Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah), oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab120-121)


       Bab 120

☼Kelahiran Abu Al-Hasan Musa Bin Ja‘far A.S (maulid Abi al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s)☼

       Abu al-Hasan Musa a.s telah dilahirkan di al-Abwaa’ pada tahun 128 hijrah dan sebahagian mereka berkata: Pada tahun 129 hijrah dan mati pada bulan Rajab pada tahun 183 hijrah ketika berusia 54 atau 55 tahun. Beliau telah mati di di Baghdad di dalam tahanan al-Sindi bin Syahik. Harun telah membawanya dari Madinah pada 10 hb Syawwal tahun 179 hijrah. Harun telah datang ke Madinah ketika pulang daripada Umrah pada bulan Ramadan, kemudian Harun telah pergi melakukan haji dan membawanya bersamanya. Kemudian beliau telah pulang mengikut jalan Basrah, lalu menahannya di sisi Isa bin Ja‘far. Kemudian beliau telah dibawa ke Baghdad dan ditahan di sisi al-Sindi bin Syahik. Kemudian beliau a.s telah mati di dalam tahanannya dan dikebumikan di Baghdad di kubur Quraisy. Ibunya seorang Umm al-Walad,[1]dikenali dengan nama Hamidah.

       (856)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin al-Sindi al-Qummi, berkata: Isa bin ‘Abd al-Rahman telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya, berkata: Ibn ‘Akasyah bin Muhsin al-Asadi telah datang kepada Abu Ja‘far a.s  ketika Abu Abdillah a.s sedang berdiri di sisinya, maka beliau telah mengemukakan anggur kepadanya, maka beliau telah berkata: Satu biji satu biji dimakan oleh syeikh yang tua dan kanak-kanak, tiga dan empat biji dimakan oleh orang yang menyangka bahawa ia tidak dapat mengenyangkannya dan semuanya dua biji, dua biji disunatkan, lalu beliau telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Apakah sebab anda tidak mengahwinkan Abu Abdillah a.s sedangkan beliau boleh kahwin? Beliau berkata: Di antara dua tangannya terdapat wang yang telah dicapkan, maka beliau telah berkata: Peniaga hamba daripada penduduk Barbar akan datang dan akan bermalam di rumah Maimun, justeru, kita akan membeli [hamba] untuknya dengan wang ini (surrah). Maka beliau telah berkata: Kemudian beliau telah datang untuk tujuan itu, pada suatu hari, kami telah datang kepada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu tentang peniaga hamba yang aku telah menyebutnya kepada kamu, telah datang. Lantaran itu, pergilah dan belilah dengan mata wang ini seorang hamba perempuan daripadanya.
        Beliau telah berkata: Maka kami telah datang kepada peniaga hamba itu, maka beliau telah berkata: Aku telah menjual apa yang ada di sisiku kecuali dua orang hamba perempuan yang sakit, salah satu daripadanya adalah menyerupai yang lain, kami telah berkata: Maka beliau telah mengeluarkan mereka berdua sehingga kami melihat kepada mereka berdua, maka kami telah berkata: Berapakah anda akan menjual kepada kami yang serupa ini, beliau telah berkata: Tujuh puluh dinar, kami telah berkata: Lebih baik, beliau telah berkata: Aku tidak akan mengurangkannya daripada tujuh puluh dinar.
       Kami telah berkata kepadanya: Kami akan membelinya daripada anda dengan mata wang ini mengikut apa yang ada dan kami tidak mengetahui jumlah yang ada di dalamnya dan di sisinya seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih, berkata: Pecahkan dan timbanglah, maka peniaga hamba itu telah berkata: Janganlah anda memecahkannya kerana jika satu biji telah kurang daripada tujuh puluh dinar, aku tidak akan menjualkannya kepada kamu, maka syeikh itu telah berkata: Dekatkan diri kamu, maka kami telah mendekatinya dan memecahkan kepingan wang, lalu kami telah menimbang dinar, tiba-tiba jumlahnya adalah tujuh puluh dinar, tidak lebih dan tidak kurang, lantas kami telah mengambil hamba perempuan itu, kemudian kami telah membawanya kepada Abu Ja‘far a.s dan Ja‘far sedang berdiri di sisinya, maka kami telah memberitahu kepada Abu Ja‘far a.s apa yang telah berlaku, lalu beliau telah memuji Allah, kemudian beliau telah berkata: Apakah nama anda?
       Beliau telah berkata: Hamidah, maka beliau telah berkata: Hamidah di dunia dan Mahmudah di akhirat, beritahulah kepadaku sama ada anda seorang dara atau janda? Beliau telah berkata: Seorang dara, beliau telah berkata: Bagaimana tidak berlaku sesuatu di tangan peniaga-peniaga hamba melainkan mereka merosakkannya, beliau telah berkata: Peniaga itu telah datang kepadaku dan telah cuba untuk melakukan hubungan seks denganku, tiba-tiba seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih menguasainya pada setiap kali beliau mahu mengadakan bubungan seks denganku dengan menamparnya sehingga beliau bangun daripadaku. Beliau telah melakukan kepadaku beberapa kali dan syeikh itu juga telah melakukannya kepadanya beberapa kali. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ja‘far, ambillah Hamidah kepada anda, maka beliau telah melahirkan sebaik-baik penduduk bumi Musa bin Ja‘far a.s.

       (857)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Ali bin al-Husain, daripada Ibn Sinan, daripada Sabiq bin al-Walid, daripada al-Mu‘alla bin Khanis bahawa Abu Abdillah a.s telah berkata: Hamidah telah dibersihkan daripada segala kekotoran seperti kepingan emas, malaikat sentiasa menjaganya sehingga beliau dibawa kepadaku sebagai kehormatan daripada Allah kepadaku dan al-Hujjah selepasku.

       (858)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu Qatadah al-Qummi, daripada Abu Khalid al-Zubali, berkata: Manakala  Abu al-Hasan Musa a.s dikemukan kepada [khalifah] al-Mahdi,[2] beliau telah bermalam di Zubalah, lalu aku telah bercerita kepadanya tentangnya, beliau telah melihatku di dalam keadaan dukacita, lalu beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Khalid, kenapa aku melihat anda berdukacita? Maka aku telah berkata: Bagaimana aku tidak berdukacita sedangkan anda akan dibawa kepadataaghiyah[3] ini dan aku tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada anda, maka beliau telah berkata: Tidak ada keburukan apabila bulan tertentu atau pada hari tertentu, lalu beliau telah menunaikan [janjinya] kepadaku pada awal malam, justeru, aku tidak ada sebarang niat jahat melainkan menghitung bulan-bulan dan hari-hari sehingga tiba hari itu, maka aku telah menunaikannya.
       Aku sentiasa berada di sisinya sehingga mata hari hampir terbenam dan syaitan telah melakukan waswas di dadaku dan aku telah takut untuk mengesyaki kata-katanya. Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, aku telah melihat kepada [beberapa orang] hitam telah datang dari sudut Iraq, maka aku telah menyambut mereka, tiba-tiba Abu al-Hasan a.s sedang menunggang seekor baghal betina, maka beliau telah berkata: Eh, wahai Abu Khalid, aku telah berkata: Labbai-ka, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Janganlah anda syak, syaitan mahu anda telah syak, maka aku telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah melepaskan anda daripada mereka, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan pulang kepada mereka, aku tidak dapat melepaskan diriku daripada mereka.

       (859)-4. Ahmad bin Mihran dan Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya‘qub bin Ja‘far bin Ibrahim berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan bin Musa a.s, tiba-tiba seorang lelaki Nasrani telah datang kepadanya dan kami bersamanya di al-‘Uriadh[4], maka lelaki Nasrani itu telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, perjalanan yang sukar dan aku telah memohon kepada Tuhanku selama tiga puluh tahun supaya Dia menunjukkan kepadaku sebaik-baik agama, sebaik-baik hamba-Nya dan yang paling alim mereka, maka seorang telah datang kepadaku di dalam tidur, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang seorang lelaki di Damascus.
        Maka aku telah pergi sehingga aku telah mendatanginya dan bercakap dengannya, beliau telah berkata: Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang agamaku dan orang lain pula adalah lebih mengetahui daripadaku, maka aku telah berkata: Tunjuklah kepadaku orang yang lebih mengetahui daripada anda kerana aku tidak akan membesar-besarkan perjalanan[ku] dan kesukaran tidak akan menjauhkan aku. Sesungguhnya aku telah membaca Injil semuanya, mazmur Daud, empat bahagian Taurat dan aku telah membaca zahir al-Qur’an sehingga aku telah mengikuti semuanya, maka orang alim itu telah berkata kepadaku: Jika anda mahu ilmu orang Nasrani, maka aku adalah orang yang paling mengetahui di kalangan Arab dan bukan Arab, jika anda mahu ilmu orang Yahudi, maka Bati‘ bin Syarhabil al-Samiri adalah orang yang paling alim tentangnya pada hari ini.
       Jika anda mahu ilmu Islam, ilmu Injil, ilmu Taurat, ilmu Zabur, kitab Hud, setiap apa yang telah diturunkan kepada nabi daripada para nabi pada masa anda dan bukan pada masa anda dan berita yang telah diturunkan daripada langit, maka ia sama ada telah diketahui oleh seseorang atau tidak diketahui oleh seseorang, padanya penerangan kepada setiap sesuatu, penawar kepada seluruh alam, roh kepada orang yang beristerihat kepadanya, renungan kepada orang yang Allah menghendakinya kebaikan, teman kepada kebenaran, maka beliau akan menunjukkan anda kepadanya, justeru, anda datanglah kepadanya sekalipun anda berjalan kaki. Dan jika anda tidak mampu, maka anda merangkak kepadanya, jika anda tidak mampu, maka pergilah kepadanya dengan punggung anda (isti-ka).
       Jika anda tidak mampu, maka dengan muka anda, maka aku telah berkata: Tidak, aku mampu berjalan dari segi badan dan harta, beliau telah berkata: Pergilah segera sehingga anda datang ke Yathrib, maka aku telah berkata: Aku tidak mengetahui Yathrib, beliau telah berkata: Pergilah sehingga anda datang ke Madinah Nabi s.a.w yang telah diutus kepada Arab, beliau adalah seorang nabi yang berbangsa Arab, Hasyimi. Apabila anda memasukinya, tanyalah tentang Ghanam bin Malik bin al-Najjar iaitu di sisi pintu masjidnya dan tunjukkanlah suasana Nasrani [anda] dan pakaiannya kerana walinya berkasar di atas mereka dan khalifah lebih kasar lagi.
       Kemudian anda bertanya Bani ‘Amru bin Mabzul dan beliau berada di Baqi‘ al-Zubair, kemudian anda bertanya tentang Musa bin Ja‘far dan di manakah rumahnya dan di manakah beliau? Musafir atau tidak, jika beliau di dalam musafir, maka datanglah kepadanya kerana musafirnya adalah lebih dekat daripada anda pergi kepadanya, kemudian beritahulah kepadanya bahawa Matran ‘Ulya al-Ghutah[5]yang telah menunjukkan aku kepada anda dan beliau memberi salam kepada anda atau beliau akan memberi salam kepada anda.
       Sesungguhnya aku telah banyak bermunajat kepada Tuhanku supaya Dia menjadikan Islamku di tangan anda, maka beliau telah menceritakan kepadanya kisah ini ketika beliau a.s sedang berdiri di atas tongkatnya. Kemudian beliau telah berkata: Jika anda membenarkan aku, wahai sayyidi, nescaya aku akan meletakkan tanganku di dadaku (kaffar-tu la-ka) dan akupun telah duduk. Maka beliau telah berkata: Aku telah membenarkan anda duduk, tetapi aku tidak membenarkan anda meletakkan tangan anda di dada (an tukaffir), lalu beliau telah duduk, kemudian beliau telah mencampakkan jubah dan penutup kepalanya.
       Kemudian beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku bercakap? Beliau telah berkata: Ya, anda tidak datang melainkan untuknya, maka orang Nasrani itu telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Kembalikan salam kepada sahabatku atau anda tidak menjawab salam? Abu al-Hasan a.s telah berkata: Di atas sahabat anda supaya Allah memberi kepadanya petunjuk, adapun [jawapan] salam itu ialah apabila beliau memeluk agama kami, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang kitab Allah yang telah diturunkan ke atas Muhammad dan Dia telah bercakap kepadanya.
       Kemudian ceritalah sebagaimana Dia telah menceritakannya, maka Dia telah berfirman: “Haa miim. Demi Kitab (al-Qur’an) yang menjelaskan (al-Kitab al-Mubin), sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam (lailatin) yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”[6] Apakah tafsirnya pada batin? Beliau telah berkata: Adapun Haa miin, maka ia adalah Muhammad s.a.w iaitu pada kitab Hud yang diturunkan kepadanya, iaitu kurang beberapa huruf[7]. Adapun “al-Kitab al-Mubin” maka ia adalah Amir al-Mukminin Ali a.s. Adapun “al-Lailah”[8], maka ia adalah Fatimah a.s.
       Adapun firman-Nya “fi-ha yufraqu kullu amrin hakim” Kebaikan yang banyak keluar daripadanya, maka beliau adalah seorang lelaki yang bijaksana, seorang lelaki yang bijaksana dan seorang lelaki yang bijaksana. Maka lelaki itu telah berkata: Ceritalah kepadaku yang pertama dan yang akhir daripada lelaki tersebut, maka beliau berkata: Sifat-sifat hampir sama, tetapi yang ketiga mereka akan menceritakan kepada anda apa yang akan keluar daripada keturunannya dan sesungguhnya di sisi kamu terdapat di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas kamu,[9] sekiranya kamu tidak menukarkannya atau mengubahnya, tetapi kamu telah mengingkarinya dan pada masa dahulu kamu telah melakukannya.
       Maka lelaki Nasrani itu berkata kepadanya: Sesungguhnya aku tidak akan menyembunyikan daripada anda apa yang aku telah mengetahuinya dan aku tidak akan membohongi anda, anda mengetahui apa yang aku katakan tentang kebenaran atau pembohongan. Demi Allah, Dia telah memberi kelebihan-Nya kepada anda, Dia telah membahagi-bahagikan kepada anda nikmat-nikamt-Nya yang tidak terlintas di hati, tidak dapat ditutup oleh mereka yang ingin menutupnya dan tidak dapat dibohongi tentangnya oleh mereka yang telah berbohong. Justeru kata-kata aku kepada anda itu adalah benar sebagaimana aku telah menyebutnya, maka ia juga sebagaimana anda telah menyebutnya.
       Maka Abu Ibrahim a.s[10]telah berkata kepadanya: Aku akan memberitahu kepada anda berita segera yang tidak diketahui melainkan oleh bilangan yag sedikit di kalangan mereka yang telah membaca kitab-kitab [terdahulu], lantaran itu, beritahulah kepadaku apakah nama ibu Maryam dan pada hari apakah Maryam ditiupkan roh kepadanya dan pada jam berapakah di siang hari, pada hari apakah Maryam telah melahirkan Isa a.s dan jam berapa pada siangnya?
       Maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Aku tidak mengetahu[nya], maka Abu Ibrahim a.s telah berkata: Adapun nama ibu Maryam adalah Martha dan di dalam bahasa Arabnya bernama Waahibah. Adapun hari Maryam telah mengandungkan Isa a.s adalah Jumaat ketika gelincir matahari iaitu pada hari al-Ruh al-Amin telah turun dan tidak ada hari yang lebih baik daripadanya di sisi umat Islam. Allah telah membesar-besarkannya begitu juga Muhammad s.a.w, lalu Dia telah memerintahkan supaya baginda s.a.w menjadikannya hari perayaan pada hari Jumaat. Adapun hari Maryam telah melahirkannya adalah pada hari selasa pada 4.30 petang.
       Dan adakah anda mengetahui sungai yang mana Maryam telah melahirkan Isa a.s? Lelaki Nasrani telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Furat di sana terdapat pohon-pohon kurma. Adapun hari yang mana Maryam telah menutup lidahnya tentangnya dan Qaidus telah menyeru anaknya dan pengikut-pengikutnya, lalu mereka telah menolongnya (Isa a.s) dan mengeluarkan keluarga ‘Imran supaya mereka melihat kepada Maryam, maka mereka telah berkata kepadanya bahawa Allah tidak menceritakan tentang anda dan kami di dalam Kitab-Nya, adakah anda telah memahaminya? Beliau telah berkata: Ya, aku telah membaca pada hari ini tentang peristiwa itu, beliau a.s telah berkata: Jika begitu, janganlah anda berdiri dari tempat duduk anda sehingga Allah memberi petunjuk kepada anda, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah nama ibuku di dalam bahasa Siryaniyyah dan bahasa Arab?
       Beliau telah berkata: Nama ibu anda di dalam bahasa Siryaniyyah adalah ‘Unqaaliyyah dan ‘Unquurah adalah nama nenek anda sebelah bapa anda. Adapun nama ibu anda di dalam bahasa Arab adalah Mayyah. Adapun nama bapa anda adalah ‘Abd al-Masih iaitu Abdullah di dalam bahasa Arab dan tidak ada hamba (‘abd) bagi al-Masih. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Anda telah berkata benar dan anda telah melakukan kebaikan, maka apakah nama datukku? Beliau telah berkata: Nama datuk anda adalah Jibrail iaitu ‘Abd al-Rahman yang mana aku telah menamakannya di dalam majlisku ini. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Adakah beliau seorang muslim? Abu Ibrahim a.s telah berkata: Ya, beliau telah mati syahid, tentera-tentera daripada penduduk Syam telah datang kepadanya, lalu membunuhnya secara tipu-daya. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah namaku sebelum nama keluarga[ku]?
       Beliau telah berkata: Nama anda adalah ‘Abd al-Salib, lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah anda akan menamakan aku? Beliau telah berkata: Aku akan menamakan anda Abdullah. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah Yang Maha Besar dan aku telah naik saksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya, Tunggal dan tempat tumpuan. Dia tidak sebagaimana diceritakan oleh Nasrani dan Yahudi dan Dia tidak ada jenis-jenis syirik. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya, Dia telah menghantarnya dengan kebenaran, justeru, baginda s.a.w telah menerangkannya kepada keluarganya sekalipun ditentang oleh Ahli al-Batil.
       Sesungguhnya baginda s.a.w adalah Rasulullah s.a.w kepada semua manusia, kepada yang berkulit merah, hitam dan semuanya bersyarikat padanya. Justeru, orang yang berfikir telah menerimanya dan telah mendapat petunjuk sementara ahli al-Batil menentangnya dan mereka telah sesat di atas dakwaan mereka. Dan aku naik saksi bahawa wali-Nya telah bercakap dengan bijaksana-Nya. Sesungguhnya orang yang sebelumnya daripada para nabi a.s telah bercakap dengan hikmah yang menyampaikan, mereka telah tolong-menolong di dalam mentaati Allah, mereka telah meninggalkan kebatilan dan ahlinya, kekotoran dan ahlinya, mereka telah meninggalkan jalan kesesatan dan Allah telah menolong mereka untuk mentaatiNya dan Dia telah menjaga mereka dari maksiat, maka mereka adalah para wali Allah dan penolong agama-Nya, mereka menggalakkan kebaikan dan menyuruh dengannya, aku telah beriman dengan yang kecil dan yang besar mereka dan orang yang aku telah sebut dan tidak sebutkan mereka, aku telah beriman kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Kemudian lelaki Nasrani itu telah memotong tali pinggangnya dan salibnya di tengkuknya daripada emas.
       Kemudian beliau telah berkata: Perintahlah aku sehingga aku memberi sedekahku pada bila-bila masa anda menyuruhku, maka beliau telah berkata: Di sini saudara lelaki untuk anda. Beliau dahulu seperti (agama) anda, beliau seorang daripada golongan anda daripada Qais bin Tha‘labah, beliau di dalam nikmat [Islam] seperti anda, anda menyamainya dan aku tidak berniat untuk menjauhkan hak Islam daripada kamu berdua, maka beliau telah berkata: Demi Allah-aslaha-ka llahu-sesungguhnya aku adalah seorang yang kaya dan aku telah meninggalkan tiga ratus cukai di antara kuda jantan dan kuda betina.
       Aku telah meninggalkan seribu unta, maka hak anda padanya lebih banyak daripada hakku, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Anda adalah maula Allah dan rasul-Nya dan anda pada had keturunan anda di atas keadaan anda, maka Islamnya telah baik. Beliau telah mengahwini seorang perempuan daripada Bani Fihr dan maharnya telah diberikan oleh Abu Ibrahim a.s kepada perempuan itu sebanyak lima puluh dinar daripada sedekah Ali bin Abu Talib a.s. Beliau telah berkhidmat kepadanya a.s sehingga dikeluarkan Abu Ibrahim a.s [ke Baghdad],[11] maka beliau (Abdullah)[12] telah mati dua puluh lapan hari selepas itu.
       (860)-5. Ali bin Ibrahim dan Ahamd bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya‘qub bin Ja‘far berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ibrahim a.s dan seorang rahib lelaki daripada penduduk Najran al-Yaman telah datang kepadanya dan bersamanya seorang rahib perempuan (rahibah), lalu al-Fadhl bin Sawar telah meminta izin untuk mereka berdua, maka beliau telah berkata kepadanya: Besok, bawa datanglah mereka berdua di sisi perigi Umm Khair, beliau telah berkata: Pada keesokannya kami telah datang, lalu kami telah mendapati mereka juga telah datang.
       Kemudian diperintahkan [supaya berada] di Khasfah Biwari, kemudian beliau telah duduk dan mereka juga telah duduk. Lalu rahib perempuan telah mula bertanya kepadanya beberapa masalah, semuanya dijawab oleh Abu Ibrahim a.s. Kemudian beliau a.s telah bertanya rahib perempuan tentang beberapa perkara, tetapi semuanya tidak dapat dijawab olehnya. Kemudian beliau telah memeluk Islam. Kemudian rahib lelaki mulai bertanya kepadanya, maka beliau a.s telah menjawab semuanya, maka rahib lelaki telah berkata: Aku pernah kuat di dalam agamaku dan aku tidak membiarkan seorangpun orang Nasara di bumi mencapai tahapku dari segi ilmu.
       Dan aku telah mendengar seorang lelaki di India, apabila beliau mahu melakukan haji di Bait al-Maqdis [perjalanannya] di dalam satu hari satu malam, kemudian beliau kembali ke rumahnya di India, maka aku telah bertanya tentangnya, di bumi manakah beliau? Maka dikatakan kepadaku: Di Sibzaan[13] Dan aku telah bertanya orang yang telah memberitahu kepadaku, maka beliau telah berkata: Iaitu ilmu yang didapati oleh Aasif sahabat Sulaiman apabila beliau telah membawa singgahsana Saba’ sebagaimana telah disebut oleh Allah di dalam kitab kamu dan juga di dalam kitab-kitab kami. Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Berapakah bagi Allah nama yang tidak disebut? Rahib lelaki telah berkata: Nama-nama[Nya] adalah banyak, adapun yang pasti daripadanya adalah tujuh.
       Maka Abu Ibrahim a.s[14] telah berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku apa yang anda ingat? Maka rahib lelaki telah berkata: Tidak, Allah yang telah menurunkan Taurat ke atas Musa dan menjadikan Isa sebagai iktibar kepada semua alam dan fitnah bagi [menguji] kesyukuran mereka yang mempunyai akal. Dia telah menjadikan Muhammad sebagai keberkatan dan rahmat, Dia telah menjadikan Ali a.s sebagai iktibar dan renungan, Dia telah menjadikan para wasi daripada keturunannya dan keturunan Muhammad, aku tidak mengetahui[nya].
       Jika aku telah mengetahuinya, nescaya aku tidak berhujah tentangnya kepada percakapan anda dan aku tidak datang kepada anda dan bertanya anda, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Kembalilah kepada cerita lelaki India, maka rahib lelaki telah berkata kepadanya: Aku tidak mengetahui nama-namanya dan aku tidak mengetahui hakikatnya dan penjelasannya, aku tidak mengetahui apakah ia dan bagaimana, maka aku telah pergi sehingga aku telah sampai ke Sibzaan di India, maka aku telah bertanya [orang ramai] tentang lelaki itu, maka dikatakan kepadaku: Sesungguhnya beliau telah membina sebuah biara di atas sebuah gunung, maka beliau tidak keluar dan tidak dilihat melainkan pada setiap tahun dua kali.
       [Penduduk] India telah menyangka bahawa Allah telah memancarkan mata air di dalam biaranya, menanamkan tanaman untuknya tanpa usahanya, membajak untuknya tanpa usahanya, maka aku telah sampai ke pintunya, lalu aku telah berada di pintu selama tiga hari, aku tidak mengetuk pintu. Manakala pada hari keempat, Allah telah membuka pintu dan seekor lembu betina telah datang membawa kayu api, menarik hasil tanaman, hampir [air] susunya terkeluar, lalu aku telah menolak pintunya, maka ia telah terbuka, maka aku telah mengikutinya dan aku telah masuk, tiba-tiba aku mendapati seorang lelaki sedang berdiri melihat ke langit, lalu beliau menangis dan beliau melihat ke bumi, lalu beliau menangis dan beliau melihat kepada gunung ganang, lalu beliau menangis, maka aku telah berkata: Subhana llah, alangkah sedikit orang seperti anda pada masa kita ini!
       Maka beliau telah berkata kepadaku: Demi Allah, aku hanya satu kebaikan (hasanatun) daripada kebaikan-kebaikan (hasanaat) seorang lelaki[15]yang anda telah meninggalkannya di belakang anda, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah diberitahu bahawa di sisi anda satu nama daripada nama-nama Allah yang mana anda sampai dengannya pada setiap hari dan malam di Bait al-Maqdis dan anda kembali ke rumah anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui Bait al-Muqaddas? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui melainkan Bait al-Maqdis di Syam? Beliau telah berkata: Ia bukan Bait al-Maqdis, tetapi Bait al-Muqaddas iaitu Bait Aali Muhammad s.a.w, maka aku telah berkata kepadanya: Adapun apa yang aku telah mendengarnya sehingga hari aku ini adalah Bait al-Maqdis.
       Maka beliau telah berkata kepadaku: Itu adalah mihrab para nabi (mahaarib al-Anbiyaa’), atau dipanggil: Kawasan mihrab (haziirah al-Mahaarib), sehingga telah datang masa (fitrah) di antara Muhammad dan Isa s.a.w dan bala telah mendekati golongan syirik dan dendam kasumat telah mengambil peranan syaitan, maka mereka telah mengubah dan menukarnya dan mereka telah memindahkan nama-nama tersebut sebagaimana firman Allah t.w-batin adalah untuk keluarga Muhammad begitu juga zahirnya-: “Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya Allah tidak menurunkannya untuk (menyembah)nya”[16]
       Aku telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, aku telah mengharumi lautan, dukacita, kesusahan, ketakutan, aku pada waktu pagi dan petang berputus asa melainkan aku dapat memenuhi hajatku, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku tidak melihat ibu anda telah mengandungkan anda melainkan malaikat telah datang kepadanya dan aku tidak mengetahui bahawa bapa anda ketika mahu bersetubuh dengan ibu anda melainkan beliau telah mandi dan datang kepadanya ketika ibu anda di dalam keadaan suci. Kemudian beliau telah mengakhiri untuknya dengan kebaikan, [berkata]: Kembalilah ke negeri anda dan pergilah sehingga anda berada di Madinah Muhammad s.a.w yang dipanggil Tayyibah dan namanya pada masa Jahiliyah adalah Yathrib.
       Kemudian pergilah ke satu tempat yang dipanggil al-Baqi‘, kemudian tanyalah tentang rumah yang dipanggil: Dar Marwan, maka tinggallah di situ selama tiga hari, kemudian tanyalah tentang syeikh yang hitam (aswad) yang berada di pintunya bekerja di al-Biwari, berlembutlah dengan syeikh itu dan katakan kepadanya: Teman sebilik anda telah bermalam di sudut rumah yang ada kayu-kayu kecil di empat penjuru, telah mengutusku, kemudian tanyalah beliau tentang polan bin polan, tanyalah beliau tentang kelabnya dan tanyalah beliau bilakah beliau datang padanya dan anda akan dapat melihatnya.
       Atau beliau akan menceritakannya kepada anda, maka anda akan mengenalinya dengan sifatnya atau aku akan menceritakannya kepada anda, aku telah berkata: Apabila aku bertemu dengannya apakah yang aku akan buat? Beliau telah berkata: Tanyalah beliau apa yang telah berlaku dan akan berlaku dan tanyalah beliau tentang tanda-tanda agama orang yang telah lalu dan orang yang ada sekarang, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya sahabat anda yang anda telah berjumpa dengannya telah memberi nasihat kepada anda. Rahib lelaki telah bertanya: Siapakah namanya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Mutammim bin Fairuz, beliau adalah daripada anak-anak Farsi, daripada orang yang telah beriman kepada Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya.
       Beliau telah menyembahNya dengan ikhlas dan yakin, beliau telah lari daripada kaumnya kerana takutkan mereka. Justeru, Allah memberi hikmat kepadanya dan menunjukkannya kepada jalan kebijaksanaan dan telah menjadikannya daripada mereka yang bertakwa, Dia telah memperkenalkan di antaranya dan hamba-hamba-Nya yang ikhlas, beliau menzirahi Makkah pada setiap tahun mengerjakan haji dan mengerjakan umrah pada setiap awal bulan, beliau datang dari tempatnya di India ke Makkah, sebagai satu kelebihan daripada Allah dan pertolongan[Nya]. Demikianlah Allah memberi ganjaran kepada mereka yang bersyukur. Kemudian rahib lelaki itu telah bertanya kepadanya soalan-soalan yang banyak. Semuanya dijawabnya.
       Dan beliau a.s telah bertanya kepada rahib lelaki itu, tetapi beliau tidak dapat menjawabnya, lalu beliau telah menceritakannya kepadanya, kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang lapan huruf yang telah turun di bumi empat daripadanya  dan tinggal di udara empat, kepada siapakah empat huruf di udara itu diturunkan dan siapakah yang mentafsirkannya? Beliau telah berkata: Itu adalah [untuk] Qaim kami, Allah akan menurunkannya kepadanya, maka beliau akan mentafsirkannya dan Dia akan menurunkan kepadanya apa yang tidak diturunkan kepada siddiqiin, para rasul dan mereka yang mendapat petunjuk.
       Kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang dua huruf daripada empat huruf yang [diturunkan] di bumi, apakah ia? Beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda empat semuanya, adapun yang pertamanya: Tiada tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, tiada sekutu bagiNya lagi kekal dan kedua: Muhammad Rasulullah s.a.w seorang yang ikhlas, ketiga: Kamilah Ahlu l-Bait, keempat: Syiah kami adalah daripada kami dan kami adalah daripada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah  adalah daripada Allah dengan sebab, maka rahib lelaki berkata kepadanya: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.
       Dan sesungguhnya apa yang telah didatangkannya dari sisi Allah adalah benar dan sesungguhnya kamu adalah pilihan Allah daripada makhluk-Nya dan sesungguhnya Syiah kamu adalah disucikan [diampun], ditukarkan [kejahatan mereka kepada kebaikan] dan bagi mereka ganjaran daripada Allah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kemudian Abu Ibrahim a.s telah menyeru dengan jubah, baju [sederhana], baju besar dan songkok, lalu beliau telah memberikannya kepadanya dan beliau telah melakukan sembahyang Zuhur dan berkata kepadanya: Berkhatanlah, maka beliau telah berkata: Aku telah berkhatan ketika berusia tujuh tahun.

       (861)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin al-Mughirah, berkata: Seorang hamba lelaki yang soleh telah melalui seorang perempuan di Mina yang sedang menangis dan kanak-kanak di sekelilingnya turut menangis sama, [rupa-rupanya] seekor lembu betina miliknya telah mati, maka beliau telah mendekatinya, kemudian beliau berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis, wahai hamba perempuan Allah? Beliau telah berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya kami mempunyai kanak-kanak yatim dan aku mempunya  seekor lembu betina yang menjadi sumber rezeki kami dan sumber rezeki kanak-kanak, ia telah mati dan telah terputus denganku dan anak-anakku, tidak ada jalan lain lagi bagi kami.
       Maka beliau telah berkata: Wahai hamba perempuan Allah, adakah anda mahu jika aku menghidupkannya untuk anda? Maka beliau telah diilhamkan supaya berkata: Ya, wahai hamba Allah, lalu beliau telah menjauhinya dan melakukan sembahyang dua rakaat, kemudian beliau telah mengangkat tangannya mengucap tahniah dan telah menggerakkan dua bibir mulutnya, kemudian beliau telah berdiri dan mengeluarkan suara ke arah lembu, lalu menendangnya dengan kakinya, lantas lembu betina itu bangun, manakala perempuan itu telah melihat kepada lembu betina itu, beliau telah meraung dan berkata: Isa bin Maryam dan Tuhan Ka‘bah, kemudian beliau telah bergaul dengan oramg ramai dan menjadi sebahagian daripada mereka dan telah pergi a.s.

       (862)-7. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin ali, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar seorang lelaki soleh sedang meratapi seorang lelaki, maka aku telah berkata kepada diriku: Sesungguhnya beliau mengetahui bila lelaki daripada Syiahnya akan mati? Maka beliau telah berpaling kepadaku separuh marah, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, sesungguhnya Rusyaid al-Hajari mengetahui ilmu manaya dan ilmu balaya [17] dan imam a.s  adalah lebih mengetahui dengannya.
       Kemudian beliau telah berkata: Wahai Ishaq, buatlah apa yang anda mahu kerana umur anda sudah fana dan sesungguhnya anda akan mati dalam masa dua tahun dan saudara-saudara anda [akan mati] tidak lama selepas anda sehingga berpecah kalimat mereka dan sebahagian mereka akan mengkhianati sebahagian yang lain sehingga musuh mereka bergembira, maka ini ialah pada diri anda, maka aku telah berkata: Sesungguhnya aku memohon ampun daripada Allah apa yang terlintas di hatiku, tidak lama selepas majlis ini, beliau telah mati. Apa yang beliau telah lakukan ke atas mereka hanya sedikit sahaja sehingga anak-anak lelaki ‘Ammar telah mengambil harta orang ramai, akhirnya mereka telah menjadi muflis.

       (863)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajali, daripada Ali bin Ja‘far berkata: Muhammad bin Isma‘il telah datang kepadaku. Sesungguhnya kami telah mengerjakan umrah pada bulan Rajab dan kami pada waktu itu telah berada di Makkah, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya aku mahu pergi ke Baghdad dan aku mahu memberi ucapan selamat jalan kepada bapa saudaraku Abu al-Hasan-Iaitu Musa bin Ja‘far a.s, aku mahu anda pergi bersamaku kepadanya, maka aku telah keluar bersamanya kepada saudaraku yang berada di rumahnya di al-Hubah, itu adalah selepas Maghrib, maka aku telah mengetuk pintu, lalu saudaraku telah menjawab kepadaku, maka beliau telah berkata: Siapakah ini?
       Maka aku telah berkata: Ali, maka beliau telah berkata: Beliaulah ini, keluar-beliau lambat mengambil wuduk-maka aku telah berkata: Cepatlah, beliau telah berkata: Aku cepat, lalu beliau telah keluar memakai kain sarung yang berwarna merah yang mana beliau telah mengikatnya di tenguknya sehingga beliau telah duduk di depan pintu, maka Ali bin Ja‘far telah berkata: Aku telah memeluknya, aku telah mengucup kepalanya dan aku telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan satu urusan jika anda melihatnya betul, maka Allah akan memberi taufik kepadanya dan jika tidak sedemikian, alangkah banyaknya langkah yang kita mesti lalui, beliau telah berkata: Apakah dia?
       Aku telah berkata: Ini anak saudara anda mahu mengucapkan selamat jalan kepada anda dan beliau akan pergi ke Baghdad, maka beliau telah berkata kepadaku: Panggilah beliau, lalu aku telah memanggilnya dan beliau telah berada jauh, maka beliau telah mendekatinya, lalu mengucup kepalanya sambil berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah menjawab kepadanya: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya untuknya dan beliau mulai berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya.
       Kemudian beliau telah kembali, lalu beliau telah mengucup kepalanya, maka beliau telah berkata: Wahai bapa saudaraku, maka beliau telah berkata: Berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya anda bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berkata: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya kepadanya, kemudian beliau telah kembali, lalu mengucup kepalanya, kemudian berkata: Wahai bapa saudaraku, berilah nasihat kepadaku,  maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya, kemudian beliau telah menjauhinya dan aku telah pergi bersamanya, maka saudaraku[18] telah berkata kepadaku: Wahai Ali, tinggallah di tempat anda, maka aku telah berdiri di tempatku, lantas beliau telah memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah memanggilku, akupun telah datang kepadanya, lalu beliau telah mengambil dompet yang berisi 100 dinar dan memberikannya kepadaku.
       Beliau telah berkata: Katakan kepada anak saudara anda supaya beliau menggunakannya di dalam musafir, Ali telah berkata: Aku telah mengambilnya dan aku memasukkannya pada tepi pakaianku, kemudian beliau telah memberi kepadaku 100 dinar lagi dan beliau telah berkata: Berilah juga kepadanya, kemudian beliau telah memberi kepadaku dompet yang lain dan berkata: Berilah juga kepadanya, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apabila anda takut daripadanya seperti anda sebutkan, kenapa anda meminta tolong daripadanya untuk diri anda? Maka beliau telah berkata: Apabila aku telah menghubunginya, maka beliau telah memutuskan [perhubungan] denganku, Allah akan memutuskan ajalnya.
       Kemudian beliau telah mengambil bantal kulit, padanya 3000 dirham dan berkata: Berilah ini juga kepadanya, beliau telah berkata: Maka aku telah keluar kepadanya, maka aku telah memberi kepadanya 100 dinar yang pertama, maka beliau telah bergembira dengannya sehingga aku telah menyangka bahawa beliau akan pulang dan tidak akan pergi, kemudian aku telah memberi kepadanya 3000 dirham, maka beliaupun pergi sehingga beliau telah datang kepada Harun dan memberi salam kepadanya dengan khilafah, lalu beliau telah berkata: Aku tidak menyangka di bumi  ada dua khalifah sehigga aku telah melihat bapa saudaraku Musa bin Ja‘far telah memberi salam kepadanya dengankhilafah, maka Harun telah menghantar kepadanya 100, 000 dirham, maka Allah telah melontarnya dengan penyembelihan, tetapi beliau a.s tidak melihat kepada dirham dan menyentuhnya.

       (864)-9. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Ja‘far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, berkata: Musa bin Ja‘far a.s telah mati ketika berusia 54 tahun pada tahun 183 hijrah dan telah hidup selepas Ja‘far a.s selama 35 tahun.

                                                                   Bab 121

☼Kelahiran Abu Al-Hasan Al-Ridha A.S (maulid Abi al-Hasan al-Ridha a.s)☼

       Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah dilahirkan pada tahun 148 hijrah dam mati pada bulan Safar tahun 203 hijrah ketika berusia 55 tahun. Tarikh kematiannya adalah berbeza, tetapi tarikh inilah yang aku maksudkan. Beliau telah mati di Tus di sebuah kampung bernama Sanaabad daripada Nuqaan di atas misi dakwah dan dikebumikan di sana. Al-Makmun telah mengarahkannya supaya berpindah daripada Madinah ke Marv mengikut jalan Basrah dan Farsi. Apabila al-Makmun telah keluar, beliau telah memintanya supaya datang ke Baghdad bersamanya. Beliau a.s telah mati di kampung ini (Sanaabad)[19]. Ibunya Umm walad[20] dipanggil: Umm al-Baniin.

       (865)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan al-Awwal telah berkata kepadaku: Adakah anda telah mengetahui seseorang daripada penduduk al-Maghrib telah datang? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Ya, seorang lelaki telah datang, maka datanglah bersama kami. Lalu beliau telah menunggang [binatang] dan akupun telah menunggang bersamanya sehingga kami telah berakhir kepada lelaki itu, tiba-tiba beliau adalah lelaki daripada penduduk Madinah bersamanya seorang hamba lelaki. Maka aku telah berkata kepadanya: Bentangkan kepada kami, lalu beliau telah membentangkan kepada kami tujuh orang hamba perempuan.
       Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku tidak berhajat pada mereka, kemudian beliau telah berkata: Bentangkan kepada kami, maka beliau telah berkata: Tidak ada di sisiku melainkan seorang hamba perempuan yang sakit, maka beliau telah berkata kepadanya: Tidak mengapa jika anda membentangkannya kepada kami, maka beliau enggan melakukannya, lalu beliau a.s. pulang. Kemudian besoknya beliau telah menghantar aku, maka beliau a.s telah berkata: Katakan kepadanya: Berapakah harga anda yang tertinggi padanya, maka apabila beliau menyebut harganya, maka katakan kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengambilnya. Kemudian aku telah mendatanginya, maka beliau telah berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya daripada…, maka aku telah berkata: Aku telah mengambilnya. Maka beliau telah berkata: Beliau adalah milik anda, tetapi beritahulah kepadaku siapakah lelaki yang telah berada bersama anda kelmarin? Maka aku telah berkata: Seorang lelaki daripada Bani Hasyim, beliau telah berkata: Bani Hasyim yang mana? Maka aku telah berkata: Tidak ada di sisiku lebih banyak daripada ini, maka beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda tentang hamba perempuan ini. Sesungguhnya aku telah membelinya dari pendalaman Maghrib, tiba-tiba seorang perempuan daripada ahli al-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Siapakah hamba perempuan bersama anda?
       Aku telah berkata: Aku sendiri telah membelinya, maka beliau telah berkata: Tidak sepatutnya hamba perempuan ini bersama lelaki seperti anda, sesungguhnya hamba perempuan ini sepatutnya berada di sisi sebaik-baik penduduk bumi, maka tidak lama kemudian, beliau telah berada di sisinya sehingga beliau telah melahirkan daripadanya seorang budak yang tidak pernah dilahirkan di timur dan di barat seumpamanya, beliau telah berkata: Aku telah membawanya kepadanya, tidak lama kemudian beliau telah melahirkan al-Ridha a.s.

       (866)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Safwan bin Yahya berkata: Apabila Abu Ibrahim a.s telah mati dan Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah bercakap [tentang imamah], kami telah khuatir ke atasnya tentang urusan itu, maka dikatakan kepadanya: Sesungguhnya anda telah menzahirkan perkara yang besar dan sesungguhnya kami khuatir di atas anda akan taghut ini, maka beliau telah berkata: Hendalah beliau meningkatkan usahanya, justeru tidak ada jalan baginya ke atasku.

       (867)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Mansur, daripada saudaranya berkata: Aku telah datang kepada al-Ridha a.s di sebuah rumah di waktu malam, lalu beliau telah mengangkat tangannya seolah-olah di dalam rumahnya ada sepuluh lampu dan seorang lelaki telah meminta izin daripadanya atasnya, lantas beliau telah meletakkan tanganya, kemudian beliau a.s telah memberi izin kepadanya.

       (868)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibn Jumhur, daripada Ibrahim bin Abdullah, daripada Ahmad bin Abdullah, daripada al-Ghifari berkata: Seorang lelaki daripada keluarga Abi Rafi‘ maula Rasulullah s.a.w dipanggil: Tais ‘Alayya Haqqun telah membuat tuntutan kepadaku dan memaksa aku, tetapi orang ramai telah menolongnya. Manakala aku telah melihat perkara itu, akupun telah mengerjakan sembahyang Subuh di masjid Rasulullah s.a.w, kemudian aku terus menghala kepada al-Ridha a.s yang sedang berada di al-‘Uraidh. Manakala aku telah menghampiri pintunya, tiba-tiba beliau telah menaiki keldai memakai baju berwarna merah. Manakala aku telah melihat kepadanya, maka aku merasa malu kepadanya. Apabila beliau sampai kepadaku, beliau telah berdiri dan melihat kepadaku, maka aku telah memberi salam kepadanya-itu adalah pada bulan Ramadan-maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya hamba anda Tais ‘Alayya Haqqan telah membuatku menjadi masyhur dan aku telah menyangka pada diriku bahawa beliau menyuruhnya menahanku, demi Allah, aku tidak berkata kepadanya: Berapakah haknya ke atasku dan aku tidak menamakan sesuatu kepadanya, beliau telah menyuruhku duduk sehingga beliau pulang, aku di dalam keadaan sedemikian sehingga aku telah melakukan sembahyang Maghrib dan aku masih berpuasa.
       Aku telah merasa cemas dan aku ingin pulang, tiba-tiba beliau telah pulang dan di sekelilingnya orang ramai yang telah bertanya kepadanya ketika beliau memberi sedekah kepada mereka. Lalu beliau telah pergi dan memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah keluar dan menyeruku, maka akupun telah datang kepadanya dan masuk ke rumah bersamanya. Beliau telah duduk, maka akupun duduk bersamanya, maka aku mulai bercakap kepadanya mengenai Ibn al-Musayyab, gabenor Madinah dan banyak aku telah bercakap mengenainya. Manakala aku telah selesai bercakap mengenainya, beliau telah berkata: Aku tidak fikir anda telah berbuka puasa?
       Maka aku telah berkata: Tidak, lalu beliau telah menyeru untukku dengan makanan, maka beliau telah meletakkannya di depanku dan menyuruh budak itu supaya makan bersamaku. Apabila kami selesai makan, beliau telah berkata kepadaku: Angkatlah bantal itu dan ambillah apa yang ada di bawahnya, maka akupun telah mengangkatnya, tiba-tiba ada wang dinar, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meletakkannya di dalam gengamanku dan beliau telah menyuruh empat orang daripada hamba-hambanya supaya bersamaku sehingga mereka menghantarku ke rumahku, maka aku telah bertanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kumpulan Ibn al-Musayyab sedang merayau-rayau aku tidak suka beliau berjumpa denganku dan bersama-samaku hamba-hamba anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Tepat sekali kata-kata anda, Mudah-mudahan Allah menunjukkan anda kepada kecerdikan, lalu beliau telah menyuruh mereka pulang setelah aku menolak mereka.
       Manakala aku telah menghampiri rumahku, aku merasa sunyi kerana menolak mereka, maka aku telah memasuki rumahku dan aku menyeru dengan lampu dan aku telah melihat wang dinar sebanyak 48 dinar dan hak lelaki itu ke atasku adalah 28 dinar dan padanya satu dinar yang cantik, ia mengangungkan aku, lalu aku telah mengambilnya dan aku telah menghampiri lampu itu, tiba-tiba di atasnya ukiran yang terang: Hak lelaki itu adalah 28 dinar dan apa yang lebih adalah hak anda, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahui hartanya ke atasku dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah memuliakan walinya.

       (869)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa beliau a.s telah keluar dari Madinah pada tahun yang mana Harun telah mengerjakan haji, ingin mengerjakan haji, lalu berakhir di gunung di kiri jalan-jika anda menuju ke Makkah-dipanggil: Paari‘, maka Abu al-Hasan a.s telah melihat kepadanya: Wahai Paari‘, musnahkannya, nescaya beliau akan mengonyakkanya. Kami tidak mengetahui maknanya, apabila beliau a.s telah pergi, Harun telah sampai dan bermalam di tempat itu, Ja‘far bin Yahya telah menaiki gunung itu, maka Harun telah menyuruhnya supaya membina untuknya satu “tempat beristirahat”. Manakala Harun telah pulang dari Makkah, beliau telah menaiki gunung itu, lalu beliau telah menyuruh supaya tempat berihat itu dimusnahkan, manakala beliau pulang ke Iraq, maka ia telah dimusnahkannya.

       (870)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim, daripada Ibrahim bin Musa berkata: Aku telah menggesa Abu al-Hasan a.s pada suatu perkara yang aku minta daripadanya, beliau telah menjanjikan aku, maka beliau telah keluar pada suatu hari untuk menjemput gabenor Madinah dan aku telah berada bersamanya, kemudian beliau telah mendekati istana polan, lalu beliau telah turun di bawah pohon-pohon dan aku telah turun bersamanya dan tidak ada bersama kami orang yang ketiga, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, hari raya ini Dia telah meneduhkan kita, demi Allah, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lalu beliau a.s telah mengguriskan bumi dengan tongkatnya, kemudian beliau telah memukul dengan tangannya, lalu beliau telah mengambil satu keping emas, kemudian beliau telah berkata: Manfaatkanlah dengannya dan rahsialah apa yang anda telah melihatnya.

       (871)-7. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir al-Khadim dan al-Rayyaan bin al-Salt, berkata: Manakala urusan pemecatan[21] telah selesai, maka urusan (khilafah) telah tetap kepada al-Makmun, maka beliau telah menulis kepada al-Ridha a.s memintanya supaya datang ke Khurasan, maka Abu al-Hasana a.s telah memberi alasan yang bermacam-macam[22]. Al-Makmun sentiasa menulis kepadanya tentangnya sehingga beliau mengetahui bahawa tiada sebab baginya untuk menolaknya. Maka beliau telah keluar dan Abu Ja‘far a.s pada ketika itu berumur tujuh tahun, lalu al-Makmun telah menulis kepadanya: Janganlah anda mengambil jalan gunung dan Qum, ambillah jalan Basrah, al-Ahwaz dan Faris sehingga sampai di Marv, maka al-Makmun telah membentangkan kepadanya urusan khilafah.
       Maka Abu al-Hasan a.s telah enggan, beliau telah berkata: Menjadi pengganti? Maka beliau a.s telah berkata: Di atas syarat-syarat yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka al-Makmun telah berkata kepadanya: Tanyalah apa yang anda mahu, maka al-Ridha a.s telah menulis kepadanya: Sesungguhnya aku menjadi pengganti anda dengan [syarat] aku tidak menyuruh dan melarang, aku tidak memberi fatwa, aku tidak menghukum, aku tidak dilantik, aku tidak dijauhkan, aku tidak mengubah sesuatu daripada apa yang ada sekarang dan anda memaafkan aku daripada semuanya, maka al-Makmun telah menjawab semuanya, beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku berkata: Manakala tiba hari raya, al-Makmun telah mengutus kepada al-Ridha a.s memintanya supaya menghadiri [sembahyang] hari raya, bersembahyang dan memberi khutbah.
       Maka al-Ridha a.s telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya anda telah mengetahui syarat-syarat di antara anda dan aku di dalam perkara ini, lalu al-Makmun telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya aku mahu sedemikian supaya hati orang ramai menjadi tenang dan mereka mengetahui kelebihan anda, maka beliau a.s sentiasa menjawab percakapannya tentang perkara itu, tetapi al-Makmun masih mendesaknya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, jika anda memaafkan aku tentang perkara itu, maka ia adalah perkara yang aku paling suka, jika anda tidak memaafkan aku, aku keluar sebagaimana Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s telah keluar. Maka al-Makmun telah berkata: Keluarlah sebagaimana anda kehendaki. Al-Makmun telah memerintahkan ketua-ketua tentera dan orang ramai supaya datang ke pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s.
       Beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku bahawa orang ramai yang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah duduk di jalan-jalan dan di atas bumbung-bumbung kerana Abu al-Hasan a.s. Sementara ketua-ketua tentera telah berkumpul di pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s. Manakala matahari telah naik, beliau a.s telah bangun, lalu beliau mandi dan memakai serban putih daripada kapas, meletak sebahagiannya di atas dadanya dan sebahagian yang lain di atas dua ketiaknya, lalu mengangkatnya. Kemudian beliau telah berkata kepada pengikut-pengikutnya: Buatlah sebagaimana aku telah membuatnya, kemudian beliau telah mengambil tongkatnya, kemudian beliau telah keluar dan kami telah berada di hadapannya. Beliau telah mengangkat seluarnya kepada separuh betis, manakala beliau telah berjalan, maka kamipun telah berjalan di hadapannya, beliau telah mengangkat kepalanya ke langit dan bertakbir sebanyak empat kali. Kami telah berkhayal seolah-olah langit dan dinding-dinding menjawabnya.
       Sementara ketua-ketua tentera dan orang ramai telah bersedia dan mereka telah memakai senjata dan telah berhias dengan pakaian yang paling cantik. Manakala kami telah melihat kepada mereka dengan gambaran ini, al-Ridha a.s telah muncul dan berdiri di pintu seketika, kemudian beliau telah berkata: Allah akbar, Allah akbar, Allah akbar, [Allah akbar] di atas apa yang Dia telah tunjukkan kita, Allah akbar di atas apa yang Dia telah memberi rezeki kepada kita daripada binatang-binatang ternakan dan segala puji bagi Allah di atas apa yang Dia telah menguji kita” Kami telah mengangkat suara kami-Yasir telah berkata: Marv telah bergoncang dengan tangisan, riuh dan  laungan manakala mereka telah melihat Abu al-Hasan a.s. Begitu juga dengan ketua-ketua tentera terjatuh dari kuda-kuda mereka apabila mereka melihat Abu al-Hasan a.s berjalan dan berhenti pada setiap sepuluh langkah dan bertakbir sebanyak tiga kali. Yasir telah berkata: Kami telah berkhayal bahawa langit dan gunung-gunung menjawabnya, justeru, Marv telah menjadi riuh daripada tangisan.
       Berita ini telah sampai kepada al-Makmun, maka al-Fadhl bin Sahal Dhu al-Riyasatain telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, jika al-Ridha a.s telah sampai ke musalla dengan jalan ini, orang ramai akan tertarik kepadanya, pendapat[ku] bahawa anda memintanya supaya beliau pulang, maka al-Makmun telah mengutus kepadanya supaya beliau pulang, maka Abu al-Hasan a.s telah menyeru untuk kasutnya (khuff), lalu beliau telah memakainya, menunggang [binatang tunggangannya] dan pulang.

       (872)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir berkata: Manakala al-Makmun telah keluar dari Khurasan ke Baghdad dan al-Fadhl Dhu al-Riyasatain telah keluar dan kami telah keluar  bersama Abu al-Hasan a.s, sepucuk surat telah sampai kepada al-Fadhl bin bin Sahl Dhi al-Riyasatain daripada saudaranya al-Hasan bin Sahl ketika kami telah berada di sebuah rumah: Aku telah melihat kepada penukaran tahun mengikut hisab bintang-bintang, maka aku telah mendapati padanya bahawa anda akan merasai pada bulan tertentu pada hari Rabu kepanasan besi dan kepanasan api, aku melihat anda, Amir al-Mukminin dan al-Ridha memasuki bilik mandi (al-Hammam) pada hari ini (Rabu), anda akan mengambil darah padanya (tahtajimu) dan darah akan terkena pada dua tangan anda”[23]
       Untuk menghilangkan dukacitanya daripadanya, maka Dhu al-Riyasatain telah menulis kepada al-Makmun tentang perkara itu dan telah memintanya supaya bertanya kepada Abu al-Hasan mengenainya, lalu al-Makmun telah menulis kepada Abu al-Hasan bertanya kepadanya tentangnya. Maka Abu al-Hasan  telah menulis kepadanya: Aku tidak akan memasuki bilik mandi dan aku tidak melihat anda dan al-Fadhl memasuki bilik mandi besok, maka beliau telah mengulanginya sebanyak dua kali. Maka Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok kerana aku telah melihat Rasulullah s.a.w pada malam ini di dalam tidur, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, janganlah anda memasuki bilik mandi besok”.
       Aku tidak fikir anda dan al-Fadhl akan memasukinya besok. Al-Makmun telah menulis surat kepadanya, anda telah benar, wahai sayyidi, dan Rasulullah s.a.w telah benar, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok dan al-Fadhl lebih mengetahuinya. Yasir telah berkata: Apabila waktu petang tiba dan matahari telah terbenam, al-Ridha a.s telah berkata kepada kami: Katakan kami berlidung dengan Allah daripada kejahatan yang akan berlaku pada malam ini, maka kami sentiasa berkata sedemikain.
       Manakala al-Ridha a.s telah mengerjakan sembahyang Subuh, beliau telah berkata kepadaku: Naiklah di atas bumbung, maka dengarlah, adakah anda telah mendengar sesuatu? Apabila aku telah menaikinya, aku telah mendengar suara bising yang kuat, tiba-tiba kami dapati al-Makmun telah masuk dari pintu kepada rumahnya daripada rumah Abu al-Hasan seraya berkata: Wahai sayyidi, Wahai Abu al-Hasan, Allah memberi ganjaran kepada anda tentang al-Fadhl, sesungguhnya beliau telah enggan, tetapi beliau telah memasuki bilik mandi, tiba-tiba satu kumpulan telah memasukinya dengan pedang-pedang, lalu mereka telah membunuhnya dan tiga orang di kalangan mereka telah memasukinya.
       Salah seorang daripada mereka adalah anak saudaranya al-Fadhl Ibn Dhi al-Qalamain. Beliau telah berkata: Tentera dan ketua-ketua tentera serta pengawal-pengawal al-Fadhl telah berada di pintu al-Makmun, mereka telah berkata: Inilah yang telah membunuhnya-Mereka maksudkan al-Makmun-kami akan menuntut darahnya dan mereka telah datang di pintu untuk membakar pintu [rumah]. Lalu al-Makmun telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Wahai sayyidi, anda melihat, anda keluar kepada mereka dan menyuraikan mereka, Yasir berkata: Abu al-Hasan telah menaiki (binatang) dan beliau telah berkata kepadaku: Naiklah, maka aku telah menaikinya. Manakala kami telah keluar dari pintu rumah, beliau telah melihat kepada orang ramai, maka beliau telah berkata kepada mereka: Bersurailah, bersurailah. Yasir telah berkata: Beliau telah berhadapan dengan orang ramai, lalu mereka telah mematuhinya dan beliau tidak menunjukkan kepada seseorang melainkan beliau telah menunggang dengan cepat dan melalui [mereka].

       (873)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Musafir, daripada al-Wasyaa’, daripada Musafir berkata: Manakala Harun bin al-Musayyab ingin mengenakan Muhammad bin Ja‘far, Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepadaku: Pergilah dan katakan kepadanya: Janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar besok, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh dan jika beliau bertanya kepada anda dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini, maka katakan kepadanya: Aku telah melihatnya di dalam mimpi: Beliau telah berkata: Maka aku telah datang kepadanya, lalu aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan dirku tebusan anda, janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh, maka beliau telah berkata kepadaku: Dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini?
       Aku telah berkata: Aku telah melihat[nya] di dalam mimpi, maka beliau telah berkata: Seorang itu telah tidur, tetapi beliau tidak membasuh punggungnya, kemudian beliau telah keluar, lalu beliau dikalahkan dan para sahabatnya dibunuh, beliau telah berkata: Musafir telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s di Mina, tiba-tiba Yahya bin Khalid telah datang dengan menutup kepalanya daripada debu, maka beliau telah berkata: Kasihan! Mereka tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka pada tahun ini, kemudian beliau telah berkata: Yang paling pelik sekali adalah Harun, Musafir telah berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui makna hadis ini sehingga aku telah mengapankannya bersamanya.

       (874)-10. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ali bin Muhammad al-Qasaani berkata: Sebahagian daripada para sahabat kami telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah membawa harta yang disangsikan kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka aku tidak melihatnya bergembira dengannya, beliau telah berkata: Aku telah berdukacita kerananya dan aku telah berkata kepada diriku: Aku telah membawa harta ini kepadanya dan beliau tidak bergembira dengannya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, [bawalah] bekas dan air, beliau telah berkata: Maka beliau telah duduk di atas kerusi dan berkata kepada budak itu: Curahlah air ke atas[tangan]ku, beliau telah berkata: Maka beliau telah mulai mengalirkan air di antara anak-anak jarinya di dalam bekas, kemudian beliau telah berpaling kepadaku: Siapa yang di dalam keadaan begini, beliau tidak peduli kepada orang yang anda telah membawanya kepadanya.

       (875)-11. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Ja‘far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Ali bin Musa a.s telah mati ketika berusia 49 tahun dan beberapa bulan pada tahun 202 hijrah. Beliau telah hidup selama 19 tahun 10/11 bulan selepas Musa bin Ja‘far a.s.    
    
                                                            Bab 122
   [1] Hamba

[2] Khalifah Bani ‘Abbas

[3] Orang zalim

[4] Wadi di Madinah

[5] Ghutah adalah tempat yang mempunyai air dan pohon-pohon. Ghutah Dimasyq adalah di Damascus.

[6] Surah al-Dukhaan (44):1-4

[7] Miim dan daal

[8] Malam

[9] Kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas para nabi a.s

[10] Musa bin Ja‘far a.s

[11] Dikeluarkan ke Baghdad dengan perintah khalifah.

[12] Lelaki yang asalnya beragama Kristian, kemudian memeluk Islam.

[13] Atau Sindaan

[14] Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s

[15] Abu Ibrahim a.s

[16] Surah al-Najm (53): 23

[17] Ilmu manaya adalah ilmu tentang kematian dan ilmu balaya adalah ilmu tentang bala yang akan berlaku kepada manusia.

[18] Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s

[19] Di Masyhad, Iran.

[20] Hamba perempuan yang telah melahirkan anak daripada pemiliknya

[21] Pemecatan saudara al-Makmun bernama al-Amin.

[22] Untuk tidak datang kepadanya.

[23] Di dalam manuskrip yang lain “darah akan terkena badan anda”

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah), oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab120-121) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah), oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab120-121)
 

0 comments:

Catat Ulasan