Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Para Nabi Menyeru Kepada Wilayah Ali dan hadis Bersama Abu Abdullah A.S, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w.413 H


Para Nabi Menyeru Kepada  Wilayah Ali Bin Abu Talib

       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah al-Khzzaz, daripada Abu Hafs al- ‘Abdi, daripada Abu Harun al-‘Abdi, daripada Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w, dan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Dia menyerunya kepada wilayah anda sama ada secara sukarela atau paksaan (ma ba‘atha l-Lahu nabiyyan illa wa qad da‘a-hu ila wilayati-ka ta’i‘an au karihan).

Hadis  Abdullah bin Abu Bakr al-Arjani Bersama Abu Abdullah A.S

       Daripadanya, daripada bapanya, dan al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah berkata: Abdullah bin Abd al-Rahman bin al-Assam telah memberitahuku, daripada Abdullah bin Bakr al-Arjani berkata: Aku telah menemani Abu Abdullah a.s di perjalanan Makkah ke Madinah, maka beliau telah bermalam di di satu tempat bernama ‘Asfan, kemudian kami telah melalui di Jabl Aswad ke arah kanan yang menakutkan (wahsyun).
       Maka aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, alangkah bukit ini menakutkan! Aku tidak pernah melihat di dalam perjalanan aku sebuah bukit yang lebih menakutkan? Maka beliau berkata: Wahai Ibn Bakr, adakah anda mengetahui bukit manakah ini? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Bukit ini bernama al-Kamd iaitu terletak di atas salah satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam, di dalamnya pembunuh-pembunuh bapa aku al-Husain bin Ali a.s, berlari di bawahnya air neraka Jahanam yang panas, mereka tidak akan keluar daripada Jahanam, daripada tempatnya, daripada dosa-dosa, daripada tanah Khubal, daripada Ladha, daripada al-Hatamah, daripada Saqar, daripada Jahim, daripada al-Hawiyah, daripada Sa‘ir. Aku tidak melalui bukit ini melainkan aku melihat mereka berdua[1] sedang memohon pertolongan daripada aku, dan merendah diri kepada aku, dan sesungguhnya aku sedang melihat kepada pembunuh-pembunuh bapa aku, maka aku berkata kepada mereka berdua: Sesungguhnya mereka itu telah melakukan kepada kami apa yang mereka telah melakukannya.
       Sementara kamu berdua telah meletakkan asas tersebut tanpa kasihan belas kepada kami (assastu-ma wa lam tarhamu-na) manakala kamu memerintah, kamu telah membunuh kami, menghalang kami, merampas hak kami, kamu telah mengguna kekerasan terhadap kami. Maka Allah tidak akan memberi rahmat-Nya kepada orang yang mengasihani kamu berdua apa yang kamu telah melakukannya. Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, dan yang paling merendah diri kepada aku adalah yang kedua. Kemungkinan aku berdiri kerana ingin menyenangkan apa yang terlintas di hatiku, kemungkinan aku melipatkan bukit al-Kamd di mana mereka berdua berada  di dalamnya aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apabila anda melipatkan bukit itu apakah yang anda akan mendengarnya? Beliau berkata: Aku mendengar suara mereka sedang menyeru: Datang kepada kami, kami akan berbicara dengan anda, kami sedang bertaubat, tiba-tiba aku mendengar laungan dari bukit berkata:Janganlah anda bercakap dengan mereka, dan berkatalah kepada mereka: Diamlah padanya, dan janganlah kamu bercakap.
       Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, siapakah bersama mereka berdua? Beliau berkata: Setiap Fir‘aun yang menentang Allah sebagaimana diceritakan oleh Allah. Setiap orang yang telah mengajari hamba-hamba-Nya kekufuran, aku berkata: Siapakah mereka? Beliau berkata: Seperti Qurus  yang telah mengajar orang-orang Yahudi bahawa ‘Uzair adalah anak lelaki Tuhan, seperti Nustur yang telah mengajar orang-orang Nasrani bahawa al-Masih adalah anak lelaki Tuhan, dan berkata kepada mereka: Mereka adalah tiga, seperti Fir‘aun Musa yang berkata: Aku adalah Tuhan Yang Maha Tinggi. Seperti al-Nimrud yang berkata: Akulah yang telah memaksa penghuni bumi dan aku telah membunuh mereka yang di langit, pembunuh Amir al-Mukminin a.s, pembunuh Fatimah a.s, pembunuh al-Muhsin, pembunuh al-Hasan dan al-Husain a.s.
       Adapun Mu‘awiyah dan ‘Umru bin al ‘As mereka berdua tidak tamak untuk dibebaskan. Dan bersama mereka adalah setiap orang yang melakukan permusuhan terhadap kami (kullu man nasaba la-na  al-‘Adawata), menentang kami dengan lidahnya, dan tangannya, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah penghabisan bukit ini? Beliau berkata Kepada bumi yang ke enam dan padanya Jahanam iaitu di atas satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam. Dan di atasnya para malaikat yang menjaganya di mana bilangannya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit, titisan hujan, dan bilangan air laut. Allah telah mewakilkan setiap malaikat dengan tugasnya, lalu mereka menjaganya, tanpa mengabaikannya


[1] Abu Bakr dan Umar

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Para Nabi Menyeru Kepada Wilayah Ali dan hadis Bersama Abu Abdullah A.S, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w.413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Para Nabi Menyeru Kepada Wilayah Ali dan hadis Bersama Abu Abdullah A.S, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w.413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan