereka. Kemudian mereka melakukan tawaf selama satu minggu dan sembahyang dua rakaat di setiap tiang Arasy. Kemudian mereka dibawa kembali kepada badan-badan mereka yang asal. Apabila waktu pagi tiba, maka para nabi dan para wasi dipenuhi kegembiraan dan begitu juga wasi di hadapan anda. Sesungguhnya ditambahkan pada ilmunya seperti orang ramai yang penuh sesak”

       (223)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Kufi, daripada Yusuf al-Abzari, daripada al-Mufadhdhal berkata: Pada suatu hari Abu Abdillah telah berkata kepadaku dan beliau a.s tidak memanggilku dengan kunyahku sebelum ini: Wahai Abu Abdillah, aku telah berkata: Labbai-ka, sesungguhnya kami bergembira pada setiap malam Jumaat”. Aku telah berkata: Mudah-mudahan Allah menambahkannya untuk anda, apakah itu? Beliau a.s telah berkata: Apabila malam Jumaat tiba, Rasulullah s.a.w sampai ke Arasy dan para imam a.s sampai (kepadanya) bersamanya dan kami sampai kepadanya bersama mereka. Dan Roh-roh kami tidak kembali kepada badan-badan kami melainkan mereka telah memperoleh ilmu (bi-‘ilm mustafad). Jika tidak, kami kekeringan ilmu”.

       (224)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada al-Husain Ibn Ahmad al-Minqari, daripada Yunus atau al-Mufadhdhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada malam Jumaat melainkan kegembiraan bagi para wali Allah. Aku telah berkata: Bagaimana begitu? Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau a.s telah berkata: Apabila tiba malam Jumaat, maka Rasulullah s.a.w sampai ke Arasy, para imam a.s sampai (kepadanya) bersamanya dan aku telah sampai bersama mereka dan aku tidak kembali tanpa penambahan ilmu. Jika tidak, nescaya habislah apa yang ada di sisiku”


                                                              Bab 43

☼Jikalaulah Para Imam A.S Tidak Bertambah Apa Yang Mereka Mahu, Nescaya Habislah Apa yang Ada Pada Sisi Mereka (Laula anna al-Aimmata a.s yazdaduun la-nafida ma ‘anda-hum)☼

       225)-1. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Safwan bin Yahya berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Ja‘far bin Muhammad a.s telah berkata: Jikalaulah [ilmu] kami tidak bertambah, nescaya habislah [ilmu] kami (laula anna nazdadi la-anfadna).
       * Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Safwan, daripada Abu al-Hasan tentang hadis yang sama.

       (226)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Dharih al-Muharibi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Dharih, jikalaulah [ilmu] kami tidak bertambah, nescaya habislah [ilmu] kami”

       (227)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Tha‘labah, daripada Zurarah, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jikalaulah [ilmu] kami tidak bertambah, nescaya habislah [ilmu] kami. Aku telah berkata: Kamu bertambah sesuatu yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w? Beliau a.s telah berkata: Adapun jika berlaku sedemikian, maka ia dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam [sebelum kami], kemudian berakhir perintah kepada kami.

       (228)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah a.w sehingga ia bermula dengan Rasulullah s.a.w, kemudian dengan Amir al-Mukminin a.s, kemudian dengan seorang (imam) selepas (seorang) imam supaya yang akhir kami tidak menjadi lebih mengetahui daripada yang awal kami”


                                                               Bab 44

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Semua Ilmu Yang Telah Keluar Kepada Malaikat, Para Nabi Dan Para Rasul A.S (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun jami‘ al-‘Uluum al-Lati kharajat ila al-Mala’ikati wa al-Anbiyaa’ wa al-Rasul a.s)☼

       (229)-1. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin ‘Abd al-rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Sama‘ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Satu ilmu yang Dia telah menzahirkannya kepada para malaikat-Nya, para nabi-Nya, apa yang Dia telah menzahirkan kepada para malaikat-Nya, para rasul-Nya dan para nabi-Nya kami telah mengetahuinya. Dan satu ilmu lagi ialah khusus untuknya. Apabila Allah menzahirkan sesuatu daripadanya (badaa llahu fi syai’in min-hu), Dia memberitahunya kepada kami (a‘lama-na dhalika) dan Dia telah membentangkannya kepada para imam sebelum kami.

       * Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim* Dan Muhammad bin Yahya, daripada al-‘Amraki bin Ali kedua-duanya, daripada Ali bin Ja‘far, daripada saudara lelakinya Musa bin Ja‘far a.s mengenai hadis yang sama.   

       (230)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Satu ilmu yang Dia tidak membenarkan seorang pun daripada makhluk-Nya mengetahuinya dan satu ilmu lagi Dia telah meninggalkannya kepada para malaikatnya dan para rasul-Nya. Dan apa yang Dia telah meninggalkannya (nabadha-hu) kepada para malaikat-Nya dan para rasul-Nya, maka ia berakhir kepada kami.

       (231)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Dhuraisy berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Satu ilmu yang diberikan secara bebas (‘ilm mabdhul) dan satu ilmu lagi ditahan, tidak diberikan kepada sesiapapun (‘ilm makfuf). Adapun ilmu yang diberikan secara bebas (al-Mabdhul), tiada suatupun (ilmu) yang diketahui oleh para malaikat dan para rasul melainkan kami juga mengetahuinya. Adapun ilmu yang ditahan, tidak diberikan kepada sesiapapun (al-Makfuf), maka ia ada di sisi Allah a.w pada Umm al-Kitab, apabila ia keluar, akan dilaksanakannya.

       (232)-4. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Isma‘il, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Suwaid al-Qala, daripada Abu Ayyub, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Ilmu yang tidak diketahui selain daripadaNya dan ilmu yang Dia telah mengajarnya kepada para malaikat-Nya dan para rasul-Nya. Apa yang Dia telah mengajar kepada para malaikat-Nya dan para rasul-Nya, maka kami mengetahuinya”.


                                                          Bab 45
   ( Hadis) Pelik Mengenai Ghaib (nadir fi-hi dhikr al-Ghaib)☼

       (233)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Seorang lelaki Farsi telah bertanya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah bertanya kepadanya: Adakah kamu mengetahui perkara ghaib? Abu Ja‘far a.s telah berkata: (Apabila) Dikembangkan ilmu kepada kami, maka kami mengetahuinya dan [apabila] dikecutkan [ilmu] daripada kami, maka kami tidak mengetahuinya dan beliau a.s telah berkata: Rahsia Allah a.w yang mana Dia telah merahsiakannya kepada Jibrail dan Jibrail merahsiakannya kepada Muhammad s.a.w dan Muhammad pula merahsiakannya kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

       (234)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ali bin Ri’ab, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Humraan bin A‘yan sedang bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Allah Pencipta langit dan bumi”[39] Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan semua perkara dengan ilmu-Nya tanpa contoh sebelumnya. Kemudian Dia telah menciptakan langit dan bumi tanpa langit dan bumi sebelumnya. Tidakkah anda mendengar firman-Nya “Arasy-Nya di atas air”[40]
       Humraan telah berkata kepadanya: Apakah pendapat anda tentang firman-Nya “Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu”[41] Maka Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kecuali kepada rasul yang diredai-Nya”[42] Demi Allah, Muhammad adalah di kalangan yang diredaiNya. Adapun firman-Nya “Yang Mengetahui yang ghaib” (‘alim al-Ghaib), maka sesungguhnya Allah a.w mengetahui perkara yang telah ghaib daripada makhluk-Nya menurut apa yang ditetapkanNya pada sesuatu dan Dia melaksanakannya menurut ilmu-Nya sebelum Dia menciptakannya, sebelum Dia menyampaikannya kepada para malaikat-Nya. Demikianlah, wahai Humraan, ilmu yang khusus (mauquf) di sisi-Nya, ia terserah kepada kehendak-Nya. Dia melaksanakannya apabila Dia kehendaki dan [apabila] terserlah pula baginya padanya (yabdu lahu-fihi), maka Dia tidak melaksanakannya. Adapun ilmu yang ditetapkan oleh Allah a.w, maka Dia terus melaksanakannya, maka ia adalah ilmu yang telah berakhir kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada kami.

       (235)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada ‘Abbad bin Sulaiman, daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya, daripada Sudair berkata: Aku, Abu Basir, Yahya al-Bazzaz dan Daud bin Kathir telah berada pada majlis Abu Abdillah a.s, tiba-tiba beliau a.s telah keluar di dalam keadaan marah. Manakala beliau a.s telah mengambil tempatnya, beliau a.s telah berkata: Alangkah anehnya beberepa kumpulan menyangka bahawa kami mengetahui perkara yang ghaib, hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib. Aku telah berniat untuk memukul seorang hamba perempuanku, fulanah[43], lalu beliau telah melarikan diri daripadaku, aku tidak mengetahui di bilik mana beliau berada.
       Sudair telah berkata: Apabila beliau a.s telah meninggalkan tempatnya dan terus berada di rumahnya, maka aku, Abu Basir dan Maisar telah memasuki rumahnya dan kami telah berkata kepadanya: Kami telah menjadikan diri kami tebusan anda, kami telah mendengar anda berkata itu dan ini tentang urusan hamba perempuan anda. Sedangkan kami mengetahui bahawa anda mengetahui ilmu yang banyak dan kami tidak mengaitkan anda dengan ilmu ghaib. Beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, Tidakkah anda membaca al-Qur’an? Aku telah berkata: Ya, adakah anda telah mendapati di dalam Kitab Allah firman-Nya: “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab: “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip”[44] Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah membacanya. Beliau a.s telah berkata: Adakah anda telah mengetahui lelakinya? Dan adakah anda telah mengetahui apa yang ada di sisinya daripada ilmu al-Kitab? Aku telah berkata: Beritahulah kepadaku mengenainya, beliau a.s telah berkata: Sekadar satu titisan air di lautan yang biru, maka ia bukanlah daripada ilmu al-Kitab?! Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, alangkah sedikitnya ini, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, alangkah banyaknya ini apabila Allah mengaitkannya kepada ilmu yang aku akan memberitahu kepada anda mengenainya, wahai Sudair, adakah anda telah membaca di dalam Kitab-Nya firman-Nya: “Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan orang yang di sisinya ilmu al-Kitab”[45]
       Aku telah berkata: Aku telah membacanya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau a.s telah berkata: Adakah beliau mempunyai ilmu al-Kitab kesemuanya atau beliau mempunyai sebahagiannya? Aku telah berkata: Tidak, malah beliau mempunyai ilmu al-Kitab kesemuanya. Beliau telah berkata: Maka beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya dan berkata: Demi Allah, semuanya di sisi kami, ilmu Allah, demi Allah, semuanya di sisi kami (kullu-hu ‘inda-na).

       (236)-4. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ahmad bin al-Hasan bin Ali, daripada ‘Umru bin Sa‘id, daripada Musaddiq bin Sadaqah, daripada ‘Ammar al-Sabiti berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang imam? Adakah beliau a.s mengetahui perkara ghaib? Beliau a.s telah berkata: Tidak, tetapi apabila beliau mahu mengetahui sesuatu, maka Allah memberitahunya kepadanya.


                                                          Bab 46
   [1] Surah al-Hijr (15): 94

[2] Surah al-Qadr (97):1-5

[3] Surah Ali Imran (3): 7

[4] Surah al-Dukhan (44): 1-5

[5] Surah al-Baqarah (2): 257

[6] Hujjah akan menyelesaikannya

[7] Surah al-Hadid (57): 23

[8] Abu Bakr

[9] Abdullah bin ‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib (lahir 3 tahun sebelum Hijrah).

[10] Surah Fussilat (41):30

[11] Surah al-Hajaraat (49): 10

[12] Sama ada lelaki yang telah memotong anak jari tangannya atau lelaki yang telah memotong tapak tangannya

[13] Diat bagi lelaki yang telah memotong anak jari dan potong tapak tangan bagi lelaki yang telah memotongnya.

[14] Surah al-Dukhaan (44):4

[15] Surah Luqman (31): 27

[16] Surah al-Qadr (97):1

[17] Surah al-Qadr (97):3

[18] Surah al-Qadr (97): 4

[19] Surah al-Qadr (97): 5

[20] Surah al-Anfaal (8): 25

[21] Surah Ali Imran (3): 144

[22] Imam Ali a.s akan menerima Lailatu l-Qadr selepas kematian Rasulullah s.a.w dan para imam a.s selepasnya.

[23] Abu Bakr

[24] Umar

[25] Ali bin Abu Talib

[26] Surah al-Qadr (97):4

[27] Ali bin Abu Talib didatangi para malaikat dan Ruh. Beliau pernah berkata: “Akulah tempat turunnya para malaikat”. Kemudian kepada para imam selepasnya.

[28] Surah al-Qadr (94): 1-5

[29] Surah al-Dukhaan (44):1-3

[30] Surah Faatir (35): 24

[31] Para imam a.s

[32] Surah al-Nuur (24):55

[33] Abu Abdillah a.s atau Abu Ja‘far al-Thani

[34] Ketika Israk

[35] Fassir li hadha?

[36] Mereka tidak dibenarkan bertindak seperti mengetahuinya sebelum berlaku Lailatu l-Qadr setiap tahun.

[37] Sekalipun mereka mengetahui ilmu yang akan berlaku tanpa jarak masa, tetapi “pengamalan ilmu” tertakluk kepada perintah Allah pada malam Lailatu l-Qadr sehingga Lailatu l-Qadr berikutnya sahaja.

[38] Tidak dibenarkan orang yang selain daripada para wasi a.s mengetahuinya, termasuk lelaki yang bertanya itu.

[39] Surah al-Baqarah (2): 117, Surah al-An‘aam (6): 101

[40] Surah Hud (11): 7

[41] Surah al-Jin (72): 26

[42] Surah al-Jin (72): 27

[43] Tanpa menyebut namanya

[44] Surah al-Naml (27): 40

[45] Surah al-Ra‘d (13): 43

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w.328/29 H (bab 41-45) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w.328/29 H (bab 41-45)
 

0 comments:

Catat Ulasan