Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/28 H (bab 108-B ayat2 ttg wilayah)


    Bab (108-b)

(730)-77. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi telah berkata: Bapaku telah memberitahu kepadaku, daripada Ahmad bin Isa berkata: Ja‘far bin Muhammad telah memberitahu kepadaku, daripada bapanya, daripada datuknya a.s tentang firman Allah a.w: “Mereka mengetahui nikmat (ni‘mat) Allah, kemudian mereka mengingkarinya”[1] Beliau telah berkata: Manakala turunnya ayat: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang danmenunaikan zakat di dalam keadaan mereka rukuk”[2] Beberapa orang daripada sahabat Rasulullah s.a.w telah berkumpul di masjid Madinah, maka sebahagian mereka  telah berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah pendapat kamu tentang ayat ini?
       Sebahagian mereka telah berkata: Jika kita mengingkari ayat ini (in kafarna bi-hadhihi al-Ayat), nescaya kita menentang kesemuanya dan jika kita percaya, maka ini adalah satu penghinaan [kepada kita] ketika Ibn Abi Talib menguasai kita, maka mereka telah berkata: Kita telah mengetahui bahawa Muhammad itu benar apa yang dikatakan olehnya, justeru, kita mewalikannya, tetapi kita tidak mentaati Ali sebagaimana kita diperintahkan. Beliau telah berkata: Maka ayat ini diturunkan: “Mereka mengetahui nikmat (ni‘mat) Allah, kemudian mereka mengingkarinya”[3] Mereka mengetahui wilayah [Ali bin Abu Talib] dan kebanyakan mereka mengingkari wilayah Ali bin Abu Talib. 

       (731)-78. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu‘man, daripada Salam berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman-Nya: “Mereka yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati”[4] Beliau telah berkata: Mereka adalah para wasi kerana khuatirkan musuh mereka.

       (732)-79. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Bastam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassaan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Husain al-‘Abdi, daripada Sa‘d al-Askaf, daripada Asbagh bin Nubatah bahawa beliau telah bertanya Amir al-Mukminin a.s tentang firman-Nya: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa kamu, hanya kepada AKulah kamu kembali” [5] Beliau telah berkata: Dua ibu bapa yang Allah mewajibkan kesyukuran kepada mereka berdua adalah ibu bapa yang telah melahirkan ilmu, mewariskan hikmah dan manusia diperintahkan supaya mentaati mereka berdua. Kemudian Allah telah berfirman: “hanya kepada AKulah kamu kembali”
       Justeru manusia mesti kembali kepada Allah, kemudian Dia telah mengaitkannya kepada anak lelaki Hantamah[6] dan sahabatnya[7], maka Dia telah berfirman secara khas dan umum: “Dan jika kedua-duanya memaksa kamu untuk mempersekutukan dengan Aku”[8] Beliau telah berkata: Tentang wasiat dan [jika] anda berpaling daripada orang yang anda diperintahkan supaya mentaatinya(Ali), maka janganlah anda mematuhi mereka berdua (Abu Bakr dan Umar) dan janganlah anda mendengar kata-kata mereka berdua, kemudian Dia mengaitkan firman-Nya kepada “dua ibu bapa” Maka Dia telah berfirman: “Dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik” Beliau telah berkata: Perkenalkanlah kepada manusia kelebihan mereka berdua dan serulah [manusia] kepada jalan mereka berdua sebagaimana firman-Nya: “Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku” [9]Maka beliau telah berkata: Kepada Allah, kemudian kepada kami, bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menderhakai dua ibu bapa kamu kerana keredaan mereka berdua adalah keredaan Allah dan kemarahan mereka berdua adalah kemarahan Allah.

       (733)-80. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Saif, daripada bapanya, daripada  ‘Amru bin Huraith berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Seperti pohon yang baik akarnya teguh dan cabangnya ke langit”[10] Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah akarnya, Amir al-Mukminin a.s adalah cabangnya, para imam daripada zuriat mereka berdua adalah dahan-dahannya. Ilmu para imam adalah buahnya dan Syiah mereka yang beriman adalah daunnya, adakah ia satu kelebihan? Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Tidak, demi Allah, beliau telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya mukmin [apabila] dilahirkan, maka keluarlah satu daun padanya dan sesungguhnya mukmin [apabila] beliau mati, maka daun itu akan gugur daripadanya.

       (734)-81. Muhammad bin Yahya, daripada Hamdan bin Sulaiman, daripada Abdullah bin Muhammad al-Yamani, daripada Mani‘ bin al-Hajjaj, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Tidak manfaat iman seseorang kepada dirinya yang belum beriman sebelum itu (Iaitu perjanjian di alam roh) atau dia (belum) melakukan kebaikan dalam masa imannya”[11] Beliau telah berkata: Ikrar dengan para nabi, para wasi dan Amir al-Mukminin a.s secara khusus. Beliau telah berkata: Imannya tidak akan memanfaatkannya kerana ia telah diambil.

       (735)-82. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Yunus, daripada Sabah al-Mazni, daripada Abi Hamzah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s tentang firman Allah a.w: “Malah sesiapa yang berbuat dosa dan ia diliputi oleh dosanya” Beliau telah berkata: Apabila beliau mengingkari imamah Amir al-Mukminin a.s “Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”[12]

       (736)-83. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Hammad bin Uthman daripada Abi ‘Ubaidah al-Haza’ berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far tentang kemampuan (istitaa‘ah) dan kata-kata manusia, maka beliau telah berkata: Beliau telah membaca ayat ini: “Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu dan untuk itulah Allah telah menciptakan mereka”[13] Beliau telah berkata: Wahai Abu ‘Ubaidah, manusia berselisih pendapat tentang ketepatan kata-kata dan semua mereka binasa. Aku telah berkata: Firman-Nya: “Kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu”?
       Beliau telah berkata: Mereka itu adalah Syiah kita dan kerana rahmat-Nyalah Dia telah menciptakan mereka, iaitu firman-Nya: “Untuk itulah Dia telah menciptakan mereka” Beliau telah berkata: Kerana ketaatan kepada imam. Tentang rahmat-Nya Dia telah berfirman: “Rahmat-Ku meliputi setiap sesuatu” Beliau telah berkata: Ilmu imam adalah daripada ilmu-Nya yang meliputi setiap sesuatu. Kemudian Dia telah berfirman: “Maka aku tetapkan rahmat-Ku untuk mereka yang bertakwa”[14] Iaitu wilayah imam dan ketaatan kepadanya. Kemudian Dia telah berfirman: “Mereka mendapatinya tertulis di sisi mereka di dalam Taurat dan Injil” Iaitu Nabi s.a.w, wasi dan al-Qaim “Menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar” Munkar adalah orang yang mengingkari kelebihan imam dan menentangnya “Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik” Iaitu mengambil ilmu daripada ahlinya “Dan menghramkan bagi mereka segala yang buruk”
        Segala yang buruk adalah kata-kata dari musuh[15] “Dan membuang dari mereka beban-beban”Iaitu dosa-dosa yang dahulu sebelum mereka mengetahui kelebihan imam “Belenggu yang ada pada mereka” Iaitu kata-kata mereka yang menentang kelebihan imam. Apabila mereka mengetahui kelebihan imam, lalu dibuang dari mereka beban-beban atau dosa-dosa mereka. Kemudian Dia telah berfirman: “Maka mereka yang beriman kepadanya (Iaitu imam), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya, mereka itulah mereka yang beriman”[16] Iaitu mereka yang meninggalkan al-Jibt dan al-Taghut dan ibadat terhadap mereka. Al-Jibt dan al-Taghut adalah polan, polan dan polan[17]. Dan ibadat kepada mereka iaitu ketaatan manusia kepada mereka. Kemudian Dia telah berfirman: “Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dan berserahlah diri kepada-Nya”[18] Kemudian Dia memberi ganjaran kepada mereka, maka Dia telah berfirman: “Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat”[19] Imam memberi berita gembira kepada mereka dengan kedatangan al-Qaim [secara khusus] dan kelahirannya, dengan pembunuhan musuh-musuh mereka, kejayaan di akhirat dan mendatangi Muhammad s.a.w di Kolam (al-Haudh) kelak.

       (737)-84. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada ‘Ammar al-Sabiti berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Apakah orang yang mengikuti keredaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam? Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah”[20] Beliau telah berkata: Mereka yang mengikuti keredaan Allah adalah para imam dan mereka, demi Allah, wahai ‘Ammar bertingkat-tingkat bagi mukminin dan wilayah mereka kepada kami, semoga Allah melipatgandakan [pahala] amalan mereka dan mengangkat darjat mereka yang tinggi untuk mereka.

       (738)-85. Ali bin Muhammad dan selain daripadanya, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ziyad al-Qandi, daripada ‘Amamr al-Asadi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya”[21] Wilayah kami Ahlu l-Bait-beliau menunjukkan dengan tangannya ke dadanya-sesiapa yang tidak mewalikan kami, Allah tidak akan mengangkatkan amalan untuknya.

       (739)-86. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada al-Qasim bin Sulaiman, daripada Sama‘ah bin Mihran, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.s: “Nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian” Beliau telah berkata: Al-Hasan dan al-Husain “Dan menjadikan untukmu cahaya kamu dapat berjalan dengannya”[22] Beliau telah berkata: Imam yang kamu ikuti.

       (740)-87. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu Adillah a.s tentang firman-Nya: “Dan mereka menanyakan kepadamu: Benarkah ia?” Beliau telah berkata: Apa yang anda telah katakan kepada Ali “Katakanlah: Ya, demi Allah, sesungguhnya itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput (daripadanya)”[23]

       (741)-88. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami, daripada bapanya, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s  telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tentang firman-Nya: “Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar”[24] Maka beliau telah berkata: Sesiapa yang dimuliakan Allah dengan mewalikan kami, maka beliau akan dapat mendakinya; kamilah jalan yang mendaki lagi sukar itu (nahnu tilka al-‘Aqabah) sesiapa yang mencubanya akan berjaya [dengan kami].
       Beliau telah berkata: Maka beliaupun diam, Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mahu jika aku memberi kepada anda satu huruf yang lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya? Aku telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau telah berkata: Tentang firman-Nya: “Melepaskan budak dari perbudakan”[25] Kemudian beliau telah berkata: Manusia semuanya hamba-hamba dunia (‘abiid al-Dunya) selain daripada anda dan sahabat anda kerana Allah telah melepaskan tengkuk kamu [semua] dari api neraka dengan mewalikan kami Ahlu l-Bait.

       (742)-89. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi  ‘Umair, daripada Sama‘ah, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Penuhilah janji kepada-Ku” Beliau telah berkata: Dengan wilayah Amir al-Mukminin a.s “Nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu”[26] Nescaya Aku kurniakan kepada kamu syurga.

       (743)-90. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada al-Hasan bin ‘Abd al-Rahman, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, nescaya mereka yang kafir berkata kepada mereka yang beriman: “Manakah di antara kedua golongan yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat pertemuan(nya)”[27] Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Quraisy kepada wilayah kami, lalu mereka lari dan mengingkari[nya].
       Maka berkatalah mereka yang kafir di kalangan Quraisy kepada mereka yang beriman: Mereka yang telah mengakui Amir al-Mukminin a.s dan kami Ahlu l-Bait[28]: “Manakah di antara kedua golongan yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat pertemuan(nya)” sebagai penghinaan daripada mereka. Maka Allah telah berfirman sebagai jawapan kepada mereka: “Berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, sedang mereka adalah lebih bagus alat rumah tangganya dan lebih sedap dipandang mata”[29] Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Tuhan Yang Maha Pemurah memperpanjangkan tempoh baginya”
       Beliau telah berkata: Semua mereka telah berada di dalam kesesatan, tidak percaya kepada wilayah Amir al-Mukminin a.s dan tidak [percaya] kepada wilayah kami, maka mereka adalah sesat dan menyesatkan (dhaalliin mudhilliin), maka Dia memperpanjangkan kesesatan dan kezaliman mereka sehingga mereka mati. Dia akan menukarkan mereka ke tempat yang buruk kedudukannya dan penolong-penolong yang lebih lemah.
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepada mereka, baik seksa maupun kiamat, maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penolong-penolongnya”[30] Beliau telah berkata: Adapun firman-Nya: “Sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepada mereka” Keluarnya al-Qaim dan hari akhirat. Justeru, mereka akan mengetahui hari itu dan apa yang telah diturunkan kepada mereka oleh Allah di tangan Qaim-Nya. Demikianlah firman-Nya: “Siapa yang lebih buruk kedudukannya” (Iaitu di sisi al-Qaim) dan lebih lemah penolong-penolongnya
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk”[31] Beliau telah berkata: Dia akan menambah pada hari itu petunjuk di atas petunjuk kerana mereka mengikuti al-Qaim, mereka tidak menentangnya dan mengingkarinya. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Mereka tidak dapat memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah”?[32]
       Beliau telah berkata: Kecuali mereka yang telah berpegang kepada Allah dengan wilayah Amir al-Mukminin dan para imam a.s selepasnya, maka ia adalah perjanjian (al-‘Ahd) di sisi Allah, aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menjadikan (hati) mereka rasa kasih sayang”?[33] Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin adalah rasa kasih sayang (Wuddan) sebagaimana difirmankan-Nya. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Maka sesungguhnya telah Kami mempermudahkannya (al-Qur’an) dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengannya kepada mereka yang bertakwa dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang”?[34]
       Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah mempermudahkannya (al-Qur’an) dengan bahasanya ketika Amir al-Mukminin a.s telah menjadi tanda [ketokohannya], maka baginda s.a.w telah memberi berita gembira kepada mukminin dengannya dan memberi peringatan kepada mereka yang kafir dengannya, merekalah yang disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya “luddan” mereka yang kafir. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang firman-Nya: “Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai”[35]
       Beliau telah berkata: Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang mana anda berada di kalangan mereka sebagaimana bapa-bapa mereka diberi peringatan, lalu mereka lalai daripada Allah, Rasul-Nya dan ancaman-Nya “Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan terhadap kebanyakan mereka (di kalangan mereka yang tidak mengakui wilayah Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya), kerana mereka tidak beriman” [36]dengan imamah Amir al-Mukminin a.s dan para wasi selepasnya. Manakala mereka tidak mengakui[nya] maka balasan mereka sebagaimana disebut oleh Allah: “Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka ke dagu, maka kerana itu mereka terbelenggu” di neraka Jahannam. Kemudian Dia telah berfirman: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula) dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”[37]
       Sebagai balasan daripada-Nya untuk mereka, kerana mereka mengingkari wilayah Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya di dunia ini dan di akhirat pula mereka di neraka Jahannam terbelenggu. Kemudian Dia telah berfirman: “Wahai MuhammadSama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka atau  kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman” [38] dengan Allah, [Rasulullah s.a.w], wilayah Ali[39] dan para imam selepasnya. Kemudian Dia telah berfirman: “Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada mereka yang mahu mengikuti peringatan (iaitu Amir al-Mukminin a.s) dan takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah dengan perkara yang ghaib. Maka berilah mereka berita gembira, wahai Muhammad, dengan ampunan dan pahala yang mulia”[40]

       (744)-91. Ali bin Muhammad, daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang firman Allah a.w: “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka” Beliau telah berkata: Mereka ingin memadamkan wilayah Amir al-Mukminin a.s dengan mulut mereka, aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya” Beliau telah berkata: Dan Allah tetap menyempurnakan imamah kerana firman-Nya: “Mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan cahaya yang Kami telah turunkan”[41]
       Justeru cahaya adalah imam (fa-al-Nuur huwa al-Imam). Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar” Beliau telah berkata: Dia-lah yang telah memerintahkan Rasul-Nya dengan wilayah wasinya dan wilayah [Ali] adalah agama yang benar. Aku telah berkata: “Agar Dia memenangkannya di atas segala agama”Beliau telah berkata: Dia akan menzahirkannya di atas segala agama ketika datangnya al-Qaim, beliau telah berkata: Allah telah berfirman: “Dan Allah menyempurnakan cahaya-Nya” [Dengan] Wilayah al-Qaim. “Meskipun mereka yang kafir musyrik benci” dengan wilayah Ali, aku telah berkata: Adakah initanzil?[42] Beliau telah berkata: Ya, adapun huruf ini, maka ia adalah tanzil dan yang lainnya adalah takwil. Aku telah berkata: “Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi)”[43]
       Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menamakan orang yang tidak mengikuti Rasul-Nya di dalam wilayah wasinya sebagai munafikin dan Dia telah menjadikan orang yang menentang imamahwasinya seperti orang yang menentang Muhammad (man jaahada Muhammadan), Dia telah menurunkannya kerana itu, maka Dia telah berfirman: Wahai Muhammad, “Apabila mereka yang munafik datang kepada kamu” (dengan wilayah wasi engkau) mereka  telah berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasulullah. Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka yang munafik  (dengan wilayah Ali) itu benar-banar pendusta”[44]
       “Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi dari jalan Allah (jalan adalah wasi). Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan?
Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman (dengan risalah engkau), kemudian menjadi kafir (dengan wilayah wasi engkau) lalu hati mereka dikunci mati (oleh Allah), kerana itu mereka tidak dapat mengerti”[45] Aku telah berkata: Apakah makna “Mereka tidak dapat mengerti” Beliau telah berkata: Mereka tidak dapat memikirkan tentang kenabian engkau (Muhammad). Aku telah berkata: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah, agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu”?
       Beliau telah berkata: Dan apabila dikatakan kepada mereka kembalilah kepada wilayah Ali, nescaya Nabi s.a.w meminta ampunan untuk kamu daripada dosa-dosa kamu “Mereka memalingkanmuka mereka”. Allah telah berfirman: “Dan kamu lihat mereka berpaling” (daripada wilayah Ali)[46]sedang mereka menyombongkan diri”[47] ke atasnya. Kemudian Allah telah berfirman: “Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang fasik”[48] Beliau telah berkata: Mereka yang zalim kepada wasi engkau.
       Aku telah berkata: “Apakah orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk atau orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus”[49] Beliau telah berkata: Sesungguhnya orang yang menyeleweng daripada wilayah Ali adalah seperti orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya, tidak mendapat petunjuk bagi urusannya dan Dia telah menjadikan orang yang mengikutinya berjalan tegap di atas jalan yang lurus. Dan jalan yang lurus itu (al-Sirat al-Mustaqim) adalah Amir al-Mukminin a.s.
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sesungguhnya ia adalah perkataan rasul yang mulia”[50] Beliau telah berkata: Iaitu kata-kata Jibrail daripada Allah tentang wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: “Dan ia bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman dengannya”[51] Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya Muhammad adalah pembohong kepada Tuhannya dan Allah tidak memerintahkannya dengan ini [imamah] kepada Ali, maka Allah telah menurunkan firman-Nya: (Sesungguhnya wilayah Aliadalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya beliau (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas Kami, nescaya benar-benar Kami pegang beliau pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya”
       Kemudian Dia telah berfirman: “Dan sesungguhnya (wilayah Ali) itu benar-benar suatu pelajaran bagi mereka yang bertakwa (yang alim). Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakannya. Dan sesungguhnya (Ali) itu benar-benar menjadi penyesalan bagi mereka yang kafir. Dan sesungguhnya (wilayahnya) itu benar-benar kebenaran yang diyakini[52] Maka bertasbihlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang Maha Besar”[53] Beliau telah berkata: Bersyukurlah kepada Tuhan engkau yang telah memberi kepada engkau kelebihan ini.
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan sesungguhnya kami manakala mendengar petunjuk, kami beriman kepadanya” Beliau telah berkata: Petunjuk (al-Huda) adalah wilayah Ali, kami telah beriman dengan maulana, lantaran itu, sesispa yang beriman dengan maulanya “Maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut) akan penambahan dosa dan kesalahan”[54] Aku telah berkata: Adakah ia tanzil (wahyu)? Beliau telah berkata: Tidak, ia adalah takwil. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak ada kuasa  mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan” Beliau telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyeru manusia kepada wilayah Ali, lalu Quraisy telah berkumpul kepadanya, kemudian mereka  telah berkata: Wahai Muhammad, maaflah kami daripada [lelaki] ini.
       Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ini terserah kepada Allah, bukan kepadaku, lantas mereka menuduhnya [berbohong] dan keluar dari sisinya, maka Allah menurunkan firman-Nya: “Sesungguhnya aku tidak ada kuasa  mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatanKatakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun yang dapat melindungiku dari Allah (jika aku menderhakaiNya) dan sekali-kali aku tiada akan memperoleh tempat berselindung selain daripada-Nya.Tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya (tentang Ali). Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, kemudian Dia telah berfirman sebagai pengukuhan: “Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya (pada wilayah Ali), maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya Sehingga apabila mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka, maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolongnya dan lebih sedikit bilangannya”[55] Dimaksudkan dengan sedemikian adalah al-Qaim dan penolong-penolongnya.
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya; “Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan?Beliau telah berkata: Mereka  telah berkata kepada engkau. “Dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.  Dan biarlah Aku (wahai Muhammad) bertindak terhadap pendusta-pendusta (wasi engkau), mereka yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar”[56] Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Supaya mereka  yang diberi al-Kitab yakin?” Beliau telah berkata: Supaya mereka yakin bahawa sesungguhnya Allah, Rasul-Nya dan wasinya adalah benar. Aku telah berkata: “Dan supaya mereka yang beriman itu bertambah imannya” Beliau telah berkata: Iman mereka akan bertambah dengan wilayah wasinya[Rasulullah s.a.w]. Aku telah berkata: “Dan supaya mereka yang diberi al-Kitab dan mereka yang mukmin itu tidak ragu-ragu” Beliau telah berkata: Dengan wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: Apakah keraguan ini? Beliau telah berkata: Ia dimaksudkan kepada al-Kitab dan mukminin yang disebut oleh Allah, maka beliau telah berkata: Mereka tidak ragu-ragu tentang wilayah Ali a.s.
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia”[57] Beliau telah berkata: Ya, wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: “Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar”[58] Beliau telah berkata: Wilayah [Ali a.s]. Aku telah berkata: “Bagi sesiapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur”[59]  Beliau telah berkata: Sesiapa yang berkehendak maju kepada wilayah kami, maka beliau ditangguhnya dari Saqar dan sesiapa yang membelangkangi kami, maka beliau akan maju ke Saqar “Kecuali golongan kanan”[60]
       Beliau telah berkata: Demi Allah, merekalah Syiah kita. Aku telah berkata: “Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang”?[61] Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak mewalikan wasi Muhammad dan para wasi selepasnya-mereka tidak mengambil berat ke atas mereka-aku telah berkata: “Maka mengapa mereka berpaling dari peringatan Allah?”[62] Beliau telah berkata: Mereka berpaling dari wilayah [Ali a.s dan para wasi a.s]. Aku telah berkata: “Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya al-Qur’an itu adalah peringatan”[63] Beliau telah berkata: Wilayah [Ali dan para wasi a.s].
       Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Mereka menunaikan nazar”?[64] Beliau telah berkata: Mereka menunaikan nazar yang telah diambil oleh Allah ke atas mereka di dalam perjanjian (al-Mithaq)[65] tentang wilayah kami. Aku telah berkata: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur’an kepadamu dengan beransur-ansur”[66] Beliau telah berkata: Dengan wilayah Ali secara tanzil. Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, ia adalah tanzil yang mempunyai makna takwil. Aku telah berkata: “Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan”[67] Beliau telah berkata: Wilayah [Ali dan para wasi a.s]. Aku telah berkata:  “Dia memasukkan siapa yang dikendakiNya ke dalam rahmat-Nya” Beliau telah berkata: Di dalam wilayah kami.
       Dia telah berfirman: “Dan bagi mereka yang zalim disediakanNya azab yang pedih”[68] [Beliau telah berkata]: Tidakkah anda melihat kepada firman-Nya: “Dan tidaklah mereka menzalimi Kami, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri”[69] Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah lebih mulia dari menzalimi atau mengaitkan diri-Nya kepada kezaliman, tetapi Allah telah mencampurkan diri kami dengan diri-Nya, lalu Dia telah menjadikan kezaliman kami kezaliman-Nya, wilayah kami wilayah-Nya, kemudian Dia telah menurunkan firman-Nya ke atas Nabi-Nya, maka Dia telah berfirman: “Dan tidaklah mereka menzalimi Kami, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri”[70] Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau  telah berkata: Ya.
       Aku telah berkata: “Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi mereka yang berdusta” Beliau telah berkata: Allah telah berfirman: Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi mereka yang berdusta, wahai Muhammad, dengan apa yang Aku telah mewahyukan kepada engkau daripada wilayah [Ali bin Abi Talib a.s]. “Bukankah Kami telah binasakan mereka yang dahulu? Lalu Kami iringi mereka dengan mereka yang datang kemudian” Beliau telah berkata: Mereka yang terdahulu yang telah membohongi para rasul di dalam mentaati para wasi. “Demikianlah Kami berbuat terhadap mereka yang berdosa”[71]
       Beliau telah berkata: Orang yang telah melakukan jenayah (dosa) kepada keluarga Muhammad dan menolak wasinya. Aku telah berkata: “Sesungguhnya mereka yang bertakwa”?[72] Beliau telah berkata: Demi Allah, kami dan Syiah kami, tidak berada di atas agama Ibrahim selain daripada kita dan semua manusia terlepas daripadanya. Aku telah berkata: “Pada hari, ketika ruh, dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata-kata yang benar”[73]
       Beliau telah berkata: Demi Allah, kamilah yang diberi izin untuk mereka pada hari Kiamat dan kamilah yang akan berkata benar. Aku telah berkata: Apakah kamu berkata apabila kamu bercakap? Beliau telah berkata: Kami memuji Tuhan kami dan kami berselawat ke atas Nabi kami dan kami memberi syafaat kepada Syiah kami, maka Tuhan kami tidak akan menolaknya. Aku telah berkata: “Sekali-kali jangan curang, kerana kitab orang yang derhaka tersimpan dalam sijjiin”[74] Beliau telah berkata: Mereka itulah yang telah mengkhianati hak para imam dan memusuhi mereka. Aku telah berkata: Kemudian dikatakan: “Inilah yang dahulu selalu kamu dustakan”[75] Beliau telah berkata: Iaitu Amir al-Mukminun a.s, aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.

       (745)-92. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada al-Husain bin ‘Abd al-Rahman, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s. tentang firman-Nya: “Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit” Beliau telah berkata: Dimaksudkan dengannya ialah Wilayah Amir al-Mukminin a.s. Aku telah berkata: “Dan Kami akan menghidupkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta
       Beliau telah berkata: Iaitu buta mata di akhirat adalah kerana buta hati di dunia daripada wilayah Amir al-Mukminin a.s, beliau telah berkata: Beliau di dalam keadaan keliru pada hari Kiamat berkata:“Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah telah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepada kamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya” Beliau telah berkata: Ayat-ayat itu adalah para imam a.s. “Dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan” Iaitu kamu telah meninggalkannya.
       Demikian juga pada hari itu kamu[akan] ditinggalkan di neraka sebagaimana kamu telah meninggalkan para imam a.s, kamu tidak mentaati perintah mereka, kamu tidak mendengar kata-kata mereka. Aku telah berkata: “Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal”?[76] Beliau telah berkata: Orang yang menyekutukan orang lain dengan wilayah Amir al-Mukminin a.s dan tidak beriman dengan ayat-ayat Tuhannya dan meninggalkan para imam a.s dengan penuh penentangan, tidak mengikuti kesan-kesan mereka dan tidak mewalikan mereka. Aku telah berkata: “Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki siapa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Kuat dan lagi Maha Perkasa”?
       Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin a.s. Aku telah berkata: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat”? Beliau telah berkata: [sesiapa yang] mengetahui Amir al-Mukminin dan para Imam a.s. “Akan Kami tambah keuntungan itu baginya” Beliau telah berkata: Kami akan tambah keuntungannya daripadanya, beliau telah berkata: Beliau akan menerima bahagiannya daripada negeri mereka “Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan  bersama al-Qaim kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian di akhirat”[77] Beliau telah berkata: Tidak ada baginya habuan di dalam pemerintahan yang benar (al-Haqq) bersama  al-Qaim.

                                                                   Bab 109
  [1] Surah al-Nahl (16): 83

[2] Surah al-Ma’idah (5): 55

[3] Surah al-Nahl (16): 83

[4] Surah al-Furqaan (25): 63

[5] Surah Luqman (31): 14

[6] Umar bin al-Khattab. Hantamah adalah ibu Umar bin al-Khattab.

[7] Abu Bakr

[8] Surah Luqman 931): 15

[9] Ibu bapa yang menyeru anak mereka kepada perkara mungkar mesti ditentang secara baik.

[10] Surah Ibrahim (14): 24

[11] Surah al-An ‘aam (6): 158

[12] Surah al-Baqarah (2): 81

[13] Surah Huud (11): 118-119

[14] Surah al-A‘raaf (7): 156

[15] Yang menentang Ahlu l-Bait a.s

[16] Surah al-A‘raaf (7): 157

[17] Abu Bakr, Umar dan Uthman

[18] Surah al-Zumar (39): 54

[19] Surah Yunus (10): 64

[20] Surah Ali ‘Imran (3):162-163

[21] Surah Faathir (35): 10

[22] Surah al-Hadiid (57): 28

[23] Surah Yunus (10): 54

[24] Surah al-Balad (90): 11

[25] Surah al-Balad (90): 13. Iaitu memerdekakan hamba.

[26] Surah al-Baqarah (2): 40

[27] Surah Maryam (19): 73

[28] Definisi mukminin: Mereka yang mengakui Amir al-Mukminin a.s dan para wasi a.s selepasnya.

[29] Surah Maryam (19): 74

[30] Surah Maryam (19): 75

[31] Surah Maryam (19): 76

[32] Surah Maryam (19): 87

[33] Surah Maryam (19): 96

[34] Surah Maryam (19): 97

[35] Surah Yaasiin (36): 6

[36] Surah Yaasiin (36): 7

[37] Surah Yaasiin (36): 9

[38] Surah Yaasiin (36): 10

[39] Al-Suyuti, Durr al-Manthur, v, hlm. 192 mencatat bahawa terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33): 25, iaitu “Bi ‘Ali bin Abi Talib” Justeru, ayat yang dibaca dahulu  ialah: “Kafa llahu al-Mu’minin al-Qital bi ‘Ali bin Abi Talib”

[40] Surah Yaasiin(36): 11

[41] Surah al-Taghaabun (64): 8

[42] Tanzil bererti apa yang telah diturunkan (wahyu).

[43] Surah al-Munaafiquun (63): 3

[44] Surah al-Munaafiqiin (63): 1

[45] Surah al-Munaafiqiin ( 63): 3

[46] Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 menacatatkan riwayat daripada ‘Aisyah bahawa beliau telah berkata: “Ayat al-Radha‘ah (penyusuan) sebanyak sepuluh kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mashaf di bawah katilku, tetapi manakala Rasulullah s.a.w mati dan kami sibuk dengan kematiannya, maka ianya telah hilang”

[47] Surah al-Munaafiqiin (63): 5

[48] Surah al-Munaafiqiin (63): 6

[49] Surah al-Mulk ( 67): 22

[50] Surah al-Haaqqah ( 69): 40

[51] Surah al-Haaqqah (69): 41

[52] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur’an, iaitu “La targhabuu ‘an aabaa’i-kum”, tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur’an yang ada sekarang.

[53] Surah al-Haaqqah (69): 48- 52

[54] Surah al-Jin (72):13

[55] Surah al-Jin (72): 23-24

[56] Surah al-Muzzammil (73): 10-11

[57] Surah al-Muddaththir (74): 31

[58] Surah al-Muddaththir (74): 35

[59] Surah al-Muddaththir (74): 37

[60] Surah al-Muddaththir (74): 39

[61] Surah al-Muddaththir (74)” 43

[62] Surah al-Muddaththir (74): 49

[63] Surah al-Muddaththir ( 74): 54

[64] Suraj al-Insaan (76): 7

[65] Perjanjian di alam roh.

[66] Surah al-Insaan (76): 23

[67] Surah al-Insaan (76): 29

[68] Surah al-Insaan 976): 31

[69] Surah al-Baqarah (2): 57

[70] Surah al-Baqarah (2): 57

[71] Surah al-Mursalaat (77): 15-18

[72] Surah al-Mursalaat (77): 41

[73] Surah al-Naba’ (78): 38

[74] Surah al-Mutaffifiin (83): 7

[75] Surah al-Mutaffiffin (83(: 17

[76] Surah Taha (20): 124-127

[77] Surah al-Syuura ( 42): 19-20

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/28 H (bab 108-B ayat2 ttg wilayah) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/28 H (bab 108-B ayat2 ttg wilayah)
 

0 comments:

Catat Ulasan