Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 76-80)


    Bab 76

☼Isyarat Dan Nas Kepada Tuan Rumah ini A.S (al-Isyarat dan al-Nas ila sahib al-Dar a.s)☼

       (4230)-1. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Ali bin Bilal berkata: [Sepucuk surat] telah dihantarkan kepadaku daripada Abu Muhammad dua tahun sebelum kematiannya yang beliau a.s telah memberitahu kepadaku tentang pengganti selepasnya. Kemudian sepucut surat telah dihantar kepadaku [daripadanya] tiga hari sebelum kematiannya yang beliau a.s telah memberitahu kepadaku tentang pengganti selepasnya.

       (431)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad bin Ishaq, daripada Abi Hasyim al-Ja‘fari berkata kepada Abu Muhammad a.s: Kehormatan anda menghalangku dari bertanya anda, adakah anda membenarkan aku bertanya? Beliau a.s telah berkata: Tanyalah. Aku telah berkata: Wahaisayyidi, adakah anda mempunyai seorang anak lelaki? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada anda, maka siapakah yang aku akan bertanya mengenainya? Beliau a.s telah berkata: [orang] Di Madinah.

       (432)-3. Ali bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Kufi, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Makfuf, daripada ‘Umru al-Ahwaziy berkata: Abu Muhammad telah memperlihatkan kepadaku anak lelakinya dan berkata: Ini adalah sahabat anda selepasku.

       (433)-4. Ali bin Muhammad, daripada al-Hamdan al-Qalanisi berkata: Aku telah berkata kepada al-‘Umari: Abu Muhammad telah mati? Beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya beliau a.s telah mati, tetapi beliau a.s telah meninggalkan pada kamu penggantinya yang sihat dan selamat (yang mana tengkuknya seperti ini). Kemudian beliau telah menunjukkannya dengan tangannya.

       (434)-5. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah berkata: [sepucuk surat] telah dihantar daripada Abu Muhammad a.s ketika al-Zubairi yang dilaknati Allah dibunuh: Ini adalah balasan kepada orang yang telah berani menentang Allah kerana para wali-Nya. Beliau telah mendakwa bahawa beliau akan membunuhku ketika aku tidak ada pewaris. Bagaimana beliau telah melihat kekuasaan Allah padanya. Seorang bayi lelaki telah dilahirkan untuknya, beliau telah menamakannya “mim ha’ mim dal” (mhmd) pada tahun 256.

       (435)-6. Ali bin Muhammad, daripada al-Husain dan Muhammad, dua anak lelaki Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Ali bin ‘Abd al-Rahman al-‘Abdi-daripada ‘Abd Qais-daripada al-Dhau’ bin Ali al-‘Ajali, daripada seorang lelaki dari Faz yang mana beliau telah menamakannya: Aku telah datang ke Samarra’ dan tinggal di pintu [rumah] Abu Muhammad a.s, maka beliau a.s telah memanggil aku, lalu akupun memasuki [rumahnya] dan aku telah memberi salam kepadanya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Apakah yang membuat anda datang ke sini? Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Keinginan untuk berkhidmat kepada anda. Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Tinggallah di pintu. Beliau telah berkata: Aku telah berada di pintu bersama hamba-hambanya. Kemudian aku mulai membeli barang-barang untuk keperluan mereka dari pasar. Aku telah datang kepada mereka tanpa meminta izin selama ada ramai lelaki di sana. Beliau telah berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepadanya (imam) ketika beliau a.s berada di bilik mereka.
       Aku telah mendengar pergerakan di dalam bilik itu, kemudian beliau telah memanggil aku: Berdirilah di tempat anda berada, jangan bergerak. Aku tidak berani sama ada untuk masuk atau pergi. Tiba-tiba seorang hamba perempuan telah datang kepadaku bersamanya benda yang ditutup [di tangannya]. Kemudian beliau a.s telah memanggil aku supaya masuk, lalu aku telah masuk dan beliau a.s telah memanggil seorang hamba perempuan, lalu beliau telah datang kepadanya. Beliau a.s telah berkata kepadanya: Dedahkan apa yang ada bersama anda. Maka beliau (hamba perempuan) telah mendedahkan seorang bayi yang cantik mukanya dan beliau a.s telah mendedahkan tubuh bayi itu, tiba-tiba [aku telah melihat] bulu sedang tumbuh di tengah dadanya ke pusatnya berwarna kehijauan dan bukan kehitaman. Maka beliau a.s telah berkata: Inilah sahabat kamu. Kemudian beliau a.s telah memerintahkannya (hamba perempuan) supaya membawanya keluar. Aku tidak melihatnya (bayi itu) selepas itu sehingga Abu Muhammad a.s mati.


                                                                            Bab 77

☼Penamaan Mereka Yang Telah Melihatnya A.S (fi tasmiyati man ra’a-hu a.s)☼

       (436)-1. Muhammad bin Abdullah dan Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairiy berkata: Aku dan Syeikh Abu  ‘Amru yang dirahmati Allah telah berkumpul di sisi Ahmad bin Ishaq. Maka Ahmad bin Ishaq telah mengelipkan matanya kepadaku supaya aku bertanya kepadanya (syeikh) tentang pengganti kepada Imam al-Hasan al-‘Askari, lalu aku telah berkata kepadanya: Wahai Abu ‘Amru, sesungguhnya aku ingin bertanya anda tentang satu perkara dan aku tidak syak kepada apa yang aku ingin tanyakannya, kerana sesungguhnya  kepercayaanku dan agamaku bahawa bumi tidak sunyi daripada seorang Hujjah melainkan empat puluh hari sebelum hari Kiamat.
       Apabila hari itu tiba, Hujjah diangkat dan pintu taubat ditutup. Justeru, iman seseorang tidak akan memanfaatkan dirinya jika ia tidak beriman sebelumnya atau beliau telah melakukan kebaikan pada imannya. Lantaran itu, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan Kiamat akan berlaku kepada mereka, tetapi aku suka menambahkan keimananku, sesungguhnya Ibrahim a.s telah memohon kepada Tuhannya supaya memperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan orang mati“[Ibrahim] menjawab: Ya, aku telah percaya, tetapi agar bertambah yakin hatiku”[1] Abu Ali Ahmad bin Ishaq telah memberitahu kepadaku, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya: Siapakah orang yang aku akan berurusan dengannya atau daripada siapakah aku akan menuntut ilmu [agama] dan kata-kata siapakah yang aku  boleh menerimanya?
       Maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Al-‘Umari adalah kepercayaanku, apa yang beliau telah menunaikannya kepada anda daripadaku, maka daripadaku beliau menunaikannya. Apa yang beliau memberitahu kepada anda daripadaku, maka beliau memberitahu daripadaku. Justeru, dengarlah kepadanya dan taatilah, kerana beliau adalah orang kepercayaan yang diamanahkan. Abu Ali telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah bertanya soalan yang sama kepadanya dan beliau telah berkata kepadanya: Al-‘Umari dan anak lelakinya boleh dipercayai. Justeru, apa yang dilaksanakan kepada anda oleh mereka berdua daripadaku, maka daripada aku mereka berdua melaksanakannya.
       Dan apa yang dikatakan kepada anda oleh mereka berdua daripada aku, maka daripada aku mereka berdua berkata. Lantaran itu, dengarlah dan taatilah mereka berdua, kerana mereka berdua dipercayai dan dijamin. Inilah kata-kata dua orang imam yang telah mati tentang anda. Beliau telah berkata: Abu ‘Umru terus sujud dan menangis, kemudian beliau telah berkata: Mintalah apa yang anda hajati, maka aku telah berkata kepadanya: Anda telah melihat pengganti selepas [kematian] Abu Muhammad s.a.w? Maka beliau telah berkata: Ya, demi Allah, beliau adalah selamat dan sihat-beliau telah menunjukkan dengan tangannya- maka aku telah berkata kepadanya: Satu perkara masih tinggal, maka beliau telah berkata kepadaku: Biarlah aku mendengarnya, aku telah berkata: Dan namanya? Beliau telah berkata: Ia diharamkan ke atas kamu bertanya tentangnya, aku tidak berkata sedemikian daripada diriku sendiri.
       Aku tidak menghalalkannya atau mengharamkannya, tetapi ia datang daripadanya a.s. Sesungguhnya urusan itu adalah di sisi orang yang berkuasa. Sesungguhnya Abu Muhammad a.s telah mati tanpa meninggalkan anak lelaki, hartanya dibahagikan dan diambil oleh orang yang tidak mempunyai haknya ke atasnya. Keluarganya bergerak dengan bebas, tetapi tiada seorangpun yang berani memperkenalkan dirinya kepada mereka atau memberi sesuatu kepada mereka. Jika nama [nya] disebut, maka pemeriksaan boleh dilakukan. Justeru, bertakwalah kepada Allah dan berhentilah dari melakukannya.
       Al-Kulaini-rahimahu llah- telah berkata: Seorang syeikh daripada sahabat kita telah memberitahu kepadaku-namanya telah hilang daripada ingatanku-bahawa Abu ‘Umru telah bertanya Ahmad bin Ishaq perkara yang sama, maka beliau telah memberi jawapan yang sama.

       (437)-2. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Musa bin Ja‘far, beliau adalah yang paling tua daripada keturunan Rasulullah s.a.w di Iraq, maka beliau telah berkata: Aku telah melihat beliau a.s di antara dua masjid ketika beliau a.s masih kanak-kanak.

       (438)-3. Muhammad bin Yahya, daripada al-Husain bin Rizqi-llah Abu Abdillah berkata: Musa bin Muhammad bin al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Ja‘far telah memberitahu kepadaku, berkata: Hakimah  binti Muhammad bin Ali-iaitu ibu saudara bapanya-sesungguhnya beliau telah melihatnya a.s pada malam kelahirannya dan selepasnya.

       (439)-4. Ali bin Muhammad, daripada Hamdan al-Qalanisi berkata: Aku telah berkata kepada al-‘Umari: Adakah Abu Muhammad a.s telah mati? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah mati, tetapi beliau a.s telah meninggalkan kepada kamu pewarisnya yang mana tengkuknya seperti ini. Iaitu berada di dalam keadaan sihat dan selamat. Beliau telah menunjukkannya dengan tangannya.

       (440)-5. Ali bin Muhammad, daripada Fath Maula al-Zurari berkata: Aku telah mendengar Abu Ali bin Mutahhar menyebutkan bahawa beliau telah melihatnya a.s dan menceritakan bentuk tubuhnya a.s.

       (441)-6. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Syazan bin Na‘aim, daripada seorang pekerja wanita kepada Ibrahim bin ‘Abadah al-Nisaburi berkata: Aku telah berdiri bersama Ibrahim di al-Safa, tiba-tiba beliau a.s telah datang sehingga beliau a.s. berdiri di hadapan Ibrahim memegang buku tentang ibadat haji dan bercakap dengannya di dalam banyak perkara.

       (442)-7. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim, daripada Abi Abdillah bin Salih bahawa sesungguhnya beliau telah melihatnya a.s di sisi Hajr al-Aswad sedangkan orang ramai menolak dan berkumpul di kelilingnya, maka beliau a.s telah berkata: Mereka tidak diperintahkan untuk berkelakuan sedemikian.

       (443)-8. Ali, daripada Abi Ali Ahmad bin Ibrahim bin Idris, daripada bapanya bahawa beliau telah berkata: Aku telah melihatnya a.s selepas kematian Abu Muhammad ketika beliau [masih] remaja, aku telah mengucup dua tangannya dan kepalanya. 

       (444)-9. Ali, daripada Abi Abdullah bin Salih dan Ahmad bin al-Nadhar, daripada al-Qanbari-seorang lelaki daripada anak lelaki Qanbar yang tua- Maula Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Hadis Abu Ja‘far bin Ali telah berlalu, lalu beliau mencelanya, maka aku telah berkata kepadanya: Tiada seorangpun selain daripadanya [yang telah melakukannya], adakah anda telah melihatnya? Beliau telah berkata: Aku tidak melihatnya, tetapi orang lain telah melihatnya. Aku telah berkata: Siapakah yang telah melihatnya? Beliau telah berkata: Ja‘far telah melihatnya dua kali dan baginya hadis tentangnya.

       (445)-10. Ali bin Muhammad, daripada Abi Muhammad al-Wajnani bahawa beliau telah memberitahu kepadaku daripada orang yang telah melihatnya: Sesungguhnya beliau telah keluar dari rumah sepuluh hari sebelum peristiwa serangan ke atas rumahnya oleh khalifah al-Mu‘tadhid dan beliau a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa ini adalah tempat yang aku paling cintai jika aku tidak diusir; atau kata-kata seumpamanya.

       (446)-11. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin Qais, seorang polis di kawasan Iraq berkata: Aku telah melihat Sima’ di Surra man ra’a (Samarra’). Beliau telah memecahkan pintu rumah [al-‘Askari a.s], tiba-tiba al-Mahdi datang kepadanya memegang kapak di tangannya dan berkata kepadanya: Apakah yang anda buat di rumahku? Maka Sima’ telah berkata: Sesungguhnya Ja‘far telah mendakwa bahawa bapa anda telah mati tanpa meninggalkan seorang anak lelaki. Jikalau inilah rumah anda, maka aku akan meninggalkannya. Kemudian beliau telah keluar dari rumahnya. Ali bin Qais telah berkata: Kemudian seorang daripada pekerja-pekerja di rumah itu telah datang kepada kami, maka aku telah bertanya kepadanya tentang khabar ini. Maka beliau telah berkata kepadaku: Siapakah yang telah memberitahu kepada anda tentang perkara ini? Aku telah berkata kepadanya: Seorang daripada polis khas telah memberitahu kepadaku tentangnya. Kemudian beliau telah berkata: Amat sukar sesuatu perkara disembunyikan daripada orang ramai.

       (447)-12. Ali bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Kufi, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Makfuf, daripada ‘Amru al-Ahwazi berkata: Abu Muhammad a.s telah menunjukkannya kepadaku dan berkata: Inilah sahabat (imam) kamu.

       (448)-13. Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Nisaburi, daripada Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Musa bin Ja‘far, daripada Abi Nasr Zarif, khadam [Imam al-‘Askari a.s] bahawa beliau telah melihatnya a.s.

       (449)-14. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad dan al-Hasan dua anak lelaki Ali bin Ibrahim bahawa sesungguhnya mereka berdua telah menceritakannya pada tahun 279 Hijrah, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-‘Abdi, daripada Dhau’ bin Ali al-‘Ajali, daripada seorang lelaki dari Faz yang mana beliau telah menamakannya bahawa Abu Muhammad a.s telah menunjukkannya [Imam al-Mahdi a.s] kepadanya.

       (450)-15. Ali bin Muhammad, daripada Abi Ahmad bin Rasyid, daripada seorang penduduk al-Mada’in berkata: Aku telah melakukan haji bersama seorang sahabatku, kami telah sampai di al-Mauqif, tiba-tiba seorang pemuda sedang duduk, memakai [satu] pakaian di lengannya dan satu lagi di bahunya, berkasut kuning. Aku telah menganggarkan dua pakaiannya berharga seratus lima puluh dinar dan tiada kesan musafir ke atasnya. Seorang peminta sedekah telah datang kepada kami, lalu kami telah mengusirnya. Kemudian beliau telah menghampirinya dan meminta [sedekah] daripadanya. Kemudian beliau telah mengambil sesuatu dari tanah lalu memberikannya kepadanya.
       Peminta sedekah itu telah berdoa untuknya dengan bersungguh-sungguh dan memanjangkan doanya pula. Kemudian lelaki itu telah berdiri dan menghilangkan diri daripada kami. Kemudian kami telah menghampiri peminta sedekah itu, lalu kami telah berkata kepadanya: Apakah di bumi ini, beliau telah berikan kepada anda? Beliau telah menunjukkan kepada kami seketul emas, kami telah menilainya dua puluh mithqal, maka aku telah berkata kepada sahabatku: Maula-na (al-Mahdi a.s) telah berada di sisi kami dan kami tidak mengetahuinya. Kemudian kami telah pergi mencarinya ke merata tempat di al-Mauqif, tetapi kami tidak mendapatinya. Justeru, kami telah bertanya kepada penduduk Makkah dan penduduk Madinah tentangnya, maka mereka berkata: Beliau adalah seorang ‘Alawi yang datang melakukan haji pada setiap tahun dengan berjalan kaki.


                                                                      Bab 78

☼Bab Tentang Larangan Menyebut Namanya (bab fi al-Nahyi ‘an al-Ism)☼

       (451)-1. Ali bin Muhammad, daripada orang yang beliau telah menyebut namanya, daripada Muhammad bin Ahmad al-‘Alawi, daripada Daud bin al-Qasim al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-‘Askari a.s berkata: Pengganti selepas aku adalah al-Hasan, bagaimana [pendapat] kamu tentang pengganti selepas pengganti? Maka aku telah berkata: Kenapa Allah telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan melihat keperibadiannya dan tidak halal bagi kamu menyebut namanya. Aku telah berkata: Bagaimana kita boleh menyebut namanya? Beliau telah berkata: Al-Hujjah daripada keluarga Muhammad a.s.

       (452)-2. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdullah al-Salihi berkata: Sahabat kita telah bertanyaku selepas kematian Abu Muhammad a.s supaya aku bertanya tentang nama dan tempat [beliau berada], tiba-tiba jawapan telah datang: Jika kamu menunjukkan kepada mereka namanya, nescaya mereka menyebarkannya dan jika mereka mengetahui tempatnya, nescaya mereka akan menunujukkan [musuhnya] kepadanya.

       (453)-3. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Rayyan bin al-Salt berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata- ketika ditanya tentang al-Qaim- maka beliau a.s telah berkata: Tubuhnya tidak akan dilihat dan namanya tidak akan disebut.

       (454)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sahib hadha al-Amr (Imam al-Mahdi a.s) tidak akan disebut namanya melainkan oleh orang kafir[2].

                                                                       Bab 79

☼Bab Yang Luar Biasa Tentang Keghaiban (bab nadir fi hali ghaibah)☼

       (455)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Khalid, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar dan Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, daripada sebahagian sahabatnya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Perkara yang paling hampir bagi seorang hamba kepada Allah a.w adalah menyebutNya dan perkara yang paling diredai olehNya adalah apabila mereka tidak mendapati Hujjah Allah dan beliau tidak dilihat oleh mereka dan mereka tidak mengetahui tempatnya pula. Meskipun sedemikian mereka mengetahui bahawa Hujjah Allah masih ada dan perjanjiannya tidak terbatal.
       Di dalam keadaan sedemikian, kamu menanti kejayaannya (al-Faraj) di waktu pagi dan petang. Kerana kemurkaan Allah terhadap musuh-musuh-Nya adalah apabila mereka tidak dapat mencariHujjah-Nya dan beliau pula tidak menzahirkan dirinya kepada mereka. Sesungguhnya Dia telah mengetahui bahawa para walinya tidak akan merasa bimbang. Jika Dia mengetahui bahawa mereka merasa bimbang, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan Hujjah-Nya daripada mereka sekalipun sekelip mata. Justeru, ia tidak akan terjadi melainkan kepada mereka yang paling jahat.

       (456)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Mirdas, daripada Safwan bin Yahya dan al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada ‘Ammar al-Sabatiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Manakah yang paling baik: Ibadat secara rahsia sedangkan imam di kalangan kamu bersembunyi (ma‘a al-Imam min-kum al-Mustatir) di dalam kerajaan yang batil atau ibadat secara menzahirkan kebenaran dan [keburukan] kerajaannya sedangkan imam di kalangan kamu di dalam keadaan zahir (ma‘a al-Imam min-kum al-Zahir)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai ‘Ammar, sedekah secara rahsia (fi al-Sirr), demi Allah, adalah lebih baik daripada sedekah secara terang-terang (al-‘Alaniyah).
       Demikianlah juga, demi Allah,  ibadat kamu secara rahsia sedangkan imam kamu bersembunyi di dalam kerajaan yang batil, dan ketakutan kamu terhadap musuh-musuh kamu di dalam kerajaan yang batil dan genjatan senjata adalah lebih baik daripada orang yang menyembah Allah secara menzahirkan kebenaran bersama imam yang benar zahir di dalam kerajaan yang benar. Ibadat dalam keadaan takut di dalam kerajaan yang batil tidaklah sama seperti ibadat dalam keamanan di dalam kerajaan yang benar.
       Ketahuilah bahawa orang yang telah melakukan sembahyang fardu di kalangan kamu secara berjemaah [dengan orang lain] pada hari ini bersembunyi daripada musuhnya, di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] lima puluh sembahyang fardu secara berjemaah. Sesiapa yang telah melakukan sembahyang fardu berkeseorangan, bersembunyi daripada musuhnya di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] dua puluh lima sembahyang persendirian. Sesiapa yang telah melakukan sembahyang sunat di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] sepuluh sembahyang sunat.
       Sesiapa yang melakukan kebaikan di kalangan kamu, maka Allah mendaftarkan untuknya dua puluh kebaikan dan melipatgandakan kebaikan mukmin di kalangan kamu apabila beliau melakukan amalannya dengan baik, melakukan taqiyyah tentang agamanya, imamnya, dirinya dan menahan lidahnya, sesungguhnya Allah Maha Mulia. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya, demi Allah, anda telah mendorong aku untuk melakukan amalan yang baik dan menggalakkan aku kepadanya, tetapi aku ingin tahu bagaimana amalan kita pada hari ini terjadi lebih baik daripada [amalan] para sahabat imam yang zahir di kalangan kamu di dalam kerajaan yang benar sedangkan kami di dalam satu agama?
       Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu telah mendahului mereka memasuki agama Allah, (mendahului mereka di dalam] sembahyang, puasa, haji, segala kebaikan yang dipersetujui olehNya dan segala ibadat kepada Allah secara tersembunyi daripada musuh kamu bersama imam kamu yang tersembunyi di dalam keadaan [kamu] mentaatinya, bersabar bersamanya, menanti kerajaan yang benar (daulat al-Haq), khuatir ke atas [keselamatan] imam kamu dan diri kamu daripada raja-raja yang zalim. Kamu melihat kepada hak imam kamu dan hak kamu di tangan-tangan mereka yang zalim. Sesungguhnya mereka telah menegah kamu daripadanya dan memaksa kamu bekerja keras di dunia dan mencari kehidupan dengan penuh kesabaran di atas agama kamu, ibadat kamu, ketaatan kepada imam kamu dan ketakutan terhadap musuh kamu. Justeru Allah akan melipatgandakan [pahala] amalan kamu, maka tahniah untuk kamu.
       Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda jika kami menjadi sahabat al-Qaim dan kebenaran terserlah sedangkan kami sekarang di dalam imamah anda dan ketaatan kepada anda itu lebih baik amalan daripada para sahabat kerajaan kebenaran dan keadilan? Beliau a.s telah berkata: Subhanallah, adakah kamu suka bahawa Allah menzahirkan kebenaran dan keadilan di seluruh negara, Allah akan menyatukan kalimah dan Allah menjinakkan di antara hati-hati yang bermacam-macam, mereka tidak menderhakai Allah di bumi-Nya, hudud-Nya dilaksanakan pada makhluk-Nya, Allah akan mengembalikan kebenaran kepada ahlinya, maka ia akan terserlah sehingga tiada seorangpun menyembunyikan kebenaran kerana takutkan makhluk. Demi Allah, wahai ‘Ammar, seorang daripada kamu tidak akan mati di dalam keadaan kamu sekarang melainkan beliau adalah lebih baik di sisi Allah daripada kebanyakan para syuhada’ Badr dan Uhud, lantaran itu, bergembiralah.

       (457)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Husyam bin Salim, daripada Abi Hamzah, daripada Abi Ishaq berkata: Orang yang dipercayai di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu kepadaku bahawa sesungguhnya mereka telah mendengar Amir al-Mukminin a.s a.s telah berkata di dalam khutbahnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawa ilmu tidak boleh dibawa kesemuanya dan disembunyikan pada satu tempat.
       Asasnya tidak terputus, sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau daripada seorang Hujjah untuk Engkau ke atas makhluk Engkau, zahir tetapi tidak memerintah atau yang ketakutan atau tidak diketahui supaya Hujjah Engkau tidak terbatal dan para wali Engkau tidak tersesat selepas Engkau menunjukkan mereka. Malah di manakah mereka dan berapakah bilangan mereka? Mereka adalah sedikit dari segi bilangan, tetapi dari segi pangkat mereka adalah “besar” di sisi Allah. Mereka mentaati pimpinan agama, para imam yang memberi petunjuk, mereka yang beradab dengan adab-adab mereka, mengikuti cara mereka. Justeru mereka mempunyai ilmu yang dapat mencapai hakikat keimanan. Lantaran itu, roh-roh mereka menyahuti pimpinan ilmu. Mereka mempermudahkan percakapan mereka yang sukar difahami oleh orang lain. Mereka mendapat ketenteraman yang dikhuatiri oleh pembohong-pembohong dan ditolak oleh pemboros-pemboros.
       Mereka adalah pengikut-pengikut para ulama,[3]mereka bersahabat dengan ahli dunia dengan mentaati Allah dan para wali-Nya. Mereka berpegang dengan taqiyyah daripada agama mereka kerana takutkan musuh mereka. Roh-roh mereka tergantung di tempat yang tinggi, para ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka menahan lidah mereka dan berdiam diri di dalam kerajaan yang batil, menanti kerajaan yang benar. Allah akan melaksanakan kebenaran dengan kalimah-kalimah-Nya dan menghapuskan kebatilan. Alangkah beruntungnya mereka yang bersabar di atas agama mereka di dalam gencatan senjata mereka (fi hali hudnati-him). Alangkah rindunya untuk melihat mereka ketika terserlahnya kerajaan mereka. Allah akan mengumpulkan kita dan mereka di syurga-syurga Aden [begitu juga] bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan zuriat-zuriat mereka.


                                                                        Bab 80

☼Bab Tentang Ghaib (bab fi al-Ghaibah)☼

       (458)-1. Muhammad bin Yahya dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Kufi, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Sairafi, daripada Salih bin Khalid, daripada Yaman al-Tammar berkata: Kami telah duduk di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Sesungguhnya ghaibah (ghaib) akan berlaku kepada sahabat urusan ini (inna li-hadha al-Amr ghaibah), orang yang berpegang teguh pada agamanya [pada masa ini] adalah seperti seorang yang membuangkan duri-duri dari semak- Kemudian beliau a.s telah berkata sedemikian [menunjukkan kami] dengan tangannya-Justeru siapakah di kalangan kamu yang akan memegang duri-duri itu dengan tangannya? Kemudian beliau a.s telah menundukkan kepalanya buat seketika. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ghaibah akan berlaku kepada sahabat urusan ini (Imam al-Mahdi a.s). Lantaran itu, setiap hamba hendaklah bertakwa kepada Allah dan berpegang kepada agama-Nya.

       (459)-2. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Ja‘far, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali bin Ja‘far, daripada saudaranya Musa bin Ja‘far a.s telah berkata: Apabila anak kelima daripada anak ketujuh tidak ditemui, demi Allah, berwaspadalah tentang agama kamu, tiada seorangpun yang akan menghalang kamu daripadanya, wahai anak lelakiku, sesungguhnya keghaiban(ghaibah)[4]akan berlaku kepada sahabat urusan ini (imamah) sehingga ada juga orang yang bercakap tentangnya akan mengubah pendiriannya.
       Sesungguhnya keghaiban (ghaibah) adalah ujian daripada Allah (mihnatun mina-llah) yang menguji makhluk-Nya dengannya. Jikalaulah bapa-bapa dan datuk-datuk kamu telah mengetahui satu agama yang lebih baik daripada [agama] ini, nescaya mereka telah mengikutinya. [Ali bin Ja‘far] telah berkata: Aku telah berkata: Wahai sayyidi, siapakah yang kelima daripada anak ketujuh itu? Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, akal kamu begitu kecil untuk memahami ini (‘uqulu-kum tasgharu ‘an ha-dha) dan kefahaman kamu begitu sempit untuk menanggungnya, tetapi jika kamu hidup [lama], maka kamu akan mendapatinya.

       (460)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Najran, daripada Muhammad bin al-Musawir daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Hati-hatilah kamu dari menyebut [Imam yang kedua belas a.s] kerana imam kamu, demi Allah, akan ghaib selama beberapa tahun (la-yaghibabanna imamu-kum sininan) semasa kamu dan kamu akan mengujinya sehingga dikatakan: Beliau telah mati, dibunuh atau dibinasakan, dilembah manakah beliau lalui? Mata-mata mukminin akan menangis kerananya. Kamu akan ditunda sebagaimana bahtera-bahtera ditunda di dalam lautan yang bergelombang. Justeru tiada seorangpun yang berjaya kecuali orang yang mana Allah telah mengambil perjanjian-Nya dan menulis di hatinya keimanan dan menguatkannya dengan roh daripadaNya. Dua belas bendera yang keliru akan diangkat, tidak mengetahui mana yang betul, al-Mufadhdhal  telah berkata: Aku telah menangis. Kemudian aku telah berkata: Bagaimana kita akan buat? Beliau a.s telah melihat kepada [cahaya] matahari yang memasuki anjungnya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Abdillah (al-Mufadhdhal), adakah anda melihat kepada cahaya matahari ini? Aku telah berkata: Ya, lalu beliau a.s telah berkata: Demi Allah, urusan kita adalah lebih terang daripada matahari ini (la-amru-na abyanu min hadhihi al-Syams).

       (461)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Abi Najran, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Sadir al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya urusan pada sahabat urusan ini adalah seperti nabi Yusuf a.s, aku telah berkata kepadanya: Seolah-olah anda menyebutnya (Imam al-Mahdi a.s) pada masa hidupnya atau pada masa ghaibnya? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Umat ini tidak akan mengingkarinya kecuali kumpulan seperti babi (asybah al-Khanazir). Sesungguhnya saudara-saudara Yusuf a.s adalah daripada keturunan anak-anak para nabi a.s, mereka telah memperdagangkan Yusuf, memberi baiah kepadanya dan bercakap dengannya.
       Mereka adalah saudara-saudaranya dan beliau adalah saudara mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya sehingga beliau telah berkata: Aku adalah Yusuf dan ini adalah saudaraku, maka umat yang dilaknati ini tidak akan mengingkari jika Allah melakukan sedemikian kepada Hujjah-Nya pada masa tertentu sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Yusuf telah memegang kuasa di Mesir dan jaraknya dengan bapanya adalah lapan belas hari perjalanan. Jika beliau mahu supaya bapanya mengetahuinya, nescaya beliau mampu melakukannya. Sesungguhnya Ya‘qub a.s dan anak-anak lelakinya telah berjalan dari padang pasirnya ke Mesir selama sembilan hari. Bagaimana umat ini boleh mengingkari jika Allah melakukannya kepada Hujjah-Nya sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Beliau boleh datang dan pergi di pasar-pasar mereka dan melangkahi hamparan-hamparan mereka sehingga Allah memberi keizinan kepadanya sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Mereka telah berkata: Sesungguhnya anda adalah Yusuf? Beliau telah berkata: Aku adalah Yusuf.

       (462)-5. Ali bin Ibrahim, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Abdullah bin Musa, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya keghaiban akan berlaku kepada kanak-kanak ini sebelum beliau berdiri. Aku telah berkata: Kenapa? Beliau telah berkata: Beliau akan merasa ketakutan (yakhafu)-beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah perutnya[5]-kemudian beliau telah berkata: Wahai Zurarah, beliaulah yang dinanti-nantikan (huwa al-Muntazar), beliaulah yang disyaki tentang kelahirannya. Di kalangan mereka ada yang telah berkata: Bapanya telah mati tanpa meninggalkan pewaris atau pengganti. Ada yang telah berkata: [Bapanya telah mati semasa] beliau masih di dalam kandungan ibunya. Ada yang telah berkata: Beliau telah dilahirkan dua tahun sebelum kematian bapanya dan beliaulah yang dinanti-nantikan, tetapi Allah kehendaki untuk menguji Syiah. Di dalam keadaan sedemikian, [wahai] Zurarah, ahli kebatilan akan mengesyakinya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, jika aku sempat mendapati zaman itu, apakah yang aku akan melakukannya?
       Beliau a.s telah berkata: Wahai Zurarah, apabila anda mendapati zaman ini, maka bacalah doa ini: Wahai Tuhanku, perkenalkanlah diri Engkau kepadaku(‘arrif-ni nafsa-ka), sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan diri Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali nabi Engkau (fa-inna-ka in lam tu‘arrif-ni nafsa-ka lam a‘rif nabiyya-ka), wahai Tuhanku, perkenalkanlah rasul Engkau kepadaku (Allahumma ‘arrif-ni rasula-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan rasul Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali Hujjah Engkau (fa-in lam tu‘arrif-ni rasula-ka, lam a‘rif hujjata-ka). Wahai Tuhanku, perkenalkanlah Hujjah Engkau kepadaku (Allahumma ‘ariif-ni hujjata-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan Hujjah Engkau kepadaku, nescaya aku akan tersesat daripada agamaku (fa-inna-ka in lam tu‘arrif-ni hujjata-ka dhalal-tu ‘an dini).
       Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Zurarah, kanak-kanak lelaki itu pasti akan dibunuh di Madinah. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tidakkah tentera al-Sufyani akan membunuhnya? Beliau a.s telah berkata: Tidak, tetapi beliau akan dibunuh oleh tentera Bani polan. Mereka akan datang sehingga mereka memasuki Madinah. Mereka akan mengambil kanak-kanak itu dan membunuhnya. Mereka akan membunuhnya secara zalim dan permusuhan, mereka tidak akan menangguhkannya. Pada masa itu, anda akan mengharapkan kejayaan jika Allah kehendaki.

       (463)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Yahya bin al-Muthanna, daripada Abdullah bin Bakir, daripada ‘Ubaid bin Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang ramai akan kehilangan imam mereka, beliau akan menampakkan dirinya pada musim haji dan beliau akan melihat mereka, tetapi mereka tidak akan melihatnya.

       (464)-7. Ali bin Muhammad, daripada Abdullah bin Muhammad bin Khalid berkata: Mundhir bin Muhammad bin Qabus telah memberitahu kepadaku daripada Mansur al-Sindi, daripada Abu Daud al-Mustariq, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Malik al-Jahani, daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nubatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapatinya sedang berfikir (mufakkiran), mengetuk pada tanah, maka aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, kenapa aku melihat anda sedang berfikir, mengetuk pada tanah, adakah anda menyukainya? Beliau a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak pernah menyukainya dan tidak pada dunia walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang bayi (al-Maulud) yang kesebelas yang akan dilahirkan daripada keturunanku, beliaulah al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.
       Keghaiban dan kekeliruan akan berlaku kepadanya. Justeru, sebahagian kaum akan tersesat dan sebahagian yang lain pula mendapat pertunjuk. Aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban akan berlaku? Beliau a.s telah berkata: Enam hari atau enam bulan atau enam tahun. Aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukmin, adakah ini akan berlaku? Beliau a.s telah berkata: Ya, sebagaimana beliau diciptakan dan aku akan meyakinkan anda tentang perkara ini, wahai Asbagh! Mereka adalah sebaik-baik umat ini bersama sebaik-baik keluarga Rasulullah s.a.w. Maka aku telah berkata: Kemudian apakah yang akan berlaku selepas itu? Beliau a.s telah berkata: Kemudian Allah akan melakukan apa yang dikendakiNya. Kerana Dia memiliki semua perkara yang tersembunyi, segala iradat, segala tujuan dan segala kesudahan.

       (465)-8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hanan bin Sadir, daripada Ma‘ruf bin Gharrabudh, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami adalah seperti bintang-bintang di langit (nahnu ka-nujum al-Sama’). Setiap kali satu bintang hilang (ghaib), satu bintang yang lain terserlah sehingga apabila kamu menunjukkan anak-anak jari tangan kamu dan kamu condongkan tengkuk-tengkuk kamu. Allah mengghaibkan daripada kamu bintang kamu, maka Banu ‘Abd al-Muttalib akan menjadi sama, seorang itu tidak dikenali siapakah dia dan dari mana dia datang. Justeru, apabila bintang kamu terserlah, maka hendaklah kamu memuji Tuhan kamu.

       (466)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mu‘awiyah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya keghaiban akan berlaku kepada al-Qaim a.s sebelum beliau berdiri. Aku telah berkata: Kenapa? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan merasa takut-beliau a.s telah menunjukkan kepada perutnya-iaitu pembunuhan.

       (467-10. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika [berita] keghaiban sahabat urusan ini telah sampai kepada kamu, maka janganlah kamu mengingkarinya (in balagha-kum ‘an sahib hadha al-Amr ghaibah fa-la tunkiruu-ha).

       (468)-11. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mu‘awiyah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Ibrahim bin Khalaf bin ‘Ubbad al-Anmati, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s dan beberapa orang berada bersamanya di dalam bilik. Aku telah menyangka bahawa beliau a.s mahu orang selain daripadaku[mendengarnya]. Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sahabat urusan ini (sahib li-hadha al-Amr) akan ghaib daripada kamu dan beliau tidak akan [menjadi] terkenal sehingga dikatakan: Beliau telah mati, telah binasa dan pada lembah mana beliau telah lalui?
       Kamu akan ditunda sebagaimana bahtera ditunda di lautan yang bergelombang. Justeru tiada seorangpun yang akan berjaya kecuali orang yang mana Allah telah mengambil perjanjian-Nya dan menulis di hatinya keimanan dan menguatkannya dengan roh daripadaNya. Dua belas bendera yang keliru akan diangkat, tidak mengetahui mana yang betul, al-Mufadhdhal  telah berkata: Aku telah menangis. Beliau a.s telah berkata: Apakah yang membuat anda menangis, wahai Mufadhdhal? Kemudian aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana aku tidak menangis sedangkan anda telah berkata: Dua belas bendera yang keliru, tidak diketahui mana yang betul!? Di biliknya terdapat lubang yang dimasuki oleh cahaya matahari, lalu beliau a.s telah berkata: Adakah [cahaya] ini terang? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Urusan kita adalah lebih terang daripada [cahaya] matahari ini.

       (469)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Isma’il al-Anbari, daripada Yahya bin al-Muthanna, daripada Abdullah bin Bakir, daripada ‘Ubaid bin Zurarah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Qaim (Imam al-Mahdi a.s) akan menghadapi dua keghaiban (ghaibah)[6], [tetapi] salah satu daripadanya, beliau akan menghadiri pada musim haji; beliau akan melihat orang ramai, tetapi mereka tidak akan melihatnya (yara al-Nas wa la yarauna-hu).

       (470)-13. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad dan Muhammad bin Yahya dan lain-lain, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abi Hamzah, daripada Abi Ishaq al-Sabi‘, daripada beberapa orang sahabat Amir al-Mukminin a.s, daripada mereka yang dipercayai bahawa Amir al-Mukmin a.s telah berucap dengan perkataan ini dan dihafaz daripadanya di dalam satu khutbah yang mana beliau a.s telah berkhutbah di mimbar [masjid] Kufah: Wahai Tuhanku, Hujjah-Hujjah Engkau adalah satu kepastian di bumi Engkau, Hujjah selepas Hujjah di atas makhluk Engkau, mereka akan menunjukkan orang ramai kepada agama Engkau, mengajar mereka ilmu Engkau supaya pengikut-pengikut para wali Engkau tidak akan berpecah. [Hujjah] sama ada zahir, tetapi tidak memerintah atau bersembunyi dan [pemerintahannya] dinanti-nantikan. Keperibadian mereka tersembunyi daripada orang ramai ketika gencatan senjata[7], tetapi ilmu yang terdahulu yang mereka sebarkan tidak disembunyikan, adab-adab mereka adalah tetap di hati mukminin dan mereka mengamalkannya.
       Beliau a.s telah memberi khutbah pada tempat yang lain pula dan berkata: Kepada siapakah ini? Lantaran itu, ilmu akan hilang apabila tiada orang yang akan menghafaznya dan meriwayatkannya sebagaimana mereka telah mendengarnya daripada para ulama dan memperakui mereka tentangnya. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawa ilmu tidak akan hilang semuanya dan tidak terputus asas-asasnya dan sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau daripadaHujjah Engkau ke atas makhluk Engkau, [beliau sama ada] zahir tetapi tidak memerintah atau di dalam ketakutan atau tidak dikenali supaya Hujjah Engkau tidak akan terbatal dan para wali Engkau tidak akan tersesat selepas Engkau memberi pertunjuk kepada mereka, tetapi di manakah mereka? Bilangan mereka adalah sedikit, tetapi nilai mereka di sisi Allah adalah besar.

       (471)-14. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim bin Mu‘awiyah al-Bajali, daripada Ali bin Ja‘far, daripada saudaranya Musa bin Ja‘far a.s tentang firman Allah “Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?”[8]Beliau a.s telah berkata: Apabila imam kamu telah tersembunyi (ghaib) daripada kamu, maka siapakah yang akan mendatangkan kamu dengan imam yang baru?”

       (472)-15. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila [berita] keghaiban telah sampai kepada kamu daripada sahabat kamu (Imam al-Mahdi a.s), maka janganlah kamu mengingkarinya.

       (473)-16.  Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa’, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Keghaiban bagi sahabat urusan ini adalah satu kepastian dan keghaibannya pasti di dalam pengasingan (la budda li-sahib hadha al-Amr min ghaibatin wa-la budda  fi ghaibati-hi min ‘uzlatin). Sebaik-baik tempat tinggal [nya] adalah di Taibah (Madinah) dan di sana tiada kesunyian dengan tiga puluh (orang)[9].

       (474)-17. Dengan sanad-sanad ini, daripada al-Wasyaa’, daripada Ali bin al-Hasan, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Bagaimana anda apabila berlaku pukulan di antara dua masjid[10], maka ilmu akan hilang sebagaimana ular bergulung-gulung memasuki lubangnya. Apabila perselisihan berlaku di kalangan Syiah, maka mereka menamakan sebahagian mereka sebagai pendusta-pendusta dan mereka meludah pada muka-muka sebahagian yang lain? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tiada kebaikan pada ketika ini? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku tiga kali: Semuanya baik ketika itu”

       (475)-18. Dengan sanad-sanad ini, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin Isa, daripada Ibn Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Bagi al-Qaim ada keghaibannya sebelum beliau berdiri[11], beliau akan merasa takut-beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya kepada perutnya- iaitu pembunuhan.

       (476)-19. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Qaim mempunyai dua keghaiban, pertama: Dalam masa yang pendek dan kedua: Dalam masa yang panjang (lama). Keghaiban yang pertama tempatnya tidak diketahui kecuali Syiah tertentu sahaja. Dan kedua tempatnya tidak diketahui kecuali hamba-hambanya yang tertentu sahaja (khassah mawaali-hi).

       (477)-20. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada Ali bin Hassan, daripada bapa saudara ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sahabat urusan in mempunyai dua keghaiban. Pertama beliau a.s akan kembali kepada keluarganya dan kedua dikatakan: Beliau a.s telah binasa, di lembah manakah beliau a.s telah lalui? Aku telah berkata: Apakah kita akan buat? Beliau a.s telah berkata: Apabila seorang mendakwanya (imamah), maka bertanyalah kepadanya perkara-perkara yang beliau akan menjawabnya sepertinya (imam).

       (478)-21. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Ja‘far bin al-Qasim, daripada Muhammad bin al-Walid al-Khazzaz, daripada al-Walid bin ‘Uqbah, daripada al-Harith bin Ziyad, daripada Syu‘aib, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anda sahabat urusan ini? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku telah berkata: Anak lelaki anda? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku telah berkata: Anak lelaki kepada anak lelaki anda? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki anda (cucu anda)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Siapakah dia? Beliau a.s telah berkata: Orang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia (bumi) dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan di masa ketiadaan para imam sebagaimana Rasulullah s.a.w diutus selepas ketiadaan para rasul a.s.

       (479)-22. Ali bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Musa bin Ja‘far al-Baghdadi, daripada Wahab bin Syadhan, daripada al-Hasan bin Abi al-Rabi‘, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Umm Hani’ berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar, berlari dan terbenam”[12] Maka beliau (Umm Hani’) telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Beliau adalah imam yang akan beredar atau berundur pada tahun 260 Hijrah (tahun kematian Imam yang ke sebelas), selepas itu ia akan zahir seperti komet yang bercahaya pada malam yang gelap. Jika anda mendapati zamannya, maka mata anda akan bersinar (kegembiraan).

       (480)-23. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Sa‘d bin Abdullah, daripada Ahmad bin al-Hasan, daripada Umar bin Yazid, daripada al-Hasan al-Rabi‘ al-Hamdani berkata: Muhammad bin Ishaq telah memberitahu kepada kami, daripada Usaid bin Tha‘labah, daripada Umm Hani‘ berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s, maka aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya: “Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar, berlari dan terbenam”[13] Beliau telah berkata: Yang beredar itu adalah imam yang berundur pada zamannya ketika ilmunya terputus di sisi manusia pada tahun 260 Hijrah. Kemudian beliau akan zahir seperti komet yang bersinar di dalam kegelapan malam. Jika anda mendapatinya, nescaya mata anda akan bersinar (kegembiraan).

       (481)-24. Ali bin Muhammad, daripada sabahagian sahabat kita, daripada Ayyub bin Nuh, daripada Abu al-Hasan yang ketiga (al-Thalith) a.s telah berkata: Apabila ilmu kamu hilang di kalangan kamu, maka berharaplah kejayaan di bawah telapak kaki kamu (di kalangan kamu).

       (482)-25. Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Sa‘d bin Abdullah, daripada Ayyub bin Nuh berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku berharap anda akan menjadi sahabat urusan ini (sahib hadha al-Amr), Allah akan menyerahkannya kepada anda tanpa [kekuatan] pedang. Kerana anda telah dibaiah dan dirham telah dicetak dengan nama anda, maka beliau a.s telah berkata: Tiada seorangpun di kalangan kami [meskipun] surat-surat sepakat ditujukan kepadanya (pemilihannya) dan ditunjukkan dengan anak-anak jarinya, ditanya tentang masalah-masalah dan dibawakan kepadanya harta-harta melainkan dibunuh atau mati di atas hamparannya sehingga Allah mengutus seorang kanak-kanak daripada kami untuk urusan ini yang mana kelahiran dan tempat lahirnya tersembunyi, tetapi keturunannya tidak tersembunyi.

       (483)-26. Al-Husain bin Muhammad dan lain-lainnya, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Ali bin al-‘Abbas bin ‘Amir daripada Musa bin Hilal al-Kindi, daripada Abdullah bin ‘Ata’, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Syiah anda di Iraq adalah banyak. Demi Allah, tiada seorangpun di dalam keluarga anda seperti anda, kenapa anda tidak keluar menentang mereka?  Beliau a.s telah berkata: Wahai Abdullah bin ‘Ata’, anda telah meminjamkan dua telinga anda kepada orang yang bodoh, ya, aku bukanlah sahabat kamu [di dalam perkara ini]. Aku telah berkata kepadanya: Siapakah sahabat kita? Beliau a.s telah berkata: Lihatlah kepada siapa yang kesamaran kelahirannya daripada orang lain, maka beliaulah sahabat (imam) kamu. Sesungguhnya tiada seorangpun di kalangan kita yang ditunjukkan dengan anak-anak jari [tentang imamah) dan namanya disebut-sebut oleh orang ramai melainkan beliau akan mati di dalam keadaan marah atau dibunuh.

       (484)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: [Apabila] Al-Qaim menjalankan tugasannya, tiada perjanjian, persetujuan dan baiah di tengkuknya dengan seorangpun[14].

       (485)-28. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali al-‘Atar, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Mansur, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata: Apabila setiap pagi dan petang aku tidak melihat seorang imam yang aku akan ikuti, maka apakah yang aku akan buat? Beliau a.s telah berkata: Anda mesti mengambil seorang yang anda cintai dan memarahi seorang yang anda benci sehingga Allah menzahirkannya (imam) kepada anda.

       (486)-29. Al-Husain bin Ahmad, daripada Ahmad bin Hilal berkata: Uthman bin Isa telah memberi tahu kepada kami daripada Khalid bin Najih, daripada Zurarah bin A‘yun berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Keghaiban pasti akan berlaku kepada kanak-kanak itu (al-Ghulam), aku telah berkata: Kenapa? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan merasa takut-beliau telah menunjukkan dengan tangannya kepada perutnya-beliaulah yang dinanti-nantikan (al-Muntazar), beliaulah yang mana orang ramai mengesyaki tentang kelahirannya. Ada di kalangan mereka telah berkata: Beliau masih berada di dalam kandungan ibunya. Ada di kalangan mereka telah berkata: Bapanya telah mati tanpa pewaris. Ada di kalangan mereka telah berkata: Beliau telah dilahirkan sebelum kematian bapanya dua tahun.
       Zurarah telah berkata: Maka aku telah berkata: Apakah yang anda akan menyuruh aku jika aku mendapati zaman itu? Beliau a.s telah berkata: Berdoalah kepada Allah dengan doa ini: Wahai Tuhanku, perkenalkanlah diri Engkau kepadaku(‘arrif-ni nafsa-ka), sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan diri Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali nabi Engkau (fa-inna-ka in lam tu‘arrif-ni nafsa-ka lam a‘rif nabiyya-ka), wahai Tuhanku, perkenalkanlah rasul Engkau kepadaku (Allahumma ‘arrif-ni rasula-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan rasul Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali Hujjah Engkau (fa-in lam tu‘arrif-ni rasula-ka, lam a‘rif hujjata-ka).
       Wahai Tuhanku, perkenalkanlah Hujjah Engkau kepadaku (Allahumma ‘ariif-ni hujjata-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan Hujjah Engkau kepadaku, nescaya aku akan tersesat daripada agamaku (fa-inna-ka in lam tu‘arrif-ni hujjata-ka dhalal-tu ‘an dini). Ahmad bin al-Hilal telah berkata: Aku telah mendengar hadis ini semenjak lima puluh enam tahun dahulu.

       (487)-30. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah: “Apabila ditiup sangkakala”[15] Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya di kalangan kami seorang imam yang menang, tersembunyi. Apabila Allah kehendaki menzahirkan urusannya, Dia akan mengetuk di hatinya dengan satu ketukan, maka beliau akan zahir dan berdiri dengan perintah Allah.

       (488)-31. Muhammad bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Ahmad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Faraj berkata: Abu Ja‘far a.s telah menulis kepadaku: Apabila Allah memarahi makhluk-Nya, Dia akan menjauhkan kami dari mendekati mereka”.


                                                Bab 81
  [1] Surah al-Baqarah(2): 260

[2] Keadaan politik pada masa itu tidak membenarkan menyebut namanya a.s.

[3] Para Imam a.s

[4] Occultation

[5] Khuatir akan ditikam diperutnya

[6] Keghaiban yang kecil dan keghaiban yang besar. Pada masa keghaiban yang kecil (ghaibah sughra) ramai yang dapat melihatnya pada tempat yang berbeza. Sementara keghaiban yang besar (ghaibah kubra) sedikit sahaja yang dapat melihatnya.

[7] Ketika tiada keamanan.

[8] Surah al-Mulk (67): 30

[9] Imam al-Mahdi a.s tinggal bersama beberapa orang pengikutnya.

[10] Rumah Imam al-‘Askari yang terletak di antara dua masjid di Samaraa’.

[11] Sebelum beliau menjalankan tugasannya.

[12] Surah al-Takwir (81): 15-16

[13] Ibid

[14] Ini bererti bahawa al-Qaim tidak mempunyai sebarang perjanjian atau baiah dengan orang lain. Tidak seperti para imam a.s sebelumnya.

[15] Surah al-Muddaththir (74):8

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 76-80) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 76-80)
 

0 comments:

Catat Ulasan