Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Personaliti agung Ali bin Abi Talib


 Personaliti agung Ali bin Abi Talib

Beberapa tauladan dalam kehidupan Amirulmukminin Ali bin Abi Talib


Ali bin Abi Talib mempunyai banyak kelebihan yang mana setiap satu darinya menyingkap birai keperibadian agung beliau.

Sifat eklusif tokoh didikan Rasulullah ini tidak dapat dirungkai dengan ringkas kerana keluasan dimensi keperibadian beliau ternyata berbilang dan berbagai entitinya. Ali selaku pemimpin yang memimpin telah didaftarkan keistimewaan dan tauladannya dalam lembaran-lembaran sejarah Islam yang boleh mencetuskan pengaruh kritis ke atas sikap individu, hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan pentarbiyahan generasi akan datang.

Keadilan

Sifat terpuji Ali bin Abi Talib yang sangat menonjol padanya ialah keadilan. Ali menganggap keadilan adalah fondasi penciptaan, barangsiapa yang khilaf dengan fondasi ini akan dihukum sebagai seteru dan riwayat hidupnya akan berkesudahan dengan kebinasaan.  Beliau juga menganggap keadilan adalah suatu konsodilasi  rakyat dan memperindahkan institusi pemerintahan.

Musuh Ali yang tidak dapat menahan derita kebencian telah bangun merencanakan kesyahidan beliau. Akhirnya khalifah Islam ini syahid di atas pemerintahan yang adil.

Bekerjasama dalam urusan kehidupan

Banyak masalah yang timbul di tengah-tengah masyarakat sepanjang hayat Ali termasuk kebimbangan terhadap unsur-unsur yang ingin menggugat agama Islam. Walau bagaimana pun Ali tidak pernah lalai tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga dengan pertolongan isterinya Fatimah az-Zahra.

Walaupun beliau dalam keadaan menimang cahayamata, isterinya tersibuk memasak roti atau mengisar gandum, namun Ali masih keluar berjihad dan pulang dengan luka-luka. Fatimah menyambut beliau, merawat kecederaannya dan mencuci pedangnya. Kerana ini Ali dapat memaksimumkan kerja-kerjanya secara efisyen dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupannya. Fatimah Zahra juga turut berjaya menyempurnakan ibadat, mempertahankan wilayat,  melaksanakan tugas rumahtangga dan yang paling penting mendidik anak-anak.

Pengaturan keluarga

Dari dalam rumah Ali bin Abi Talib muncul insan-insan yang berharga bersama tauladan yang bernilai. Penghuninya tidak pernah sekali-kali melupai tuhan. Pengorbanan dan infaq bagi mereka adalah urusan yang unggul. Mereka sanggup menghadiahkan apa yang terbaik yang dimiliki demi kesenangan orang lain. Mengucapkan takbir, mengerjakan solat di awal waktu merupakan amalan yang menguasai kehidupan mereka.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Personaliti agung Ali bin Abi Talib ini dipublish oleh Unknown pada hari 02 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Personaliti agung Ali bin Abi Talib
 

0 comments:

Catat Ulasan