Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Ibnu Abil Hadid, Syiah atau Sunni Muktazilah?


 Ibnu Abil Hadid, Syiah atau Sunni Muktazilah?


Ibnu Abil Hadid, Syiah atau Sunni Muktazilah?Golongan Wahabi seperti biasa sanggup menyelewengkan sumber-sumber Ahlusunnah semata-mata untuk memerangi Syiah. Antaranya ialah menyelewengkan fakta seperti Kitab Al-Imamah Wal Siyasah bukan karya Ibnu Qutaibah, Ibnu Abil Hadid seorang Syiah dan sebagainya.

Untuk menjawab syubhat yang dicanang oleh golongan ini tentang Ibnu Abil Hadid, 3 noktah penting perlu diketahui:

1. Makna Syiah:

Syiah dikatakan kepada mereka yang berpegang keimamahan 12 orang yang dimulai dengan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dan diakhiri dengan Imam Al-Mahdi (a.j) di mana mereka ini serta merta menjadi khalifah yang hak dan lebih utama daripada sekalian makhluk Allah (s.w.t) setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w).

2. Mazhab beliau:

Beberapa orang ulama Ahlusunnah menyatakan bahawa ‘Abdul Hamid bin Hibbatullah bin Muhammad bin Husain bin Abil Hadid Abu Hamid ‘Izzuddin Mu’tazili bermazhab Syafi‘i.

Ibnu Khalkhan di dalam Wafayat al-Aʽyan, jilid 7, halaman 342, nombor 283 berkata Ibnu Abil Hadid bermazhab Syafiʽi:

283 - عز الدين ابن أبي الحديد : وقال ( ابن الشعار ) : عبد الحميد بن أبي الحديد كاتب فاضل أديب ذو فضل غزير وأدب وافر وذكاء باهر، خدم في عدة  أعمال سواداً وحضرة، آخرها كتابة ديوان الزمام. تأدب على الشيخ أبي البقاءالعكبري ثم على أبي الخيرمصدق ابن شبيب الواسطي، واشتغل بفقه الإمام الشافعي وقرأعلم الأصول، وكان أبوه يتقلد قضاء المدائن، وله كتاب العبقري الحسان في علم الكلام والمنطق والطبيعي والأصول والتاريخ والشعر؛ وراجع صفحات متفرقة من الحوادث الجامعة.
وفيات الأعيان ج 7 ، ص 342 ، رقم 283 .

Ulama yang lain pula menyatakan beliau seorang fanatik Muktazilah. Ini bermaksud sesiapapun yang berpegang kepada Muktazilah tidak termasuk di dalam mazhab Syiah Imamiyah dan ianya mempunyai banyak perbezaan dengan aqidah Imamiyah.

Penulis Fawat al-Wafayat menulis sebagai berikut:

عز الدين ابن أبي الحديد :عبد الحميد بن هبة الله بن  محمد بن محمد بن أبي الحديد، عز الدين المدائني المعتزلي الفقيه الشاعر....ومن تصانيفه ..... وشرح نهج البلاغة في عشرين مجلد . در حاشيه رقم 1 مي گويد : وقال فيه  ابن الشعار: ((خدم في عدة أعمال سواداص وحضرة آخرها كتابة ديوان الزمام، تأدب على الشيخ أبي البقاء العكبري ثم على أبي الخير مصدق ابن شبيب الواسطي، واشتغل بفقه الإمام الشافعي وقرأ الأصول ، وكان أبوه يتقلد قضاء المدائن))
فوات الوفيات ج2، ص 259، ذيل ترجمه عز الدين ابن أبي الحديد .  

Ustaz Muhammad Abul Fadl Ibrahim, peneliti Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid di dalam mukadimahnya menukilkan sebuah Qasidah memuji Amirul Mukminin dari kitab al-ʽAlawiyat al-Sabʽ 16, 17 di mana Ibnu Abil Hadid menafikan Syiahnya beliau. Qasidah tersebut beliau tujukan kepada Amirul Mukminin:

ورأيت دين الاعتزال وأنني        أهوى لأجلك كل من يتشيع
شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد -  مقدمة المحقق ، ج 1، ص 14.

Saya memilih Mazhab Muʽtazilah sebagai agama, keranamu aku mencintai Syiah.

Zarkali di dalam al-Aʽlam juga mengatakan perkara tersebut:

عبد الحميد بن هبة الله بن محمد بن الحسين بن أبي الحديد، أبو حامد، عز الدين: عالم بالادب، من أعيان المعتزلة... له (شرح نهج البلاغة - ط) ... .
الأعلام  ج3 ، ص 289 ، ذيل  ترجمه  عبد الحميد بن هبة الله بن محمد بن الحسين بن أبي الحديد .

3. Pegangan Ibnu Abil Hadid

Noktah ke-tiga yang perlu diambil perhatian ialah dengan mengamati pandangan-pandangan Ibnu Abil Hadid, maka mudahlah kita mengetahui bahawa ia seorang Sunni atau dengan kata lain beliau tidak boleh dikatakan sebagai Syiah. Bahkan diakhirnya ia dapat disimpulkan sebagai seorang Sunni Muktazilah yang berfikiran sederhana semata-mata kerana menulis sebuah rahsia dari hakikat sejarah. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1. Pandangannya dalam mendahukan Mafdhul daripada Afdhal

الحمد لله الواحد العدل الحمد لله الذي تفرد بالكمال فكل كامل سواه منقوص ...... وقدم المفضول على الأفضل .
شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد - ج 1 - ص 3 .

Segala puji bagi Allah yang Esa dan Adil, segala puji bagi Allah yang adalah segala kesempurnaan dalam wujud-Nya. Maka sebarang yang sempurna selain-Nya adalah cacat… dan mendahulukan Mafdhul atas Afdhal. – Syarh Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 1 halaman 3.
Ibnu Abil Hadid bermazhab Muktazilah dalam masalah akidah dan kalam, namun ada pandangan yang beliau nisbahkan kepada Allah dengan suatu perkara yang bertentangan dengan akal, sedangkan Allah Maha Tahu mengapa beliau melakukan kerja ini dan siapa yang sedang dipertahankannya.


Tentang perkara ini, perlu diingat dua noktah penting:

Menurut kata-kata Ibnu Abil Hadid, sangat mudah difahami bahawa beliau bukan dari golongan Syiah Imamiyah kerana tidak ada Ithna ʽAsyari menerima perkara ini.

Syaikh al-Tusi berkata:

وأما الذي يدل على أنه يجب أن يكون أفضل في الظاهر ما نعلمه ضرورة من قبح تقديم المفضول على الفاضل ...... والعلم بقبح ذلك ضروري لا يختلف العقلاء فيه ، ولا علة لذلك إلا أنه تقديم المفضول على الفاضل فيما كان أفضل منه فيه . وإذا كان الله تعالى هو الناصب للإمام يجب أن لا ينصب إلا من هو أفضل في ظننا وعلمنا .
  الاقتصاد - الشيخ الطوسي - ص 191.

Apa yang menunjukkan zahir Imam perlu lebih tinggi dan lebih baik dari yang lain ialah, kami mengetahuinya dengan sendiri iaitu mendahulukan al-Mafdul ke atas al-Fadhil adalah kerja yang buruk… (sehingga mereka mengatakan) lazimnya ilmu memburukkan perkara tersebut, disamping akal tidak bertentangan tentangnya, dan tiada sebab untuk itu melainkan al-Mafdhul mendahului al-Fadhil, dan sebab ketiadaan ikhtilaf juga ialah Mafdhul mendahului Fadhil (ketika fādhil lebih utama daripadanya). Tatkala Allah (s.w.t) yang melantik Imam maka (bagi akal) wajiblah orang yang dilantik itu lebih baik dari apa yang kita sangka dan yang kita tahu. -  Al-Iqtishad Al-Shaykh Al-Tusi, halaman 191.

2. Tidak masuk akal apabila ada urusan penting, kita tidak memerlukan pemimpin atau orang yang bertanggungjawab. Untuk itu orang berakal sentiasa akan memilih individu yang paling sempurna (dari segi syaratnya). Sekarang, setiap pembaharuan di kalangan manusia, akal tidak sekali-kali tidak akan mengizinkan syarat-syarat pada individu itu diabaikan demi kebaikan bersama. Jikalau individu yang terburuk dipilih, secara rasionalnya ia akan dipersalahkan dan dikritik. Sekarang bagaimana mungkin orang alim tidak melakukan perkara ini di samping menganggap ianya bertentangan dengan akal, sedangkan Allah sahaja yang menciptakan akal?

Sebagai tambahan Shaykh Al-Tusi mengatakan:

ولا يجوز تقديم المفضول على الفاضل لعلة وعارض ، لأن تقديمه عليه وجه قبح ، ومع حصول وجه القبح لا يحسن ذلك كما لا يحسن الظلم ، وإن عرض فيه وجه من وجوه الحسن - ككونه نفعا للغير - لأن مع كونه ظلما - وهو وجه القبح - لا يحسن على حال . ولو جاز أن يحسن ذلك لعلة لجاز أن يحسن تقديم الفاسق المتهتك على أهل الستر والصلاح ، وتقديم الكافر على المؤمن .... وذلك باطل .
الاقتصاد - الشيخ الطوسي - ص 191 – 192.

Tidak ada sebab dan perkara yang membenarkan Al-Mafdhul mendahulukan Al-Fadhil, kerana mendahulukannya adalah perkara yang buruk, dengan wujudnya keburukan maka memperdahulukannya tidak akan mendatangkan kebaikan sebagaimana kezaliman tidak akan membawa kebaikan. Walaupun dikatakan ia datang dalam bentuk yang baik seperti membawa faedah kepada yang lain… ia tetap buruk kerana bersama kezaliman, ia adalah keburukan dan tidak dapat membawa kebaikan. Jikalau dibenarkan kezaliman demi faktor dan kemaslahatan untuk kebaikan, maka ini menyebabkan manusia fasiq dibenarkan melanggar kehormatan manusia lain yang baik dan soleh. Mendahulukan ia seolah-olah membenarkan orang kafir mendahului orang yang beriman… perkara ini batil. 

– Al-Iqtiṣād, Shaykh Al-Ṭūsī, halaman 191-192.

2. Tidak menerima konsep Imamah dan khekhalifahan serta-merta Amirul Mukminin setelah kewafatan Rasulullah.

Beliau percaya bahawa tidak ada suatu riwayat dan nas yang jelas tentang penetapan kekhalifahan mutlak Amirul Mukminin setelah Rasulullah (s.a.w). Lihatlah pernyataan beliau ini:

ومن تأملها وأنصف ، علم أنه لم يكن هناك نص صريح ومقطوع به لا تختلجه الشكوك ولا تتطرق إليه الاحتمالات ، كما تزعم الامامية فإنهم يقولون إن الرسول ص نص على أمير المؤمنين ع نصا صريحا جليا..... ولا ريب أن المنصف إذا سمع ما جرى لهم بعد وفاة رسول الله ص ، يعلم قطعا أنه لم يكن هذا النص ، ولكن قد سبق إلى النفوس والعقول أنه قد كان هناك تعريض وتلويح ، وكناية وقول غير صريح ، وحكم غير مبتوت ، ولعله ص كان يصده عن التصريح بذلك أمر يعلمه ، ومصلحة يراعيها ، أو وقوف ، مع إذن الله تعالى في ذلك .
شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد - ج 2 - ص 59

Barangsiapa yang meneliti dan menginsafi, ia tahu bahawa tidak ada nas yang jelas dan tegas tentangnya (kekhalifahan Ali bin Abi Talib setelah kewafatan Rasulullah) seperti mana yang diyakini Al-Imamiyah, mereka itu mengatakan sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) secara terus terang, terbuka dan tidak ada keraguan memperkenalkan Ali sebagai Khalifah baginda…
- Syarh Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid, jilid 2 halaman 59. 

3. Syahadah Fatimah As-Zahra

Ketika Ibnu Abil Hadid sampai pada perbahasan ini, beliau bersungguh-sungguh membela penyerang rumah Fatimah yang menyebabkan terbunuhnya Az-Zahra seolah-olah kisah ini hanyalah direka cipta dan ianya tidak mempunyai asas sedikitpun. Lihatlah ungkapan beliau ini:

فأما الأمور الشنيعة المستهجنة التي تذكرها الشيعة من إرسال قنفذ إلى بيت فاطمة ع ، وإنه ضربها بالسوط فصار في عضدها كالدملج وبقي أثره إلى أن ماتت ، وأن عمر أضغطها بين الباب والجدار ، فصاحت : يا أبتاه يا رسول الله ! وألقت جنينا ميتا ، وجعل في عنق على ع حبل يقاد به وهو يعتل ، وفاطمة خلفه تصرخ ونادى بالويل والثبور ، وابناه حسن وحسين معهما يبكيان . وأن عليا لما أحضر سلموه البيعة فامتنع ، فتهدد بالقتل ، فقال : إذن تقتلون عبد الله وأخا رسول الله !  فقالوا: أما عبد الله فنعم ! وأما أخو رسول الله فلا . وأنه  طعن فيهم في أوجههم بالنفاق ، وسطر صحيفة الغدر التي اجتمعوا عليها ، وبأنهم أرادوا أن ينفروا ناقة رسول الله ص ليلة العقبة ، فكله لا أصل له عند أصحابنا ، ولا يثبته أحد منهم ، ولا رواه أهل الحديث ، ولا يعرفونه ، وإنما هو شئ تنفرد الشيعة بنقله . 
شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد - ج 2 - ص 60 . 

Adapun perkara keji dan tercela yang disebutkan oleh pengikut Syiah ialah pengiriman Qunfuz ke rumah Fatimah. Ia memukul Fatimah dengan cambuk. Tangannya membengkak seperti dibalut dan kekal kesannya sehingga ia meninggal dunia. Umar menekan beliau di antara pintu dan dinding. Maka Fatimah berteriak, “Wa Abatah!, Ya Rasulallah!, ketika ini janinnya gugur, mereka melilit tali ke leher Ali dan menyeretnya. Fatimah menangis di belakangnya bersama Hasan dan Husain. Ketika Ali diminta memberi Bai’at, beliau enggan dan beliau diancam bunuh. Ali mengatakan, “Kalian ingin membunuh hamba Allah dan saudara Rasulullah? Mereka membalas, “Benar hamba Allah, tapi bukan saudara Rasulullah (engkau bukan saudara Rasulullah)”. Ali memberi amaran kepada mereka dengan kemunafikan, dan menulis Sahifah  (pakatan membunuh Rasulullah) di mana mereka berkumpul. Mereka berhasrat melepaskan unta Rasulullah di malam Aqabah. 

Setelah menceritakan kisah ini, Ibnu Abil Hadid mengatakan tidak satu pun perkara ini mempunyai asas di kalangan kami. Tidak pula seorang pun daripada mereka yang membuktikannya. Tidak ada Ahli Hadis meriwayatkannya, dan mereka tidak mengetahuinya. Sudah tentu perkara ini hanya dinukilkan oleh pengikut Syiah sahaja. 

– Syarh Nahjul Balaghah, ibnu Abil Hadid, jilid 2 halaman 60

Sebagai jawapan, kami mengatakan: Wahai Ibnu Abil Hadid! jikalau sekecil-kecil keadilan dikau terapkan di sini setelah membaca kitab-kitab ulama anda, sudah tentu anda tidak akan mengatakan demikian. « أعوذ بالله مِن علم لا ينفع »


4. Keimanan Abu Talib

Ibnu Abil Hadid mempunyai kepercayaan, beberapa riwayat menunjukkan kekafiran Abu Talib. Beliau membawa banyak hikayat Islam dengan membuat kesimpulan, bahawa ia tidak memberikan sebarang keputusan.

واختلف الناس في إيمان أبى طالب  فقالت الامامية وأكثر الزيدية : ما مات إلا مسلما .
وقال بعض شيوخنا المعتزلة بذلك ، منهم الشيخ أبو القاسم البلخي وأبو جعفر الإسكافي وغيرهما .
شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد - ج 14 - ص  65 - 66 . 


Umat Islam berselisihan tentang keimanan Abi Talib. Syiah Imamiyah dan kebanyakan Syiah Zaidiyah mengatakan beliau tidak mati melainkan sebagai seorang muslim. Sebahagian shaykh-shaykh kami Al-Mu’tazilah pun mengatakan demikian. Antaranya ialah Shaykh Abul Qasim Al-Balkhi, Abu Ja’far Al-Iskafi dan selain daripada kedua-dua mereka.

Syarh Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 14 halaman 65-66.


قلت : فأما أنا فإن  الحال ملتبسه عندي ، والاخبار متعارضة ، والله أعلم بحقيقة حاله كيف كانت .... فأنا في أمره من المتوقفين .
شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد - ج 14 - ص 82 .

Saya mengatakan: perkara ini kabur di sisi saya dan pengkisahannya saling bertentangan, dan Allah Maha Tahu kebenarannya… dalam perkara ini saya daripada golongan Al-Mutaqafiqun (Tiada komen). 

– Syarh Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid, jilid 14 halaman 82.

Sedangkan seluruh pengikut mazhab Syiah Imamiyah menyatakan keimanan Abu Talib dan meninggal dunia sebagai seorang muslim.

5. Keimanan ayah para Nabi

Beliau percaya ayah para Nabi musyrik termasuklah ayah Nabi Muhammad, sedangkan tidak ada seorang pun Syiah yang mempunyai pandangan seperti ini. Selain itu semua pengikut mazhab Syiah Ithna ‘Asyari mengatakan semua bapa para Nabi adalah orang yang beriman dan tidak pernah tergelincir dalam lembah kesyirikan. Untuk meneliti lebih lanjut pandangan beliau tentang perkara ini, silakan merujuk pada Syarh Nahjul Balaghah, jilid 14 halaman 67 dan 68.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Ibnu Abil Hadid, Syiah atau Sunni Muktazilah? ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Ibnu Abil Hadid, Syiah atau Sunni Muktazilah?
 

0 comments:

Catat Ulasan