Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kewafatan Rasululllah saw, kedudukan Ahlulbaitnya, urusan bai'ah kpd Abu Bakr, pengurusan jenazah dll, Kitab Sulaim b. Qais


    (Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali, sahabat Imam Ali as, W 90 H)

Kewafatan Rasulullah Saw. dan sabdanya bahawa Ahl Baitnya adalah sebaik-baik makhluk yang dipilih Allah

       Sulaim berkata: Aku telah mendengar Salman al-Farisi berkata: Aku duduk di hadapan Rasulullah Saw. ketika sakit yang membawa kepada kewafatannya, lalu Fatimah a.s. datang. Manakala beliau melihat keadaan Rasulullah Saw., beliau menjadi terharu sehingga berlinang airmatanya di atas kedua pipinya.
       Lantas Rasulullah Saw. bersabda kepadanya: Wahai anak perempuanku! Apakah yang telah membuat anda menangis? Beliau menjawab: Aku takut ke atas diriku dan anak-anakku akan kehilangan tempat bergantung selepas anda. Rasulullah Saw. menjawab dalam keadaan airmatanya berlinangan: Wahai Fatimah! Tidakkah anda mengetahui sesungguhnya kami Ahl al-Bait, Allah telah memilih untuk kami Akhirat ke atas Dunia, sesungguhnya kebinasaan ke atas semua makhluk-Nya adalah suatu kepastian.
       Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah merenung ke Bumi, lalu Dia memilihku di kalangan mereka dan menjadikan aku seorang Nabi. Kemudian Dia merenung ke Bumi kali kedua, lalu Dia telah memilih suami anda dan Dia telah memerintahkanku supaya menikahkan anda dengannya. Dia telah memerintahkanku mengambilnya sebagai saudara, wazirwasi dan menjadikanya khalifahku pada umatku. Justeru itu, bapa anda adalah sebaik-baik Nabi Allah dan Rasul-Nya. Sementara suami anda adalah sebaik-baik wasi dan wazir[1].
       Dan anda adalah orang pertama yang akan mengikutiku (wafat) di kalangan keluargaku. Kemudian. Dia telah merenung ke Bumi kali ketiga, lalu Dia memilih anda dan sebelas lelaki daripada anak cucu anda dan suami anda[2]. Lantaran itu, anda adalah penghulu wanita Syurga. Sementara dua anak lelaki anda adalah penghulu pemuda Syurga. Aku, saudaraku dan sebelas para imam dan para wasiku sehingga Hari Kiamat semuanya menjadi pembimbing dan mendapat petunjuk. Wasipertama selepas saudaraku, adalah al-Hasan kemudian al-Husain, kemudian sembilan daripada anak anak al-Husain berada dalam satu martabat di Syurga[3].
       Tidak ada martabat yang paling dekat kepada Allah selain daripada martabatku. Kemudian martabat Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Tidakkah anda mengetahui wahai anak perempuanku! adalah suatu penghormatan Allah kepada anda bahawa Dia telah mengahwinkan anda dengan orang yang paling baik daripada umatku dan sebaik-baik keluargaku, orang pertama memeluk Islam, mempunyai sopan-santun yang tinggi, ilmu yang banyak, jiwa yang paling tinggi, paling benar dalam percakapan, mempunyai hati yang paling berani, paling pemurah, paling zuhud di dunia dan paling kuat berjuang dengan segala tenaga untuk Islam.
       Lantas Fatimah a.s. tersenyum gembira mendengar apa yang disabdakannya. Kemudian Rasulullah Saw. bersabda kepadanya: Sesungguhnya Ali mempunyai lapan keistimewaan dan kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Imannya dengan Allah dan Rasul-Nya mendahului orang lain. Keilmuannya dengan Kitab Allah dan Sunnahku di mana tidak ada seorang pun daripada umatku mengetahui semua keilmuanku selain daripada suami anda (laisa ahadun min ummati ya‘lamu jami‘a ‘ilmi ghaira ba‘li-ki), kerana Allah telah mengajariku keilmuan yang tidak diketahui oleh sesiapapun selain daripadaku. Dia telah mengajari para Malaikat dan para Rasul-Nya keilmuan , maka aku mengetahuinya[4].
       Allah telah memerintahkanku supaya mengajarkan keilmuan tersebut kepada Ali (a.s.), maka aku melakukanya (amarani llahu an u‘allima-hu iyya-hu fafa‘altu). Lantaran itu, tidak ada seorang pun daripada umatku mengetahui keseluruhan keilmuanku, kefahamanku, kefakihanku selain daripadanya (laisa ahadun min ummati ya‘lamu jami‘a ‘ilmi wa fahmi wa fiqhi kulla-hu ghaira-hu). Anda, wahai anak perempuanku! adalah isterinya. Sesungguhnya kedua-dua anak lelakiku al-Hasan dan al-Husain adalah anak lelaki umat ini[5].
       Aku telah memerintahkannya melakukan perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar. Sesungguhnya Allah telah mengajarnya hikmah dan kepakaran dalam percakapan. Wahai anak perempuanku! sesungguhnya Allah menganugerahkan kami Ahl al-Bait dengan tujuh sifat di mana Dia tidak pernah menganugerahkannya kepada orang terdahulu dan terkemudian selain daripada kami. Aku adalah penghulu para nabi dan para rasul dan sebaik-baik mereka. Wasiku adalah sebaik-baikwasiWazirku adalah suami anda. Syahid kami adalah sebaik-baik syahid.
       Fatimah berkata: Wahai Rasulullah! Adakah penghulu para syuhada’ yang berperang bersama anda? Beliau menjawab: Tidak. Malah penghulu syuhada’ daripada orang terdahulu dan terakhir selain para nabi dan para wasi. Ja‘far bin Abu Talib yang telah berhijrah dua kali, mempunyai dua sayap dan terbang dengan dua sayapnya di Syurga bersama para Malaikat. Dua anak lelaki anda al-Hasan dan al-Husain adalah anak lelaki umatku dan penghulu pemuda Syurga. Dan daripada kamilah Mahdi umat ini yang mana Allah akan memenuhi Bumi ini dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penyiksaan.
       Lalu Fatimah berkata lagi: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang lebih baik anda sebutkan tadi? Beliau menjawab: Saudaraku Ali adalah orang yang paling baik di kalangan umatku, Hamzah dan Ja‘far adalah umatku yang paling baik selepas Ali, anda, selepas dua anak lelakiku al-Hasan dan al-Husain dan selepas para wasi daripada anak lelakiku ini (Rasulullah Saw. telah memberi isyarat kepada al-Husain).
       Di kalangan mereka adalah al-Mahdi dan orang yang datang sebelumnya lebih baik daripadanya. Dan yang pertama adalah lebih baik dari yang terakhir kerana beliau adalah imamnya sementara yang akhir adalah wasi pertama. Allah telah memilih untuk kami Ahl al-Bait, Akhirat ke atas Dunia. Kemudian Rasulullah Saw. melihat kepada Fatimah, suaminya dan dua anak lelakinya. Maka Rasulullah bersabda: Wahai Salman! Aku memerangi orang yang memerangi mereka dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka. Mereka akan bersamaku di Syurga.
       Kemudian Rasulullah Saw. telah memandang kepada Ali a.s. dan bersabda: Wahai Ali! Anda akan menghadapi kecaman Quraisy dan kezaliman mereka ke atas anda. Jika anda mendapati pembantu-pembantu, maka tentangilah mereka. Perangilah mereka yang menentang anda dengan mereka yang bersetuju dengan anda.
       Dan jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka bersabarlah, tahanlah tangan anda dan jangan mencampakkan diri anda kepada kebinasaan kerana anda bersamaku sebagaimana kedudukan Harun dengan Musa. Malah untuk anda, Harun adalah ikutan yang baik kerana dia berkata kepada saudaranya: Sesungguhnya kaumku telah menindasku dan hampir mereka membunuhku.

Khabar gembira untuk Ali a.s. dan peristiwa yang akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah Saw.

       Sulaim berkata: Ali bin Abu Talib a.s. telah menceritakan kepadaku dan beliau berkata: Aku pernah berjalan-jalan bersama Rasulullah Saw. di beberapa jalan di Madinah sehingga kami sampai di sebuah taman. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah cantiknya taman ini. Rasulullah Saw. menjawab: Alangkah cantiknya tetapi untuk anda di Syurga lebih cantik lagi.
       Kemudian kami sampai di taman yang lain dan aku berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah cantiknya taman ini. Rasulullah Saw. menjawab: Alangkah cantiknya, tetapi taman anda di Syuga lebih cantik lagi. Sehingga kami sampai di taman ketujuh, aku berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah cantiknya taman ini? Beliau menjawab: Taman anda di Syurga lebih cantik lagi[6].
       Di akhir perjalanan beliau memelukku dan terus menangis, beliau bersabda: Dengan nama bapaku yang satu dan syahid, maka aku bertanya kepadanya: Apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau menjawab: Dendam kesumat di dada mereka di mana mereka tidak akan menzahirkanya melainkan selepasku wafat iaitu dendam kesumat di Badr dan di Uhud. Aku berkata: Untuk keselamatan agamaku? (fi salamatin min dini). Beliau menjawab: Untuk keselamatan agama anda[7].
       Justeru itu bergembiralah wahai Ali! Kerana hidup anda dan mati anda adalah bersamaku. Anda adalah saudaraku, anda adalah wasiku. Anda adalah pilihanku, wazirku, pewarisku, penggantiku, pembayar hutangku, pelaksana janjiku. Anda pembersih dhimmahku, pelaksana amanahku. Anda akan memerangi al-Nakithin[8]al-Qasitin[9] dan al-Mariqin[10]. Anda di sisiku sepertilah Harun di sisi Musa. Malah Harun menjadi ikutan yang baik bagi anda kerana beliau di tindas oleh kaumnya dan hampir mereka membunuhnya. Lantaran itu bersabarlah tentang kezaliman Quraisy dan penentangan mereka terhadap anda, kerana kedudukan anda sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa dan pengikutnya[11].
       Sedangkan mereka sepertilah kedudukan al-‘Ijl (Anak lembu jantan) dan para pengikutnya. Oleh itu, Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya sebagai penggantinya ke atas kaumnya dan berpesan: sekiranya mereka sesat dan beliau mendapati pembantu-pembantu maka hendaklah beliau menentang mereka bersama mereka. Dan sekiranya beliau tidak mendapati pembantu-pembantu maka hendaklah beliau menahan tangannya dan darahnya. Jangan memecahbelahkan mereka.
       Wahai Ali! Allah tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan segolongan manusia menerima Islam secara sukarela (tau‘an) dan segolongan yang lain secara terpaksa (karhan). Maka Allah menguasai orang yang menerima Islam secara terpaksa ke atas orang yang menerima Islam secara sukarela dan membunuh mereka supaya mereka mendapat pahala yang lebih besar.
       Wahai Ali! Umat tidak berselisih selepas nabinya melainkan terserlah Ahl al-Batil ke atas Ahl al-Haq.Sesungguhnya Allah melupai (nasiya) perpecahan dan perselisihan ke atas umat ini. Jika Dia mahu, nescaya Dia jadikan mereka di atas petunjuk sehingga dua orang tidak akan berselisih faham dan tidak bertengkar mengenai perintahnya. Dan orang yang kurang kelebihannya tidak akan mengingkari kelebihan orang yang lebih baik.
       Jika Dia mahu, nescaya Dia mempercepatkan azab kerana perubahan adalah juga daripada-Nya, sehingga si zalim dibohongi dan kebenaran diketahui kesudahannya. Tetapi Dia telah menjadikan Dunia sebagai tempat untuk beramal dan menjadikan Akhirat pula sebagai tempat yang kekal. Ini supaya Dia memberi balasan terhadap orang yang melakukan kejahatan dengan apa yang mereka lakukan dan memberi ganjaran terhadap orang yang melakukan kebaikan dengan kebaikan yang mereka lakukan. Maka aku berkata: Segala puji bagi Allah, bersyukur terhadap nikmat-Nya dan bersabar di atas ujian-Nya dengan penuh penyerahan dan meridhai Qadha’-Nya.

Peristiwa yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah Saw. dan urusan bai‘ah kepada Abu Bakr

       Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar al-Barra’ bin ‘Azib berkata: Aku pernah mencintai Bani Hasyim dengan kuat sekali pada masa Rasulullah Saw. dan selepas kewafatannya. Manakala Rasul Saw. hampir wafat, beliau berwasiat kepada Ali a.s. supaya beliau sahaja yang akan memandikannya. Orang lain tidak boleh melihat auratnya selain daripadanya.
       Dan sesungguhnya tidak ada orang yang melihat aurat Rasulullah Saw. melainkan buta matanya. Lantas Ali a.s. berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengambil berat tentangku supaya memandikan anda? Beliau menjawab: Jibra’il dalam barisan tentera Malaikat. Maka Ali a.s. telah memandikanya. Al-Fadhl bin ‘Abbas tertutup dua matanya sambil menyiramkan air, para Malaikat membalikkannya apabila Ia kehendaki. Ali a.s. ingin menanggalkan baju Rasulullah Saw. dari badannya, maka kedengaran suara melaung berkata: Janganlah anda menanggalkan baju Nabi anda wahai Ali! Lantaran itu, masukkanlah tangan di bawah bajunya dan mandikanlah beliau. Maka lakulahtahannaut dan kafan. Kemudian ditanggalkan bajunya ketika kafan dan tahnitnya.
       Al-Barra’ bin ‘Azib berkata: Apabila Rasulullah Saw. wafat, aku khuatir bahawa Quraisy akan mengeluarkan Bani Hasyim daripada khilafah. Manakala orang ramai telah melakukan bai‘ah kepada Abu Bakr, aku bertambah sedih, kesedihan kewafatan Rasulullah Saw. Aku mulai berulang-alik ke sana ke mari sambil melihat wajah-wajah manusia. Bani Hasyim berada di sisi Rasulullah Saw., memandi dan mentahnitkannya.
       Kemudian telah sampai berita kepadaku tentang ucapan Sa‘d bin ‘Ubadah dan para pengikutnya. Tetapi aku tidak menyukai mereka kerana aku tahu ia tidak sampai kemana- mana. Kemudian aku mulai berulang-alik antara mereka dan Masjid, aku tidak bertemu dengan wajah-wajah Quraisy sebagaimana aku juga tidak bertemu dengan Abu Bakr dan Umar. Selepas beberapa ketika aku terserempak dengan Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaidah menuju al-Saqifah[12].
       Mereka telah berlindung di al-Ardh al-San‘aniyyah sehingga mereka telah menangkap sesiapa saja yang melalui di hadapan mereka. Apabila mereka mengenalinya, mereka telah menghulurkan tangannya ke atas tangan Abu Bakr sama ada mahu atau pun tidak. Aku telah mengingkari tindakan tersebut, tetapi kerana ketakutan dan memikirkan musibah Rasulullah Saw., maka aku pun segera keluar ke Masjid. Kemudian aku mendatangi Bani Hasyim, pintu telah tertutup selain daripada mereka.
       Lantas aku memukul pintu dengan kuat dan berkata: Wahai Ahl al-Bait! Maka keluarlah al-Fadhl bin al-‘Abbas, aku berkata: Orang ramai telah memberi bai‘ah kepada Abu Bakr, maka al-‘Abbas berkata: Ia terlepas daripada kalian selama-lamanya. Aku telah memerintahkan kalian, tetapi kalian menderhakaiku. Aku meneruskan perjuangan dalam diriku, manakala tiba waktu malam, aku keluar ke Masjid. Seperti biasa aku masih teringat bacaan Rasulullah Saw., lalu aku meninggalkan tempatku dan menuju ke arah Fadha’ Bani Bayadhah.
       Aku mendapati beberapa orang sedang bermunajat. Apabila aku mendekati mereka, mereka terus terdiam seketika. Mereka mengenaliku, tetapi aku tidak mengenali mereka. Ketika aku hendak pulang, lantas mereka memanggilku, aku pun mendatangi mereka. Aku dapati al-Miqdad, Abu Dhar, Salman, Ammar bin Yasir, Ubadah bin al-Samit, Hudzaifah bin al-Yaman dan al-Zubair bin al-Awwam.
       Huzaifah berkata: Demi Allah! mereka akan melaksanakan apa yang telah aku beritahu kepada kalian. Demi Allah! aku tidak berbohong dan tidak dibohongi. Mereka ingin mengembalikan urusankhilafah secara syura di antara kaum Muhajirin dan Ansar. Hudzaifah berkata lagi: Marilah kita pergi berjumpa Ubayy bin Ka‘ab kerana beliau tahu sebagaimana aku tahu. Kami pun pergi ke rumah Ubayy bin Ka‘ab, lalu kami mengetuk pintu rumahnya. Beliau muncul di balik pintu, kemudian berkata: Siapakah kalian? Lalu al-Miqdad berbicara dengannya[13].
       Beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan anda datang kemari? Lantas al-Miqdad berkata: Perkara yang kami bawa adalah lebih besar daripada bercakap di balik pintu. Ubayy menjawab: Aku tidak akan membuka pintuku dan sesungguhnya aku telah mengetahui sebab kedatangan kalian. Justeru itu, aku tidak akan membuka pintuku. Seolah-olah kalian ingin mengkaji semula perjanjiankhilafah. Kami menjawab: Ya.
       Dia bertanya lagi: Adakah Hudzaifah bersama kalian? Kami menjawab: Ya. Dia berkata: Perkara sebenar sebagaimana kata Hudzaifah. Ada pun aku, tidak akan membuka pintuku sehingga berlalu apa yang telah berlalu dan tidak akan berlaku malapetaka yang lebih jahat daripadanya. Hanya kepada Allah tempat merayu. Beliau berkata: Mereka pun kembali kemudian Ubayy bin Ka‘ab tetap di rumahnya.
       Beliau berkata: Berita ini telah sampai kepada Abu Bakr dan Umar, lalu mereka menghantar perutusan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan al-Mughirah bin Syu‘bah untuk bertanya pendapat mereka berdua. Al-Mughirah bin Syu‘bah berkata: Aku berpendapat kalian hendaklah berjumpa al-Abbas bin Abd al-Muttalib dan memberi dorongan kepadanya tentang jawatan khilafah untuknya dan keturunannya selepasnya.
       Justeru itu, kalian akan memberi pukulan yang hebat kepada Ali bin Abu Talib. Kerana jika al-Abbas bin Abd al-Muttalib bersama kalian, ini akan menjadi hujah ke atas orang ramai dan menjadi senanglah bagi kalian mengendalikan urusan Ali bin Abu Talib.

Al-‘Abbas dan keturunannya dijanjikan jawatan khalifah jika beliau membai‘ah Abu Bakr

       Beliau berkata: Maka Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah memasuki rumah al-Abbas bin Abd al-Muttalib pada malam kedua kewafatan Rasulullah Saw. Beliau berkata: Abu Bakr telah memberi ucapan dengan memuji Allah, kemudian berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad sebagai nabi dan bagi Mukminin sebagai wali. Allah telah mencucuri nikmat ke atas mereka dengan keberadaannya sehingga Dia telah memilih untuknya dan meninggalkan kepada orang ramai urusan mereka supaya memilih sendiri urusan mereka[14] untuk kepentingan mereka dalam keadaan muafakat bukan perselisihan. Justeru itu, mereka telah memilih aku sebagai wali bagi mentadbir urusan mereka. Aku tidak takut, dengan pertolongan Allah, akan kelemahan, kesangsian dan kebaculan.
       Taufikku hanya kepada Allah. Tetapi aku tidak akan terlepas daripada pencaci yang akan menyampaikan kepadaku kata-kata yang menyalahi kata-kata orang ramai. Lantas mengambil kalian sebagai tempat berlindung. Lantaran itu, kalian menjadi bentengnya yang kukuh dan khutbahnya yang menarik. Untuk mengelakkan kalian berkecimpung bersama mereka atau kalian menentang kehendak mereka, maka kami mendatangi anda. Kami ingin memberi jawatan khalifah untuk anda dan keturunan anda selepas anda. Kerana anda adalah bapa saudara kepada Rasulullah.[15]
       Jika orang ramai inginkan kedudukan anda dan kedudukan sahabat anda, nescaya mereka akan memalingkan perkara ini daripada anda berdua. Umar berkata: Ya, betul. Di samping itu Bani Hasyim menghormati anda kerana Rasulullah adalah daripada kami dan kalian. Kami bukanlah datang kerana kami memerlukan anda tetapi kami benci cacian terhadap apa yang dipersetujui oleh Muslimun. Ini akan menyebabkan berterusanlah ucapan-ucapan yang menentang kami daripada kalian dan mereka. Oleh itu, fikirlah untuk diri kalian dan orang ramai.
       Al-Abbas telah memberi ucapan dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad sebagaimana anda katakan sebagai nabi dan bagi Mukminin sebagai wali. Sekiranya anda menuntut urusan khilafah daripada Rasulullah, maka anda telah mengambil hak kami. Sekiranya anda menuntut urusan khilafah daripada Mukminin, maka kami adalah di kalangan mereka. Kami tidak mengutamakan urusan anda.
       Kami tidak pun bermesyuarat dan tidak pula merancang. Walau bagaimanapun, kami tidak suka jawatan khilafah dipegang oleh anda kerana kami adalah daripada Mukminin dan kami tidak menyukai anda. Adapun kata-kata anda bahawa jawatan khalifah untukku jika ia dikhaskan untuk anda, maka peganglah. Kami tidak memerlukannya.
       Sekiranya ia menjadi hak Muslimin, maka anda tiada hak untuk menghukum mereka mengenai hak mereka. Dan sekiranya ia hak kami, maka kami tidak meridhai hak itu untuk anda. Adapun kata-kata anda wahai Umar! “Sesungguhnya Rasulullah adalah daripada kami dan daripada kalian”, maka Rasulullah adalah pokok[16], kami adalah dahannya dan anda adalah jirannya. Justeru itu, kami adalah lebih layak (aula) daripada kalian. Adapun kata-kata anda bahawa kami takut ucapan akan berterusan dengan kalian, lantaran itu kalian melakukan perkara ini awal-awal lagi. Lalu mereka pun keluar dari sisinya dan al-Abbas berkata:

Aku tidak menduga perkara ini tergelincir
Daripada Bani Hasyim kemudian daripada mereka daripada Abu al-Hasan
Tidakkah beliau orang yang pertama
mengerjakan solat ke arah Qiblat kalian?
Jibril yang membantunya memandi dan mengkafan
Orang yang paling mengetahui dengan Athar dan Sunnah?
Orang yang paling hampir masa dengan Nabi dan Jibril
Membantu, memandi dan mengkafan
Apa yang ada padanya seorang
ada pada semua manusia, apa yang tidak ada
pada manusia lain ada padanya.
Siapakah yang menolak kalian daripadanya
maka kami mengetahuinya
Sesungguhnya bai‘ah anda
adalah fitnah yang pertama.

Ali a.s. diberitahu tentang bai‘ah Abu Bakr dan kesibukan menguruskan jenazah Rasulullah Saw.

       Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Salman al-Farisi berkata: Apabila Rasulullah Saw. wafat, orang ramai telah melakukan apa yang mereka lakukan. Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah datang lalu mereka bertengkar dengan orang Ansar dengan hujah Ali a.s. Mereka berkata: Wahai kaum Ansar! Quraisy lebih berhak urusan khilafah daripada kalian kerana Rasulullah Saw. adalah daripada Quraisy.
       Muhajirin adalah lebih baik daripada kalian kerana Allah telah memulia dan melebihkan mereka di dalam kitab-Nya. Rasulullah Saw. bersabda: Para imam itu adalah daripada Quraisy[17]. Salman berkata: Aku telah mendatangi Ali a.s. yang sedang memandikan jenazah Rasulullah Saw. Rasulullah Saw. telah mewasiatkan kepada Ali a.s. supaya tidak akan memandikannya selain daripada Ali a.s.
       Lalu Ali bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengambil berat tentangku dalam hal ini? Beliau menjawab: Jibra’il a.s., Ali a.s. tidak menghendaki satu anggota pun melainkan dibalikkan untuknya. Apabila beliau selesai menyempurnakannya, beliaupun memasukkan aku, kemudian Abu Dhar, al-Miqdad, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s.
       Ali a.s. tampil kehadapan dan kami berdiri di belakangnya lalu beliau melakukan solat ke atasnya. ‘Aisyah berada di dalam bilik dan tidak mengetahui, Allah telah menghijab penglihatannya pada masa itu. Kemudian beliau telah memasukkan sepuluh orang Muhajirin dan sepuluh orang Ansar.
       Mereka telah masuk, berdoa dan keluar sehingga tidak seorang pun tinggal daripada Muhajirin dan Ansar melainkan mereka telah melakukan solat ke atasnya. Salman berkata: Maka aku telah memberitahu Ali a.s. yang sedang memandikan Rasulullah Saw. tentang perlakuan mereka. Aku berkata: Abu Bakr sekarang berada di atas mimbar Masjid Rasulullah Saw., mereka tidak suka membai‘ahnya dengan satu tangan tetapi telah membai‘ahnya dengan dua tangan, kanan dan kiri.
       Ali a.s. berkata: Wahai Salman! Adakah anda mengetahui siapakah orang yang pertama membai‘ahnya di atas mimbar Masjid Rasulullah Saw.? Aku menjawab: Tidak. Tetapi aku telah melihatnya di Dataran Bani Sa‘idah ketika pertelingkahan dengan kaum Ansar. Orang pertama membai‘ahnya ialah al-Mughirah bin Syu‘bah, kemudian Busyir bin Sa‘id, kemudian Abu Ubaidah bin al-Jarrah, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Salim maula Abu Hudhaifah dan Mu‘adh bin Jabal. Ali a.s. berkata: Aku bukan bertanya anda tentang mereka tetapi adakah anda ketahui siapakah orang pertama membai‘ahnya ketika dia menaiki mimbar Masjid? Aku menjawab: Tidak.
       Tetapi aku telah melihat seorang tua (syaikh kabirberpegang pada tongkatnya dan di antara dua matanya terdapat kesan sujud. Orang pertama menaiki mimbar dalam keadaan menangis sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang tidak mematikan aku sehingga aku melihat anda di tempat ini. Justeru itu, hulurkan tangan anda, maka Abu Bakrpun menghulurkan tangannya lalu dia membai‘ahnya. Kemudian dia berkata: Hari ini seperti hari Adam. Kemudian diapun turun dan keluar dari Masjid. Maka Ali a.s. berkata: Wahai Salman! Adakah anda tahu siapakah orang itu? Aku menjawab: Tidak, tetapi kata-katanya membuatku berasa cemas seolah-olah dia telah meramal akan kematian Rasulullah Saw. Ali a.s. berkata: Itu adalah Iblis.
       Rasulullah Saw. telah memberitahuku bahawa Iblis dan para sahabatnya telah menyaksikan perlantikanku oleh Rasulullah Saw. di Hari Ghadir Khum dengan perintah Allah dan telah memberitahu mereka bahawa aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri dan memerintahkan mereka supaya orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir.
       Lantas Iblis berkata kepada para sahabatnya: Ini adalah umat yang dirahmati dan terpelihara (ma‘sumah). Maka tidak ada jalan bagi anda dan kita semua. Mereka telah diberitahu tentang jalan keluar mereka dan imam mereka selepas Nabi mereka. Lantas Iblis beredar dari tempat itu (Ghadir Khum) dalam keadaan berdukacita.

Rasulullah Saw. memberitahu Ali a.s. bahawa Abu Bakr akan dibai‘ah di Dataran Bani Sa‘idah selepas kewafatannya

[1] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 153. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, 159. al-Kanji al-Syafi‘i,Kifayah al-Talib, hlm. 491.

[2] Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, viii, hlm. 353. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, 159.

[3] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 447.

[4] Al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, i, hlm. 65.

[5] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 110. al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, i, hlm. 68.

[6] Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, i, hlm. 13. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, v, hlm. 40.

[7] Al-Khatib, Tarikh Baghdad, xii, hlm. 397 .al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 408.

[8] Ahli Jamal yang telah dipimpin oleh Aisyah, Talhah dan al-Zubair.

[9] Ahli Siffin yang telah dipimpin oleh Mu‘awiyah.

[10] Ahli Nahrawan (Khawarij).

[11] Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, ix, hlm. 111. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154.

[12] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 9-10.

[13] Bandingkan Abu al-Fida’,Tarikh, hlm. 156-8.

[14] al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriyy, hlm. 143, meriwayatkan sebuah hadis: ‘‘Ali adalah saudaraku, khalifahku dan pewaris ilmuku”.

[15] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 441, meriwayatkan bahawa Nabi Saw. telah menetapkan para imam dua belas. al-Bukhari, Sahih, iv, hlm. 120. Muslim, Sahih, ii, hlm. 81, meriwayatkan berkenaan dengan dua belas amir/khalifah/lelaki.

[16] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm.139.

[17] Muslim, Sahih, i, hlm. 1454 (Bab al-Imarah).

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kewafatan Rasululllah saw, kedudukan Ahlulbaitnya, urusan bai'ah kpd Abu Bakr, pengurusan jenazah dll, Kitab Sulaim b. Qais ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kewafatan Rasululllah saw, kedudukan Ahlulbaitnya, urusan bai'ah kpd Abu Bakr, pengurusan jenazah dll, Kitab Sulaim b. Qais
 

0 comments:

Catat Ulasan