Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Pernyataan ke-6 Majma' Ahlul Bait tentang Bahrain.



 Pernyataan ke-6 Majma' Ahlul Bait tentang Bahrain.

Berhubung gerakan membubarkan kebangkitan rakyat Bahrain yang dizalimi, Majma' Ahlul Bait mengeluarkan sebuah pernyataannya mengenai beberapa siri jenayah Al Khalifah sambil menyeru parti-parti politik, populasi masyarakat-masyarakat, pertubuhan-pertubuhan, lembaga-lembaga hak asasi wanita, badan-badan hak asasi manusia, semua individu serta pejuang kebebasan yang mulia agar memberi sedikit perhatian dan pembelaan terhadap wanita dan mereka yang ditindas di Bahrain.


Pernyataan ke-6 MajmaAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Teks pernyataan ini adalah seperti berikut:


بسم الله الرحمن الرحيم
«من قتل نفساً بغير نفسٍ أو فسادٍ في الأرض فکأنما قتل الناس جميعاً و من أحياها فکأنما أحيا الناس جميعاً» صدق الله العلي العظيم (سوره المائده، آيه 32)


"Bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya" - Surah Al-Maidah ayat 32.

Tatkala kami menyambut ulangtahun syahadah belahan hati Nabi (s.a.w), Saidatina Fatimah Az-Zahra Al-Siddiqah Al-Tahirah, kami menyaksikan umat Islam terus menghadapi serangan babarian dan ganas yang semakin menambahkan kesengsaraan; ini semua gara-gara kerjasama pemerintah dogmatik dengan askar Arab Saudi dalam pencerobohan dan serangan golongan pembenci yang menghalang Azadari dan majlis kedukaan dengan membuat bunyi bom palsu, melempari bom palsu, bom asli, bom pemedih mata dan menggunakan senjata api yang dilarang di peringkat antarabangsa, mereka atas alasan yang tidak benar demi memaklumkan situasi yang luar biasa terjadi dalam negara, di mana dalih-dalih kerajaan menunjukkan kebencian-kebencian firqah  dan kabilah terhadap warga Bahrain. Demi membubarkan kebangkitan rakyat ia telah berusaha sedaya upaya mengepung dan mengakhirinya.

Kerajaan Bahrain dalam langkah yang lain meminta Al Saud mengerahkan tenteranya agar lebih banyak membunuh rakyatnya sempena hari-hari syahadah Fathimah Zahra (a.s).

Niat jahat dan ekstrim mereka terhadap agama, akidah dan syiar Islam antaranya ialah mencabul hak asasi manusia, kebebasan, perlaksanaan acara keagamaan dan ibadah yang disertai Syiah dan Sunni selama bertahun-tahun di Bahrain.

Kerajaan Bahrain berusaha berbagai cara menyuraikan demonstrasi dan protes aman seperti mengancam, membunuh, menangkap dan menyeksa. Mereka cuba melemahkan kehendak rakyat yang sedang membuat reformasi politik.

Kesilapan-kesilapan strategi tentera Bahrain mendesak kecaman daripada umat, pemikiran umum sedunia dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa terhadap regim Bahrain dan keluarga Al-Khalifah yang terlibat dalam beberapa jenayah seperti di bawah:

1. Menangkap perempuan yang memperjuangkan kebebasan dan menyeksa dengan seksaan paling kejam terhadap psikologi dan fizikal mereka. Akibatnya kaum hawa yang menuntut hak-hak politik dan kewarganegaan menghadapi berbagai penindasan, kezaliman, penyeksaan dan ancaman serangan. Ada di antara mereka telah meninggal dunia di negara tersebut akibat kekerasan tindakan regim ini.

2. Pemusnahan kompleks-kompleks masjid, husainiyah, tempat ibadat dan perkuburan orang soleh oleh tentera Wahabi Al Saud serta pembakaran al-Quranul Karim telah mengingatkan kita bahawa mereka ini pernah menghalalkan jenayah pencerobohan tentera Arab Saudi terhadap beberapa negara, kota dan desa yang menumpahkan darah ribuan penduduk tidak bersenjata di Madinah Munawwarah dan Karbala Muqaddasah kira-kira 117 tahun yang silam. Tempat-tempat suci, makam-makam, kuburan para wali dan orang-orang soleh telah mereka hancurkan disamping menyamun harta beharga dan membunuh orang yang tidak berdosa.

3. Memecat berpuluh-puluh pekerja, doktor, jurutera, tukang dan atlet semata-mata kerana menyertai protes aman di Bahrain. Begitu juga penangkapan pemimpin dan ribuan orang yang terdiri daripada aktivis politik dan hak asai manusia. Penyiksaan ke atas mereka jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan ia merupakan kezaliman yang tragik.

4. Menakluki hospital-hospital, mengeluarkan orang-orang yang cedera dan menangkap para doktor, jururawat dan pelatih rumah sakit di samping menyingkirkan mereka dari pekerjaan sektor perkhidmatan kerajaan.

5. Mewujudkan perintah darurat di perkampungan, kota dan bandar kecil, mengepung rakyat yang tidak mampu melawan, penyerangan dari rumah ke rumah oleh tentera penceroboh Arab Saudi bersama polis Bahrain serta ejen politik.

6. Menurut pengkalan data pergerakan Zionis paling ekstrim di Washington, mesyuarat Menteri Luar Bahrain dengan duta Yahudi untuk menyelaras dan pertukaran perdagangan serta teknikal telah membuat keputusan-keputusan untuk menghancurkan revolusi golongan tertindas di Bahrain dengan apa yang dikatakan sebagai hukum Syariah Islam.

7. Menteri Kehakiman Bahrain, memaklumkan mengajukan petisyen untuk menghukum parti Wefaq dan Amal Islam atas tuduhan mengancam keselamatan serantau dan masyarakat. Perkara ini turut bertentangan dengan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang mengiktiraf memberi kebebasan bersuara kepada aktivis politik.

Majma' Jahani Ahlul Bait menyeru kepada seluruh parti politik, pertubuhan sosial, organisasi, pertubuhan hak asasi wanita dan manusia, orang kenamaan dan aktivis kebebasan sedunia agar mengambil sedikit perhatian dalam mempertahankan wanita dan warga Bahrain yang dizalimi. Hari Jumaat dan Ahad setiap minggu dimaklumkan sebagai hari kesetiakawanan dan simpati terhadap rakyat Bahrain. Demikian juga seruan untuk menghentikan penerusan usaha memusnahkan masjid dan tempat-tempat suci dengan berbagai cara seperti demonstrasi dan perarakan di hadapan kedutaan Bahrain, Arab Saudi, White House, pejabat PBB di mana mereka ini bertanggungjawab menekan kerajaan Bahrain.

«إن تنصروا الله ينصركم و يثبت أقدامكم»
Majma' Ahlul Bait
13 جمادی الاولی 1432
28 فروردین 1390

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Pernyataan ke-6 Majma' Ahlul Bait tentang Bahrain. ini dipublish oleh Unknown pada hari 02 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Pernyataan ke-6 Majma' Ahlul Bait tentang Bahrain.
 

0 comments:

Catat Ulasan