Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin, peperangan Siffin dll, Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali w.90 H


Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin

       Perkara yang lebih besar daripada itu sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mengumpul lapan puluh orang lelaki. Empat puluh lelaki daripada Arab dan empat puluh lelaki daripada bukan Arab. Mereka berdua ada di kalangan. Mereka semuanya memberi salam kepadaku untuk kepemimpinan Muslimin. Kemudian beliau bersabda: Aku persaksikan kepada kalian bahawa sesungguhnya Ali adalah saudaraku (akhi), wazirku, pewarisku, khalifahku pada umatku, wasiku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku.[1] Justeru itu, kalian dengarlah dan taatlah kepadanya (isma‘u lahu wa ati‘u).[2]
       Di kalangan mereka adalah Abu Bakr, Umar, Uthman, Talhah, al-Zubair, Sa’d, Ibn Auf, Abu Ubaidah, Salim, Mu’adh bin Jabal dan sekumpulan kaum Ansar. Kemudian beliau bersabda: Aku persaksikan Allah ke atas kalian. Kemudian Ali a.s. berdepan dengan orang ramai dan berkata: Maha Suci Tuhan! Alangkah cepatnya hati umat ini dimabukkan dengan ujiannya, fitnahnya, ‘Ijlnya danSamirinya.
       Sesungguhnya mereka mengakui dan mendakwa bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Allah tidak akan menghimpunkan bagi kami Ahl al-Bait, kenabian dan khilafah. Dan beliau telah bersabda kepada lapan puluh orang lelaki: Berilah kalian salam kepada Ali untuk kepimpinan Mukminin (sallimu ‘ala ‘Ali bi’imrati l-Mukminin). Beliau (Saw.) telah mempersaksikan mereka semua di atas perkara tersebut. Kemudian mereka menyangka bahawa Rasulullah Saw. tidak melantik seorangpun. Mereka mengakuiSyura kemudian mereka pula mengakui bahawa mereka tidak bermesyuarat. Dan bai‘ahnya adalah secara tergesa-gesa (faltatan). Manakah dosa yang lebih besar daripada faltah?
       Kemudian Abu Bakr melantik Umar. Dia tidak mengikuti Rasulullah (Saw.). Perlakuannya itu diterima juga (oleh orang ramai). Perkataan Abu Bakr bahawa dia tidak mahu meninggalkan umat Muhammad tanpa perlantikan (istikhlaf), merupakan satu penghinaan terhadap Rasulullah (Saw.). Kemudian Umar telah melakukan perkara yang ketiga. Dia menjadikan syura di kalangan enam orang dan mengeluarkan semua Arab daripadanya. Kemudian dia mendapat sambutan daripada orang ramai di atas perlakuannya kerana hati mereka telah dimabukkan oleh cinta kepada fitnah dan kesesatan.
       Kemudian Ibn Auf telah memberi bai‘ah kepada Uthman, lantas orang ramai memberi bai‘ah kepadanya. Mereka telah mendengar daripada Rasulullah Saw. apa yang mereka dengar tentang Uthman bahawa Rasulullah Saw. telah melaknatinya pada beberapa tempat. Meskipun begitu Uthman adalah lebih baik daripada mereka berdua. Dia berkata selama beberapa hari perkataan yang menarik perhatianku. Itu berlaku apabila aku sedang duduk di rumahnya. Tiba-tiba Aisyah datang kepadanya dan Hafsah pula menuntut pusaka mereka berdua daripada harta peninggalan Rasulullah (Saw.) yang masih berada di tangannya.
       Dia berkata: Tidak! Demi Tuhan! Tidak ada karamah (penghormatan), tetapi aku mengharuskan penyaksian kalian di atas diri kalian berdua. Sesungguhnya kalian berdua telah memberi penyaksian di sisi bapa kalian berdua sesungguhnya kalian berdua mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Bahawa beliau tidak diwarisi. Apa-apa yang beliau tinggalkan adalah sedekah. Kalian berdua mengajar Malik bin al-Harth bin al-Hadathan, seorang badwi yang tidak bertamadun, kencing di atas dua tumitnya, membersihkan dirinya dengan air kencingnya. Dia memberi penyaksian bersama kalian berdua. Dia bukan daripada sahabat Rasulullah dan bukan daripada kaum Ansar. Hanya seorang badwi sahaja yang menyaksikan hadis tersebut. Demi Tuhan! Aku tidak syak lagi bahawa dia telah membohongi Rasulullah (Saw.) dan kalian berdua juga membohongi Rasulullah (Saw.) bersamanya. Maka mereka berduapun pulang dalam keadaan menangis dan memaki-makinya.[3]
       Dia berkata: Kembalilah kalian berdua. Tidakkah kalian telah memberi penyaksian sedemikian di sisi Abu Bakr? Mereka berdua menjawab: Ya. Dia berkata: Sekiranya kalian telah memberi penyaksian yang benar, maka tidak ada hak bagi kalian berdua. Sekiranya kalian memberi penyaksian yang batil, maka laknat Allah, para Malaikat-Nya dan semua manusia ke atas kalian berdua dan juga orang yang mengharuskan penyaksian kalian berdua terhadap Ahl al-Bait ini.
       Dia tersenyum melihat kepadaku dan berkata: Wahai Abu al-Hasan! Aku telah menyembuhkan anda (syafaitu-ka) daripada mereka berdua. Aku berkata: Ya. Demi Tuhan! Anda telah menyampaikannya dan anda telah bercakap benar. Allah menundukkan keangkuhan mereka berdua. Maka akupun berlembut dengan Uthman. Akupun tahu dengan melakukan sedemikian, dia mahu keridhaanku. Dia lebih mempunyai sifat kasihan belas daripada mereka (Abu Bakr dan Umar), dan lebih menahan dirinya daripada menentang kami berbanding mereka berdua. Sekalipun tidak ada keuzuran dan tidak ada hujah baginya kerana perencanaannya menentang kami dan dakwaannya ke atas hak kami.

Kata-kata Ali a.s. sebelum peperangan Siffin bahawa mereka itu tidak cenderung kepada kebenaran

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali bin Abu Talib a.s. berkata sebelum peperangan Siffin: Sesungguhnya mereka itu (ha’ula’ al-Qaum) tidak cenderung kepada kebenaran dan kalimah yang sama antara kami dan mereka, mereka menyerang dengan bala tentera mereka setiap minggu sehingga kuda-kuda dipelihara di sebelah tanah mereka dan bermalam dengan senjata-senjata mereka sehinggalah dilakukan serangan ke atas mereka dari setiap penjuru sehingga mereka dijumpai oleh kaum yang benar dan bersabar. Kematian yang berlaku di jalan Allah menambahkan lagi ketaatan mereka kepada Allah. Demi Tuhan! Anda telah melihat kami bersama Rasulullah (Saw.), anda telah membunuh bapa-bapa kami, anak-anak kami, bapa-bapa saudara kami baik di sebelah bapa atau di sebelah ibu dan Ahl Bait kami. Semuanya menambahkan keimanan kami, penyerahan kami, kesungguhan kami pada mentaati Allah dan kebebasan kami melawan musuh[4] (mubarazati al-Aqran).
       Sekiranya seorang lelaki daripada kami dan seorang lelaki daripada musuh kami berlawan untuk menuang air kematian, adakalanya untuk kami daripada musuh kami dan adakalanya untuk musuh kami daripada kami. Manakala melihat kami benar dan bersabar, Dia menurunkan al-Qur’an dengan pujian yang baik kepada kami, reda terhadap kami dan menurunkan kemenangan kepada kami.[5] Aku bukanlah berkata bahawa setiap orang yang berperang bersama Rasulullah (Saw.) sedemikian, tetapi kebanyakan mereka sedemikian. Namun terdapat bersama kami kumpulan yang berada dalam kesamaran. Allah berfirman di dalam Surah Ali ‘Imran (3): 118, ‘‘Sesungguhnya telah terang (perkataan) kebencian daripada mulut mereka dan apa yang tersembunyi di dalam dada mereka adalah lebih besar”.
       Di kalangan mereka terdiri daripada orang yang anda hormati (tufadhdhila-hu) dan sahabat anda, wahai Ibn Qais! Mereka lari (farrin) tanpa dilontar dengan satu panah, dipenggal dengan pedang, ditikam dengan lembing. Semasa maut dan pertarungan, dia (Umar) berlindung dan bersembunyi sebagaimana berlindungnya kambing betina (dara) tanpa menolak tangan yang menyentuhinya.[6] Apabila bertemu dengan musuh, dia lari memberi belakangnya kepada musuh kerana pengecut dan tercela.[7] Ketika senang dan ada pembahagian harta rampasan perang (ghanimah), dia bercakap sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab (33): 19, ‘‘Maka apabila ketakutan itu hilang, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, serta kikir (membuat) kebaikan”.
       Dia telah meminta izin Rasulullah (Saw.) untuk memenggal kepala lelaki di mana Rasulullah (Saw.) tidak mahu membunuhnya, maka beliau telah menolak permintaannya. Pada suatu hari Rasulullah (Saw.) melihat Umar dengan senjata yang lengkap, maka Rasulullah tersenyum. Kemudian bersabda: Wahai bapa fulan! [secara kinayah] Hari ini hari anda. Maka al-Asy‘ath berkata: Siapakah yang anda maksudkan dengan “syaitan lari daripadanya”
       Beliau berkata: Wahai Ibn Qais! Tidak. Allah tidak mengamankannya daripada godaan syaitan. Kemudian beliau berkata: Sekiranya kami pada masa Rasulullah ditimpa kesusahan, kesakitan dan kecelakaan, lalu kami lakukan sebagaimana kalian lakukan pada hari ini, nescaya tidak tertegaknya agama bagi Allah. Dan Allah tidak memuliakan Islam. Demi Allah! Kalian akan menumpahkan darah, penyesalan dan kesedihan.[8] Maka kalian hafazlah apa yang aku akan katakan kepada kalian dan ingatlah bahawa kalian akan dikuasai oleh orang yang jahat, pendakwa-pendakwa palsu di kalangan kalian, Tulaqa’,[9] Turuda[10] dan Munafiqun.
       Maka mereka akan membunuh kalian. Kemudian kalian menyeru Allah, tetapi Dia tidak akan menyahuti seruan kalian. Dia tidak akan mengangkat bala daripada kalian sehingga kalian bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Lantaran itu, Allah akan menyelamatkan kalian daripada fitnah dan kesesatan mereka sebagaimana Dia telah menyelamatkan kalian daripada kejahatan dan kejahilan kalian. Apa yang paling aneh adalah orang jahil (juhhal) umat ini, kesesatannya, pemimpin-pemimpinnya dan pengikut-pengikutnya akan ke Neraka.
       Sesungguhnya mereka mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Suatu umat itu tidak akan melantik seorang lelaki untuk mengendalikan urusan pemerintahannya sedangkan masih terdapat orang yang lebih alim daripadanya. Sekiranya berlaku sedemikian, urusan mereka sentiasa terkebawah sehingga mereka kembali kepada apa yang telah diabaikan oleh mereka. Mereka telah melantik sebelumku tiga orang. Tidak ada di kalangan mereka yang telah mengumpulkan al-Qur’an (jama‘a al-Qur’an). Tidak ada di kalangan mereka yang mendakwa mengetahui Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya (wa la yadda‘i anna la-hu ‘ilman bi-kitabi llah)[11].
       Sesungguhnya mereka mengetahui bahawa aku adalah lebih mengetahui daripada mereka (a‘lamu-hum) tentang Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya, lebih memahami (afqahu-hum), lebih pandai membaca dan lebih alim tentang hukum Allah (aqdhahum) daripada mereka semua. Sesungguhnya tidak seorangpun daripada ketiga-tiga mereka mempunyai keutamaan bersama-sama Rasulullah (Saw.), dan kesusahan bersamanya pada semua tempatTidak seorangpun daripada mereka dilontar dengan anak panah (rumia bi-sahmin), ditikam dengan lembing (tu’ina bi-ramhin), dipancung dengan pedang (dhuriba bi-saifin) kerana mempunyai sifat pengecut (jubnan), keji dan cintakan kehidupan duniawi (al-baqa’).
       Sesungguhnya mereka mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) terlibat di dalam peperangan. Beliau sendiri telah membunuh Ubayy bin Khalaf dan Musja‘ Ibn Auf. Beliau (Saw.) adalah orang yang paling berani (asyj‘u al-Nas), cekal di dalam peperangan dan lebih berhak melakukan sedemikian. Sesunggunya mereka mengetahui dengan yakin bahawa tidak seorangpun di kalangan mereka yang dapat menduduki tempatku (yaqumu maqami), tidak dapat bertarung (yubarizu) dengan pahlawan-pahlawan (al-Abtal), dan membuka benteng-benteng (al-Husun) selain daripadaku.
       Tidak berlaku kepada Rasulullah sebarang kesusahan, dukacita, kesempitan dan kesulitan melainkan beliau berkata: Di mana saudaraku Ali (aina akhi ‘Ali)? Di mana pedangku? Di mana lembingku? Di manakah orang yang dapat menghilangkan kesusahanku daripada mukaku? Maka beliau mengemukakanku ke hadapan,[12] lalu aku mara ke hadapan. Aku telah menebuskan dirinya (Saw.) dengan diriku (afdi-hi bi-nafsi). Allah telah menghilangkan kesusahan di mukanya dengan tanganku. Bagi Allah SWT dan bagi Rasul-Nya di atas segala nikmat yang telah dikhususkan untukku.
       Sesungguhnya sebahagian orang yang anda sebutkan tidak pernah menghadapi ujian (bala’), tidak ada keutamaan (sabiqah), tidak ada pertarungan dengan musuh (la mubarazata qarnin), tidak ada pembukaan (fathan), tidak ada kemenangan (nasran) melainkan sekali sahaja. Kemudian dia lari(farra), dia memberi “belakang” kepada musuhnya.[13] Dia telah pulang dan berkata bahawa para sahabatnya pengecut tetapi para sahabatnya pula mengatakan dialah pengecut (yujbinu ashaba-hu wa yujbinuna-hu). Dia telah lari beberapa kali. Ketika senang dan pembahagian harta rampasan, dia telah bercakap, menyuruh dan melarang. Sesungguhnya Ibn Abd Wuddin telah menyeru namanya pada Hari Khandaq, tetapi dia tidak menyahut seruan itu.
       Sebaliknya dia telah berlindung dengan para sahabatnya sehingga Rasulullah (Saw.) tersenyum melihat ketakutannya (ra’a bi-hi min al-ra‘b). Beliau bersabda: Di manakah kekasihku Ali? Terus maju (taqaddam). Wahai kekasihku! Wahai Ali! Dia (Umar) berkata kepada para sahabatnya yang empat, Ashab al-Kitab wa al-Ra‘yi: Demi Tuhan! Kami akan menolak Muhammad kepada mereka sekaligus (an nadfa‘a Muhammadan ilaihim bi rammati-hi), lantas kami terselamat daripada hal demikian itu, ketika datang musuh dari atas dan dari bawah kami sebagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab (33): 10,11,12, “Kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka”, ‘‘Mereka gementar dengan gementaran yang kuat”, “Ketika berkata orang Munafiq dan orang ada di dalam hati mereka penyakit: Apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah satu tipu daya semata-mata”.
       Maka sahabatnya berkata: Tidak. Kami akan mengambil berhala yang besar, kami akan menyembahnya (nattakhidh sanaman ‘aziman na‘budu-hu), kerana kami tidak akan selamat jika Ibn Abi Kabsyah[14] menang. Justeru itu, kami akan binasa tetapi berhala ini akan menjadi simpanan kepada kami. Jika Quraisy menang, kami akan menzahirkan penyembahan kepada berhala ini dan akan memberitahu mereka bahawa sesungguhnya kami tidak pernah meninggalkan agama kami (lan nufariqa di-nana). Jika kerajaan Ibn Abi Kabsyah kembali, kami meneruskan penyembahan kami kepada berhala ini secara rahsia (kunna muqimin ‘ala ‘ibadati hadha al-sanam sirran).             Maka Jibra’il a.s. telah turun dan memberitahu Nabi Saw. perkara tersebut. Kemudian Rasulullah memberitahuku selepas aku membunuh Ibn Abd Wuddin, lalu beliau memanggil mereka berdua. Beliau bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada masa Jahiliyah? Mereka berdua menjawab: Janganlah anda menghina kami dengan apa yang telah berlalu pada masa Jahiliyah.
       Maka beliau bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada hari ini? Mereka berdua berkata: Demi Yang Mengutuskan anda dengan kebenaran sebagai seorang Nabi, kami tidak menyembah melainkan Allah semenjak kami menerima agama anda. Maka beliau bersabda: Wahai Ali! Ambillah pedang ini dan pergilah ke tempat…, maka keluarkan berhala yang disembah oleh mereka berdua dan musnahkanlah (fahsyim-hu). Jika ada yang menghalangnya, penggallah kepalanya. Mereka berdua telah menunduk di hadapan Rasulullah (Saw.) dan berkata: Sembunyikan rahsia kami, Allah akan sembunyikan rahsia anda (usturna satara-ka llahu).
       Maka aku berkata kepada mereka: Kami menjamin untuk Allah dan Rasul-Nya bahawa janganlah kalian berdua menyembah selain daripada Allah dan janganlah kalian berdua mengsyirikkan Allah dengan sesuatupun. Maka mereka telah membuat perjanjian dengan Rasulullah (Saw.) di atas perkara tersebut. Dan akhirnya, aku mengeluarkan berhala dari tempatnya lalu memecahkan muka dan dua tangannya. serta memotong dua kakinya.[15] Kemudian aku kembali kepada Rasulullah Saw. Demi Tuhan! Aku telah mengetahui perkara itu di muka mereka berdua sehingga mereka berdua mati(‘Araftu dhalika fi wajhi-hima hatta mata).
       Kemudian dia dan para sahabatnya telah meninggalkan jenazah Rasulullah Saw. ketika Rasulullah wafat, lalu mereka bertengkar dengan kaum Ansar tentang hakku. Sekiranya mereka benar dan berhujah dengan benar, mereka lebih aula daripada Kaum Ansar kerana mereka daripada Quraisy dan Rasulullah (Saw.) adalah daripada Quraisy.[16] Maka siapakah yang lebih aula dengan Rasulullah (Saw.), beliau adalah lebih aula dengan urusan khilafah. Sesungguhnya mereka telah menzalimiku akan hakku. Sekiranya mereka berhujah dengan batil, maka mereka menzalimi kaum Ansar akan hak mereka. Allah akan menghukum antara kami dan mereka yang telah menzalimi kami dan membuat orang ramai menindas kami.
       Aneh sekali! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada mereka dan mencintai orang yang menghalang mereka dari jalan Tuhan dan menentang mereka daripada agama mereka. Demi Tuhan! Sekiranya umat ini berdiri di atas kakinya di tanah dan meletakkan abu (al-ramad) di atas kepalanya, berdoa kepada Allah, menyeru sehingga Hari Kiamat ke atas mereka yang telah menyesatkan mereka, menghalang mereka daripada jalan Allah, menyeru mereka ke Neraka, membentangkan mereka kepada kemurkaan Tuhan mereka, dan mewajibkan ke atas mereka akan azab-Nya dengan jenayah yang mereka lakukan terhadap mereka, nescaya mereka termasuk orang yang mengabaikannya (muqassirin).
       Kerana orang yang benar dan alim dengan Allah dan Rasul-Nya, berasa takut untuk mengubah sesuatu daripada bid‘ah-bid‘ah mereka, sunnah-sunnah mereka dan ciptaan-ciptaan mereka dan orang ramai pula akan memusuhinya (yatakhawwafu ‘in ghayyara sya’an min bad‘i-him wa sunani-him wa ahdathi-him wa ‘adat-hu al-‘Ammah). Dan apabila dia (orang yang benar) melakukannya, mereka menyusahkannya, menentangnya, membersihkan diri daripadanya, menghinanya dan memisahkannya daripada haknya. Sekiranya dia mengambil bid‘ah-bid‘ah mereka, mengakuinya, memperelokkannya dan beragama dengannya, maka umat akan mencintainya, memuliakannya dan melebih-lebihkannya(ahabbat-hu wa syarrafat-hu wa fadhdhalat-hu).
       Demi Tuhan! Sekiranya aku menyeru tentera-tenteraku ini dengan kebenaran yang diturunkan Allah ke atas Nabi-Nya, lalu aku menzahirkannya, aku menyeru kepadanya, aku menerangkannya dan menafsirkannya menurut apa yang aku dengar daripada Nabi Allah a.s. nescaya mereka akan berkeliaran lari dan berpisah daripadaku, hanya tinggal sedikit sahaja yang masih bersamaku daripada tentera-tenteraku yang telah memahami imamahku dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Sekiranya tidak ada janji daripada Rasulullah (Saw.) kepadaku, dan aku mendengar daripadanya serta mengemukakannya kepadaku, nescaya aku akan melakukannya. Tetapi Rasulullah (Saw.) telah bersabda kepadaku: Wahai saudaraku! Setiap kali seorang hamba terpaksa melakukannya, maka Allah menghalalkan kepadanya dan mengharuskan kepadanya (kullama idhtarra ilai-hi al-‘abdu faqad ahallahu-lahu wa abaha-hu iyya-hu).
       Aku mendengarnya bersabda: Sesunggunya taqiyyah adalah daripada agama[17] Allah. Dan tidak ada agama bagi mereka yang tidak ada taqiyyah (inna al-taqiyyata min dini-llahi wa la dina li-man la taqiyyata la-hu). Kemudian Ali a.s. tampil ke hadapan dan berkata: Aku akan membayar kepada mereka gandum sebagai bayaran daripadaku satu pertiga dan satu pertiga lagi daripada satu kabilah. Jika Tuhanku menggantikannya kepadaku, maka berilah keuzuran kepadaku. Beliau telah berkata kepada dua orang hakim ketika menghantar kedua-duanya: Kalian berdua hukumlah dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Jika kedua-duanya mencalarkan kerongkongku, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang membawanya kepada mereka itu, kerana niat mereka telah dikotori. Seorang lelaki daripada kaum Ansar, (Di dalam riwayat yang lain sahabatnya daripada kaum Ansar) berkata: Apakah berita yang sampai kepadaku tentang anda bahawa tidak ada pada umat ini orang yang lebih cekap (adbatu) dalam pengurusan selain daripada anda. Apakah perselisihan dan berita ini?
       Maka Ali a.s. berkata: Aku adalah sahabat yang anda kenali, tetapi aku telah diuji dengan seburuk-buruk makhluk Allah. Aku mahu supaya mereka menjalankan tugas, tetapi mereka menolaknya. Sekiranya aku menurut apa yang mereka mahu, nescaya mereka telah berpisah daripadaku.

Perjumpaan seorang Nasrani dengan Ali a.s. dan kata-katanya tentang kelebihan Ahl al-Bait a.s.

       Abban daripada Sulaim: Beliau berkata: Kami bertolak daripada Siffin bersama Amir al Mukmininsalawatullahi ‘alaihi. Dan tentera-tentera telah bermalam berhampiran Biara Nasrani. Tiba-tiba datang kepada kami daripada biara tersebut, seorang lelaki tua (syaikh kabirtampan, mempunyai perawakan muka yang baik dan membawa kitab di tangannya sehingga dia mendatangi Amir al-Mukminin salawatu Llahi ‘alaihi, lalu memberi salam kepadanya dengan khilafah
       Maka Ali a.s. berkata: Selamat datang wahai saudaraku Syam‘un Ibn Hamun, apa khabar andarahima-ka Llahu. Dia menjawab: Baik, wahai Amir al-Mukminin! Penghulu Muslimin, wasi Rasul Rabbi l-‘Alamin. Sesungguhnya aku adalah daripada keturunan hawari saudara anda ‘Isa Bin Maryam a.s. salawatu Llahi ‘alaihi daripada keturunan Syam‘un Bin Yuhana. Dia adalah pengikut (hawari) terbaik ‘Isa bin Maryam yang dua belas dan paling dikasihinya. Kepadanyalah ‘Isa telah memberi wasiat dan kepadanyalah beliau memberi kitabnya, ilmunya dan hikmahnya. Ahl Baitnya sentiasa berpegang kepada agamanya. Mereka tidak kafir, tidak menukar dan mengubah agamanya.
       Buku-buku ini adalah imla’ di sisiku oleh ‘Isa Bin Maryam dan dengan khat tangan bapa kami. Ia mengandungi perkara-perkara yang akan dilakukan oleh manusia selepasnya, daripada seorang pemerintah kepada seorang pemerintah dan apa yang mereka miliki. Apa yang akan berlaku pada zaman setiap pemerintah sehingga Allah mengutuskan seorang lelaki daripada Arab daripada anak Ismail bin Ibrahim Khalilullah dari negeri bernama Tihamah, dari qaryah yang dikenali dengan Makkah, dipanggil kepadanya Ahmad. Dua matanya luas diikuti dua keningnya, tuan unta betina dan keldai, tuan tongkat dan mahkota. Beliau mempunyai dua belas nama. Kemudian dia menyebutkan tempat beliau diutuskan, tempat lahir, hijrahnya, orang yang memeranginya, orang yang membantunya, orang yang memusuhinya, berapa lama beliau hidup dan apa yang dihadapi oleh umat selepasnya sehingga turunnya ‘Isa Bin Maryam dari langit.
       Kemudian dia telah menyebut di dalam al-kitab tentang tiga belas lelaki daripada anak-anak lelaki Ismail bin Ibrahim Khalilullah alaihim salla llahu, mereka sebaik-baik makhluk Allah, sekasih-kasih makhluk Allah kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberi rahmat kepada orang yang mewalikan mereka, bermusuh terhadap orang yang memusuhi mereka. Sesiapa yang mentaati mereka, mendapat petunjuk. Sesiapa yang menderhakai mereka, adalah sesat.
       Tertulis padanya nama-nama, keturunan mereka dan pengikut mereka, berapa lama hidup setiap orang daripada mereka seorang demi seorang, berapa orang daripada mereka yang bersembunyi dengan agamanya dan merahsiakannya daripada kaumnya dan siapa yang akan menzahirkannya sehingga Allah menurunkan ‘Isa salla llahu ‘alaihi ke atas yang akhir mereka. Maka ‘Isa akan mengerjakan solat di belakangnya dan berkata: Sesungguhnya kalian adalah para imam di mana tidak patut bagi seseorang mendahului kalian. Maka dia pun maju ke depan, lalu mengerjakan solat dengan orang ramai dan ‘Isa di belakangnya di barisan pertama.[18]
       Dan yang pertama mereka adalah yang paling afdhal dan paling baik. Baginya sepertilah pahala mereka dan pahala orang yang mentaati mereka, dan mendapat hidayah dengan hidayah mereka, beliau adalah Ahmad Rasulullah Saw. Namanya Ahmad, Yasin, al-Fattah, al-Khatamal-Hasyir, al-‘Aqibdan al-Mahi. (Di dalam riwayat yang lain di tempat al-Mahi, adalah al-Fattah dan al-Qa’id). Beliau adalah Nabi Allah, Khalilullah, Habibullah, Safiyyu-hu, Aminu-hu dan Khiratu-hu, beliau bersama orang yang sujud. (Di dalam naskhah yang lain: yara taqalubu-hu fi al-Sajidin yaitu di sulbi para nabi). Dia telah bercakap dengannya dengan rahmat-Nya.
       Beliau menyebutnya bahawa beliau adalah makhluk Allah yang paling mulia kepada Allah dan yang paling dikasihi kepada Allah di mana Allah tidak mencipta makhluk sama ada Malaikat muqarrab atau nabi mursal, Adam dan mereka selain daripadanya lebih baik di sisi Allah dan tidak ada seorangpun yang lebih dikasihi kepada Allah selain daripadanya. Dia mendudukkannya pada Hari Kiamat di atas ‘Arasy-Nya dan Dia memberi keizinan kepadanya untuk bersyafa‘at pada setiap orang yang diberi syafa‘at. Dengan namanyalah berlarinya qalam di Lauh Mahfuz pada Umm al-Kitab. Kemudian saudaranya yang mempunyai bendera (sahibal-Liwa’) pada Hari Mahsyar yang paling besar, wasinya dan khalifahnya pada umatnya. Dan sekasih-kasih orang kepada Allah selepasnya adalah Ali bin Abu Talib, wali kepada setiap Mukmin selepasnya.
       Kemudian sebelas imam daripada anak anak Muhammad. Dan yang pertama daripada Dua Belas Imam melahirkan dua orang, dinamakan dengan nama dua anak lelaki Harun; Syabar dan Syubair (al-Hasan dan al-Husain). (Di dalam naskhah yang lain, kemudian sebelas daripada anak-anaknya. Awal mereka melahirkan Syabar dan Syubair dan sembilan daripada Syubair seorang demi seorang. Di dalam naskhah pertama sembilan daripada anak lelaki yang paling kecil iaitu al-Husain seorang demi seorang). Dan yang akhir mereka adalah orang di mana ‘Isa Bin Maryam akan mengerjakan solat di belakangnya.[19] Padanya diterangkan setiap mereka yang memerintah daripada mereka, siapa yang menyembunyikannya dan siapa yang menzahirkannya.
       Maka orang pertama daripada mereka yang menzahirkannya, akan memenuhi seluruh Bumi Allah dengan saksama dan adil, akan memiliki Timur dan Barat sehingga Allah menzahirkannya ke atas semua agama. Manakala Nabi (Saw.) diutuskan, bapaku masih hidup, dia telah membenarkannya dan beriman dengannya. Dia naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah. Dia adalah seorang lelaki tua dan telah mati tanpa penyakit.
       Dia berkata: Wahai anakku! Sesungguhnya wasi Muhammad dan khalifahnya di mana nama dan sifatnya di dalam kitab, akan melalui anda apabila berlalunya tiga daripada imam sesat (a’immah al-Dalalah). Nama dan kabilah mereka disebut; fulan, fulan dan fulan beserta sifat-sifat mereka dan berapa tahun setiap orang daripada mereka memerintah. Dan apabila beliau melalui anda, maka keluarlah kepadanya dan berilah bai‘ah kepadanya, berperanglah bersamanya menentang musuhnya, kerana berjihad bersamanya sepertilah berjihad bersama Muhammad.[20]
       Di dalam kitab ini wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya dua belas imam daripada Quraisy dan daripada kaum bersamanya adalah daripada para imam yang sesat, memusuhi Ahl Baitnya dan menghalang mereka dari hak mereka, mengusir mereka dan menakut-nakutkan mereka, disebut seorang demi seorang dengan nama serta sifat mereka. Dan berapa lama setiap orang daripada mereka memerintah.
       Apa yang dihadapi oleh anak-anak anda daripada mereka, pembantu-pembantu anda dan Syi‘ahanda seperti pembunuhan, peperangan, bala dan ketakutan. Bagaimanakah Allah mengendalikan kalian daripada mereka, penguasa mereka dan pembantu mereka. Apa yang mereka akan hadapi daripada kehinaan, peperangan, bala, pembunuhan dan ketakutan daripada kalian Ahl al-Bait.[21]

Seorang Nasrani telah memberi bai‘ah kepada Ali bin Abu Talib a.s.

       Wahai Amir al-Mukminin! Hulurkan tangan anda, aku akan memberi bai‘ah kepada anda. Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dan aku naik saksi bahawa anda adalah khalifah Rasulullah pada umatnya, wasinya, saksi-Nya ke atas makhluk-Nya dan Hujah-Nya di Bumi-Nya.
       Sesunguhnya Islam adalah agama Allah. Dan sesungguhnya aku membersihkan diriku daripada setiap agama yang menyalahi agama Islam, kerana ia adalah agama Allah yang Dia telah memilihnya untuk diri-Nya dan meridhainya untuk para wali-Nya. Sesungguhnya ia adalah agama ‘Isa bin Maryam dan sebelumnya mereka daripada para nabi Allah dan para Rasul-Nya. Ia adalah agama yang telah dianuti oleh orang yang terdahulu daripada bapa-bapaku.
       Dan sesungguhnya aku akan mematuhi anda dan para wali anda. Aku membersihkan diriku daripada musuh anda.[22] Aku akan mematuhi para imam daripada anak-anak lelaki anda. Aku membersihkan diriku daripada musuh mereka, orang yang menentang mereka dan orang yang membersihkan diri daripada mereka. Orang yang mendakwa hak mereka dan menzalimi mereka yang terdiri daripada orang terdahulu dan terkemudian. Kemudian dia memegang tangan Ali a.s. dan memberi bai‘ah kepadanya.
       Amir al-Mukminin berkata kepadanya: Berikan kitab anda kepadaku, lalu diapun memberikan kepadanya. Maka Ali a.s. berkata kepada salah seorang daripada sahabatnya: Berdirilah anda bersama lelaki itu, maka lihatlah kepada penerjemahannya, anda memahami percakapannya, maka hendaklah anda menyalinkannya ke dalam Bahasa Arab. Manakala dia membawa salinannya kepada Amir al-Mukminin Ali a.s., beliau berkata kepada anaknya al-Hasan: Wahai anakku al-Hasan! Bawakan kepadaku apa yang telah aku berikan kepada anda.
       Wahai anakku! Bacalah dan lihatlah anda wahai fulan pada naskhah kitab ini, ia adalah khat tanganku dan imla’ Rasulullah (Saw.). Lalu beliau membacanya, ia tidak menyalahinya meskipun satu huruf. Tidak ada yang terdahulu dan terkemudian seolah-olah satu imla’ kepada dua lelaki. Maka beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya lalu berkata: Segala puji bagi Allah, sekiranya Dia mahu, umat tidak akan berselisih faham dan tidak akan berpecah. Segala puji bagi Allah yang tidak melupakanku, tidak mensia-siakan urusanku dan tidak melemahkan ingatanku di sisi-Nya dan di sisi para wali-Nya, manakala Dia memperkecil dan melemahkan ingatan para wali Syaitan dan partinya.
       Syi‘ah Ali a.s. yang hadir pada hari itu berasa gembira, lalu mereka mengucapkan terima kasih kepadanya. Sebagaimana kata-katanya juga telah menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan kami mengetahuinya daripada wajah-wajah mereka.

Ucapan Ali a.s: “Akulah yang telah mencungkil mata fitnah”

       Abban daripada Sulaim Bin Qais berkata: Amir al Mukminin telah menaiki mimbar, maka beliau memuji Allah dan bersyukur kepadanya dan berkata: Wahai manusia! Akulah orang yang telah mencungkil (faqa’tu) mata fitnah. Tidak ada seorangpun berani menghadapinya selain daripadaku.[23] Demi Tuhan! Sekiranya aku tidak ada di sisi kalian, nescaya ahli Jamal, ahli Siffin dan ahli Nahrawan tidak akan diperangi. Demi Tuhan! Jikalaulah kalian tidak bercakap dan tidak pula meninggalkan amal, nescaya aku akan memberitahu kalian apa yang telah ditetapkan oleh Allah di atas lidah Nabi-Nya. Bagi orang yang memerangi mereka benar-benar mengetahui kesesatan mereka dan arif dengan petunjuk yang kami di atasnya.
       Kemudian beliau berkata: Kalian bertanyalah kepadaku apa yang kalian mahu sebelum kalian meninggalkanku. Demi Tuhan! Sesungguhnya aku lebih mengetahui jalan-jalan langit berbanding dengan jalan-jalan bumi. Aku adalah Ya‘sub[24] Mukminin, orang yang terawal, imam Muttaqin, penutup para wasi, waris para nabi dan khalifah Rabb al-‘Alamin. Aku adalah dayyan al-Din pada Hari Kiamat dan pembahagi Allah (qasimu-llahi) antara ahli Syurga dan ahli Neraka.[25]
       Akulah al-Siddiqu l-Akbar dan al-Faruq yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Sesungguhnya di sisiku ilmu manaya dan balaya[26] dan fasl al-khitab.[27] Tidak ada satu ayat yang turun melainkan aku mengetahui pada apa ia diturunkan, di mana ia diturunkan dan kepada siapa ia diturunkan. Wahai manusia! Sesungguhnya kalian hampir tidak mendapatiku, sesungguhnya aku akan berpisah daripada kalian.
       Sesungguhnya aku akan mati atau dibunuh. Orang yang paling celaka sedang menunggu untuk mencelupkannya (‘an yakhdibaha) dari atasnya. (Di dalam riwayat yang lain, orang yang paling celaka sedang menunggu untuk mencelupkan ini daripada darah ini iaitu janggutnya dari darah kepalanya).[28] Demi Dia yang telah mengembangkan bijian dan menciptakan makhluk hidup. Janganlah kalian bertanyaku tentang kumpulan yang melebihi tiga ratus ke atas antara kalian dan Kiamat melainkan aku memberitahu kalian penariknya, pemandunya dan pembuat suaranya (sa’iqu-ha wa qa’idu-ha wa na‘iqu-ha), halaman rumah yang rosak bilakah ia rosak dan bilakah ia dibangunkan selepas kerosakannya sehingga Hari Kiamat.
       Lantas berdiri seorang lelaki dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Beritahukan kami tentang bala(al-Balaya). Maka beliau berkata: Apabila penanya bertanya, maka hendaklah dia berfikir. Dan apabila dia bertanya, maka orang yang ditanya hendaklah menangguhkannya kerana di sebalik kalian banyak perkara yang berkumandang dan bala yang mendukacitakan. Demi Dia yang telah mengembangkan bijian dan mencipta makhluk hidup. Jika kalian tidak dapat memanfaatkan keberadaanku dan berlakulah perkara yang dicita-citakan serta bala yang sebenar, maka ramai orang yang bertanya akan menundukkan kepala mereka dan menyulitkan ramai orang yang ditanyakannya. (Di dalam naskhah yang lain, ramai orang yang ditanyakan itu telah gagal). Apabila berlakunya peperangan kalian dengan sebenarnya, maka Dunia menjadi bala ke atas kalian sehingga Allah membukakannya untuk orang yang baik (al-Abrar).
       Seorang lelaki berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Beritahukan kami tentang fitnah (al-fitan)? Beliau berkata: Sesungguhnya fitnah apabila datang, tidak diketahui kepalsuannya. Dan apabila ia pergi, ia meninggalkan kesannya (asfarat). Sesungguhnya fitnah bagaikan ombak laut dan angin yang kencang menimpa satu negeri dan mengalahkan yang lain. Maka kalian tunggulah orang yang telah memegang bendera pada Hari Badr. Maka kalian tolonglah mereka, nescaya kalian akan ditolongi. Kalian berilah “ganjaran” kepada mereka, nescaya kalian akan dimaafkan.       Sesungguhnya fitnah yang ditakuti ke atas kalian adalah fitnah Bani Umayyah. Ia adalah fitnah buta, pekak dan gelap. Fitnahnya bersifat umum, tetapi balanya adalah bersifat khusus. Bala akan menimpa orang yang melihatnya dengan mata hatinya (man absara fi-ha). Dan akan mengalahkan orang yang dibutakan hatinya daripadanya (man ‘umia ‘an-ha). Ahli batilnya (pembohongnya) menguasai ahli haknya (ahli kebenarannya). Mereka akan memenuhi bumi dengan kezaliman dan kediktatoran. Yang mengalahkan keangkuhannya, memecahkan tiangnya dan mencabutkan paksinya adalah Allah Rabb al-‘Alamin danQasim al-Jabbarin.
       Kalian akan mendapati Bani Umayyah sebagai tuan-tuan yang jahat (arbab su’) seperti binatang buas (al-nab al-darus) yang melakukan apa sahaja.[29] Fitnah mereka berterusan sehingga tidak mampu seseorang daripada kalian untuk menolong dirinya seperti pertolongan hamba terhadap dirinya daripada tuannya. Apabila tuannya tidak ada, dia memakinya. Dan apabila berhadapan dengannya, dia mentaatinya. (Di dalam riwayat yang lain, dia memaki di dalam hatinya. Di dalam riwayat yang lain, Demi Tuhan! Sekiranya mereka mengusir kalian di bawah setiap cakrawala, nescaya Allah akan mengumpulkan kalian untuk hari kejahatan mereka).
       Seorang lelaki bertanya: Adakah jama‘ah wahai Amir al-Mukminin selepas itu? Beliau berkata: Akan ada pelbagai jama‘ah. Pemberian kalian, haji kalian, perjalanan musafir kalian, tetapi hati bermacam-macam. Seorang bertanya: Bagaimana hati bermacam-macam? Beliau menjawab: Beginilah. Beliau memasukkan anak anak jarinya dan berkata: Ini membunuh ini dan begitulah seterusnya.
       Demikianlah berterusannya kezaliman Jahiliyah sehingga tidak ada cahaya petunjuk dan ilmu untuk dicontohi. Kami Ahl al-Bait selamat daripada perkara tersebut dan kami tidak melakukannya. Dia bertanya lagi: Apakah yang akan aku lakukan pada masa itu, wahai Amir al–Mukminin? Beliau berkata: Kalian lihatlah kepada Ahl Bait Nabi kalian. Jika mereka meminta bantuan kalian, maka bantulah mereka, nescaya kalian akan dimaafkan. Kerana mereka tidak akan mengeluarkan kalian daripada petunjuk dan tidak membawa kalian kepada kejahatan. Janganlah kalian mendahului mereka, nescaya kalian akan ditimpa bala dan akan ditertawakan oleh musuh-musuh kalian.[30]
       Dia bertanya lagi: Apakah akan terjadi selepas itu wahai Amir al-Mukminin? Beliau menjawab: Allah akan menyelamatkannya dengan seorang lelaki daripada keluargaku. Kemudian beliau akan menentang orang yang menghina mereka dan menuangkan mereka dengan gelas yang menyakitkan. Beliau tidak akan memberikan mereka dan tidak akan menerima daripada mereka selain daripada pedang dalam keadaan huru hara.[31]
       Beliau akan membawa pedang di atas bahunya selama lapan bulan sehingga mereka berkata: Apakah ini daripada Quraisy? Sekiranya dia daripada Quraisy dan daripada anak lelaki Fatimah, nescaya dia akan berlembut dengan kami. Allah akan menjadikan Bani Umayyah di bawah telapak kakinya dan akan mengisarkan mereka selumat-lumatnya. Firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 61, 62; “Mereka terlaknat , mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya di mana sahaja mereka berada. Dan tiada engkau dapati Sunnah Allah bertukar-tukar”.
       Amm ba‘d (Adapun kemudian daripada itu). Apa yang pasti bahawa kesesatan dikisarkan dengan halus oleh kisarannya. Hanya Allahlah yang mengatasinya. Sesungguhnya aku dan keluargaku yang baik adalah orang yang paling lembut semasa kecil dan paling alim pada masa dewasa. Bersama kami bendera kebenaran dan petunjuk. Sesiapa yang mendahuluinya akan derhaka (maraqa). Sesiapa yang menghinanya akan dibalas. Sesiapa yang  bersamanya akan diberkati. Kami Ahl al-Bait mengetahui daripada ilmu Allah, kami menerima daripada hukum Allah yang sebenar dan kami mendengar daripada kata-kata yang benar. Sekiranya kalian mengikut kami, nescaya kalian akan mendapat hidayah denganbasirah kami. Sekiranya kalian menentang kami, nescaya kalian akan diazab oleh Allah dengan tangan-tangan kami atau dengan apa yang Dia mahu.
       Kami adalah mercu Islam, maka dengan kamilah pesalah akan dikaitkan dan kepada kamilah orang yang bertaubat akan dikembalikan. Demi Tuhan! Sekiranya kalian tidak gopoh dan kebenaran ditangguhkan, nescaya aku akan memberitahu kalian apa yang akan terjadi kepada pemuda-pemuda Arab dan Mawali (hamba). Justeru itu, janganlah kalian bertanya Ahl Bait Muhammad akan ilmu sebelum masanya. Dan janganlah kalian meminta kepada mereka akan harta di atas kesusahan kalian, maka kalian akan menyangka mereka bakhil. Sebenarnya mereka bukanlah bakhil. Kalian jadilah orang yang amanah dan janganlah menjadi gopoh dan tidak mampu menyimpan rahsia. Jadilah kalian daripada ahli kebenaran, nescaya kalian dikenali dengannya.
       Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya dengan kekuasaan-Nya dan menjadikan di kalangan mereka kelebihan dengan ilmu-Nya. Dia menjadikan di kalangan mereka hamba-hamba di mana Dia memilih mereka untuk diri-Nya bagi berhujah dengan mereka ke atas makhluk-Nya. Justeru itu, Dia telah menjadikan petanda kepada orang yang mulia daripada mereka dengan ketaatan terhadap-Nya. Dan petanda kepada orang yang hina daripada mereka dengan kemaksiatan terhadap-Nya. Dia menjadikan pahala orang yang mentaati-Nya dengan berseri mukanya di negeri yang aman dan berkekalan yang tidak menyusahkan ahlinya. Dia menjadikan balasan orang yang melakukan maksiat terhadap-Nya dengan Api Neraka. Firman-Nya di dalam Surah Hud (11): 101, ‘‘Kami tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri”.
       Wahai manusia! Sesungguhnya dengan kami Ahl al-Bait, Allah membezakan pembohongan. Dengan kami Allah mencabutkan belenggu kehinaan dari tengkuk kalian. Dengan kami Allah telah membuka sesuatu dan dengan kami Allah menamatkannya. Lantaran itu, ambillah iktibar melalui kami dan musuh kami, melalui petunjuk kami dan petunjuk mereka, melalui sirah kami dan sirah mereka, melalui mayat kami dan mayat mereka.[32] Mereka mati dengan bermacam-macam penyakit seperti bisul dan kudis sementara kami mati dengan perut (racun), pembunuhan dan kesyahidan. Kemudian beliau berpaling kepada anak lelakinya lalu berkata: Wahai anakku! Hendaklah kalian yang besar berbuat baik kepada kalian yang kecil. Dan hendaklah kalian yang besar berlembut kepada kalian yang kecil. Janganlah jadi seperti orang yang bodoh, jahil yang tidak memberi keyakinan kepada Allah.
       Demi Tuhan! Aku telah diajari untuk menyampaikan risalah, menyelenggarakan persiapan dan menyempurnakan kalimat. Sebab-sebab telah dibukakan kepadaku. Awan telah diperlakukan kepadakuAlam malakut telah diperlihatkan kepadaku di mana ia tidak pernah luput daripada ingatanku. Perkara yang telah berlalu tidak mengikatku. Tidak ada seorang pun yang berkongsi denganku pada apa yang telah dipersaksikan oleh Tuhanku pada hari penyaksian.
       Dengan aku, Allah menyempurnakan janji-Nya dan menyempurnakan kalimat-Nya. Akulah al-Ni‘mah yang Allah telah kurniakan kepada makhluk-Nya. Akulah Islam di mana Allah telah meridhainya untuk diri-Nya. Semua itu adalah kurniaan Allah kepadaku. Dan dengannya Allah menghina musuhku. Seorang itu tidak menjadi imam melainkan dia mengetahui ahli wilayahnya sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Ra‘d (13): 7, ‘‘Sesungguhnya engkau hanya memberi ingatan dan setiap kaum ada orang yang menunjukinya”.

[1] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 62. al-Khatib, Tarikh Baghdad, xii, hlm. 169.

[2] Ibid.

[3] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 259-262. Aisyah dan Hafsah berkata kepada Uthman: “Wahai Na‘thal! Rasulullah Saw. telah menyamakan anda dengan Na‘thal Yahudi”. Maka Khalifah Uthman menjawab dengan Firman Allah SWT dalam Surah al-Tahrim (66): 10, ‘‘Allah telah memberi contoh bagi orang yang kafir; iaitu isteri Nuh dan isteri Lut”. Lantas mereka berdua keluar dari sisinya.

[4] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 91-2.

[5] Ibid.

[6]Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 46. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 37. al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm. 37.

[7] Ibid.

[8] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 61-2.

[9] Al-Tulaqa’ adalah Abu Sufyan, Mu‘awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan al-Ahzab dan mereka tidak boleh menjadi khalifah. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, iii, hlm. 318.

[10] Al-Turada’ adalah orang yang telah diusir.

[11] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 153. al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 332-3.

[12] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 197-8. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 87-8

[13]Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 46. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 37. al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm. 37.

[14] Rasulullah Saw.

[15] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 5. Ali a.s. telah memecahkan berhala Quraisy yang paling besar.

[16] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 10-11.

[17] Al-Qur’an, Surah al-Nahl (16):106, “Barang siapa yang kafir (ingkar) akan Allah sesudah beriman, kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya masih tetap beriman”. For taqiyyah must be practiced in a situation where a man faces a danger which he cannot fight”, Al-‘Allamah al-Tabataba’i, The Shi‘ite Islam, hlm. 26.

[18] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 497.

[19] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 440-2

[20] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 319. Ibn Majah, Sahih, hlm. 14. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, v, hlm. 523.

[21] Ibn Sa‘d, Tabaqat, iv, hlm. 4-5. al-Hakim, al-Mustadrak, iv, hlm. 464.

[22] Ibn Hanbal, Musnad, ii, hlm. 442. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, iii, hlm. 11.

[23] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 137.

[24] Tumpuan Mukminin.

[25] Ibn al-Maghazali al-Syafi‘i, al-Manaqib, hlm. 286.

[26] Manaya ialah ilmu ramalan mengenai perkara yang akan datang. Balaya ialah ilmu tentang bala dan malapetaka.

[27] Fasl al-Khitab: Ilmu kefasihan dan kepintaran bercakap.

[28] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 447-9

[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 39, 36. al-Hakim, al-Mustadrak, iv, hlm. 480.

[30] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 136-7.

[31] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 36. Abu Daud, al-Sunan, ii, hlm. 207.

[32] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, v, hlm. 523. Ibn Hajr al-Haithami, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, hlm. 112.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin, peperangan Siffin dll, Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali w.90 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin, peperangan Siffin dll, Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali w.90 H
 

0 comments:

Catat Ulasan