Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah(penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 74-75)


 Bab 74

☼Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan al-Thalith (Ketiga) A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘ala Abi al-Hasan al-Thalith a.s)☼

       (414)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Isma’il bin Mihran berkata: Apabila Abu Ja‘far a.s telah keluar dari Baghdad di dalam salah satu daripada dua perjalanannya, aku telah berkata kepadanya ketika beliau a.s keluar: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku khuatir ke atas anda mengikut arah ini, justeru kepada siapakah urusan imamah selepas anda? Beliau a.s telah berpaling mukanya kepadaku di dalam keadaan tersenyum dan berkata: Tiada persembuyian (ghaibah) seperti anda fikirkan pada tahun ini. Apabila beliau a.s dikeluarkan pada kali kedua kepada al-Mu‘tasim, aku telah datang kepadanya dan berkata: Aku telah menjadikan diriku terbusan anda, anda sedang keluar, maka kepada siapakah urusan imamah selepas anda? Maka beliau a.s telah menangis sehingga janggutnya menjadi basah, kemudian beliau a.s telah berpaling kepadaku dan berkata: Ketika keberangkatan pada kali ini aku terasa takut, urusan selepasku adalah kepada anak lelakiku Ali.

       (415)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Khairani, daripada bapanya bahawa beliau telah berkata: Bapaku terikat kepada rumah Abu Ja‘far a.s kerana perkhidmatan yang diwakilkan kepadanya. Ahmad bin Muhammad bin Isa telah datang pada waktu sahur pada setiap malam untuk mengetahui berita kesakitan Abu Ja‘far a.s. Di sana terdapat utusan yang berulang-alik di antara Abu Ja‘far a.s dan bapaku. Apabila beliau telah datang, Ahmad telah berdiri, lalu pergi dan bapaku dapat bercakap dengannya secara peribadi.
       Pada suatu malam aku telah keluar dan Ahmad telah berdiri, lalu pergi dari majlis dan bapaku telah bercakap dengan utusan itu secara peribadi, tetapi Ahmad telah kembali dan berdiri yang mana beliau dapat mendengar percakapan mereka. Maka utusan itu telah berkata kepada bapaku: Sesungguhnya tuan anda (maulaa-ka) telah mengirim salamnya kepada anda dan berkata kepada anda: Aku sedang berlalu (mati) dan urusan imamah adalah kepada anak lelakiku Ali, beliau mempunyai hak ke atas kamu selepasku sebagaimana aku mempunyai hak ke atas kamu selepas bapaku. Kemudian utusan itu telah pergi dan Ahmad telah kembali ke tempatnya dan berkata kepada bapaku: Apakah beliau telah katakan kepada anda? Beliau telah berkata: Baik, beliau telah berkata: Aku telah mendengar apa yang beliau telah katakannya, kenapakah anda menyembunyikannya? Beliau telah mengulangi apa yang beliau telah mendengarnya.
       Maka bapaku telah berkata kepadanya: Allah telah mengharamkan apa yang anda telah buat kerana Allah telah berfirman: “Janganlah kamu mengintai”[1] Jagalah penyaksian anda, kemungkinan kita perlu kepadanya pada suatu hari nanti. Jagalah dan janganlah anda mendedahkannya sehingga tiba waktunya. Apabila tiba waktu pagi, bapaku telah menulis sepuluh salinan surat daripada imam, kemudian menutupnya dan menyerahkannya kepada sepuluh orang pemuka mazhab dan berkata: Jika kematian berlaku kepadaku sebelum aku menuntut kamu dengannya, maka bukalah dan beramallah mengikut apa yang ada padanya. Apabila Abu Ja‘far a.s mati, bapaku telah menyebut bahawa beliau (bapaku) tidak akan keluar dari rumahnya sehingga empat ratus orang mengisytiharkan diri mereka menyokong imamah di tangannya.
       Kemudian ketua-ketua mazhab telah berkumpul di sisi Muhammad bin al-Faraj berunding tentang perkara ini. Muhammad bin al-Faraj telah menulis kepadaku memberitahu kepadanya tentang perhimpunan mereka di sisinya. Jika tidak kerana khuatir diketahui ramai, nescaya beliau telah datang bersama mereka kepadanya (bapa al-Khairani) dan memintanya supaya datang kepadanya. Justeru, bapaku telah menaiki kenderaannya dan pergi kepadanya. Maka beliau telah mendapati orang ramai berkumpul di sisinya. Mereka telah berkata kepada bapaku Apakah pendapat anda tentang urusan ini? Bapaku telah berkata: kepada mereka yang mempunyai salinan surat: Kemukakan salinan-salinan itu, maka beliau telah berkata kepada mereka: Inilah apa yang aku telah memerintahkan kamu, maka sebahagian mereka telah berkata: Kami mahu di sana ada saksi lain bersama anda di dalam urusan ini.
       Maka beliau telah berkata kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mendatangi kamu denganya, ini adalah Abu Ja‘far al-Asy‘ari yang akan menjadi saksi untukku bahawa aku telah mendengar perutusan ini. Dan beliau telah memintanya supaya menjadi saksi apa yang beliau telah mengetahuinya. Kemudian Ahmad telah menafikan bahawa beliau telah mendengar sesuatu daripada ini, lalu bapaku telah menyerunya untuk melakukan sumpah pemusnahan (mubahalah). Beliau telah berkata: Manakala beliau (bapaku) telah melakukan [sesuatu] ke atasnya, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengarnya sedemikian. Ini adalah satu penghormatan yang mana aku mahu anda menjadi seorang lelaki Arab bukan seorang lelaki bukan Arab (al-‘Ajam). Orang ramai tidak bersurai sehingga mereka semua telah berkata benar.

       Mengikut naskhah al-Safwani:

       (416)-3. Muhammad bin Ja‘far al-Kufi, daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin al-Husain al-Wasiti bahawa beliau telah mendengar Ahmad bin Abi Khalid, hamba Abu Ja‘far menceritakan bahawa beliau telah menjadi saksi kepada wasiat yang telah disalinkannya:

       Ahmad bin Khalid, hamba Abu Ja‘far bahawa Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja‘far bin Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s telah menjadi saksi bahawa beliau telah mewasiatkan kepada Ali anak lelakinya untuk urusannya sendiri dan saudara-saudara permpuannya. Beliau telah menyerahkan urusan Musa (kepada Ali) apabila beliau sampai umur baligh, beliau telah melantik Abdullah bin al-Musawir untuk menjaga harta peninggalannya yang terdiri daripada ladang pertanian, hartanah, sumber kewangan sokongan, hamba-hamba dan lain-lain sehingga Ali bin Muhammad sampai umur baligh.
       Mulai daripada hari itu (semua perkara di tangan) Abdullah bin al-Musawir diserahkan kepadanya (Ali). Beliau akan menguruskan urusan dirinya sendiri, urusan saudara-saudara perempuannya dan urusan Musa adalah di bawah jagaannya. Musa sendiri akan menjaga  sadaqat (bapanya) yang diwarisinya selepas mereka berdua (selepas Abdullah bin al-Musawir dan Ali, (jika beliau mati) mengikut syarat bapa mereka berdua. (Beliau, Ahmad bin Khalid, telah menjadi saksi) ini pada hari Ahad, 3hbDhu l-Hijjah, 220 hijrah (28 hb November, 835, tiga hari selepas kematian al-Jawad a.s pada hari Khamis 30hb Dhu l-Hijjah, 220 hijrah (25 hb November 835).
       Ahmad bin Abu Khalid telah menulis penyaksiannya dengan khatnya sendiri dan al-Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s yang dikenali dengan al-Jawwani, telah menjadi saksi sebagaimana penyaksian Ahmad bin Abi Khalid pada permulaan kitab (surat) dan beliau telah menulis penyaksiannya dengan tangannya sendiri dan disaksikan oleh Nasr, hamba (al-Jawad a.s) dan beliau telah menulis penyaksiannya dengan tangannya sendiri.
                                                                                  

                                                                          Bab 75

☼Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Muhammad A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘ala Abi Muhammad a.s)☼
      
       (417-1. Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad al-Nahdi, daripada Yahya bin Yasar al-Qanbari berkata: Abu al-Hasan a.s telah mewasiatkan kepada anak lelakinya al-Hasan empat bulan sebelum kematiannyan. Beliau a.s telah mengambil aku dan sekumpulan hamba yang dibebaskan (al-Mawali) menjadi saksi.

       (418)-2. Ali bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Kufi, daripada al-Basysyar bin Ahmad al-Basri, daripada Ali bin Umar al-Naufali berkata: Aku telah berada bersama Abu al-Hasan a.s di perkarangan rumahnya, tiba-tiba anak lelakinya Muhammad telah melalui kami, lantas aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah beliau sahabat kami selepas anda? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, sahabat kamu selepas aku adalah al-Hasan a.s.

       (419)-3. Daripadanya, daripada Basysyar bin Ahamd, daripada Abdullah bin Muhammad al-Isfahani, berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sahabat kamu selepasku adalah orang yang akan memberi salam kepadaku. Beliau telah berkata: Kami tidak mengetahui Abu Muhammad sebelum ini, beliau telah berkata: Abu Muhammad telah keluar, lantas beliau telah memberi salam kepadanya.

       (420)-4. Dan daripadanya, daripada Musa bin Ja‘far bin Wahab, daripada Ali bin Ja‘far berkata: Aku telah hadir bersama Abu al-Hasan a.s menakala anak lelakinya Muhammad mati, maka beliau telah berkata kepada al-Hasan: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah kesyukuran anda kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu kepada anda.

       (421)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Marwan al-Anbari berkata: Aku telah hadir ketika kematian Abu Ja‘far Muhammad bin Ali. Kemudian Abu al-Hasan a.s telah datang, lalu kerusi diletakkan untuknya, lalu beliaupun duduk di atasnya. Dan di sekitarnya adalah keluarganya. Abu Muhammad telah berada di dalam keadaan berdiri di satu sudut. Apabila selesai urusan Abu Ja‘far, beliau telah berpaling kepada Abu Muhammad a.s, maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah syukur anda kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu untuk anda.

       (422)-6. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Qalanisi, daripada Ali bin al-Husain bin ‘Umru, daripada Ali bin Mihziyar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Jika berlaku sesuatu kepada anda-dan aku berlindung kepada Allah-maka kepada siapa [imamah]? Beliau a.s telah berkata: Janjiku adalah kepada anak lelakiku yang paling tua.

       (423)-7. Ali bin Muhammad, daripada Abi Muhammad al-Asbarqini, daripada Ali bin ‘Umru al-‘Attar berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan al-‘Askari a.s dan Abu Ja‘far anak lelakinya adalah di kalangan mereka yang masih hidup dan aku menyangka bahawa beliau adalah imam selepas Abu al-Hasan a.s. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, siapakah yang paling khusus yang aku harus taati di kalangan anak-anak anda? Beliau a.s telah berkata: Janganlah kamu mengkhususkan seorangpun daripada mereka sehingga perintahku datang kepada kamu. Beliau telah berkata: Aku telah menulis kepadanya selepas kematian Abu Ja‘far: Kepada siapakah urusan imamah akan berlaku? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menulis kepadaku: Anak lelakiku yang paling tua. Beliau telah berkata: Abu Muhammad adalah anak lelaki yang paling tua daripda Abu Ja‘far.

       (424)-8. Muhammad bin Yahya dan lain-lain, daripada Sa‘d bin Abdullah, daripada sekumpulan Bani Hasyim, di kalangan mereka adalah al-Hasan bin al-Hasan al-Aftas bahawa mereka telah hadir-pada hari kematian Muhammad bin Ali bin Muhammmad-di pintu Abu al-Hasan al-‘Askari untuk memberi takziah kepadanya. Permaidani telah dibentangkan kepadanya di perkarangan rumahnya dan orang ramai telah duduk di sekitarnya, maka mereka telah berkata: Kami telah membuat anggaran bahawa mereka yang telah hadir di sekitarnya yang terdiri daripada keluarga Abu Talib, Bani Hasyim adalah seratus lima puluh orang, tidak termasuk mawaalinya dan orang lain.
       Tiba-tiba Abu al-Hasan a.s telah melihat kepada Abu al-Hasan bin Ali datang dengan bajunya yang koyak sehingga beliau telah berdiri di sebelah kanannya dan kami tidak mengetahuinya. Maka Abu al-Hasan a.s telah melihat kepadanya selepas beberapa ketika. Lalu beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah kesyukuran kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu kepada anda. Maka orang muda itu telah menangis, memuji Allah dan membaca firman Allah “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali”[2] Kami telah bertanya tentangnya (siapakah dia) dan diberitahu: Ini adalah al-Hasan, anak lelakinya. Kami telah membuat anggaran umurnya [pada ketika itu] dua puluh tahun ataupun lebih. Semenjak hari itu kami telah mengenalinya dan kami telah mengetahui bahawa Abu al-Hasan a.s telah menunjukkannya untuk imamah dan meletakkannya di tempatnya.

        (425)-9. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya bin Daryab berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s selepas kematian Abu Ja‘far, maka aku telah mengucap takziah kepadanya tentangnya dan Abu Muhammad a.s sedang duduk, lantas Abu Muhammad a.s telah menangis. Maka Abu al-Hasan a.s telah datang kepadanya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah telah menjadikan anda penggantinya, justeru, bersyukurlah kepada Allah.

       (426)-10. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Abu Hasyim al-Ja‘fari berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s selepas kematian anak lelakinya Abu Ja‘far, aku telah berfikir untuk berkata: Seolah-olah mereka berdua, aku maksudkan Abu Ja‘far dan Abu Muhammad pada masa ini seperti Abu al-Hasan Musa dan Isma‘il dua anak lelaki Ja‘far bin Muhammad a.s dan kisah mereka berdua seperti kisah mereka berdua juga.
       Kerana Abu Muhammad diharapkan [menjadi imam] selepas Abu Ja‘far, tiba-tiba Ali Abu al-Hasan telah datang sebelum aku bercakap dan beliau telah berkata: Ya, wahai Abu Hasyim, al-Bada’[3] telah berlaku kepada Abu Muhammad selepas Abu Ja‘far yang tidak diketahui tentang-Nya. Sebagaimana al-Bada’ telah berlaku kepada Musa selepas kematian Isma‘il yang mana Allah telah menerangkan kedudukannya. Dan inilah sebagaimana ia telah terbayang di fikiran anda dahulu sekalipun  dibencikan oleh pengikut-pengikut kebatilan. Abu Muhmmad adalah anak lelakiku, penggantiku selepasku. Di sisinya ilmu yang dihajati oleh manusia dan bersamanya segala kelayakan untuk imamah.

       (427)-11. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya bin Daryab daripada Abi Bakr al-Fahfaki berkata: Abu al-Hasan a.s telah menulis surat kepadaku: Abu Muhammad adalah anak lelakiku yang paling disegani di dalam keluarga Muhammad dan Hujjah yang paling dipercayai, beliau adalah anak lelakiku yang paling tua, beliau adalah penggantiku dan kepadanyalah berakhirnya ikatan imamah dan hukum-hukumnya. Apa yang anda telah tanyakan kepadaku, maka bertanyalah kepadanya, kerana beliau memiliki apa yang dihajati [oleh manusia].

       (428)-12. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Syahwaih bin Abdullah al-Jallab berkata: Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadaku di dalam suratnya: Anda ingin bertanya kepadaku tentang pengganti selepas Abu Ja‘far dan anda syak mengenainya, justeru janganlah anda berdukacita dengannya kerana Allah telah berfirman: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum setelah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan- Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi [4] Sahabat (imam) anda selepasku adalah Abu Muhammad anak lelakiku dan beliau memiliki apa yang kamu hajati (untuk mengetahuinya). Allah mendahulukan apa yang Dia kehendaki dan melewatkan apa yang Dia kehendaki “Dan apa saja ayat yang kami nasakhkan atau apa yang kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, kami datangkan apa yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya”[5] Aku telah menulis padanya penjelasan dan kepuasan bagi orang yang mempunyai akal dan kesedaran.

       (429)-13. Ali bin Muhammad, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Ahmad al-‘Alawi, daripada Daud al-Qasim berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Pengganti selepasku adalah al-Hasan, bagaimana kedudukan anda tentang pengganti selepas pengganti ini? Maka aku telah berkata: Kenapakah Allah telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan melihat orangnya dan kamu tidak dibenarkan menyebut namanya, maka aku telah berkata: Bagaimana aku akan menyebutnya? Maka beliau telah berkata: Katakanlah: Hujjah daripada keluarga Muhammad s.a.w.

                                                                               Bab 76
   [1] Surah al-Hujuraat (49): 12

[2] Surah al-Baqarah (2): 156

[3] Perkataan al-Bada’ bererti: Apa yang jelas dan nampak [oleh manusia] dan ia dirujukkan kepada firman Allah Surah al-Zumar (39): 47 “Dan jelaslah (badaa-la-hum) bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan” Dan difahami di dalam konteks firman-Nya di dalam Surah al-Ra‘d(13):39 “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan di sisi-Nyalah  Umm al-Kitab”. Di dalam erti kata yang lain al-Bada’ berlaku seperti berlakunya hukum nasikh dan mansuh.

[4] Surah al-Taubah (9): 115

[5] Surah al-Baqarah (2): 106

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah(penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 74-75) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah(penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 74-75)
 

0 comments:

Catat Ulasan