Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab117-119)


                                         Bab 117

☼Kelahiran Ali Bin Al-Husain A.S (maulid ‘Ali bin al-Husain a.s)☼

       Ali bin al-Husain a.s telah dilahirkan pada tahun 38 hijrah dan mati pada tahun 95 hijrah ketika berusia 57 tahun. Ibunya Salamah atau Syahrubanuwaih binti Yazdajir bin Syahriyar bin Syiruwaih bin Kisra Abruiz. Yazdajir adalah raja Farsi yang terakhir.

       (836)-1. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani-rahima-hu llah-dan Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada ‘Abd al-Rahman bin Abdullah al-Khaza‘i, daripada Nasr bin Mazahim, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Manakala anak perempuan Yazdajir dikemukakan kepada Umar, beliau telah memuliakannya sebagai puteri Madinah, masjid dihiasi dengan cahayanya manakala beliau masuk. Manakala Umar telah melihat kepadanya, maka beliau telah menutup mukanya[1] dan berkata: “uf biruj bada hurmuz” [2]Maka Umar telah berkata: Adakah beliau ini mencela aku, Umar mahu menentangnya. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Umar: Ia bukan untuk anda, berilah pilihan kepadanya supaya memilih seorang lelaki di kalangan muslimin dan hitunglah beliau daripada fa’i-nya. Maka Umar telah memberi pilihan kepadanya, lalu beliau telah datang dan meletakkan tangannya di atas kepala al-Husain a.s. Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Apakah nama anda?
       Maka beliau telah berkata: Jihan Syah, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Malah Syahrubanuwaih, kemudian beliau a.s telah berkata kepada al-Husain a.s: Wahai Abu Abdillah, beliau akan melahirkan untuk anda sebaik-baik penduduk bumi, maka beliau telah melahirkan Ali bin al-Husain a.s dan dikatakan kepada Ali bin al-Husain a.s: Anak lelaki kepada dua orang yang terpilih, maka pilihan Allah daripada Arab adalah Hasyim dan daripada bukan Arab adalah orang Farsi. Diriwayatkan bahawa Abu al-Aswad al-Di’li telah berkata mengenainya:

                              Dan sesungguhnya seorang budak
                                 Di antara Kisra dan Hasyim
                                 Adalah lebih mulia daripada orang
                                 Yang digantung tangkal di atasnya

       (837)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah memiliki seekor unta betina, beliau telah menaikinya sebanyak dua puluh dua kali haji[3] dan beliau tidak pernah memukulnya, beliau telah berkata: Unta betina itu telah datang selepas kematiannya dan kami tidak menyedari kedatangannya melainkan [selepas] sebahagian daripada khadam dan hamba kami berkata: Sesungguhnya unta betina itu telah keluar dan datang ke kubur Ali bin al-Husain a.s, lalu melutut di atasnya dan menggosok kuburnya dengan tengkuknya di dalam keadaan mulutnya berbuih, maka aku telah berkata: Dapatkannya, dapatkannya dan bawalah ia kepadaku sebelum mereka mengetahuinya atau melihatnya, beliau telah berkata: Unta betina itu tidak pernah melihat kuburnya [sebelum ini].

       (838)-3. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Apabila bapaku Ali bin al-Husain a.s telah mati, maka unta betinanya telah datang sehingga ia telah memukul kuburnya dengan tengkuknya dan berguling di atasnya, maka aku telah menyuruh supaya ia dikembalikan kepada kandangnya. Sesungguhnya bapaku telah menaikinya untuk mengerjakan haji dan umrah dan beliau tidak pernah memukulnya.
       “Ibn Babwaih”[4]

       (839)-4. Al-Husain bin Muhammad bin ‘Amir, daripada Ahamd bin Ishaq bin Sa‘d, daripada Sa‘dan bin Muslim, daripada Abi ‘Ammarah, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala pada malam dijanjikan[5] padanya Ali bin al-Husain a.s, maka beliau telah berkata kepada Muhammad a.s: Wahai anak lelakiku, carilah [air] wuduk untukku, beliau telah berkata: Maka akupun telah berdiri dan aku telah membawa [air] wuduk kepadanya. Beliau berkata: Aku tidak mahu ini kerana padanya sesuatu yang telah mati.
       Beliau telah berkata: Maka akupun telah keluar dan aku telah datang dengan lampu, tiba-tiba padanya seekor tikus telah mati, maka aku telah membawa kepadanya air wuduk yang lain. Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, inilah malam yang aku telah dijanjikan dengannya, lalu beliau telah berpesan tentang unta betinanya supaya beliau menjaganya dan disediakan untuknya makanan kering, maka aku telah melakukannya padanya. Beliau telah berkata: Tidak berapa lama selepas itu, ia telah keluar sehingga mendatangi kubur[nya].
        Lalu ia telah memukulnya dengan tengkuknya dan dua matanya berlinang, lalu didatangi Muhammad bin Ali dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya unta betina telah keluar, lalu beliau telah datang kepadanya dan berkata: Diam sekarang! Berdirilah semoga Allah telah memberkati anda, tetapi ia tidak melakukannya. Maka beliau telah berkata: Jika Ali bin al-Husain a.s keluar menaikinya ke Makkah, maka beliau telah menggantungkan tongkat di atasnya, tetapi beliau tidak memukulnya sehingga ia memasuki Madinah, beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah keluar pada waktu malam yang gelap, lalu beliau telah membawa guni padanya dinar dan dirham sehingga beliau mendatangi pintu ke pintu, maka beliau telah mengetuknya, kemudian memberi[nya] kepada orang yang keluar kepadanya.

       (840)-5. Muhammad bin Ahmad, daripada bapa saudaranya Abdullah bin al-Salt, daripada al-Hasan bin Ali binti Ilyas, daripada Abu al-Hasan a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Ali bin al-Husain a.s manakala hampir mati, beliau telah menutup matanya, kemudian beliau telah membuka dua matanya dan membaca “Idha waqa‘at al-Waaqi‘atu”[6] dan “Inna fatah-na la-ka”[7] Kemudian beliau telah berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki, maka syurga itu sebaik-baik balasan bagi mereka yang beramal”[8] Kemudian beliau telah mati pada ketika itu juga tanpa berkata apa-apa.

       (841)-6. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Ja‘far al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah mati ketika berusia 57 tahun pada tahun 95 hijrah, beliau telah hidup selepas [kematian] al-Husain a.s selama 35 tahun.
                                        
                                                              Bab 118

☼Kelahiran Abu Ja‘far Muhammad Bin ‘Ali A.S (maulid Abi Ja‘far Muhammad bin ‘Ali a.s

       Abu Ja‘far a.s telah dilahirkan pada tahun 57 hijrah dan mati pada tahun 114 hijrah ketika berusia 57 tahun. Dikebumikan di al-Baqi‘ di Madinah pada kubur yang dikebumikan bapanya Ali bin al-Husain a.s., ibunya Umm Abdillah binti al-Hasan bin Ali bin Abu Talib a.s dan di atas zuriat mereka yang mendapat petunjuk.

       (842)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Salih bin Mazid, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Abi al-Sabah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Ibuku telah duduk di sisi dinding, tiba-tiba dinding itu telah pecah, maka kami telah mendengar satu gegaran yang kuat, maka ibuku telah menggali dengan tangannya: Tidak, demi hak al-Mustafa, Allah tidak membenarkan anda terjatuh, lalu ia tinggal tergantung di udara sehingga beliau dapat melintasinya, lalu bapaku telah bersedekah kerananya seratus dinar, maka Abu al-Sabah telah berkata: Abu Abdillah a.s telah menyebut neneknya, ibu kepada bapanya pada suatu hari, maka beliau telah berkata: Neneknya adalah siddiqah dan tidak terdapat pada keluarga al-Hasan seorang perempuan sepertinya.
       Muhammad bin al-Hasan, daripada Abdullah bin Ahmad tentang riwayat yang sama.

       (843)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah al-Ansari adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang terakhir. Beliau adalah seorang lelaki yang menghabiskan masanya kepada kami Ahlu l-Bait. Beliau telah duduk pada masjid Rasulullah s.a.w memakai serban hitam, beliau telah menyeru: Wahai Baqir al-‘Ilm, wahai Baqir al-‘Ilm sehingga penduduk Madinah telah berkata: Jabir sedang meracau, maka beliau pula telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak meracau, tetapi aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapati seorang lelaki daripadaku, namanya adalah namaku dan tabiatnya seperti tabiatku. 
       Mencintai ilmu, maka inilah yang membawa aku berkata sedemikian, beliau telah berkata: Manakala Jabir telah berada pada suatu hari di sebahagian jalan di Madinah, tiba-tiba beliau telah melalui satu jalan yang mana padanya Muhammad bin Ali, manakala beliau telah melihat kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, datanglah kepadaku, lalu beliau datang, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Pusing, maka beliau telah berpusing, kemudian beliau telah berkata: Tabiat Rasulullah s.a.w, demi jiwaku di tangan-Nya, wahai budak, apakah nama anda? Beliau telah berkata: Namaku adalah Muhammad bin Ali bin al-Husain, maka beliau mulai mengucup kepalanya dan berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, bapa anda Rasulullah s.a.w telah memberi salam kepada anda dan beliau berkata [kembali] sedemikian.
       Beliau telah berkata: Muhammad bin Ali bin al-Husain telah pulang kepada bapanya di dalam keadaan tercengang, kemudian beliau telah memberitahu berita tersebut. Maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai anak lelakiku, Jabirlah yang telah melakukannya, beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Tinggal saja di rumah, wahai anak lelakiku, Jabir telah mendatangi budak ini pada dua tepi siang (pagi dan petang), beliau adalah sahabat Nabi s.a.w yang terakhir. Tidak lama selepas itu, Ali bin al-Husain a.s telah datang kepadanya dengan penuh kehormatan kerana persahabatannya dengan Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s mulai memberitahu kepada mereka tentang Allah, maka penduduk Madinah telah berkata: Kami tidak pernah melihat seorang yang lebih berani daripada ini.
       Manakala beliau telah melihat apa yang mereka katakan, maka beliau telah memberitahu kepada mereka tentang Rasulullah s.a.w. maka penduduk Madinah telah berkata: kami tidak pernah melihat seorang yang paling berbohong daripada [lelaki] ini memberitahu kepada kami daripada orang yang beliau tidak pernah melihatnya. Manakala beliau melihat apa yang mereka katakan, lalu beliau a.s telah memberitahu kepada mereka [hadis-hadis] daripada Jabir bin Abdullah, maka beliau telah berkata: Mereka telah memperakuinya dan Jabir bin Abdullah telah mendatanginya dan belajar daripadanya.

       (844)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muthanna al-Hannaat, daripada Abu Basir berkata: Aku telah datang kepada Abu  Ja‘far a.s, maka aku telah berkata: Kamu adalah pewaris Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah pewaris para nabi, beliau telah mengetahui setiap apa yang mereka telah mengetahuinya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, justeru, kamu mampu menghidupkan orang yang telah mati dan menyembuhkan orang yang buta dan sopak?
       Beliau telah berkata: Ya, dengan izin Allah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Dekatkan kepadaku, wahai Abu Muhammad, maka aku telah mendekatinya, lalu beliau telah menyapukan di atas mukaku dan di atas mataku, lalu aku telah melihat matahari, langit, bumi, rumah-rumah dan setiap sesuatu di rumah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mahu begini, bagi anda apa yang dimiliki manusia dan di atas anda apa [yang akan berlaku] di atas mereka pada hari Kiamat atau anda kembali sebagaimana anda dahulu dan bagi anda adalah syurga? Aku berkata: Aku kembali sebagaimana aku dahulu, lalu beliau telah menyapu di atas mataku, maka aku telah kembali sebagaimana aku dahulu, beliau telah berkata: Maka aku telah memberitahu kepada Ibn Abi ‘Umair tentang perkara ini, maka beliau telah berkata: Aku naik saksi bahawa ini adalah benar sebagaimana siang hari adalah benar.

       (845)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahamd, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ali, daripada ‘Asim bin Hamid, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berada bersamanya pada suatu hari, tiba-tiba sepasang burung telah hinggap di atas dinding dan mengeluarkan suara mereka berdua, lalu Abu Ja‘far a.s telah menjawab percakapan mereka berdua beberapa ketika, kemudian kedua-duanya telah terbang, manakala mereka berdua telah terbang di atas dinding, burung jantan telah mengeluarkan suaranya ke atas burung betina beberapa ketika.
       Kemudian mereka telah terbang lagi, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah burung ini? Beliau telah berkata: Wahai Ibn Muslim, setiap sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah sama ada burung atau binatang atau sesuatu yang mempunyai roh, maka ia adalah lebih mendengar kepada kami dan lebih patuh daripada manusia bahawa sesungguhnya burung ini telah menyangka buruk terhadap pasangan betinanya, lalu burung betina telah bersumpah kepadanya bahawa ia tidak melakukannya dan berkata: Adakah anda meredai Muhammad bin Ali? Maka mereka berdua telah meredaiku, maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa ia (burung jantan) adalah zalim kepada burung betina, kemudian ia telah mempercayainya (burung betina).

       (846)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbaat, daripada Salih bin Hamzah, daripada bapanya, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, berkata: Manakala Abu Ja‘far a.s telah dibawa ke Syam kepada Hisyam bin ‘Abd al-Malik, beliau telah berada di pintunya, berkata kepada para sahabatnya dan mereka yang telah hadir di kalangan Bani Umayyah: Apabila kamu telah melihat aku telah mencela Muhammad bin Ali, kemudian kamu telah melihat aku telah berdiam diri, maka hendaklah setiap lelaki daripada kamu datang kepadanya dan mencelanya, kemudian beliau menyuruh supaya diberi kebenaran kepadanya.
       Manakala Abu Ja‘far a.s telah datang, maka beliau telah berkata: Al-Salamu ‘alaikum, lalu beliau telah memberi salam kepada mereka secara umum, kemudian beliau telah duduk, maka Hisyam bertambah cemas kerana beliau tidak memberi salam kepadanya sebagai seorang khalifah dan beliau telah duduk tanpa kebenaran. Maka Hisyam mulai mencelanya dan berkata apa yang beliau akan katakan kepadanya: Wahai Muhammad bin Ali, masih ada seorang lelaki di kalangan kamu yang telah memecah-belahkan perpaduan muslimin, mendakwa untuk dirinya dan menyangka bahawa beliau adalah seorang imam yang bodoh dan sedikit ilmu, beliau telah mencelanya apa yang beliau mahu mencelanya.
       Manakala beliau telah diam, maka seorang selepas seorang daripada mereka telah datang kepadanya dan mencelanya sehinga selesailah yang akhir mereka. Manakala mereka semuanya telah diam, maka beliau telah bangun berdiri, kemudian berkata: Wahai manusia, di mana kamu sekarang dan di mana kamu dikehendaki, dengan kamilah [orang] yang awal kamu dapat petunjuk dan dengan kamilah [orang] yang akhir kamu akan berakhir. Jika bagi kamu kerajaan yang cepat, maka bagi kami kerajaan yang ditangguhkan dan tidak ada selepas kerajaan kami kerajaan yang lain kerana kami adalah ahli yang berkesudahan baik sebagaimana Allah berfirman: “Dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa”[9] Kemudian Hisyam telah memerintahkan supaya beliau ditahan. Manakala beliau ditahan, semua orang telah mengambil ilmu daripadanya dan merasa kasih sayang kepadanya.
       Justeru, ketua penjara telah datang kepada Hisyam dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku khuatir ke atas anda daripada penduduk Syam bahawa mereka akan menghalang di antara anda dan majlis anda ini, kemudian beliau telah menceritakan kepadanya tentang beritanya. Lalu beliau telah memerintahkan supaya beliau a.s dan para sahabatnya dibawa ke Madinah. Hisyam telah memerintahkan supaya mereka tidak dibenarkan ke pasar-pasar dan menghalang di antara mereka dan makanan dan minuman, maka mereka telah berjalan selama tiga hari tanpa makanan dan minuman sehingga mereka sampai ke Madyan. Lalu ditutup pintu bandar kepada mereka. Para sahabatnya telah mengadu kelaparan dan dahaga, beliau telah berkata: Beliau telah menaiki gunung untuk menyelia mereka, maka beliau telah berkata dengan suaranya yang tinggi: Wahai penduduk bandar yang zalim ahlinya, akulah baqiyyatu llah, Allah berfirman: “Baqiyyatu llah adalah lebih baik jika kamu benar-benar beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu”[10] Beliau telah berkata: Pada mereka seorang syeikh yang telah datang kepada mereka dan berkata: Wahai kaum, ini, demi Allah, adalah dakwah nabi Syu‘aib, demi Allah, jika kamu tidak keluar kepada lelaki ini di pasar-pasar, nescaya kamu akan diambil dari atas kamu dan dari bawah kaki kamu, lantaran itu, percayalah kepadaku pada kali ini dan patuhilah aku dan bohongilah aku pada apa yang kamu mulakan, sesungguhnya aku adalah penasihat kepada kamu.
       Beliau telah berkata: Maka mereka telah bersegera keluar kepada Muhammad bin Ali dan para sahabatnya di pasar-pasar. Maka berita syeikh itu telah sampai kepada Hisyam bin ‘Abd al-Malik, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan mempertanggungjawabkannya dan tidak pula diketahui apa yang telah dilakukan kepadanya.

       (847)-6. Sa‘ad bin Abdullah dan al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Muhammad bin Ali al-Baqir telah mati ketika berumur 57 tahun pada tahun 114 hijrah dan telah hidup selama 19 tahun dan beberapa bulan selepas Ali bin al-Husain a.s.
                                                                         
                                                             Bab 119

☼Kelahiran Abu Abdillah Ja‘far Bin Muhammad A.S (maulid Abi Abdillah Ja‘far bin Muhammad a.s)☼

       Abu Abdillah a.s telah dilahirkan pada tahun 83 hijrah dan telah mati pada tahun 148 hijrah ketika berusia 65 tahun, dikebumikan di al-Baqi‘ pada kubur dikebumikan bapanya, datuknya dan al-Hasan bin Ali a.s. Ibunya Umm Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr dan ibu Umm Farwah adalah Asmaa’ binti ‘Abd al-Rahman bin Abu Bakr.

       (848)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Ibrahim bin al-Hasan, berkata: Wahab bin Hafs telah memberitahu kepadaku, daripada Ishaq bin Jarir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sa‘id bin al-Musayyab, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr dan Abu Khalid al-Kabili adalah daripada mereka yang dipercayai oleh Ali bin al-Husain a.s, berkata: Ibuku adalah di kalangan orang yang telah beriman, bertakwa, baik dan Allah mencintai mereka yang berbuat baik, berkata: Ibuku telah berkata: Bapaku telah berkata: Wahai Umm Farwah, sesungguhnya aku berdoa kepada Allah untuk pendosa-pendosa Syiah kita pada satu hari dan satu malam sebanyak seribu kali. Sesungguhnya kami apabila bala menimpa kami, kami bersabar di atas apa yang kami mengetahui tentang pahalanya sedangkan mereka bersabar di atas apa yang mereka tidak mengetahuinya.

       (849)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Sulaiman bin Sama‘ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Ja‘far al-Mansur telah mengarahkan Abu al-Hasan bin Zaid, walinya di al-Haramain supaya membakar rumah Ja‘far bin Muhammad, lalu beliau telah mencampakkan api di rumah Abu Abdillah a.s, maka api telah membakar pintu di al-Dahliz. Abu Abdillah a.s telah keluar melangkah [kepada] api dan berjalan padanya sambil berkata: Aku adalah anak lelaki daripada tanah (Adam) dan aku adalah anak lelaki Ibrahim Khalilu llah a.s.

       (850)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Barqiy, daripada bapanya, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Rafid hamba Yazid bin ‘Amru bin Hubairah berkata: Ali bin Hubairah telah memarahiku dan bersumpah untuk membunuhku, lalu aku telah melarikan diri daripadanya dan aku telah berlindung dengan Abu Abdillah a.s, maka aku telah memberitahu kepadanya beritaku, maka beliau telah berkata kepadaku: Pulanglah dan sampaikan salamku kepadanya dan katalah kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengupah di atas anda hamba anda Rafid, justeru, janganlah anda melakukan kejahatan kepadanya, aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, [beliau[ seorang Syam yang buruk pendapatnya, maka beliau telah berkata: Pergilah kepadanya sebagaimana aku katakan kepada anda.
       Maka akupun telah pergi, manakala aku telah berada di sebahagian wadi, seorang badwi telah menyambutku, maka beliau telah berkata: Ke manakah anda sedang pergi, sesungguhnya aku sedang melihat kepada muka [anda] yang akan dibunuh, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluarkan tangan anda, maka akupun telah melakukannya. Maka beliau telah berkata: Tangan [anda] yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata: Tunjukkanlah tubuh anda? Maka akupun telah melakukannya, beliau telah berkata: Tubuh [anda] yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunjukkanlah kaki anda, maka akupun telah menunjukkan kakiku, kemudian beliau telah berkata: Kaki yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunjukkanlah tubuh anda?
       Maka aku telah melakukannya, maka beliau telah berkata: Tubuh yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluarkan lidah anda, maka aku telah melakukannya. Maka beliau berkata kepadaku: Pergilah, kerana anda tidak akan diperlakukan apa-apa. Sesungguhnya pada lidah anda ada utusan (risalah). jika anda telah mendatangi gunung-gunung yang kuat dengannya, nescaya ia mematuhi anda. Beliau telah berkata: Maka aku telah datang sehingga aku telah berdiri di pintu Ibn Hubairah, lalu aku telah meminta izin, manakala aku telah datang kepadanya, beliau telah berkata: Wahai budak, kain alas meja[11] dan pedang, kemudian beliau telah memerintahku [dibelenggu].
       Lalu aku dibelenggu dan diikat kepalaku dan tukang pedang telah berdiri di hadapanku untuk memenggal kepalaku, maka aku telah berkata: Wahai Amir, janganlah anda melakukan kekerasan kepadaku, sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan kerelaan hatiku dan di sini satu perkara aku akan menyebutnya kepada anda, kemuliaan anda dan keadaan anda, maka beliau telah  berkata: Katakanlah, maka aku telah berkata: Tinggallah aku [dengan anda sahaja], lalu beliau telah memerintahkan mereka yang hadir [supaya keluar], maka merekapun telah keluar, aku telah berkata kepadanya: Ja‘far bin Muhammad telah mengirim salamnya kepada anda dan beliau telah berkata kepada anda: Aku telah mengupah di atas anda hamba anda Rafid, justeru, janganlah anda melakukan kejahatan kepadanya. Maka beliau telah berkata: Allah, sesungguhnya Ja‘far [bin Muhammad] telah berkata kepada anda kata-kata ini dan beliau telah mengirim salamnya kepadaku?
       Maka aku telah bersumpah untuknya, lalu beliau telah menjawabnya kepadaku sebanyak tiga kali, kemudian beliau telah merombak belengguku, kemudian beliau telah berkata: Aku tidak berpuas hati sehingga anda membuat kepadaku apa yang aku telah buat kepada anda, aku telah berkata: Tanganku tidak mahu melakukannya dan jiwaku tidak tenang dengannya, maka beliau telah berkata: Demi Allah, tidak akan memuaskan hatiku melainkan dengan itu, maka akupun telah melakukannya kepadanya sebagaimana beliau telah melakukannya kepadaku dan aku telah melepaskannya, kemudian beliau telah memberi cincinnya (copnya) dan berkata: Segala urusan aku di tangan anda, maka uruslah padanya apa yang anda mahu.

       (851)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada al-Khubairi, daripada Yunus bin Zubyan, Mufadhdhal bin Umar, Abi Salmah al-Sarraj dan al-Husain bin Thuwair bin Abi Fakhitah, mereka telah berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau telah berkata: Di sisi kami khazanah bumi dan kunci-kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku boleh menekankan salah satu kakiku dan berkata: Keluarlah emas yang ada di sisi anda, nescaya ia keluar, beliau telah berkata: Kemudian beliau telah menggali dengan salah satu kakinya dan melangkah ke bumi dengan satu langkah, lalu bumi itu terbuka.
       Kemudian beliau telah menggali dengan tangannya: Maka beliau telah mengeluarkan satu keping emas ukuran satu jengkal, kemudian beliau telah berkata: Lihatlah kepadanya baik-baik, lalu kami telah melihatnya, tiba-tiba ia adalah kepingan-kepingan yang banyak yang bersinar-sinar, maka sebahagian daripada kami berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, kamu diberikan apa yang diberikan sedangkan Syiah kamu masih berhajat? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kami dan Syiah kami dunia dan akhirat dan akan memasukkan mereka syurga-syurga Na‘im dan akan memasukkan musuh kita ke neraka.

       (852)-5. Al-Hasan bin Muhammad, daripada al-Mu‘alla bin Muhammad, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mempunyai seorang jiran yang mengikuti seorang sultan, lalu beliau telah mendapat harta yang banyak. Maka beliau telah menyediakan penyanyi-penyanyi, mengumpulkan semua orang kepadanya, meminum arak dan menyakitiku, lalu aku telah mengadu kepadanya bukan sekali, tetapi beliau tidak menghentikannya, apabila aku bertegas terhadapnya, beliau telah berkata kepadaku: “Aku adalah seorang yang diuji sedangkan anda seorang yang belum diuji. Jika anda membentangkan aku kepada sahabat anda, aku telah berharap bahawa Allah akan menyelamatkan aku dengan anda”.
       Kata-katanya telah terlekat di hatiku, manakala aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, aku telah menyebut keadaannya kepadanya, maka beliau telah berkata kepadaku: Apabila anda kembali ke Kufah, beliau akan datang kepada anda, maka katakanlah kepadanya: Ja‘far bin Muhammad telah berkata kepada anda: Tinggallah apa yang anda di atasnya dan aku menjamin untuk anda di atas Allah syurga, beliau telah berkata: Beliau telah menangis, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Allah, Abu Abdillah a.s telah berkata ini kepada anda? Beliau telah berkata: Maka aku telah bersumpah untuknya bahawa sesungguhnya beliau a.s  telah berkata kepadaku apa yang aku telah katakan. Beliau telah berkata kepadaku: Hasbu-ka, dan beliau telah pergi. Selepas beberapa hari, beliau telah mengutus kepadaku dan menyeruku, tiba-tiba beliau di belakang rumahnya di dalam keadaan bertelanjang.
       Maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, tidak, demi Allah, tidak ada sesuatu yang telah tinggal di rumahku melainkan aku telah mengeluarkannya dan aku sebagaimana anda lihat, beliau telah berkata: Maka akupun telah pergi kepada saudara-saudara kami, lalu aku telah mengumpulkan untuknya pakaiannya. Kemudian beberapa hari selepas itu, beliau telah mengutus kepadaku [menyatakan]: “Sesungguhnya aku sakit, maka datanglah kepadaku”, kemudian aku telah datang kepadanya dan aku merawatinya sehingga beliau mati. Aku telah berada di sisinya sedang beliau memuji dirinya. Maka beliau telah pengsan seketika, kemudian beliau telah sedar dan berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, sahabat anda telah menunaikannya untuk kami, kemudian beliau telah mati-rahmat Allah ke atasnya-manakala aku telah mengerjakan haji, aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, aku telah meminta izin  daripadanya.
       Manakala aku telah masuk, beliau telah mula berkata kepadaku: Sesiapa yang telah memasuki rumah[ku] dan salah satu kaki[nya] di dataran [rumahku] dan yang satu lagi di rumahnya di Dihliz: Wahai Abu Basir! Sesungguhnya kami telah menunaikan [kebaikan] untuk sahabat anda.

       (853)-6. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad bin al-Asy‘ath berkata: Beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui sebab kemasukan kami di dalam urusan ini dan keilmuan kami dengannya? Dan tidak ada di sisi kami sebutan daripadanya dan tidak ada keilmuan sesuatu di sisi manusia, beliau telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah itu?
       Beliau telah berkata: Sesungguhnya Abu Ja‘far-iaitu Abu al-Dawaaniq-telah berkata kepada Abu Muhammad bin Asy‘ath: Wahai Muhammad, carilah untukku seorang lelaki yang berakal yang akan menunaikan [sesuatu] untukku, maka bapaku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah dapat mencarinya untuk anda, ini polan Ibn Muhajir, bapa saudaraku, beliau telah berkata: Datanglah bersamanya kepadaku, beliau telah berkata: Maka aku telah mendatanginya dengan bapa saudaraku, lalu Abu Ja‘far al-Dawaaniq telah berkata kepadanya: Wahai Ibn Muhajir, ambillah harta ini dan pergilah ke Madinah, pergilah kepada Abdullah bin al-Hasan bin al-Hasan dan beberapa orang keluarganya antara mereka adalah Ja‘far bin Muhammad, maka katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya aku adalah seorang perantau dari penduduk Khurasan dan Syiah kamu telah mengemukakan kepada kamu harta ini dan berilah kepada setiap orang daripada mereka di atas syarat tertentu.
       Maka apabila mereka telah menerima harta itu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku adalah seorang utusan dan aku suka rancangan kamu bersamaku dengan penerimaan kamu akan harta tersebut. Maka beliau telah mengambil harta itu dan pergi ke Madinah. Kemudian beliau telah pulang kepada Abu al-Dawaaniq dan Muhammad bin al-Asy‘ath di sisinya, maka Abu al-Dawaaniq telah berkata kepadanya: Apakah berita anda? Beliau telah berkata: Aku telah datang kepada mereka dan ini adalah rancangan mereka dengan menerima harta itu kecuali Ja‘far bin Muhammad.
       Sesungguhnya aku telah datang kepadanya ketika beliau sedang melakukan sembahyang di masjid Rasul s.a.w, maka aku telah duduk di belakangnya dan aku telah berkata sehingga beliau berpaling, maka aku telah menyebut kepadanya apa yang aku telah menyebutnya kepada para sahabatnya, lalu beliau telah pulang dengan segera, kemudian beliau telah berpaling kepadaku dan berkata: Wahai ini [lelaki], bertakwalah kepada Allah, janganlah anda menipu keluarga Muhammad kerana mereka hampir masa dengan Bani Marwan dan semua mereka berhajat, maka aku telah berkata: Apakah itu?
        Aslaha-ka llahu, beliau telah berkata: Maka beliau telah merendahkan kepalanya daripadaku dan menceritakan kepadaku semua yang telah berlaku di antara aku dan anda sehingga seolah-olah beliau adalah orang ketiga kita, beliau telah berkata: Abu Ja‘far (al-Dawaaniq) telah berkata kepadanya: Wahai Ibn Muhajir! Ketahuilah bahawa tidak ada daripada Ahlu-Bait Nabi s.a.w melainkan padanyamuhaddath dan sesungguhnya Ja‘far bin Muhammad adalah muhaddah kita pada hari ini, dan bukti ini adalah sebab kata-kata kita di dalam perkara ini.

       (854)-7. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Sa‘id, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah Ja‘far bin Muhammad a.s telah mati ketika berusia 65 tahun pada tahun 148 hijrah dan beliau telah hidup selepas Abu Ja‘far a.s selama 34 tahun.

       (855)-8. Sa‘d bin Abdullah, dariapda Abu Ja‘far Muhammad bin Umar bin Sa‘id, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Aku telah mengapan bapaku dengan dua helai kain dari Syata[12]
                                                                                                              
  
[1] Sepatutnya Umar tidak melihat kepada mukanya seperti diperintahkan oleh Allah.

[2] Bahasa Farsi yang menunjukkan doa kepada bapanya Hurmuz memberitahunya bahawa beliau ditawan, ramai lelaki telah melihatnya dan beliau mengingkari perbuatan Umar kepadanya kerana telah melihat mukanya.

[3] Menggunakannya bagi mengerjakan haji.

[4] Hadis ini adalah menurut catatan al-Saduq Muhammad bin Babwaih.

[5] Malam kematiannya.

[6] Surah al-Waaqi‘ah (56).

[7] Surah al-Fath (48).

[8] Surah al-Zumar (39):74

[9] Surah al-A‘raaf (7): 128

[10] Surah Huud (11): 86

[11] Digunakan ketika kepala dipenggal.

[12] Nama kampung di Mesir.

[13] Hamba

[14] Khalifah Bani ‘Abbas

[15] Orang zalim

[16] Wadi di Madinah

[17] Ghutah adalah tempat yang mempunyai air dan pohon-pohon. Ghutah Dimasyq adalah di Damascus.

[18] Surah al-Dukhaan (44):1-4

[19] Miim dan daal

[20] Malam

[21] Kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas para nabi a.s

[22] Musa bin Ja‘far a.s

[23] Dikeluarkan ke Baghdad dengan perintah khalifah.

[24] Lelaki yang asalnya beragama Kristian, kemudian memeluk Islam.

[25] Atau Sindaan

[26] Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s

[27] Abu Ibrahim a.s

[28] Surah al-Najm (53): 23

[29] Ilmu manaya adalah ilmu tentang kematian dan ilmu balaya adalah ilmu tentang bala yang akan berlaku kepada manusia.

[30] Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab117-119) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab117-119)
 

0 comments:

Catat Ulasan