Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Penjelasan Ali a.s. mengenai kelebihannya dan Ahl Bait berbanding dengan Quraisy dll., Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali w.90 H


(Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali, sahabat Imam Ali as, w.90 H)

Penjelasan Ali a.s. mengenai kelebihannya dan Ahl Bait berbanding dengan Quraisy

       Abban daripada Sulaim: Beliau berkata: Aku telah melihat Ali a.s. di Masjid Rasulullah Saw. pada masa pemerintahan Uthman dan beberapa kumpulan sedang bercakap-cakap dan bermuzakarah tentang Fiqh dan Hadis. Mereka telah menyebut tentang Quraisy, kelebihannya, keutamaannya, hijrahnya dan sabda Rasulullah Saw. mengenai mereka. Umpama sabdanya (Saw.): Para imam itu adalah daripada Quraisy. Dan sabdanya: Orang ramai adalah pengikut kepada Quraisy dan Quraisy adalah pemimpin Arab. Dan sabdanya: Janganlah kalian mencaci Quraisy[1]. Dan sabdanya: Bagi Quraisy kekuatan dua orang bukan Quraisy. Sabdanya: Allah memarahi mereka yang memarahi Quraisy. Dan sabdanya: Sesiapa mahu menghina Quraisy, Allah menghinanya.        Mereka menyebut tentang kaum Ansar, kelebihannya, keutamaannya, pertolongannya, pujian Allah ke atas mereka dalam kitab-Nya dan sabda Rasulullah Saw. tentang kelebihan mereka. Mereka menyebut sabda Rasulullah Saw. tentang Sa‘d bin Mu‘adh pada jenazahnya, Ghassil al-Malaikah,[2] dan orang yang dikerumuni lebah sehingga mereka tidak meninggalkan sesuatupun daripada kelebihan mereka. Maka dia berkata: Setiap suku daripada kami adalah fulan dan fulan. Quraisy berkata: Rasulullah Saw. adalah daripada kami, Hamzah dan Ja‘far adalah daripada kami. Daripada kami Ubaidah bin al-Harith, Zaid bin al-Harithah, Abu Bakr, Umar, Sa‘ad, Abu Ubaidah, Salim dan Ibn Auf. Mereka tidak meninggalkan seorangpun daripada suku mereka terdahulu melainkan telah menyebutnya. Di perkarangan Masjid terdapat lebih daripada dua ratus lelaki. Di kalangan mereka ada yang sedang mengadap Qiblat dan ada yang berada di sekitar perkarangannya.
       Aku ingat daripada Quraisy adalah Ali bin Abu Talib salawatullahi alaihi, Sa‘d, Ibn Auf, al-Zubair, Talhah, Ammar, al-Miqdad, Abu Dhar, Hasyim bin Atabah, Abdullah bin Umar, al-Hasan, al-Husain, Ibn Abbas, Muhammad bin Abu Bakr, Ubaidillah bin Ja‘far dan Ubaidillah bin Abbas. Daripada kaum Ansar adalah Ubayy bin Ka‘ab, Zaid bin Thabit, Abu Ayyub, Abu al-Haitham bin al-Taihan, Muhammad bin Salmah, Qais bin Sa‘d, Jabir bin Abdullah, Abu Maryam, Anas bin Malik, Zaid bin Arqam, Abdullah bin Ubayy, Auf dan Abu Laila bersama anak lelakinya Abd al-Rahman di dalam keadaan duduk dan di sisinya seorang budak yang berseri-seri mukanya
       Tiba-tiba Abu al-Hasan al-Basri datang bersama anak lelakinya al-Hasan yang berseri-seri mukanya dan mempunyai ketinggian yang sederhana. Aku mulai melihat kepadanya dan kepada Abd al-Rahman bin Abu Laila, tetapi aku tidak tahu yang mana satu yang lebih tampanAl-Hasan adalah lebih besar dan tinggi. Mereka telah berhimpun dari pagi sehingga solat pertama. Uthman berada di rumahnya. Beliau tidak tahu apa yang sedang berlaku.
       Ali bin Abu Talib a.s. diam seketika dan tidak seorangpun daripada Ahl-Baitnya yang bercakap. Mereka datang kepada Ali a.s. dan berkata: Wahai Abu al-Hasan! Apa yang menghalang anda daripada bercakap? Beliau berkata: Tidak ada seorangpun daripada suku-suku melainkan disebut kelebihannya. Beliau berkata: Memang benar. Kemudian beliau berkata: Wahai kaum Quraisy dan Ansar! Dengan siapakah Allah kurniakan kepada kalian kelebihan ini? Adakah dengan diri kalian, kabilah kalian dan Ahl Bait kalian atau selain daripada kalian? Mereka menjawab: Allah kurniakan kepada kami dengan Rasulullah Saw. bukan dengan diri kami, kabilah kami atau keluarga kami.
       Beliau berkata: Kalian memang benar wahai kaum Ansar! Adakah kalian mengakui bahawa orang yang menjadikan kalian mencapai kebaikan dunia dan akhirat ialah daripada kami khususnya Ahl al-Bait bukan kalian? Sesungguhnya sepupuku Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya aku dan saudaraku Ali bin Abu Talib adalah daripada tanah bapaku Adam.[3] Ahli Badr, Uhud dan orang yang terawal Islam semuanya berkata: Ya, kami telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw.
       Dalam riwayat yang lain: Kami adalah cahaya yang berjalan di hadapan Allah sebelum Allah menjadikan Adam empat belas ribu tahun. Apabila menjadikan Adam, Dia telah meletakkan cahaya tersebut pada sulbinya dan Dia telah menurunkannya ke Bumi. Kemudian Dia telah membawanya ke dalam bahtera pada sulbi Nuh. Kemudian Dia telah mencampakkannya ke dalam api pada sulbi Ibrahim. Kemudian Allah sentiasa memindahkan kami daripada sulbi-sulbi yang mulia kepada rahim-rahim yang suci. Dan daripada rahim-rahim yang suci kepada sulbi-sulbi yang mulia terdiri daripada bapa-bapa dan ibu-ibu. Kemudian tiada seorangpun daripada mereka telah melakukan zina.[4] Maka ahli Badr, Uhud, orang terawal dan terkemudian semuanya berkata: Ya, kami telah mendengar demikian itu daripada Rasulullah Saw.

Orang ramai mengakui kelebihan Ali a.s. selepas beliau menyeru mereka dengan nama Allah

       Ali a.s. berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mempersaudarakan di antara setiap dua lelaki daripada sahabatnya dan beliau telah mempersaudarakanku dengan dirinya lalu bersabda: Anda adalah saudaraku dan aku adalah saudara anda di Dunia dan di Akhirat? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[5]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah membeli tapak Masjidnya dan rumah-rumahnya, lalu beliau telah meminta aku bermalam di rumahnya. Kemudian beliau telah membina sepuluh rumah; sembilan untuknya dan menjadikan untukku yang kesepuluhnya pada tengahnya. Beliau telah menutup setiap pintu jalan ke Masjid selain daripada pintuku. Justeru itu, telah bercakaplah mereka yang bercakap mengenainya. Maka beliau bersabda: Aku bukanlah menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya, tetapi Allah telah memerintahkan aku menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya. Sesungguhnya beliau telah melarang orang ramai tidur di Masjid selain daripadaku. Aku pernah berjunub di masjid, di rumahku dan di rumah Rasulullah (Saw.).[6] Di masjidlah dilahirkan (anak-anakku) untuk Rasulullah (Saw.) dan di masjidlah aku mendapat anak-anak. Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Umar telah menebuk satu lubang di dinding rumahnya sebesar biji matanya ke arah Masjid, maka Rasulullah (Saw.) membantahnya. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Musa supaya membina sebuah masjid yang bersih (tahir) di mana tidak boleh didiami di dalamnya selain daripadanya, Harun dan dua anak lelakinya[7]. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya membina sebuah masjid yang bersih (tahir) di mana tidak didiami di dalamnya selain daripadaku, saudaraku dan dua anak lelakiku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda dalam peperangan Tabuk: Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa dan anda adalah wali setiap mukmin selapasku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[8]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. ketika menyeru ahli Najran bermubahalah, beliau tidak datang melainkan denganku, isteriku dan dua anak lelakiku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[9]
       Adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya beliau telah memberi kepadaku bendera Khaibar kemudian bersabda: Esok, aku pasti akan memberi bendera kepada seorang lelaki yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, beliau bukan pengecut dan bukan pula melarikan diri, Allah akan membuka (negeri) di tangannya? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.[10]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mengutusku dengan Surah al-Bara’ah dan bersabda: Tidak akan menyampaikannya melainkan seorang lelaki daripadaku? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. apabila berlaku perkara yang penting, beliau mendahulukan aku kerana kepercayaannya kepadaku. Beliau tidak memanggil dengan namaku melainkan bersabda: Wahai saudaraku! Dan masuklah kalian berjumpa saudaraku? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya. Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. telah menyelesaikan di antara aku dan Ja‘far serta Zaid mengenai anak perempuan Hamzah dan beliau bersabda: Wahai Ali! Anda adalah daripadaku dan aku daripada anda. Dan anda adalah wali setiap Mukmin selepasku? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya aku telah berjumpa Rasulullah Saw. satu kali setiap hari dan malam. Dan apabila aku meminta kepadanya, beliau memberikan kepadaku. Dan apabila aku diam seketika, beliau akan memulakan percakapannya? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. telah melebihkan aku ke atas Ja‘far dan Hamzah, lalu beliau bersabda kepada Fatimah: Sesungguhnya aku nikahkan anda dengan keluargaku yang terbaik, umatku yang terbaik, orang yang pertama memeluk Islam, mempunyai pekerti yang tertinggi serta ilmu yang terbanyak? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[11]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda: Aku adalah penghulu anak Adam dan saudaraku Ali adalah penghulu Arab. Fatimah adalah penghulu wanita Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[12]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. telah memerintahkan aku memandikan jenazahnya dan memberitahuku bahawa Jibril akan membantuku mengenainya? Mereka menjawab: Wahai Tuhan! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) bersabda pada akhir khutbah yang diucapkan kepada kalian: Wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian dua perkara di mana kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Ahli Baitku. Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[13]
       Sulaim berkata: Beliau tidak meninggalkan sesuatupun daripada ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Saw. mengenainya dan Ahli Baitnya secara khusus melainkan beliau telah menyeru mereka dengan nama Allah tentangnya. Kebanyakan mereka menjawab: Ya. Dan ada juga di kalangan mereka yang diam. Orang yang diam pula berkata: Kalian boleh dipercayai di sisi kami. Sesungguhnya orang yang selain daripada kalian yang kami percaya telah meriwayatkan kepada kami sesungguhnya mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw.
       Kemudian beliau berkata ketika mengakhiri ucapannya: Wahai Tuhanku! Persaksikanlah ke atas mereka. Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami! Persaksikanlah. Sesungguhnya kami tidak berkata melainkan perkara yang benar. Dan apa yang telah kami dengar daripada Rasulullah Saw. sesungguhnya telah diriwayatkan oleh mereka yang kami percaya, sesungguhnya mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengakui sesungguhnya Rasulullah Saw.bersabda: Sesiapa yang menyangka sesungguhnya dia mencintaiku dan membenci Ali maka sesungguhnya dia telah berbohong, dia bukan mencintaiku. Beliau meletakkan tangannya di atas dadaku. Ada orang bertanya: Bagaimana begitu wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Kerana beliau adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya. Sesiapa yang mencintainya maka sesungguhnya dia mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku maka dia mencintai Allah. Sesiapa yang memarahinya maka dia memarahiku. Sesiapa yang memarahiku maka dia memarahi Allah.[14] Beliau telah berucap sedemikian di hadapan dua puluh orang kenamaan daripada semua suku. Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya. Bagi yang diam pula Ali a.s. bertanya: Kenapa diam? Mereka menjawab: Mereka yang telah membuat penyaksian di sisi kami, adalah boleh dipercayai (thiqah) dari segi kebenaran, kelebihan dan keutamaan mereka. Maka Ali a.s. berkata: Wahai Tuhanku! Persaksikanlah ke atas mereka.

Percakapan Ali a.s. dengan Talhah mengenai haknya

       Maka Talhah bin Ubaidillah, seorang yang licik daripada Quraisy berkata: Bagaimana kita akan lakukan terhadap dakwaan Abu Bakr, Umar dan para sahabatnya yang telah membenarkan dan mempersaksikan kata-katanya pada hari mereka membawa anda bersamanya di mana tengkuk anda diikat dengan tali. Mereka pula telah membenarkan hujah anda. Kemudian dia (Abu Bakr) telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda: Sesungguhnya Nabi (Saw.) telah memberitahuku bahawa sesungguhnya tidak akan berkumpul bagi kami Ahl al-Bait, al-Nubuwwah dan khilafah.[15]
       Maka Umar, Abu Ubaidah, Salim dan Mu‘adh bin Jabal telah membenarkannya. Kemudian Talhah telah bersemuka dengannya dan berkata: Setiap apa yang anda sebut dan tuntut itu adalah benar. Begitu juga apa yang anda hujahkannya terhadap orang kenamaan, kami mengakuinya dan kami mengetahuinya. Adapun mengenai khilafah, maka lima orang telah mempersaksikan apa yang telah anda dengar.
       Maka Ali a.s. ketika itu berkata sambil memarahi Talhah. Dia telah mengeluarkan sesuatu yang dia sembunyikan dan dia menafsirkan sesuatu yang telah dia ucapkan pada hari kematian Umar, tetapi beliau (Sulaim) tidak tahu apa yang dimaksudkan dengannya. Lantas Ali a.s. berhadapan dengan Talhah dan orang ramai mendengarnya. Beliau berkata: Demi Tuhan! Sahifah di mana Allah akan mencampakkannya pada Hari Kiamat lebih aku cintai daripada Sahifah mereka berlima di mana mereka telah membuat perjanjian kesetiaan di hadapan Ka‘bah semasa Haji Wida’: Sekiranya Allah membunuh Muhammad atau mematikannya, mereka akan menjauhkanku dan menentangku. Lantaran itu, aku tidak akan sampai ke jawatan khalifah.
       Ali a.s. berkata: Dalil ke atas aku adalah batil kerana sabda Nabi Saw. pada Hari Ghadir Khum: Sesiapa yang aku adalah aula dengannya daripada dirinya, maka Ali adalah aula dengannya daripada dirinya ‘‘Bagaimana aku menjadi aula dengan mereka daripada diri mereka sendiri sedangkan mereka adalah pemerintah (umara’) dan penguasa ke atasku?” Dan sabda Rasulullah Saw.: Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa selain daripada kenabian (al-Nubuwwah).[16]
       Adakah kalian mengetahui bahawa khilafah bukanlah kenabian. Sekiranya kenabian bersamakhilafah, nescaya Rasulullah Saw. telah mengecualikannya. Dan sabdanya: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan ‘Itrahku. Janganlah kalian mendahului mereka, janganlah kalian membelakangi mereka dan janganlah kalian mengajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian.
       Tidakkah wajar khalifah umat ini orang yang paling alim tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Saw. sebagaimana firman-Nya dalam Surah Yunus (10): 35: “Manakah yang lebih berhak diikuti, orang yang dapat menunjuki kepada kebenarankah atau yang tidak dapat memberi petunjuk? Dan firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 247, “Dia menambahkannya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang kuat”. Dan sabda Rasulullah Saw.: “Umat tidak akan melantik seseorang lelaki sedangkan terdapat pada mereka orang yang lebih alim daripadanya melainkan urusan mereka sentiasa terkebawah sehingga mereka kembali kepada apa yang telah mereka tinggalkan; (iaitu) wilayah”.[17]
       Lantaran itu, wilayah bukanlah imarah (pemerintahan) ke atas umat. Sebagai bukti kepada pembohongan, kebatilan dan kejahatan mereka bahawa mereka telah menerimaku untuk memimpin Mukminin dengan perintah Rasulullah Saw. Ia menjadi hujah ke atas mereka dan anda secara khusus, ke atas Nabi ini, bersama anda iaitu al-Zubair, ke atas umat secara terus, ke atas Sa‘d, Ibn ‘Auf, dan khalifah kalian yang  sedang menduduki jawatan sekarang (Uthman). Kami ahli Syura masih hidup sekarang.
       Kenapa Umar menjadikan aku daripada ahli Syura, sekiranya dia dan para sahabatnya benar ke atas Rasulllah (Saw.). Adakah dia telah menjadikan kita ahli Syura tentang khilafah atau selain daripadanya? Sekiranya kalian menyangka bahawa dia telah menjadikannya Syura selain daripadaimarah, maka tiada bagi Uthman imarah. Lantaran itu, kita pasti bermesyuarat perkara selain daripadanya kerana dia telah memerintahkan kita melakukan sedemikian. Sekiranya Syura mengenaikhilafah, kenapa dia memasukkan aku di kalangan mereka. Tidakkah dia telah mengeluarkanku? Dia berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mengeluarkan Ahl Baitnya daripada khilafahdan memberitahu bahawa mereka tiada habuan mengenainya.
       Kenapa Umar berkata ketika memanggil kita seorang demi seorang di hadapan anaknya Abdullah? Aku menyeru anda dengan nama Allah apakah yang telah dia katakan kepada anda ketika kami keluar? Abdullah menjawab: Disebabkan anda telah menyeruku, maka sesungguhnya dia berkata: Jika mereka memberi bai‘ah kepada si botak (asla’) Bani Hasyim, nescaya dia akan membawa mereka kepada hujah yang putih dan membuatkan mereka menurut kitab Tuhan mereka dan Sunnah Nabi mereka.
       Kemudian Ali a.s. berkata: Wahai Ibn Umar! Apakah yang telah anda katakan ketika itu? Dia berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah yang menghalang anda daripada melantiknya sebagai khalifah? Ali a.s. berkata: Apakah yang dijawabnya kepada anda? Ibn Umar berkata: Dia menjawab kepadaku sesuatu yang aku menyembunyikannya. Ali a.s. berkata: Sesungguhnya Rasulullah Saw. telah memberitahuku setiap sesuatu yang diperkatakannya kepada anda. Dia berkata: Bilakah beliau memberitahu anda?
       Ali a.s. berkata: Beliau telah memberitahuku semasa hidupnya. Kemudian beliau memberitahuku mengenainya pada malam bapa anda mati di dalam mimpiku. Sesiapa yang melihat Rasulullah (Saw.) di dalam mimpinya, sesungguhnya dia melihatnya semasa jaga.[18] Dia berkata: Apakah yang telah beliau beritahu anda? Ali a.s. berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah wahai Ibn Umar! Sekiranya aku memberitahu anda mengenainya, nescaya anda mempercayainya. Dia berkata: Atau aku diam. Ali a.s. berkata: Sesungguhnya beliau berkata kepada anda ketika anda berkata kepadanya: Apa yang menghalang anda daripada melantiknya sebagai khalifah?
       Dia menjawab: Sahifah yang telah kami menulisnya di kalangan kami dan janji kami di Ka‘bah semasa Haji Wida’. Maka Ibn Umar diam seketika. Dan Ali a.s. berkata: Aku bertanya anda dengan hak Rasulullah, kenapa anda telah menahanku daripada menjadi khalifah?

Kata-kata Ali a.s. bahawa Imamah tidak layak melainkan untuk mereka a.s.

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku melihat Ibn Umar di majlis tersebut dalam keadaan hiba dan dua matanya berlinangan. Kemudian Ali a.s. sedang berhadapan dengan Talhah, al-Zubair, Ibn Auf dan Sa‘d. Beliau berkata: Demi Tuhan! Sekiranya mereka berlima telah berbohong terhadap Rasulullah (Saw.), maka tidak halal bagi kalian mewalikan mereka. Dan sekiranya mereka benar, maka tidak halal wahai kalian berlima! memasukkan aku bersama kalian dalam Majlis Syura. Kerana memasukkan aku di dalamnya adalah menyalahi Rasulullah (Saw.) dan itulah kehendaknya!
       Kemudian beliau berhadapan dengan orang ramai dan berkata: Beritahukan kedudukanku di sisi kalian dan apa yang kalian tahu tentangku. Adakah aku ini benar (saduq) di sisi kalian atau pembohong(kadhdhab)? Mereka menjawab: Benar lagi benar (siddiq sadduq). Tidak! Kami tidak pernah mengetahui anda berbohong semasa Jahiliah dan Islam. Ali a.s. berkata: Demi Dia yang memuliakan kami Ahl al-Bait dengan kenabian, maka Dia telah menjadikan Muhammad daripada kami dan Dia memuliakan kami selepasnya dengan menjadikan kami Imam al-Mukminin. Tidak ada seorangpun yang akan mencapainya dalam ertikata yang sebenar selain daripada kami.
       Tidak layak imamah dan khilafah melainkan pada kami. Allah tidak menjadikannya sebagai habuan dan hak kepada orang lain. Adapun Rasulullah Saw. adalah penutup segala nabi, tidak ada selepasnya rasul atau nabi. Dia telah menutup para nabi dengan Rasulullah (Saw.) sehingga Hari Kiamat. Dia telah menutup kitab-kitab-Nya dengan al-Qur’an.
       Dia telah menjadikan kami selepas Muhammad sebagai khalifah (khulafa’) di Bumi-Nya dan para saksi (syuhada’) ke atas makhluk-Nya. Dia telah mewajibkan ketaatan kepada kami di dalam kitab-Nya. Dia telah menyertakan kami dengan diri-Nya dan Nabi-Nya dalam ketaatan bukan dalam satu ayat daripada al-Qur’an. Allah telah menjadikan Muhammad seorang nabi dan menjadikan kami khalifah selepasnya pada makhluk-Nya dan sebagai para saksi ke atas makhluk-Nya. Dia telah mewajibkan ketaatan kepada kami di dalam kitab yang diturunkan-Nya.[19]
       Kemudian Allah SWT telah memerintahkan Nabi-Nya supaya menyampaikan kepada umatnya, maka beliau telah menyampaikannya kepada mereka sebagaimana Dia memerintahkannya. Justeru itu, siapakah yang lebih berhak dengan majlis Rasulullah (Saw.) dan kedudukannya? Sesungguhnya kalian telah mendengar Rasulullah (Saw.) ketika beliau mengutusku dengan Surah al-Bara’ah. Beliau bersabda: Tidak layak untuk menyampaikan tentang diriku melainkan aku atau seorang lelaki daripadaku. Lantaran itu, sahabat kalian (Abu Bakr) telah tidak layak untuk menyampaikan Sahifahsebesar empat jari[20] daripadanya. Dia tidak layak untuk menyampaikannya selain daripadaku. Siapakah yang lebih layak dengan majlisnya dan tempatnya yang telah dinamakan secara khusus daripada Rasulullah?
       Talhah berkata: Berikan penafsiran kepada kami bagaimana orang lain tidak layak menyampaikan (sesuatu) daripada Rasulullah sedangkan beliau telah bersabda kepada kita dan kepada semua orang: Hendaklah al-syahid menyampaikannya kepada al-ghaib. Dan beliau bersabda ketika Haji Wida’: Allah memberi rahmat kepada orang yang mendengar sabdaku lalu menjaganya. Kemudian beliau menyampaikannya kepada orang lain. Mungkin orang yang membawa ilmu tidak memahaminya. Dan mungkin pembawa ilmu membawanya kepada orang yang lebih alim daripadanya. Tiga perkara di mana hati seorang muslim tidak akan lalai: Ikhlas amalan untuk Allah, dengar, taat dan menasihati pemerintah serta menyertai kumpulan mereka, kerana dakwah mereka meliputi orang di belakang mereka. Beliau Saw. telah berada di pelbagai tempat dan bersabda: Hendaklah al-syahidmenyampaikannya kepada al-ghaib.
       Maka Ali a.s. berkata: Sesungguhnya sabda Rasulllah pada Hari Ghadir Khum, pada Hari ‘Arafah semasa Haji Wida’ dan pada hari beliau wafat, dan pada akhir khutbah ketika beliau bersabda: “Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian dua perkara di mana kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Ahl Baitku. Kerana Yang Maha Halus dan Yang Maha Alim telah menjanjikan kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di al-Haudh seperti dua anak jari ini. Kerana salah satu daripada keduanya mendahului yang lain.[21] Justeru itu, berpeganglah kalian dengan kedua-duanya, nescaya kalian tidak akan sesat dan tergelincir. Janganlah kalian mendahului mereka. Janganlah kalian berselisih dengan mereka dan janganlah kalian mengajari mereka, kerana mereka lebih alim daripada kalian”.
       Sesungguhnya beliau Saw. telah memerintahkan orang ramai (al-‘Ammah) supaya menyampaikan kepada mereka yang ditemuinya di kalangan orang ramai tentang wajib mentaati para imam daripada Ali sehngga kepada Muhammad al-Mahdi dan wajib mentaati hak mereka. Justeru itu, perkara-perkara lain tidak dimaksudkan oleh beliau sedemikian selain daripada perkara tersebut. Sesungguhnya beliau telah memerintahkan orang ramai supaya menyampaikan kepada orang lain dengan alasan mereka tidak menyampaikannya daripada Rasulullah Saw. semua perkara yang diutuskan oleh Allah kepada orang lain.
       Perhatikanlah, wahai Talhah! Beliau bersabda kepadaku dan kalian sedang mendengarnya: “Wahai saudaraku! Sesungguhnya tidak akan membayar hutangku dan tidak akan membersihkan dhimmahku (diriku) selain daripada anda. Andalah yang akan membersihkan dhimmahku dan akan berperang di atas Sunnahku”.[22] Manakala Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, beliau tidak membayar hutang Rasulullah (Saw.), maka kalian telah memberi bai‘ah kepadanya. Akulah yang telah membayar hutangnya. Beliau telah memberitahu kalian bahawa hutangnya tidak akan dibayar melainkan olehku. Dan apa yang diberikan oleh Abu Bakr kepada mereka bukanlah sebagai membayar hutangnya, kerana orang yang membayar hutangnya adalah orang yang membersihkan agamanya dan menunaikan amanahnya. Sesungguhnya orang yang menyampaikan daripada Rasulullah (Saw.) akan apa yang datang daripada Allah SWT adalah para imam yang diwajibkan oleh Allah mentaati mereka di dalam kitab-Nya dan Dia telah memerintahkan supaya mewalikan mereka, kerana orang yang mentaati mereka sesungguhnya mentaati Allah. Sesiapa menderhakai mereka, mendurhakai Allah.[23]
       Talhah berkata: Anda telah membebaskan aku daripada apa yang aku tidak tahu; tentang apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah (Saw.) sehingga anda menafsirkannya kepadaku. Semoga Allah memberi pahala semua umat ini kepada anda, wahai Abu al-Hasan! Wahai Abu al-Hasan! Satu perkara aku ingin bertanya kepada anda. Aku telah melihat anda keluar dengan kain yang tertutup (makhtum), anda berkata: “Aku masih sibuk dengan Rasulullah (Saw.); memandi dan mengafankannya”. Kemudian anda pula sibuk dengan Kitab Allah sehingga anda telah mengumpulkannya tanpa meninggalkan meskipun satu huruf. Tetapi aku tidak pernah melihat apa yang anda tulis dan susun. Aku melihat Umar mengutus kepada anda ketika beliau dilantik menjadi khalifah supaya menghantarkannya kepadaku, tetapi anda telah menolaknya.
       Lantas Umar telah memanggil orang ramai. Apabila dua orang lelaki telah memberi penyaksian ke atas satu ayat al-Qur’an, beliau telah menulisnya. Dan apa yang dipersaksikan hanya oleh seorang lelaki, maka ditolaknya tanpa menulisnya. Umar telah berkata dan aku mendengarnya: “Banyak lelaki yang hafaz al-Qur’an telah terbunuh di Yamamah”. Justeru itu, al-Qur’an telah hilang. Seekor kambing betina (syatun) telah datang ke sahifah (catatan) di mana para penulis Umar sedang menulis, lalu ia memakannya. Maka hilanglah apa yang tertulis padanya.
       Dan penulis pada hari itu adalah Uthman, apa pendapat anda? Aku mendengar Umar dan para sahabatnya yang menulis al-Qur’an pada masanya dan pada masa Uthman berkata: Sesungguhnya al-Ahzab menyamai surah al-Baqarah[24], al-Nur adalah seratus enam puluh ayat, al-Hujurat adalah enam puluh ayat. Di dalam riwayat yang lain, al-Hujurat adalah seratus sembilan puluh ayat.[25] Apakah ini semua? Apakah yang menghalang anda-semoga Allah memberi rahmat kepada anda daripada mengeluarkan apa yang anda telah susun (allafta) untuk orang ramai. Dan aku telah menyaksikan Uthman ketika dia mengambil apa yang telah disusun oleh Umar. Maka dia mengumpulkan untuknya satu kitab. Dan dia memaksa orang ramai membaca satu Qira’at (bacaan). Dia mengoyak-ngoyakkan mushaf Ubayy bin Ka‘ab dan Abdullah bin Mas‘ud, lalu membakarnya dengan api. Apakah semua ini?
       Amir al-Mukminin a.s. berkata: Wahai Talhah! Sesungguhnya setiap ayat yang diturunkan oleh Allah ke atas Muhammad adalah di sisiku dengan imla’ Rasulullah (Saw.). Setiap halal, haram, had, hukum atau perkara yang dihajati oleh umat sehingga Hari Kiamat ada di sisiku, tertulis dengan imla’Rasulullah (Saw.) dan dengan tulisan tanganku sehingga peraturan penghormatan diri (arsy al-khidasy).
       Talhah berkata: Setiap sesuatu sama ada kecil, besar, khas dan umum, baik yang telah berlaku dan akan berlaku sehingga Hari Kiamat tertulis di sisi anda? Beliau a.s. menjawab: Ya. Di samping itu Rasulullah ketika sakitnya telah memberitahu kepadaku anak kunci (miftah) seribu bab ilmu. Setiap bab mengandungi seribu bab. Sekiranya umat ini semenjak Rasulullah wafat mengikutiku dan mentaatiku, nescaya mereka dikurniakan oleh Allah dengan rezeki yang banyak.[26]
       Wahai Talhah! Tidakkah anda menyaksikan Rasulullah menyeru supaya dibawakan kertas untuk menulis padanya perkara di mana umat tidak akan sesat dan bersengketa. Maka sahabat anda (Umar) berkata: “Sesungguhnya Nabi Allah sedang meracau (yahjuru)”. Maka Rasulullah Saw. menjadi marah? Talhah berkata: Ya. Sesungguhnya aku telah menyaksikannya.
       Ali a.s. berkata: Apabila kalian keluar, beliau telah memberitahuku apa yang beliau ingin tulis. Orang ramai menjadi berat untuk menerimanya. Maka Jibra’il memberitahunya bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengetahui akan perselisihan umat dan perpecahan mereka. Kemudian beliau menyeru supaya dibawakan sahifah (kertas catatan), lalu beliau telah mengimla’kan kepadaku apa yang mahu ditulisnya di atas kertas. Aku telah dipersaksikan oleh tiga orang; Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad.
       Beliau (Saw.) telah menamakan mereka yang akan menjadi para imam petunjuk (al-Huda) di mana Allah memerintahkan supaya mentaati mereka sehingga Hari Kiamat. Maka beliau menamakan aku sebagai orang pertama daripada mereka. Kemudian anakku al-Hasan, kemudian al-Husain, kemudian sembilan daripada anak lelaki kepada anak lelakiku ini iaitu al-Husain. Tidakkah begitu wahai Abu Dhar! Anda wahai al-Miqdad? Mereka berdua berkata: “Kami telah menyaksikan demikian itu di hadapan Rasulullah (Saw.)”.
       Talhah berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda kepada Abu Dhar: Langit dan bumi sedikit sekali mempunyai orang yang lahjahnya lebih benar dan lebih baik daripada Abu Dhar. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya mereka berdua tidak memberi penyaksian melainkan ke atas perkara yang benar. Dan anda (Ali a.s.) lebih benar di sisiku daripada mereka berdua. Kemudian Ali a.s. bersemuka dengan Talhah, lalu berkata: Bertakwalah anda kepada Allah. Anda wahai al-Zubair! Anda wahai Sa‘d! Anda wahai Ibn Auf! Bertakwalah kalian kepada Allah. Cintalah kalian kepada keridhaan-Nya. Pilihlah kalian apa yang ada di sisi-Nya. Janganlah kalian takut, kerana Allah, akan celaan orang yang mencela.
       Talhah berkata: Aku tidak fikir wahai Abu al-Hasan! anda telah memberi jawapan kepada soalanku tentang al-Qur’an, kenapa anda tidak menzahirkanya kepada orang ramai? Beliau berkata: Wahai Talhah! Aku sengaja tidak memberi jawapan kepada soalan anda. Beliau berkata lagi: Beritahuku tentang apa yang ditulis oleh Umar[27] dan Uthman. Adakah ia semuanya al-Qur’an atau sebahagiannya bukan al-Qur’an? Talhah menjawab: Malah semuanya al-Qur’an.
       Beliau a.s. berkata: Sekiranya kalian mengambil apa yang ada di dalamnya, nescaya kalian akan berjaya daripada Api Neraka. Dan kalian memasuki Syurga, kerana di dalamnya hujah kami, penerangan tentang hak kami dan kewajipan mentaati kami. Talhah berkata: Memadailah bagiku jika ia adalah al-Qur’an. Talhah berkata lagi: Beritahuku tentang al-Qur’an yang ada di tangan anda, takwilnya, ilmu halal dan haram, kepada siapakah akan anda berikan? Siapakah orangnya selepas anda?       Beliau a.s. menjawab: Kepada orang di mana Rasulullah (Saw.) memerintahkan aku supaya memberikannya kepadanya. Talhah berkata:Siapakah orangnya? Ali a.s. berkata: Wasiku dan orang yang paling aula dengan orang ramai selepasku iaitu anak lelakiku ini, al-Hasan. Kemudian anak lelakiku, al-Hasan akan menyerahkannya ketika kematiannya kepada anak lelakiku, al-Husain. Kemudian akan berpindah seorang kepada seorang daripada anak lelaki al-Husain sehingga yang akhir mereka mengembalikan kepada Rasulullah di Haudhnya. Mereka bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengannya dan ia tidak akan berpisah dengan mereka.[28]
       Adapun Mu‘awiyah dan anak lelakinya akan mengikuti selepas Uthman. Kemudian dia akan diikuti oleh tujuh orang daripada anak lelaki al-Hakam bin Abi al-As seorang selepas seorang melengkapi dua belas imam yang sesat. Mereka itulah yang dilihat oleh Rasulullah (Saw.) di atas mimbarnya menolak umatnya mundur ke belakang.[29]
       Sepuluh daripada mereka adalah daripada Bani Umayyah dan dua orang lelaki yang telah mengasaskannya untuk mereka. Dan ke atas mereka berdua seumpama dosa umat ini. Mereka berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada anda, wahai Abu al-Hasan dan Allah akan membalas anda dengan sebaik-baik balasan daripada kami.

Ucapan Ali a.s. semasa seseorang bertanya: “Sekiranya anda menggesa orang ramai pergi?”

       Abban daripada Sulaim berkata: Kami telah duduk di sekitar Amir al-Mukminin a.s. dan di sekitarnya ada sekumpulan para sahabatnya. Seseorang bertanya kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Sekiranya anda menggesa orang ramai pergi?
       Beliau berdiri dan berkhutbah: Aku telah menggesa kalian pergi, tetapi kalian tidak menghiraukannya. Aku telah menyeru kalian, tetapi kalian tidak mendengarnya. Kalian datang seperti tidak datang, hidup seperti mati,.pekak seperti tidak mempunyai telinga. Aku akan membaca ke atas kalian hikmah. Aku akan memberi nasihat kepada kalian dengan nasihat yang lengkap dan menyembuhkan. Aku menggalakkan kalian berjihad menentang orang zalim. Tetapi belum sempat aku mengakhiri ucapan, aku melihat kalian bersurai, membaca syair dan perumpamaan, kalian bertanyakan harga gandum dan susu. Binasalah tangan kalian!
       Sesungguhnya kalian telah jemu berperang dan membuat persediaan untuknya, sehingga hati kalian kosong daripada menyebutnya. Kalian telah memenuhinya dengan kebatilan dan kesesatan. Celaka kalian! Perangilah mereka sebelum mereka memerangi kalian. Demi Tuhan! tidak berperang satu kaum di tempat mereka melainkan mereka dihina. Demi Tuhan! Aku tidak menyangka kalian akan melakukannya sehingga mereka melakukannya kepada kalian. Kemudian aku mahu sesungguhnya aku melihat mereka, maka aku telah berjumpa Allah di atas kesedaran dan keyakinanku.
       Aku beristirehat daripada perlakuan kalian. Kalian adalah seperti unta banyak yang tersesat daripada pengembalanya.[30] Apabila didekati dari satu sudut lantas berkeliaran di satu sudut yang lain. Demi Tuhan! Seolah-olah aku dengan kalian, pada pandanganku, jika dipertingkatkan ketegangan maka banyaklah kematian, sesungguhnya kalian telah terlepas daripada Ali bin Abu Talib seperti terlepasnya perempuan daripada Qubulnya, tanpa menghalang tangan yang menyentuhinya (ketika bersalin).

Percakapan Ali a.s. semasa beliau dikritik oleh al-Asy‘ath bin Qais

       Al-Asy‘ath bin Qais berkata: Kenapa anda tidak melakukanya sepertimana dilakukan oleh Ibn Affan? Ali a.s. berkata: Sepertimana dilakukan oleh Ibn Affan, kalian telah melihat aku melakukannya? Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatan kata-kata kalian. Wahai Ibn Qais! Demi Tuhan! Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Ibn Affan adalah amat memalukan; bagi orang yang tidak mempunyai agama. Bagaimana aku akan melakukannya sedangkan aku di atas keterangan daripada Tuhanku, hujah di tanganku, kebenaran bersamaku.
       Demi Tuhan! Seseorang yang dapat menguasai musuhnya sendiri, lalu mengharuskan dagingnya, mencalarkan kulitnya, mematahkan tulangnya dan mengalirkan darahnya sedangkan dia berupaya menghalangnya, maka besar dosanya. Jadilah anda sedemikian wahai Ibn Qais! Adapun aku, Demi Tuhan! Jika diberi kemampuan sedemikian, tidak akan melakukannya. Wahai Ibn Qais! Sesungguhnya seseorang Mukmin akan mati dengan pelbagai cara, tetapi dia tidak boleh membunuh dirinya sendiri. Sesiapa yang mampu menjaga darahnya, kemudian dia membiarkan orang lain membunuhnya, maka dia adalah pembunuh kepada dirinya sendiri.
       Wahai Ibn Qais! Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Satu kumpulan ke Syurga. Sementara tujuh puluh dua kumpulan ke Neraka. Dan yang paling jahat, paling dimurkai Allah dan paling jauh daripada-Nya adalah kumpulan al-Samirah yang berkata: Tidak ada peperangan. Sesungguhnya mereka berbohong, sedangkan Allah telah memerintah supaya memerangial-Baghin (pemberontak) di dalam kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya, begitu juga dengan al-Mariqah.[31]
       Maka Ibn Qais memarahi kata-kata beliau a.s. lalu berkata: Apakah yang telah menghalang anda wahai Ibn Abi Talib ketika Abu Bakr, saudara Bani Taim, saudara Bani ‘Adi bin Ka’ab dan saudara Bani Umayyah dibai‘ah, (adakah) anda memerangi dan menghunus pedang anda? Anda tidak memberi khutbah kepada kami semenjak anda datang ke Iraq. Anda tidakpun menyebutnya di dalam khutbah sebelum anda turun daripada mimbar, “Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang paling aula. Dan aku sentiasa dizalimi semenjak Muhammad Rasulullah (Saw.) wafat”. Apakah yang menghalang anda daripada menghunus pedang tanpa anda dizalimi?
       Beliau berkata: Wahai Ibn Qais! Dengarlah jawapannya. Sifat pengecut dan benci berjumpa dengan Tuhanku bukanlah menghalangku. Aku tidak akan menjadi lebih mengetahui bahawa sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untukku daripada dunia dan kekal di dalamnya. Tetapi perintah Rasulullah (Saw.) dan janjinya kepadaku telah menghalangku daripadanya.

Pemberitahuan Ali a.s. bahawa umat akan belot selepas Rasulullah Saw.
       
 [1] Muslim, Sahih, iii, hlm. 1451-1452.

[2] Orang yang telah dimandikan jenazahnya oleh Malaikat.

[3] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 10-11.

[4] Ibid.

[5] Ibn Hanbal, Fadhl al-Sahabah, ii, hlm. 617 (Hadis no.1055).

[6] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 301. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 73. Ibn Hanbal, Musnad, iv, hlm. 369. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 125.

[7] Sabt Ibn al-Jauzi, Tazkirah al-Khawwas, hlm. 41-42. Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, ii, hlm. 192 dan lain-lain.

[8] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7. Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 98, 118-9.

[9] Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, i, hlm. 482. Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 185. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, ii, hlm. 38.

[10] Ibn Hanbal, Fadha’il al-Sahabah, ii, hlm. 564. Ibn Hanbal, Musnad, v, hlm. 333.

[11] al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, i, hlm. 124.

[12] Ibn al-Maghazali, al-Manaqib, hlm. 399. al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 703.

[13] Muslim, Sahih, ii, hlm. 238. Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 17, 26, 59 dan jid. iv, hlm. 367.

[14] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 198. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 87-88.

[15] Ibn al-Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, iii, hlm. 24.

[16] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7 dan lain-lain.

[17] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 63. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 86.

[18] Abu Nu‘aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, i, hlm. 65.

[19] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 114-5.

[20] Ibn Hajr, al-Isabah, ii, hlm. 509. al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 461. Muhibb al-Din al-Tabari,Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 61.

[21] Muslim, Sahih, ii, hlm. 238. Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 17, 26, 59 dan jld. iv, hlm. 367 dan lain-lain.

[22] Al-Haithami, Majma al-Zawa’id, ix, hlm. 111. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154.

[23] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 114-5.

[24] Al-Suyuti, al-Itqan, ii, hlm. 82 menyatakan Aisyah telah meriwayatkan bahawa Surah al-Ahzab pada masa Nabi Saw. adalah lebih panjang iaitu sebelum khalifah Uthman menyusun mushaf. Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 394, al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 191 menyatakan Surah al-Dhariyat (51): 58 telah diubah dari teks asalnya ‘‘inni Ana al-Razzaq” kepada ‘‘Inna llaha Huwa al-Razzaq

[25] A-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 210 menyatakan Surah al-Lail (92):3 telah ditambah perkataan ‘‘Ma khalaqa”. Oleh itu, ayat yang asal adalah ‘‘Wa al Dhakari wa al-Untha” tanpa ‘‘Ma khalaqa”. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Darda’, kemudian dicatat pula oleh Muslim, Sahih, i, hlm. 565, al-Turmudhi,Sahih, v, hlm. 191.

[26] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 65-66. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154.

[27] al-Suyuti, al-Itqan, iii, hlm. 41 telah mencatat riwayat daripada Abdullah bin Umar daripada bapanya (Umar al-Khattab), beliau berkata: “Janganlah seseorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur’an kerana apakah dia tahu keseluruhan al-Qur’an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur’an telah hilang, oleh itu katakanlah bahawa aku telah mengambil al-Qur’an apa yang ada”.

[28] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 441-2.

[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vii, hlm. 171. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 181-2.

[30] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 384.

[31] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, iv, hlm. 33.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Penjelasan Ali a.s. mengenai kelebihannya dan Ahl Bait berbanding dengan Quraisy dll., Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali w.90 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Penjelasan Ali a.s. mengenai kelebihannya dan Ahl Bait berbanding dengan Quraisy dll., Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali w.90 H
 

0 comments:

Catat Ulasan