Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Barangsiapa Yang Telah Mati Tanpa Imam, Mukjizat , Dialog, alam Barzah dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid w. 413 H


Barangsiapa Yang Telah Mati Tanpa Imam, Maka Beliau Telah Mati  Sebagai Seorang Jahiliah         
                             
       Daripada  ‘Umar bin Yazid, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata:  Barangsiapa yang telah mati tanpa imam, maka beliau telah mati  sebagai seorang jahiliah; imam hidup yang beliau mengetahuinya. Maka aku berkata: Aku tidak mendengar bapa anda menyebutnya, iaitu imam yang hidup. Beliau berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w telah bersabda sedemikian. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah(man mata wa-laisa la-hu imam yasma‘u la-hu wa yuti‘u mata maitatan jahiliyyatan)[1].
       Daripada Abu Jarud berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Barangsiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah[2]. Beliau berkata: Aku berkata: Imam yang hidup, aku telah menjadikan diriku tebusan anda?  Beliau berkata: Imam yang hidup (imam hayyun).
       Daripada Daud al-Raqiy daripada hamba yang soleh(Khidir a.s)  berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri bagi Allah ke atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali[3].

Khazanah Bumi Dan Anak Kuncinya Untuk Para Imam

       Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada ‘Umar bin Abd al-Aziz daripada seorang lelaki daripada al-Husain bin Ahmad al-Khaibari daripada Yunus bin Zabyan, Mufadhdhal bin ‘Umar, Abu Salmah al-Sarraj, dan al-Husain bin Thaubar bin Abu Fakhitah mereka berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s berkata: Bagi kami khazanah bumi dan segala anak kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku akan menendang dengan salah satu kaki aku ke tanah supaya bumi mengeluarkan emas, kemudian beliau telah menendang dengan salah satu kakinya, maka beliau telah menggariskannya di tanah satu garisan (khattan), maka tanah itu terbuka.
       Kemudian beliau memukul dengan tangannya, lalu terkeluar jongkong emas, lalu beliau telah mengambilnya. Beliau berkata: Lihatlah padanya dengan baik sehingga kamu tidak mengesyakinya, kemudian beliau berkata: Lihatlah ke dalam tanah, tiba-tiba jongkong emas bertimbun-timbun banyaknya bersinar-sinar, sebahagian daripada kami berkata kepadanya: Kamu telah dikurniakan dengan apa yang telah dikurniakan kepada kamu sedangkan syi‘ah kamu masih berhajat? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan syi‘ah kita dunia dan akhirat, dan akan memasukkan mereka syurga-syurga-Nya (wa yudkhilu-hum jannati al-Na‘im), dan memasukkan musuh kita neraka Jahim (wa yudkhilu ‘aduwwa-na  nar al-Jahim )[4].
       Ahmad bin Muhammad bin Yahya al-‘Atar daripada bapanya daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi, berkata: Abdullah bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu kami daripada Muni‘, daripada Mujasyi‘ daripada al-Mu‘alla  daripada Muhammad bin al-Faidh daripada Muhammad bin Ali as. Berkata: Tongkat Musa pada asalnya adalah milik Adam, kemudian telah jatuh kepada Syu‘aib. Kemudian kepada Musa, dan sesungguhnya tongkat itu di sisi kami sekarang, ia berwarna hijau seperti dahulu ketika ia dicabut dari pohonnya, ia akan bercakap, jika diminta berbuat demikian. Ia disediakan untuk al-Qaim kita, beliau akan melakukannya sebagaimana dilakukan oleh Musa, ia adalah menakutkan, dan akan menelan apa saja yang diperintahkan kepadanya, ia membuka dua bibir mulutnya; salah satunya di bumi, dan yang satu lagi ke  atas dengan jarak empat puluh hasta, ia akan mematuk mangsanya dengan lidahnya[5].
       Ahmad bin Muhammad, dan Fidhalah daripada Abu Basir, dan Zararah daripada Abu Ja‘far a.s: Asif hanya melihat di belakang dan di hadapannya sekelip mata sahaja, kemudian beliau melihat kepada Sulaiman, kemudian beliau menghulurkan tangannya, maka beliau mendapatinya di hadapannya.
       Ali bin Mihziyar menyebutnya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Hammad bin ‘Uthman daripada Zararah, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sahabat Sulaiman tidak lebih dari menggerakkan anak jari tangannya begini, maka beliau dapat membawa singgahsana ratu Saba’. Hamraan berkata kepadanya: Bagaimana ini –aslaha-ka l-Lahu- Beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku berkata: Sesungguhnya bumi ini dilipatkan untuknya apabila beliau mahu melipatkannya (Inna al-Ardh tuwiyat lahu idha aradha tawa-ha).
                        
Mukjizat  Ali Bin Musa al-Ridha A.S

       Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim berkata: Ibrahim bin Musa telah memberitahu kepada aku, berkata: Aku telah berkali-kali  meminta sesuatu daripada  Abu al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau menjanjikannya kepada aku. Pada suatu hari beliau telah keluar menyambut gabenor Madinah, dan aku telah berada bersama-samanya.
       Lalu beliau datang berdekatan kota  polan, dan turun di bawah pohon-pohon, dan aku telah turun bersama-samanya serta tiada orang yang ketiga bersama-sama kami. Aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda di dalam perayaan ini yang telah merahmati kita, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lantas beliau memecahkan tanah dengan tongkatnya dengan kuat, kemudian beliau memukulnya dengan tangannya, kemudian beliau telah mengambil darinya satu jongkong emas sambil berkata: Gunalah untuk faedah anda, dan sembunyikan apa yang anda telah melihatnya (Fa-tanawala-ha sabikata dhahabin fa-qala:Istanfi‘ bi-ha wa- ktum ma ra’ai-ta)[6]

Mukjizat Amir al-Mukminin A.S             

       ‘Umru bin Ali bin ‘Umar bin Yazid daripada Ali bin Mitham al-Tammar, daripada mereka yang telah memberitahunya daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau bersama-sama para sahabatnya di Masjid Kufah, maka seorang lelaki telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, sesungguhnya aku hairan dengan dunia ini di tangan mereka itu, dan tidak di tangan anda? Beliau berkata: Wahai polan, anda fikir kami mahu dunia, tetapi kami tidak diberikannya? Kemudian beliau  memegang segenggam anak batu, maka tiba-tiba ia bertukar menjadi permata, lalu beliau berkata: Apakah ini? Aku berkata: Ini adalah  permata yang bermutu. Beliau berkata: Jika kami menghendakinya, nescaya kami dapat, tetapi kami tidak menghendakinya. Kemudian beliau  melontarnya, maka ia kembali menjadi anak batu[7].
       Ali bin Ibrahim al-Ja‘fari telah memberitahu kepada aku berkata:Abu al-Abbas telah memberitahu kepada aku daripada Muhammad bin Sulaiman al-Hadha’ al-Basri daripada seorang lelaki daripada al-Hasan bin Abu al-Hasan al-Basri berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada kami dan aku pada masa itu adalah seorang kanak-kanak yang sudah baligh, maka beliau telah memasuki rumahnya-Hadis adalah panjang-Kemudian beliau keluar dan diikuti oleh orang ramai, apabila  sampai di al-Jabanah, beliau telah turun lalu dikelilingi oleh orang ramai, kemudian beliau telah menggaris dengan tongkatnya satu garisan, maka beliau telah mengeluarkan satu dinar.
       Kemudian beliau telah menggariskan satu garisan yang lain, lalu beliau mengeluarkan satu dinar sehingga beliau telah mengeluarkan tiga dinar, kemudian beliau telah membalikkannya dengan tangannya sehingga orang ramai telah melihatnya. Kemudian beliau mengembalikannya, dan menanamnya semula dengan ibu jarinya, dan  beliau berkata: Ia akan menguji orang yang baik dan jahat selepas aku. Kemudian beliau telah menaiki baghal betina Rasulullah s.a.w, dan kembali ke rumahnya, lalu kami telah mengambil alamat dan kami kembali ke tempat tadi, kami telah menggalinya sehingga kami sampai ke tempat yang keras, tetapi  kami tidak mendapatinya, ada orang berkata kepada al-Hasan: Wahai Abu Sa‘id, apakah anda melihat sedemikian daripada Amir al-Mukminin? Beliau berkata: Adapun aku, maka aku tidak mengetahuinya bahawa perbendaharaan bumi tersembunyi melainkan kepada orang sepertinya.

Al-Kumait Dan Abu Ja‘far A.S           

       Daripadanya berkata: Al-Husain bin Ahmad bin Muslimah al-Lu’-lu’ telah memberitahu kami daripada Muhammad al-Muthanna daripada bapanya daripada Uthman bin Yazid daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s: Aku telah datang kepadanya, lalu aku telah mengadu kepadanya hajat aku, beliau berkata: Wahai Jabir, kami tidak memiliki walaupun satu dirham.
       Beliau berkata: Aku tidak menunggu lama sehingga al-Kumait datang kepadanya, dan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku mengemukakan qasidah untuk anda?  Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, maka beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham, dan bayarkan kepada al-Kumait, kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan ku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang lain pula?             
       Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan kepadanya qasidah yang lain pula. Beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, lalu budak itu telah membayarnya kepada al-Kumait. Kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang ketiga? Beliau berkata kepadanya: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, beliau a.s berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, maka al-Kumait berkata kepadanya: Demi Allah, aku bukanlah memuji kamu kerana dunia yang aku menuntut daripada kamu. Aku tidak kehendaki demikian itu selain mahukan perhubungan dengan Rasulullah s.a.w, dan apa yang Allah telah mewajibkannya bagi kamu  ke atasku tentang kebenaran.
       Beliau berkata: Abu Ja‘far a.s telah menyerunya dan berkata: Wahai budak, kembalikannya kepada tempatnya. Jabir berkata: Aku telah mendapati sesuatu pada diri aku, dan aku berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aku tidak memiliki walaupun satu dirham sedangkan beliau telah memerintah untuk al-Kumait tiga puluh ribu dirham? Beliau berkata: Wahai Jabir, berdirilah, maka masuklah rumah itu.
       Beliau berkata: Aku pun berdiri dan memasuki rumah itu, maka aku tidak mendapati di dalamnya sesuatu, lalu aku keluar kepadanya, maka beliau berkata kepada aku: Kami tidak menyembunyikan sesuatu daripada kamu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, lalu beliau memasukkan aku di dalam rumah itu, kemudian beliau telah menendang dengan kakinya, tiba-tiba emas  seperti tengkuk unta telah keluar, maka beliau berkata kepada aku: Wahai Jabir, lihatlah kepada ini, dan janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun melainkan kepada orang yang anda percaya di kalangan saudara-saudara anda. Sesungguhnya Allah telah memberikan kami kemampuan untuk melakukan apa yang kami kehendaki (Inna l-Laha qad aqdara-na ‘ala ma nuridu). Jika kami kehendaki, nescaya kami menerajui bumi keseluruhannya[8].

Dialog Amir al-Mukminin A.S Dengan Abu Bakr            

       Sa‘d berkata: ‘Ubbad bin Sulaiman telah memberitahu kepada kami daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya Sulaiman daripada ‘Uthaim bin Aslam daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar al-Duhni daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Bakr telah mendatangi Ali a.s, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah memberitahu kepada kami tentang urusan anda selepas hari wilayah, aku naik  saksi bahawa anda adalah maulaku mengakui wilayah anda.
       Aku telah memberi salam kepada anda pada masa Rasulullah sebagai pemimpin mukminin (bi-imrati l-Mu’minin), dan Rasulullah s.a.w telah memberitahu kami sesungguhnya anda adalah wasinya, pewarisnya dan khalifahnya pada ahlinya dan perempuan-perempuannya (akhbara-na rasulullah anna-ka wasiyyu-hu wa warisu-hu wa khalifatu-hu fi-ahli-hi wa nisa’i-hi), tetapi beliau tidak memberitahu kami bahwa anda khalifahnya selepasnya (wa lam yukhbir-na bi-anna-ka khalifatu-hu min ba‘di-hi).
       Justeru itu, tiada apa-apa di antara kami dan anda, dan tiada dosa di antara kami dan Allah a.w (la dhanba baina-na  wa baina l-Lahi a.w), maka Ali a.s berkata kepadanya: Jika aku memperlihatkan Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu anda bahawa aku adalah lebih berhak (aula) dengan jawatan khalifah (araiatu-ka rasulallah hatta yukhbira-ka bi-anni aula) dan anda jika tidak menjauhinya, nescaya anda kafir (wa anna-ka in lam tanahha ‘an-hu kafar-ta) apakah pendapat anda? Beliau berkata : Jika aku melihat Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu sebahagian daripadanya, maka aku memadai dengannya (in raaitu rasulallah hatta yukhbira-ni bi-ba‘dhin hadha aktafai-tu bi-hi).
       Beliau berkata: Beliau telah berjanji dengan aku selepas aku menunaikan solat maghrib, beliau berkata: Beliau telah kembali selepas solat maghrib, lalu beliau memegang tangannya, dan mengeluarkannya  ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang duduk ke arah kiblat, lantas beliau bersabda: Wahai ‘Atiq[9], anda telah merampas hak Ali, dan anda telah menduduki majlis kenabian  (wathab-ta ‘ala  ‘Ali wa jalas-ta majlisa al-Nubuwwati)Aku telah memberitahu kepada anda perkara ini, justeru itu cabutlah pakaian yang anda memakainya, berilah ia kepada Ali, jika tidak, maka janji anda adalah neraka (fa-khalli-hi li- ‘Ali wa illa fa-mau‘idu-ka al-Nar)
       Beliau berkata: Kemudian beliau telah memegang tangannya, dan mengeluarkannya, kemudian Nabi s.a.w berdiri meninggalkan mereka berdua, Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Salman dan berkata kepadanya: Wahai Salman, tidakkah anda telah mengetahui bahawa perkara itu telah berlaku sedemikian? Salman berkata: Beliau akan mengisytiharkannya dan akan mendedahkannya kepada sahabatnya, serta akan memberitahu kepadanya tentang berita itu, lalu Amir al-Mukminin a.s tersenyum dan berkata: Sama ada beliau akan memberitahu sahabatnya, maka ia akan melakukannya, kemudian beliau berkata: Tidak, mereka berdua tidak akan menyebutnya sehingga hari Kiamat, mereka berdua lebih melihat kepada diri mereka berdua tentang perkara itu.
       Maka Abu Bakr telah berjumpa dengan ‘Umar, beliau berkata: Sesungguhnya Ali telah mendatangkan perkara sedemikian, telah melakukan sedemikian dan berkata kepada Rasulullah  sedemikian, maka ‘Umar berkata kepadanya: Celaka anda, alangkah ceteknya akal anda, demi Tuhan, anda berada di sana pada masa itu adalah sebahagian  sihir  Ibn  Abu Kabsyah[10] (Waila-ka ma aqalla ‘aqla-ka fa wa-l-Lahi ma anta fi-hi al-Sa‘at illa min ba‘dhi sihri ibni Abu kabsyah) Anda telah melupai sihir Bani Hasyim, dan di mana boleh  Muhammad kembali (qad nasai-ta sihra Bani Hasyim wa min aina yarji‘u Muhammad wa la yarji‘u man mata), kerana  orang yang telah mati tidak akan kembali lagi. Sesungguhnya anda padanya adalah sebesar-besar sihir Bani Hasyim (inna ma anta fi-hi a‘zamu min sihri Bani Hasyim), maka pakailah pakaian ini dan teruskanlah[11].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Hakam bin Miskin daripada Abu Sa‘id al-Makari daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr dan berkata kepadanya: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, jika beliau telah  memerintah aku, nescaya aku telah melakukannya, beliau berkata: Datanglah dengan kami kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau datang ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang solat, manakala beliau selesai solat, maka Ali a.s berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berkata kepada Abu Bakr: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah memerintahkan anda, maka taatlah kepadanya (qad amartu-ka fa-ati‘-hu). 
       Beliau berkata: Abu Bakr keluar dan bertemu dengan ‘Umar di dalam keadaan ketakutan (dha‘run), lalu ‘Umar berdiri seraya berkata kepadanya: Apakah gerangan anda? Beliau berkata kepadanya: Rasulullah bersabda sedemikian, ‘Umar berkata kepadanya: Celakalah umat yang telah melantik anda untuk urusan mereka! Tidakkah anda mengetahui sihir Bani Hasyim?[12]
       Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada khalid bin Madi al-Qalanisi daripada Muhammad bin Hammad daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalisi daripada bapanya  daripada Abu Abdullah a.s berkata: Setelah Abu Bakr dilantik menjadi khalifah,   ‘Umar datang kepada Ali a.s dan berkata kepadanya: Tidakkah anda mengetahui bahawa Abu Bakr telah dilantik khalifah? Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah yang telah menjadikannya khalifah? ‘Umar berkata: Muslimun telah meredai dengan perkara tersebut.
       Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, alangkah cepatnya mereka menyalahi Rasulullah s.a.w, dan membatalkan janjinya, dan mereka telah menamakannya bukan dengan namanya. Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak melantiknya. ‘Umar berkata kepadanya: Anda sentiasa berbohong ke atas Rasulullah  pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Lantas Ali a.s berkata kepadanya: Datang bersama kami, wahai Umar bagi mengetahui siapakah di kalangan kita pembohong ke atas Rasulullah s.a.w pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Umar telah datang bersama-samanya ke kubur, tiba-tiba tertulis padanya “Adakah anda telah mengingkari (kafar-ta), wahai  ‘Umar, dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian Dia telah menjadikan anda seorang lelaki”. Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, Allah telah mendedahkan keburukan anda pada masa hidup rasul dan selepas kematiannya[13].
       Daripadanya, daripada Muhammad bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin al-Mundhir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa fa‘al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya?  Beliau a.s. berkata: Rasulullah s.a.w mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s. berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka) kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba’, tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba’, dan berkata kepadanya: Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin.
       Beliau berkata: Maka beliau telah keluar dari sisinya, lalu ‘Umar bertemu dengannya (Abu Bakr) dan memberitahu kepadanya  perkara tersebut. Maka ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib?[14]
       Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Rabi‘ bin Muhammad al-Musalli daripada Abdullah bin Sulaiman daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila Ali a.s dikeluarkan di dalam keadaan dua tangannya terikat, beliau telah berhenti di kubur Nabi s.a.w, dan berkata: Wahai Ibn Umm, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan hampir mereka membunuh aku.
       Beliau berkata: Satu tangan telah keluar dari kubur Rasulullah s.a.w, mereka mengetahui bahawa itulah tangan Rasulullah s.a.w, dan suaranya terhadap Abu Bakr: Wahai ini Adakah anda telah kafir dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian menjadikan anda seorang lelaki”[15] 

Imlak Jibrail Ke Atas Amir al-Mukminin A.S.

       Ali bin Ismail bin Isa daripada Safwan bin Yahya daripada Rifa‘ah bin Musa daripada Abu Abdullah a.s sesungguhnya Rasulullah s.a w telah mengimlakkan mashaf ke atas Ali a.s.  Setelah sampai separuhnya, Rasulullah s.a.w telah meletakkan kepalanya di pangkuan Ali, kemudian Ali a.s telah menulis sehingga memenuhi mashaf (imtala’at). Apabila Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya, beliau bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkannya ke atas anda wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah, beliau bersabda: Malah Jibrail telah mengimlakkannya ke atas anda[16].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub daripada Hanan bin Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s, dan menyeru dengan daftar, lalu beliau mengimlakkan ke atasnya di bahagian dalamnya, kemudian beliau tertidur, lantas Jibrail mengimlakkan pada bahagian luarnya, kemudian Rasulullah s.a.w terjaga, dan bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkan ini wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah s.a.w, maka beliau berkata: Aku telah mengimlakkannya ke atas anda bahagian dalamnya sementara Jibrail telah mengimlakkan ke atas anda bahagian luarnya[17].

Keadaan Mu‘awiyah di Barzakh

       Ayyub bin Nuh dan al-Hasan bin Ali bin Abdullah bin al-Mughirah daripada al-Abbas bin ‘Amir al-Qasbani daripada Abban bin Uthman daripada Basyir bin al-Nabal daripada Abu Ja‘far a.s: Aku telah berada di belakang bapa aku a.s di atas baghalnya, tiba-tiba aku telah melihat  seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan seorang lelaki sedang mengikutinya, maka beliau berkata: Wahai Ali bin al-Husain, berilah aku air, maka lelaki yang mengikutinya berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, beliau adalah Mu‘wiyah la‘ana-hu l-Lahu.
       Ali bin Muhammad al-Hijjal daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’ daripada Muhammad bin Sinan daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi daripada saudaranya Idris bin Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Manakala aku dan bapa aku sedang menuju ke Makkah, bapa aku telah mendahului aku  pada satu tempat bernama Dhajanan, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai yang ditariknya, datang kepada aku dan berkata: Berilah aku air, berilah aku air (isqini) lalu bapa aku telah melaung kepada aku: Janganlah anda memberi air kepadanya, tidak, Allah tidak akan memberi air kepadanya.
       Beliau berkata: Di dalam keadaan mencari air, seorang lelaki mengikutinya, menarik rantainya dengan tarikan yang kuat, lalu menolaknya  ke  neraka[18].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Abban bin Uthman daripada Basyir al-Nabbal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama bapa aku di ‘Asfan atau di Dhajanan, lantas baghalnya telah melarikan diri, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan sebahagiannya di tangannya menariknya, maka beliau berkata: Berikan aku air, seorang lelaki berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberi air kepadanya (la saqahul-Lahu). Aku telah berkata kepada bapa aku: Siapakah ini?  Beliau berkata: Ini adalah Mu‘awiyah.
       Daripadanya daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Ibrahim bin Abu al-Bilad daripada Ali bin al-Mughirah berkata: Abu Ja‘far telah berada di Dhajanan, maka beliau telah berkata sebanyak tiga kali: Allah tidak akan mengampuni anda, apabila beliau berkata: Adakah kamu tahu  kepada siapakah kamu berkata? Atau sebahagian daripada para sahabat kami  berkata, maka beliau berkata: Mu‘awiyah bin Abu Sufyan telah melalui di hadapan aku di dalam keadaan menarik rantai besinya sehingga lidahnya terkeluar meminta aku supaya aku memohon ampun untuknya, kemudian beliau berkata: Ia adalah satu lembah dari lembah-lembah Jahanam.
       Daripadanya, daripada Ali bin al-Hakam daripada Malik bin  ‘Atiyyah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah menjadi tawanan bersama-sama bapa aku di dalam perjalanan ke Makkah dan kami telah menaiki dua unta, manakala kami sampai di lembah Dhajanan, seorang lelaki telah keluar di tengkuknya rantai besi yang sedang ditariknya, maka beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, berilah aku air, maka Allah akan memberi air kepada kamu, lantas seorang lelaki lain mengikutinya, lalu beliau menarik rantai besi, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, maka bapa aku telah berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Ja‘far, adakah anda telah mengenalinya? Ini adalah Mu‘awiyah la‘ana-hu l-Lahu.[19]

Dua Orang Fasiq DiKeluarkan Secara Segar, Lalu Disula

       Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ daripada Abu Saghar Ahmad bin Abd al-Rahim daripada al-Hasan bin Ali; seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut zakat khalifah Makmun berkata: Aku dan seorang lelaki daripada sahabat kami telah bertemu dengan Abu Tahir bin Isa bin Abdullah al-‘Alawi, Abu Sakhar berkata: Aku telah menyangkanya  daripada anak lelaki ‘Umar bin Ali. Beliau telah tinggal di Dar al-Saidiyyin. Kami telah bertemu dengannya pada waktu Asar di tangannya bekas air yang beliau menyapu dengannya, kami telah memberi salam kepadanya, maka beliau menjawab salam kami.
       Kemudian beliau telah memulakan percakapan dengan kami, dan berkata: Adakah orang lain bersama-sama kamu berdua? Kami berkata: Tidak. Kemudian beliau telah berpaling ke kiri dan ke kanan adakah beliau sedang melihat kepada seseorang? Kemudian beliau berkata: Abu Jundi telah memberitahu aku sesungguhnya beliau telah berada bersama-sama Abu Ja‘far Muhammad bin  Ali a.s di  Mina  sedang melontar jamrat dan Abu Ja‘far a.s telah melontar beberapa batu kecil (al-Jamrat), lalu beliau telah menyempurnakannya. Dan masih tertinggal di tangannya beberapa  batu kecil, maka beliau telah menghitungnya lima batu kecil. Kemudian beliau telah melontar dua biji batu kecil ke satu sudut dan tiga biji batu kecil ke satu sudut yang lain.
       Maka aku berkata kepadanya: Beritahu aku, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apakah ini, aku telah melihat anda telah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh seorang pun sebelum ini (sana‘ta syai’an ma sana‘a-hu ahadun qat). Sesungguhnya anda telah melontar dengan lima batu kecil selepas itu, tiga  di satu sudut dan dua di satu sudut yang lain (thintaini fi nahiyatin wa thalathata fi nahiyatin)? Beliau berkata: Ya, sesungguhnya pada setiap musim haji dua orang yang fasiq dikeluarkan (idha kana kullu mausimin ukhrija al-Fasiqani) secara segar, lalu disula di sini (fa-sulibaa ha-huna). Tidak dapat melihat kepada mereka berdua melainkan oleh imam yang adil (la yara-huma illa imam ‘adil). Justeru itu, aku telah melontar kepada yang pertama[20] dua batu kecil dan yang akhir [21] dengan tiga batu kecil kerana yang akhir itu lebih jahat daripada yang pertama (li-anna al-Akhara akhbathu min al-Awwali)[22].

Mentaati Para Wasi Adalah Difardukan           

       Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada al-Qasim bin al-Jauhari daripada al-Husain bin Abual-‘Ala’ berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s : Adakah mentaati para wasi difardukan? Beliau berkata: Mereka itulah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4):59 “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, Rasul-Nya, dan Uli l-Amri di kalangan kamu”
       Dan merekalah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Ma’idah (4):55 “sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang mendirikan solat, dan memberi zakat di dalam keadaan rukuk”
       Daripadanya, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Seorang lelaki farsi telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka beliau berkata: Mentaati kamu satu fardu (ta‘atu-kum muftaradhah)? Beliau berkata: Ya, maka beliau berkata: Seperti mentaati Ali bin Abu Talib a.s? Beliau berkata: Ya[23].
       Ahmad bin Ahmad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Umru bin Maimun, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya kami pasti mengetahui lelaki apabila kami telah melihatnya dengan hakikat iman dan hakikat nifak (Inna la-na‘rifu al-Rajula bi-haqiqati al-Iman wa bi-haqiqati al-Nifaq)[24] 
       Muhammaad bin Hammad al-Kufi, daripada saudaranya Ahmad bin Hammad, daripada Nasr bin Muzahim, daripada Umru bin Syamr daripada Jabir bin Yazid daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (mithaq) syi‘ah kita dari salbi Adam, lantaran itu, kami mengetahui cinta pencinta (hubba al-Muhibb)  sekalipun beliau melahirkan sebaliknya dengan lidahnya. Kami mengetahui kemarahan pemarah (bughdha al-Mubghidh) sekalipun beliau melahirkan kecintaan kepada kami Ahlu  l-Bait[25].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal bin Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Nur (24) : 35 “Allah adalah cahaya langit dan bumi umpama cahaya-Nya” adalah Muhammad s.a.w “ di dalamnya ada pelita besar” adalah ilmu “ pelita itu di dalam kaca”. Kaca adalah Amir al-Mukminin a.s dan ilmu Nabi Allah adalah di sisinya[26].
       Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Fadhalah bin Ayyub daripada ‘Umar bin Abban al-Kalbi daripada Adam bin al-Hasan, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Telah sampai berita kepada aku bahawa Allah a.w telah bercakap secara rahsia dengan Ali a.s (naja)? Maka beliau a.s berkata: Ya, munajat telah berlaku di antara Allah a.w  dan Ali a.s di Taif, Jibrail telah turun dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Rasul-Nya haram, halal, dan takwil, maka Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali semuanya[27].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Bakir al-Hajari, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah hibatullah (pemberian Allah) kepada Muhammad s.a.w, beliau telah mewarisi ilmu para wasi, dan ilmu para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w[28].
       Muhammad bin Abd al-Hamid al-‘Attar daripada Mansur bin Yunus, daripada ‘Umar bin Udhinah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima (rummanataini) dari syurga, lantas Ali a.s bertemu dengannya, maka beliau berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda?  Beliau berkata: Adapun ini adalah untuk kenabian (al-Nubuwwah) di mana anda tidak ada bahagian dan ini adalah ilmu, kemudian Rasulullah s.a.w telah membelahnya, lalu  memberi separuhnya kepada Ali a.s, dan Rasulullah s.a.w telah mengambil separuhnya, kemudian beliau bersabda: Anda adalah bersyarikat dengan aku (anta syariki) dan aku adalah bersyarikat dengan anda (wa ana syariku-ka fi-hi). Tiada satu huruf yang telah diajar oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melainkan beliau s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s (illa ‘allama-hu ‘aliyyan). Kemudian ilmu itu telah berakhir kepada kami (thumma intaha al-‘ilmu ilai-na), dan beliau telah meletakkan tangannya di atas dadanya[29].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Muhammad bin  ‘Adhafir, daripada Abu Ya‘qub al-Ahwal berkata: Kami beberapa orang telah keluar bersama-sama Abu Basir, lalu kami datang ke rumah Abu Abdullah a.s, maka beliau  berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya ilmu Ali bin Abu Talib a.s adalah daripada ilmu Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengajarnya kepada kami, oleh itu sembahlah Allah, kerana  dengan-Nyalah kejayaan[30].
       Ahmad dan Abdullah kedua-duanya adalah anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada Mu‘ammar bin Khallad, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait akan mewarisi yang kecil kami (yatawarathu asaghiru-na)daripada yang besar kami perkara yang sama.
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada ‘Anbasah bin Bijad al-‘Abid, daripada al-Mughirah al-Hawari maula Abd al-Mu’min al-Ansari, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata di atas mimbar: Kamu bertanyalah kepada aku sebelum kamu ketiadaan aku (saluni qabla an tufqiduni). Demi Allah,  tiada bumi yang subur dan yang gersang, dan tiada kumpulan yang menyesatkan seratus atau kumpulan yang memberi hidayat kepada seratus melainkan aku telah mengetahui pemimpinnya dan penariknya. Aku telah memberitahunya kepada seorang lelaki daripada keluargaku di mana yang besar mereka akan memberitahunya kepada yang kecil mereka sehingga hari Kiamat.
       Ahmad dan Abdullah, kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin al-Khattab daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Suwaid bin Ghuflah berkata: Aku telah berada di sisi Amir al-Mukminin a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah mendatanginya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah datang dari Wadi al-Qura, dan Khalid bin ‘Urfatah telah mati, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya beliau belum mati, lalu lelaki itu telah mengulanginya. Maka beliau a.s berkata: Beliau belum mati, beliau telah menentang dengan mukanya, lelaki itu telah mengulanginya pada kali yang ketiga, maka beliau berkata: Subhanallah! Aku telah memberitahu kepada anda bahawa sesungguhnya beliau telah mati dan anda masih berkata bahawa beliau belum mati? Ali a.s berkata: Demi Yang diri aku di tangan-Nya bahawa beliau tidak akan mati sehingga beliau mengetuai tentera yang sesat di mana pembawa benderanya adalah Habib bin Jammaz[31].
       Beliau berkata: Habib bin Jammaz telah mendengar kata-kata tersebut, lalu beliau telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s, dan berkata kepadanya: Aku menyeru anda dengan nama Allah tentang diri aku bahawa aku adalah syi‘ah anda. Anda telah menyebut aku dengan satu perkara, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya tentang diri aku, Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah Habib bin Jammaz. Maka Ali a.s berkata kepadanya:Jika anda adalah Habib bin Jammaz, maka andalah yang akan membawa benderanya, lantas Habib meninggalkannya. Abu Hamzah berkata:Demi Allah, Khalid bin ‘Urfatah tidak mati sehingga ‘Umar bin Sa‘id mengutus kepada al-Husain bin Ali a.s, dan menjadikan Khalid bin ‘Urfatah di hadapannya dan Habib bin Jammaz pembawa benderanya (sahib rayati-hi)[32]
       Hamzah bin Ya‘la, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada  ‘Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Beliau berkata: Wahai Jabir, Sesungguhnya kami jika kami memberitahu kepada kamu dengan pendapat kami dan hawa nafsu kami (lau kunna nuhaddithu-kum bi-ra’yi-na wa hawana), nescaya kami daripada mereka yang binasa, tetapi kami memberitahu kepada kamu  hadis-hadis yang kami menyimpannya daripada Rasulullah s.a.w (nuhaddithu-kum bi ahadith naknidhu-ha ‘an rasulillah) sebagaimana mereka itu menyimpan emas mereka dan wang mereka (kama yaknidhu haula’ dhahaba-hum wa waraqa-hum).
       Ahmad bin Muhammadd bin Isa, daripada al-Husain bin sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Jamil bin Darraj daripada Fudhail bin Yasar, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa beliau berkata: Sesungguhnya kami adalah di atas keterangan Tuhan kami (inna ‘ala bayyinatin min rabbi-na). Dia telah menerangkannya kepada Nabi-Nya. Maka Nabi-Nya telah menerangkannya kepada kami, jika tidak, nescaya kami sama seperti mereka saja (laula dhalika la-kunna ka-ha’ula’ al-Nas)[33]. 
    
Semua Perkara Dalam Kitab Allah Dan Sunnah-Nya

       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin khalid al-Barqi, daripada Ismail bin Mihran, daripada Yusuf bin ‘Umairah, daripada Abu al-Maghra Hamid bin al-Muthanna al-‘Ajali, daripada Sama‘ah bin Mihran, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s, berkata:Aku telah berkata: Adakah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya atau apakah pendapat anda mengenainya?  Beliau berkata: Malah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya (bal kullu syai’in fi kitab Allah wa sunnati-hi)[34].
       Daripadanya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Safwan bin Yahya daripada Sa‘id bin Abdullah al-A‘raj berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Terdapat di sisi kami bahawa mereka yang memahami agama berkata: Perkara yang kami tidak mengetahuinya apabila dibentangkan  kepada kami, lalu kami berkata dengan pendapat kami (bi-ra’yi-na), maka beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, semua perkara ada di dalam al-Kitab, dan al-Sunnah.                             Daripadanya, daripada al-Hasan bin Fadhdhal, daripada  Abu al-Maghra, daripada Sama‘ah, daripada al-‘Abd al-Salih berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabat kita telah bertemu dengan bapa anda dan datuk anda, dan mereka telah mendengar hadis daripada mereka berdua. Kemungkinan ada perkara yang menguji mereka di mana mereka tidak mendapati sesuatu yang membolehkan mereka memberi fatwa atau mereka mempunyai perkara yang hampir sama, adakah boleh mereka mengamalkan kias? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya telah binasa mereka sebelum kamu dengan kias, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapa kias tidak diterima? Beliau berkata: Kerana tiada perkara melainkan ada di dalam Kitab dan  Sunnah.
       Al-Sanadi bin Muhammad al-Bazzaz, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Hakim, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya: Kami telah mempelajari agama daripada kamu dan kami telah meriwayatkan hadis daripada kamu, kemungkinan seorang lelaki datang kepada kami, dan beliau diuji dengan perkara kecil di mana kami tidak mengetahui untuk memberi fatwa tentangnya, tetapi kami mempunyai perkara seumpamanya atau menyerupainya. Adakah boleh kami menggunakan kias akan perkara yang menyerupainya? Beliau berkata: Tidak, kenapa kamu menggunakan kias?  Dengan kiaslah telah binasa mereka sebelum kamu, aku berkata: Adakah Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu? Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu pada masa hidupnya dan mereka akan memadai dengannya sehingga hari Kiamat. Aku berkata: Adakah sesuatu telah hilang daripadanya (fa-dha‘a min-hu syai’un)? Beliau berkata: Tidak, ia berada di sisi ahlinya (huwa ‘inda ahli-hi )[35].

Rasulullah S.A.W Telah Mengajar Ali A.S Seribu Bab         

       Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu‘Umair, daripada Murazim bin Hakim al-Azadi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap satu bab akan membuka seribu bab(‘allma rasulullah s.a.w ‘aliyyan alfa bab yaftahu kullu bab alfa bab)[36].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada sebahagian daripada para sahabatnya, daripada Ahmad bin  ‘Umar al-Halabi, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya syi‘ah bercakap-cakap bahawa Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang dapat membuka seribu bab. Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain, aku telah berkata kepadanya: Adakah ini ilmu? Beliau berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu[37].
       Daripadanya,dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abdullah bin Hilal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab yang lain, setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula.
       Daripadanya, dan Ahmad bin al-Hasan bin  Ali bin Fadhdhal, daripada [38] al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab, dan setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula[39].
       Ya‘qub bin Yazid, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid, daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Ali telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab, setiap bab akan membuka seribu bab yang lain.
       Muhammad bin Isa, dan Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada Sabah al-Mazni, daripada al-Harith bin al-Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab daripada halal dan haram daripada apa yang telah berlaku, dan akan berlaku sehingga hari Kiamat. Setiap bab daripadanya akan membuka seribu bab yang lain. Lantaran itu, ia telah menjadi seratus ribu bab sehingga aku telah diajar ilmu al-Munaya, al-Balaya dan  Fasl al-Khitab (kefasihan bercakap).
       Ahmad dan Abdullah kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada bapanya, daripada Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ishaq al-Sabi‘i berkata: Aku telah mendengar sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya  di dalam dadaku ini ilmu yang banyak di mana Rasulullah s.a.w telah mengajarnya kepadaku (inna fi sadri hadha la- ‘ilman jamman ‘allamani-hi rasulullah s.a.w lau ijidu la-hu hafazah yar‘auna-hu haqqa ri‘ayati-hi wa yarwauna-hu ‘anni ka-ma yasma‘una-hu ‘anni idhan la-auda‘tu-hum ba‘dha-hu). Jika aku mendapati untuknya para penghafaz yang menjaganya dengan baik dan meriwayatkannya kepada aku sebagaimana mereka mendengarnya daripadaku, nescaya aku telah menyimpan sebahagiannya kepada mereka. Lantaran itu, banyak ilmu yang diketahuinya, sesungguhnya ilmu adalah pembuka kepada setiap bab dan setiap bab akan membuka seribu bab.

[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  vii,  20

[2] Ibid

[3] Al-Kulaini, al-Kafi,  I , 177

[4] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xi, 128

[5] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  vii,  328

[6] Ibid,  xii, 14

[7] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  ix,  570

[8] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  xi,  68

[9] Abu Bakr

[10] Rasulullah s.a.w

[11] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  viii, 81

[12] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  viii, 87

[13] Ibid, ix,  563

[14] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  viii,  81

[15] Ibid,  viii,  44

[16] Ibid, ix,  379

[17] Ibid

[18] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  iii, 161

[19] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,   xi, 80

[20] Abu Bakr

[21] Umar

[22] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  viii , 214

[23] Ibid, vii,  62

[24] Ibid, vii,  306

[25] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, vii, 306

[26] Ibid, vii,  64

[27] Ibid, ix, 474

[28] Ibid, vii,  318

[29] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar  vii, 317

[30] Ibid

[31] al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, ix,  578

[32] Ibid

[33] Ibid, vii, 281

[34] Al-Kulaini, al-Kafi, I,  62

[35] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  I,  163

[36] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  vii,  281

[37] Ibid

[38] Ibid

[39] Ibid

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Barangsiapa Yang Telah Mati Tanpa Imam, Mukjizat , Dialog, alam Barzah dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid w. 413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Barangsiapa Yang Telah Mati Tanpa Imam, Mukjizat , Dialog, alam Barzah dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid w. 413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan