Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Makrifat ttg Iblis adakah dia zahir atau batin? Kitab al-Haft al-Syarif diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal daripada Imam Ja'far as


                                                            BAB 22

☼Makrifat tentang Iblis dan adakah dia zahir atau batin? (fi ma‘rifati Iblis wa hal huwa zaahir am baatil?)☼

       Abu Abdillah a.s telah ditanya tentang Iblis, adakah ia zahir atau batin? Beliau a.s telah berkata: Dia adalah zahir dalam susunan, tetapi batin dalam makrifat. Tidakkah anda melihat kepada zuriatnya dalam susunan yang mana ianya tersembunyi daripada anda. Sesungguhnya anda tidak bergaul dengan mereka sedangkan mereka bergaul dengan anda. Anda tidak mengenali mereka, tetapi kami mengenali mereka. Kemudian beliau a.s telah berkata: Jika aku melihat anda di tempat mereka atau bersama mereka, aku akan melakukannya.
       Atau apabila kita keluar ke al-Jabaanah, maka berilah peringatan kepadaku. Selepas itu, cita-citaku yang utama adalah untuk bertanya kepadanya. Ketika kami telah berkumpul di Qas al-Rabii‘ iaitu berdekatan al-Jabaanah, tiba-tiba manusia datang dan pergi, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai Maulaaya, anda telah berjanji kepadaku untuk memperlihatkan kepadaku masukhiyyah dan anda telah menyuruhku memberi peringatan kepada anda. Al-Mufadhdhal telah berkata: Maka beliau a.s telah menyapu dengan tangannya ke atas dua mataku.
       Kemudian beliau a.s telah berkata: Lihatlah, maka akupun melihat kepada satu kumpulan [manusia] yang mana aku telah melihat mereka berjalan ke depan dan ke belakang, kebanyakan mereka telah kembali kepada anjing, kera, khinzir, serigala dan lain-lain. Maka aku telah berkata: Wahai Maulaaya, siapakah mereka itu? Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah zuriat Iblis, mereka bergaul dengan manusia sedangkan mereka di dalam masukhiyyah. Maka aku telah berkata: Tabaraka wa ta‘aalaa. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui seorang daripada mereka?   
        Aku telah berkata: Aku tidak menyangka mereka adalah mamsukhiin (diubah rupa). Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah mamsukhiin dan mereka adalah hamba-hamba Allah, para sahabat anda, wahai Mufadhdhal. Aku telah berkata: Innaa li-llah wa innaa ilai-hi raaji‘uun. Nyahlah mereka.
       Kemudian beliau a.s telah berkata: Pejamlah dua mata anda, wahai Mufadhdhal, maka akupun memjamkannya, lalu beliau a.s menyapu dengan tangannya yang mulia di atas dua mataku dan berkata kepadaku: Lihatlah kepada mereka, maka akupun melakukannya, tiba-tiba mereka telah kembali kepada rupa manusia. Seorang daripada mereka selepas itu berjumpa denganku, maka aku mengalu-ngalukanya dan dia pula mengalu-ngalukan aku sehingga aku meninggalkannya. Kemudian aku telah berkata: Wahai Maulaaya, siapakah manusia, jin dan syaitan?
       Maka beliau a.s telah berkata: Manusia adalah mereka yang mendirikan makrifat Allah, mengakui keesaan-Nya, mengetahui para wali-Nya dan pintu-pintu-Nya[1]. Dan aku telah berkata: Siapakah jin? Beliau a.s telah berkata: Mereka yang bersembunyi pada badan-badan manusia, sesungguhnya mereka dinamakan jin kerana mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku telah berkata: Siapakah syaitan? Beliau a.s telah berkata: Mereka yang diubah rupanya (musikhuu) di dalam badan-badan masukhiyyahWa s-Salam.

                                                 
[1] Abwaabu-hu (pintu-pintu-Nya) adalah mereka yang telah mencapai makrifat yang tinggi.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Makrifat ttg Iblis adakah dia zahir atau batin? Kitab al-Haft al-Syarif diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal daripada Imam Ja'far as ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Makrifat ttg Iblis adakah dia zahir atau batin? Kitab al-Haft al-Syarif diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal daripada Imam Ja'far as
 

0 comments:

Catat Ulasan