Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w 328/29 H (bab 71- 73)


    Bab  71

  ☼Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan Musa A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘Ala Abi al-Hasan Musa a.s)☼

       (368)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qala, daripada al-Faidh bin al-Mukhtar berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Ambillah tanganku dari neraka[1], siapakah untuk kami selepas anda? Maka Abu Ibrahim a.s telah dating, beliau pada masa itu seorang kanak-kanak, maka beliau a.s telah berkata: Inilah sahabat (imam) kamu, maka berpeganglah dengannya.

       (369)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi Ayyub al-Khazzazz, daripada Thubait, daripada Mu‘az bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku memohon kepada Allah Yang telah mengurniakan bapa anda dan anda kedudukan ini supaya Dia mengurniakan anda daripada keturunan anda sebelum kematian [anda] seumpamanya, maka beliau telah berkata: Allah telah melakukannya. Aku telah berkata:  Siapakah dia, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah memberi isyarat kepada seorang lelaki soleh yang sedang tidur (Pada masa itu beliau a.s adalah seorang kanak-kanak).
       (370)-3. Dengan sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, berkata: Abu ‘Ali al-Rajani al-Farisi telah memberitahu kepadaku daripada ‘Abd al-Rahman bin al-Hajjaj berkata: Aku telah bertanya ‘Abd al-Rahman pada tahun Abu al-Hasan a.s ditangkap, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya lelaki ini (imam Musa a.s) telah  jatuh ke tangan lelaki ini (Harun al-Rasyid) dan kami tidak mengetahui tentang nasibnya. Adakah berita telah sampai kepada anda tentang salah seorang anak lelakinya?
       Maka beliau a.s telah  berkata kepadaku: Aku tidak menyangka bahawa seorang akan bertanya kepadaku soalan seperti ini. Aku telah pergi kepada Ja‘far bin Muhammad a.s di rumahnya, maka tiba-tiba beliau a.s telah berada di rumah tertentu di musallanya berdoa dan di kanannya Musa bin Ja‘far a.s yang sedang mengaminkan doanya. Maka aku telah berkata kepadanya: Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya anda telah mengetahui dedikasiku kepada anda dan perkhidmatanku untuk anda, maka siapakah wali orang ramai selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Musa telah memakai baju besi dan berpadanan dengannya, maka aku telah berkata kepadanya: Aku tidak berhajat selepas ini kepada sesuatu.

       (371)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Musa al-Saiqal, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Abu Ibrahim a.s-ketika kanak-kanak- datang, maka beliau telah berkata: Jagalah wasiatnya dan letaklah urusannya di sisi para sahabat anda yang dipercayai”

       (372)-5. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ya‘qub bin Ja‘far al-Ja‘fari berkata: Ishaq bin Ja‘far telah meriwayatkan kepadaku, berkata: Pada suatu hari, aku telah berada di sisi bapaku, lalu Ali bin Umar bin Ali telah bertanya kepadanya, maka beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, kepada siapakah kami dan orang ramai berlindung selepas anda? Beliau a.s telah  berkata: Kepada orang yang mempunyai dua kain kuning dan dua jalinan rambut yang terhurai akan melihat kepada anda  daripada pintu ini, beliau akan membuka dua pintu dengan dua tangannya. Tidak lama sebelum dua tangan ternampak kepada kami membuka dua pintu, Abu Ibrahim a.s datang kepada kami”.

       (373)-6. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Najran, daripada Safwan al-Jamal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Mansur bin Hazim telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku [bersumpah], sesungguhnya roh-roh datang pada waktu pagi atau petang, jikalaulah begitu keadaannya, maka siapakah selepas anda? Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila ia berlaku sedemikian, maka dia adalah sahabat kamu (imam) dan beliau a.s telah memukul dengan tangannya di atas bahu kanan Abu al-Hasan a.s- menurut apa yang aku tahu- dan beliau pada hari itu baru berumur lima tahun dan Abdullah bin Ja‘far pada ketika itu sedang duduk bersama kami.

       (374)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Najran, daripada Isa bin Abdullah bin Muhammad bin Umar bin Ali bin Abu Talib, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Jika sesuatu berlaku kepada anda dan mudah-mudahan Allah tidak membenar aku melihatnya (keadaan itu), maka siapakah yang aku mesti ikuti? Beliau  telah berkata: Beliau a.s telah memberi isyarat kepada anak lelakinya Musa a.s. Aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada Musa, maka siapakah yang aku mesti ikuti?
       Beliau a.s telah  berkata: Anak lelakinya, aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada anak lelakinya dan beliau telah meninggalkan saudara yang tua dan anak lelaki yang masih kecil, maka siapakah yang aku mesti ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Begitulah seterusnya. Aku telah berkata: Jika aku tidak mengetahuinya dan aku tidak mengetahui tempatnya? Beliau a.s telah berkata: Anda berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mewalikan seorang yang masih hidup di kalangan Hujjah-hujjah Engkau daripada anak lelaki imam yang lalu, kerana itu akan memadai bagi anda jika Allah kehendaki.

       (375)-8. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qalaa, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah menyebut Abu al-Hasan a.s-beliau pada ketika itu masih kanak-kanak- Maka beliau a.s telah berkata: Tidak ada kanak-kanak yang dilahirkan pada kami yang lebih besar keberkatannya ke atas Syiah kami selain daripadanya, kemudian beliau a.s telah  berkata kepadaku: Janganlah kamu melayani Isma’il dengan kasar”

       (376)-9. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin al-Husain, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Faidh bin al-Mukhtar di dalam hadis yang panjang tentang Abu al-Hasan a.s sehingga Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Beliau adalah sahabat (imam) anda yang  mana anda telah bertanya mengenainya. Berdirilah kepadanya dan isytiharlah kepadanya bahawa anda menerima haknya. Akupun berdiri sehingga aku mengucup kepalanya dan tangannya serta aku telah berdoa kepada Allah untuknya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Walaubagaimanapun pada mulanya kami tidak dibenarkan untuk memberitahu kepada anda mengenainya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bolehkah aku memberitahu seseorang tentangnya?
       Beliau a.s telah  berkata: Ya, keluarga anda dan anak-anak anda. Bersamaku keluargaku, anak-anakku dan kawan-kawanku, antaranya Yunus bin Zabyan di kalangan kawan-kawanku. Apabila aku memberitahu kepada mereka, maka mereka memuji Allah a.w dan Yunus berkata: Tidak, demi Allah, sehingga aku mendengar perkara itu daripadanya sendiri, beliau adalah seorang yang gopoh, beliau telah keluar dan aku mengikutinya. Apabila aku telah sampai ke pintu, aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Wahai Yunus, perkara itu telah mendahului aku, ia sebagaimana telah dikatakan oleh Faidh: Beliau telah berkata: beliau telah berkata: Aku telah mendengar dan aku telah mentaati. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Jagalah (apa yang aku telah memberitahu kepada anda).

       (377)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Fudhail, daripada Tahir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s pernah mencaci Abdullah (anak lelakinya) dan mencelanya, menasihatinya dan berkata: Apakah yang telah menghalang anda dari menjadi seperti saudara anda (Musa), demi Allah, aku mengetahui cahaya pada mukanya? Abdullah berkata: Tidakkah bapaku dan bapanya satu dan ibuku dan ibunya satu? [2] Abu Abdillah a.s telah berkata: Dia adalah daripadaku (sepertiku) sedangkan anda adalah anak lelakiku”

       (378)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ya‘qub al-Sarraj, berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s ketika beliau a.s sedang berdiri di kepala Abu al-Hasan Musa yang berada dalam buaian. Beliau a.s sedang membisikkannya di dalam masa yang agak lama. Justeru, aku telah duduk sehingga beliau a.s selesai. Kemudian aku telah pergi kepadanya, maka beliau a.s telah  berkata kepadaku: Dekatilah maula anda dan berilah salam kepadanya. Aku telah mendekatinya dan memberi salam kepadanya.
       Maka beliau a.s telah mengembalikan salam kepadaku dengan lidah yang fasih. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Pergi dan tukarlah nama anak perempuan anda yang anda telah menamakannya kelmarin kerana namanya tidak disukai Allah (yabghudhu-hu llah). Aku mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan untukku, aku telah menamakannya al-Humaira’. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Buatlah apa yang beliau perintah, nescaya anda berada di jalan yang betul. Maka aku telah menukarkan namanya.

       (379)-12. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Pada suatu hari Abu Abdillah a.s telah menyeru Abu al-Hasan a.s dan kami berada di sisinya, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Terimalah beliau kerana beliau, demi Allah, adalah sahabat (imam) kamu selepasku.

       (380)-13. Ali bin Muhammad, daripada Sahl dan orang lain, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus, daripada Daud Ibn Zurbi, daripada Abu Ayyub al-Nahwi berkata: Abu Ja‘far al-Mansur telah mengutus kepadaku pada pertengahan malam, maka aku telah mendatanginya ketika beliau sedang duduk di atas kerusi di hadapannya lilin dan kitab (surat) di tangannya. Manakala aku memberi salam kepadanya, beliau terus mencampakkan kitab (surat) kepadaku di dalam keadaan menangis. Beliau telah berkata kepadaku:  Ini adalah kitab (surat) Muhammad bin Sulaiman memberitahu kepada kami bahawa Ja‘far bin Muhammad telah mati.
       “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali”[3]-sebanyak tiga kali- Di mana orang seperti Ja‘far? Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tulislah, beliau telah berkata: Aku telah menulis bahagian pertama surat itu, kemudian beliau telah berkata: Tulislah, jika beliau (Ja‘far bin Muhammad) telah mewasiatkan kepada seorang lelaki tertentu, maka kemukakannya kepadaku dan penggallah kepalanya” Beliau telah berkata: Jawapan dikembalikan kepadanya bahawa sesungguhnya beliau a.s telah mewasiatkan kepada lima orang. Seorang daripadanya adalah Abu Ja‘far al-Mansur, Muhammad bin Sulaiman, Abdullah (anak lelaki Imam al-Sadiq a.s), Musa dan Hamidah (Ibu Imam Musa a.s).[4]

       (381)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Nadhar bin Suwaid seperti riwayat ini kecuali disebutkan bahawa beliau a.s telah mewasiatkan kepada Abi Ja‘far al-Mansur, Abdullah, Musa, Muhammad bin Ja‘far dan Maula kepada Abu Abdillah a.s. Beliau telah berkata: Abu Ja‘far berkata: Tidak ada jalan untuk membunuh mereka.

       (382)-15. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa’, daripada Ali bin al-Hasan, daripada Safwan bin Jamal berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang seorang yang mempunyai urusan imamah, maka beliau a.s telah  berkata: Sesungguhnya seorang yang mempunyai urusan imamah (sahib hadha al-Amr) tidak melakukan sesuatu untuk kegembiraan dirinya dan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Tiba-tiba datanglah Abu al-Hasan Musa yang masih kecil dan bersamanya anak kambing betina, lalu berkata kepadanya (anak kambing betina): Sujudlah kepada Tuhan anda. Kemudian Abu Abdillah a.s mengambilnya dan merapatkannya ke dadanya sambil berkata: Dengan bapaku, ibuku, [Musa a.s) seorang yang tidak melakukan sesuatu untuk kegembiraan dirinya dan tidak pula melakukan perkara yang sia-sia”.

       (383)-16. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian sahabat kami, daripada ‘Abis bin Hisyam berkata: Umar al-Ramaani telah memberitahuku, daripada Faidh bin al-Mukhtar berkata: Sesungguhnya aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Abu al-Hasan Musa a.s datang-beliau masih kanak-kanak- maka aku telah memeluknya dan mengucupnya, Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamu adalah bahtera dan beliau adalah kaptennya (antum al-Safinah wa huwa mallahu-ha), beliau telah berkata:  Aku telah pergi mengerjakan haji dan aku mempunyai dua ribu dinar. Justeru aku telah mengirimkan satu ribu dinar untuk Abu Abdillah a.s dan seribu dinar kepadanya (Abu al-Hasan Musa a.s). Manakala aku datang kepada Abu Abdillah a.s, beliau a.s telah  berkata: Wahai Faidh, anda telah menyamakannya dengan aku? Aku telah berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan sedemikian kerana kata-kata anda juga. Beliau a.s telah  berkata: Demi Allah, aku tidak melakukan sedemikian, malah Allah a.w telah melakukannya”.
                                                                                                                         
                                      
                                                                    Bab 72

☼Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan Al-Ridha A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘ala Abi al-Hasan al-Ridha a.s)☼

       (384)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Husain bin Na‘aim al-Sahhaf berkata: Aku, Hisyam bin al-Hakam dan Ali bin Yaqtin telah berada di Baghdad, maka Ali bin Yaqtin berkata: Aku telah duduk di sisi al-‘Abd al-Salih (Imam Musa a.s), tiba-tiba anak lelakinya Ali datang, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Ali bin Yaqtin, ini Ali adalah penghulu anak-anakku. Sesungguhnya aku telah memberi kepadanya gelaranku, lalu Hisyam bin al-Hakam memukul dahinya dengan tapak tangannya, kemudian beliau telah berkata: Alangkah dukacitanya anda, bagaimana anda telah berkata sedemikian?
       Ali bin Yaqtin berkata: Demi Allah, aku telah mendengar daripadanya sebagaimana anda telah katakan, maka Hisyam telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda bahawa urusan imamahadalah padanya (al-Ridha a.s) selepasnya. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Husain bin Nu‘aim al-Sahhaf berkata: Aku telah berada di sisi al-‘Abd al-Salih (pada naskhah al-Safwani) beliau telah berkata: Aku…- kemudian beliau telah menyebutnya seumpamanya.

       (385)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘awiyah bin Hakim, daripada Nu‘aim al-Qabusi daripada Abu al-Hasan a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya anak lelakiku Ali adalah anak lelakiku yang paling tua, paling baik di sisiku dan yang paling aku cintai, beliau melihat bersamaku pada al-Jafar yang mana hanya nabi atau wasi nabi yang melihat kepadanya.

       (386)-3. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Sinan dan Isma’il bin ‘Abbad al-Qasri bersama-sama Daud al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, umurku telah meningkat, maka ambillah tanganku dari api neraka, beliau telah berkata: Maka beliau a.s telah menunjukkan kepada anak lelakinya Abu al-Hasan a.s sambil berkata: Beliau adalah sahabat (imam) kamu selepasku”

       387)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-Hasan Ibn Abi ‘Umair, daripada Muhammad bin Ishaq bin ‘Ammar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan yang pertama a.s: Bolehkah anda tunjukkan kepadaku siapakah yang aku patut mengambil daripadanya agamaku? Maka beliau a.s telah berkata: Ini anak lelakiku Ali. Sesungguhnya bapaku telah mengambil tanganku, lalu mengambil aku kepada kubur Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku! Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi[5]”” Dan sesungguhnya Allah apabila Dia telah berfirman sesuatu, Dia melaksanakannya.

       (388)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’ daripada Yahya bin ‘Umru, daripada Daud al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan Musa a.s: Sesungguhnya umurku telah meningkat, tulangku menjadi lemah, sesungguhnya aku telah bertanya bapa anda a.s, maka beliau telah memberitahu kepadaku tentang anda, kemudian beliau a.s telah memberitahu kepadaku (orang selepas anda), maka beliau telah berkata: Ini adalah Abu al-Hasan al-Ridha.

      (389)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ziyad bin Marwan al-Qanadiy, beliau adalah seorang penganut fahaman al-Waqifah, berkata: Aku telah datang kepada Abu Ibrahim a.s dan di sisinya anak lelakinya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Ziyad, ini adalah anak lelakiku polan, kitabnya adalah kitabku (suratku), percakapannya adalah percakapanku, utusan-nya adalah utusanku dan [kebenaran] adalah pada kata-katanya”

       (390)-7. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Fudhail berkata: Al-Makhzumi telah memberitahu kepadaku, ibunya adalah daripada salah seorang anak lelaki Ja‘far bin Abu Talib a.s telah berkata: Abu al-Hasan Musa a.s telah mengutus kepada kami, lalu kami berkumpul, kemudian beliau a.s telah  berkata kepada kami: Adakah kamu mengetahui kenapakah aku telah memanggil kamu? Kami berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Jadilah saksi bahawa sesungguhnya anak lelakiku ini adalah wasiku dan orang yang mempunyai kuasa di dalam urusanku dan khalifahku selepasku. Sesiapa yang mempunyai hutang di sisiku, maka hendaklah dia mengambilnya daripada anak lelakiku ini. Sesiapa yang mempunyai janji denganku, maka hendaklah beliau mendapatkannya daripadanya. Sesiapa yang ingin berjumpa denganku, maka beliau tidak boleh berjumpa denganku kecuali dengan melalui suratnya.

       (391)-8. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Sinan dan Ali bin al-Hakam bersama, daripada al-Husain bin al-Mukhtar berkata: Beberapa keping kertas (surat) telah datang kepada kami daripada Abu al-Hasan a.s- beliau a.s di dalam tahanan- Janjiku dengan anakku yang paling tua supaya melakukan sesuatu dan jangan berikan kepada polan sesuatupun sehingga aku berjumpa dengan anda atau Allah memerintahkan aku dengan kematian.

       (392)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada al-Hasan bin al-Mukhtar berkata: Beberapa lambaran surat daripada Abu al-Hasan a.s di Basrah telah sampai kepada kami secara kiasan: Janjiku adalah kepada anak lelakiku yang paling tua, diberikan kepada polan begitu dan polan begitu, polan begitu dan polan tidak diberikan sehingga aku datang atau Allah mengambil nyawaku, sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.

       (393)-10. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Muhriz, daripada Ali bin Yaqtin, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Beliau a.s telah mengirim surat kepadaku dari tempat tahanannya bahawa polan adalah anak lelakiku, penghulu anak lelakiku dan aku telah memberi kepadanya gelaranku (kunyati).

       (394)-11. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi Ali al-Khazzaz, daripada Daud bin Sulaiman berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Aku khuatir sesuatu akan berlaku kepada anda dan aku tidak bertemu dengan anda lagi, justeru, beritahu kepadaku siapakah imam selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakiku polan-Iaitu Abu al-Hasan a.s.

       (395)-12. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Sa‘id bin Abi al-Jahm, daripada al-Nasr bin Qabus berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Sesungguhnya aku telah bertanya bapa anda a.s tentang siapakah selepas anda? Maka beliau a.s telah memberitahu kepadaku bahawa andalah orangnya. Manakala Abu Abdillah a.s mati, orang ramai telah pergi ke kanan dan ke kiri, aku dan para sahabatku telah menerima anda, justeru, beritahu kepadaku siapakah selepas anda? Beliau a.s telah  berkata: Anak lelakiku polan.

       (396)-13. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Dhahhak bin al-Asy‘ath, daripada Daud bin Zurbi berkata: Aku telah datang kepada Abu Ibrahim a.s dengan harta, lalu beliau a.s telah mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian, maka aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, kenapakah anda meninggalkannya di sisiku? Beliau a.s telah  berkata: Sesungguhnya seorang yang mempunyai kuasa (sahib hadha al-Amr) akan menuntutnya daripada anda. Apabila berita kematiannya telah sampai kepada kami, maka Abu al-Hasan a.s telah mengutus anak lelakinya, lalu beliau meminta harta itu, maka aku telah memberikannya kepadanya.

       (397)-14. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi al-Hakam al-Armani berkata: Abdullah bin Ibrahim bin Ali bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib telah memberitahu kepadaku, daripada  Yazid bin Salit al-Zaidi, Abu al-Hakam berkata: Abdullah bin Muhammad bin ‘Imarah al-Jarmi telah memberitahu kepadaku, daripada Yazid bin Salit berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ibrahim a.s- ketika kami mahu melakukan umrah- di sebahagian jalan, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah anda menyedari tempat ini di mana kita berada? Beliau a.s telah  berkata: Ya, adakah anda sendiri menyedarinya? Aku telah berkata: Ya, sesungguhnya aku dan bapaku, kami telah berjumpa dengan anda di sini ketika anda bersama Abu Abdillah a.s dan bersamanya saudara-saudara anda, maka bapaku telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, kamu semua para imam yang disucikan, tiada seorang yang akan terlepas daripada kematian. Justeru beritahulah kepadaku sesuatu supaya aku memberitahunya kepada mereka selepasku, lantaran itu, mereka tidak akan sesat.
       Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Abu Abdillah (bapa Yazid bin Salit), mereka itu adalah anak-anak lelakiku dan ini adalah penghulu mereka-beliau a.s telah menunjukkan kepada anda dan beliau  a.s telah diberikan ilmu, kefahaman, kemurahan hati, ilmu yang dihajati oleh orang ramai, ilmu yang tidak disepakati oleh mereka tentang urusan agama dan dunia mereka, akhlak yang mulia, jawapan yang baik [kepada soalan]. Beliau a.s adalah satu pintu daripada pintu-pintu Allah. Dan di dalam diri beliau a.s terdapat satu sifat yang  lebih baik daripada ini. Bapaku telah berkata: Apakah dia? -Dengan bapaku, anda dan ibuku-Beliau a.s telah  berkata: Allah akan mengeluarkan daripadanya pertolongan umat ini, kejayaan umat ini, ilmunya, cahayanya, kelebihannya, hikmahnya, sebaik-baik bayi yang dilahirkan dan sebaik-baik (manusia) yang akan membesar.
       Allah memelihara darah [orang ramai] dengannya, membaiki silaturahim, menyatukan perselisihan, memakaikan yang bertelanjang, mengenyangkan yang lapar, mengamankan yang takut, Allah menurunkan hujan dengannya, merahmati hamba-hamba-Nya, paling baik di kalangan orang tua  dan paling baik di kalangan remaja, kata-katanya adalah hikmah, diamnya adalah ilmu, menerangkan kepada manusia apa yang mereka tidak sepakati. Beliau akan menjadi ketua keluarga sebelum beliau mencapai umur baligh. Maka bapaku telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah beliau telah dilahirkan? Beliau a.s telah  berkata: Ya, beberapa tahun umurnya telah berlalu. Yazid berkata: Tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami dan kami tidak dapat bercakap dengannya.
       Yazid berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Beritahu kepadaku sebagaimana bapa anda a.s  telah memberitahunya kepadaku, maka beliau a.s telah  berkata kepadaku: Ya, sesugguhnya bapaku a.s telah berada di zaman di mana sekarang bukan zamannya. Maka aku telah berkata kepadanya: Sesiapa yang meredai anda tentang perkara ini, maka laknat Allah ke atasnya. Beliau telah berkata: Abu Ibrahim a.s telah ketawa dengan nyaring, kemudian beliau a.s telah  berkata: Aku akan memberitahunya kepada anda, wahai Abu ‘Ammarah, apabila aku telah keluar dari rumahku, maka aku telah mewasiatkan kepada anak lelakiku polan, tetapi aku telah bersyarikat bersamanya anak-anakku yang lain pada zahir sedangkan aku telah mewasiatkan kepadanya pada batin.
       Justeru, aku telah mengasingkannya seorang sahaja. Sekiranya urusan ini terletak kepadaku, nescaya aku telah memilih anak lelakiku al-Qasim kerana cintaku dan kelembutan hatiku kepadanya, tetapi ia terletak kepada Allah, Dia menjadikannya untuk siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhyna Rasulullah s.a.w telah datang kepadaku dengan berita ini. Kemudian baginda s.a.w telah memperlihatkan [di dalam mimpi] kepadaku penggantiku (imam) di kalangan anak-anakku dan mereka yang bersamanya. Begitulah tiada seorangpun yang mewasiatkan kepada seseorang di kalangan kami sehingga Rasulullah s.a.w dan datukku Ali a.s datang dengan beritanya. Aku telah melihat sebentuk cincin, sebilah pedang, sebatang tongkat, sebuah kitab dan serbannya (Rasulullah s.a.w). Maka aku telah berkata: Apakah ini, wahai Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w telah bersabda kepadaku: Adapun serban adalah kekuasaan Allah a.w.
       Adapun pedang, maka ia adalah kekuatan Allah t.w. Adapun kitab, maka adalah cahaya Allah t.w. Adapun tongkat, maka ia adalah kekuatan Allah. Adapun cincin, maka ia meliputi semua perkara. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda kepadaku: Urusan imamah telah keluar daripada anda kepada orang lain. Lantas aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w, perlihatkanlah beliau (imam selepasnya) kepadaku, siapakah beliau di kalangan mereka? Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Aku tidak melihat seorangpun di kalangan para imam yang paling mengambil berat di dalam perkara ini selain daripada anda. Jika imamah adalah dengan kasih sayang (al-mahabbah), nescaya Isma’il lebih dikasihi oleh bapa anda daripada anda, tetapi perkara itu adalah daripada Allah a.w.
       Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah melihat semua anak-anakku sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadaku: Ini adalah penghulu mereka, beliau a.s telah menunjukkan kepada anak lelakiku Ali, maka beliau adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya dan Allah adalah bersama mereka yang melakukan kebaikan” Yazid berkata: Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata: Wahai Yazid, ini adalah simpanan [rahsia] di sisi anda. Justeru, janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun tentangnya melainkan dia seorang yang berakal atau seorang hamba [Allah] yang anda percaya bahawa dia seorang yang benar. Jika anda dipanggil untuk membuat penyaksian, maka buatlah iaitu sebagaimana firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya”[6]
       Dan Dia juga berfirman kepada kita: “Dan siapakah orang yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah?[7] Abu Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah berpaling kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata: Sesungguhnya anda telah mengumpulkan anak-anakku untukku- dengan bapaku dan ibuku- manakah beliau di kalangan mereka? Maka baginda s.a.w telah bersabda: Seorang yang melihat dengan cahaya Allah a.w, mendengar dengan kefahaman-Nya, bercakap dengan hikmah-Nya, tepat dan tidak bersalah, mengetahui tanpa kejahilan, pendidik hikmah dan ilmu, inilah dia orangnya (huwa hadha) dan baginda s.a.w telah mengambil tangan anak lelakiku Ali-Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Anda akan hanya bersamanya di dalam jangka waktu yang pendek.
       Justeru, apabila anda kembali dari musafir anda, maka berwasiatlah, perbaikilah urusan anda dan selesailah apa yang anda kehendaki kerana anda akan berpindah daripada mereka dan akan berjiran dengan orang lain. Jika anda mahu, maka panggillah Ali, maka beliau akan memandi dan mengapankankan anda kerana ia adalah suci untuk anda. Ia mesti dijalankan menurut cara ini. Inilah sunnah yang telah berlalu.
       Kemudian biarlah beliau meletakkan anda di hadapannya, biarkan saudara-saudaranya dan bapa-bapa saudaranya beratur di hadapannya dan perintahkannya supaya melakukan takbir di atas anda sembilan takbir, sesungguhnya wasiatnya telah diperkukuhkan dan beliau adalah wali anda ketika anda masih hidup. Kemudian kumpulkan semua anak-anak anda di kelilingnya dan jadikan mereka saksi dan Allah akan menyaksikannya dan cukuplah Allah menjadi saksi. Yazid berkata: Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadaku: Aku akan diambil pada tahun ini dan urusan imamah adalah kepada anak lelakiku Ali nama yang sama dengan Ali: Ali yang pertama, maka Ali bin Abu Talib dan adapun Ali yang akhir adalah Ali bin al-Husain a.s. Dikurniakan dengan fahaman yang pertama, kesabarannya, kemenangannya, kasih sayangnya, agamanya dan ujiannya. Dan ujian yang lain adalah kesabarannya di atas apa yang beliau tidak sukai, tetapi beliau tidak bercakap melainkan selepas empat tahun kematian Harun.
       Kemudian beliau a.s telah  berkata kepadaku: Wahai Yazid, jika anda melintasi tempat ini dan berjumpa dengannya- dan anda akan berjumpa dengannya- maka beritahulah kepadanya tentang berita baik kepadanya bahawa seorang bayi (ghulam) akan dilahirkan untuknya, yang amanah, dijamin, diberkati dan beliau akan memberitahu kepada anda bahawa anda telah berjumpa denganku, maka beritahulah kepadanya ketika itu bahawa seorang hamba perempuan (al-Jariah) yang akan melahirkan bayi ini adalah seorang hamba perempuan daripada keluarga Mariah seorang hamba perempuan Rasulullah s.a.w, ibu Ibrahim a.s (anak lelaki Rasulullah s.a.w).
       Jika anda boleh menyampaikan salamku kepadanya, maka lakukanlah. Yazid berkata: Aku telah berjumpa dengan Ali a.s selepas kematian bapanya Abu Ibrahim a.s, maka beliau a.s telah memulakan percakapan denganku. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Yazid, apa pendapat anda tentang umrah? Aku telah berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, itu terserah kepada anda, aku tidak ada wang untuk perbelanjaannya.
       Maka beliau a.s telah berkata: Subhana llah, kami tidak memaksa anda dan tidak akan menyediakan perbelanjaan untuk anda. Kemudian kami telah keluar sehingga kami sampai ke tempat itu, maka beliau a.s telah mula bercakap denganku, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Yazid, pada tempat ini anda banyak berjumpa dengan jiran-jiran anda dan bapa-bapa saudara  anda, aku telah berkata: Ya, kemudian aku telah menceritakan kepadanya kisah itu, lalu beliau a.s telah  berkata kepadaku: Adapun seorang hamba perempuan, maka dia belum datang lagi kepadaku, maka apabila dia datang, aku akan menyampaikan salamnya kepadanya. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Makkah dan beliau a.s telah membelinya pada tahun itu juga.
       Tidak lama kemudian, dia telah mengandung (hamil) dan melahirkan seorang bayi. Yazid berkata: Saudara-saudara Ali masih berharap bahawa mereka akan mewarisinya. Justeru, saudara-saudaranya telah memusuhiku tanpa dosa. Ishaq bin Ja‘far telah berkata kepada mereka: Demi Allah, aku telah melihatnya (Yazid) sedang duduk dekat dengan Abu Ibrahim a.s di majlis yang aku tidak duduk bersama.
       (398)-15. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi al-Hakam berkata: Abdullah bin Ibrahim al-Ja‘fari telah memberitahu kepadaku dan Abdullah bin Muhammad bin ‘Ammarah, daripada Yazid bin Salit berkata: Apabila Abu Ibrahim a.s telah mewasiatkan [imamah], beliau a.s telah memanggil Ibrahim bin Muhammad al-Ja‘fari, Ishaq bin Muhammad al-Ja‘fari, Ishaq bin Ja‘far bin Muhammad, Ja‘far bin Salih, Mu‘awiyah  al-Ja‘fari, Yahya bin al-Husain bin Yazid bin Ali, Sa‘d bin ‘Imran al-Ansari, Muhammad bin al-Harith al-Ansari, Yazid bin Salit al-Ansari dan Muhammad bin Ja‘far bin Sa‘d al-Aslami-iaitu wasiat yang pertama-Beliau a.s telah memanggil mereka untuk menjadi saksi bahawa beliau a.s naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, sesungguhnya hari Kiamat akan berlaku tanpa syak lagi. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan mereka di dalam kubur.
       Sesungguhnya [hari] Kebangkitan selepas kematian adalah benar. Sesungguhnya Janji[Nya] adalah benar, sesungguhnya Hisab adalah benar, Penghakiman adalah benar, sesungguhnya wukuf di hadapan Allah adalah benar, sesungguhnya apa yang telah dibawa oleh Muhammad adalah benar, sesungguhnya apa yang telah diturunkan oleh al-Ruh al-Amin adalah benar. Di atas (kepercayaan ini], aku hidup dan di atasnya aku mati dan di atasnya aku akan dibangkitkan kembali in sya’a Allah. Aku telah memanggil mereka sebagai saksi bahawa inilah wasiatku dengan khat aku sendiri, sesungguhnya aku telah menyalin khat datukku Amir al-Mukminin Ali bin Abu talib a.s dan wasiat Muhammad bin Ali sebelum itu. Aku telah menyalinnya satu persatu dan wasiat Ja‘far bin Muhammad seperti itu juga. Sesungguhnya aku telah mewasiatkan kepada Ali dan anak-anakku bersamanya jika beliau mahu, jika beliau melakukan penghakiman yang adil kepada mereka. Aku suka supaya beliau menyokong mereka, tetapi itu terserah kepadanya. Jika beliau tidak mengakui mereka dan beliau suka untuk memecat mereka, maka ia terserah kepadanya dan mereka pula tidak mempunyai kuasa ke atasnya.
       Aku telah mewasiatkan kepadanya tentang wakaf-wakafku, harta-hartaku, hamba-hambaku, anak-anak kecilku yang aku telah meninggalkan mereka dan anak-anakku yang lain. Aku telah meninggalkan perempuan-perempuanku kepada al-‘Abbas dan Ibrahim, al-Qasim, Isma’il, Ahmad, Umm Ahmad kepada Ali dan bukan kepada orang lain. Satu pertiga daripada sadaqah bapaku dan dua pertiga sadaqahku (aku tinggalkan untuk Ali a.s), beliau boleh melakukan sesuatu kepadanya apabila beliau fikir sesuai seperti seorang pemilik harta terhadap hartanya.
       Jika beliau suka menjualnya atau memberikannya, mendermanya atau bersedekah dengannya kepada orang yang aku telah menamakannya kepadanya ataupun aku tidak menamakannya. Maka ia terserah kepadanya. Beliau adalah sepertiku sendiri tentang wasiatku pada hartaku, keluargaku dan anak-anakku. Jika beliau melihat bersesuain untuk menetapkan saudara-saudaranya yang aku telah menamakan mereka di dalam wasiatku ini, maka beliau boleh melakukannya dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau boleh mengeluarkan mereka, beliau tidak boleh dicela atau ditolak.
       Jika beliau mendapati keadaan mereka berlainan semasa aku meninggalkan mereka dan beliau mahu mengeluarkan mereka daripda kuasa [yang aku telah tetapkan], maka ia adalah terserah kepadanya. Jika ada di kalangan mereka (saudara-saudaranya) yang ingin mengahwinkan saudara perempuannya, maka beliau (saudaranya) tidak boleh mengahwinkannya melainkan dengan izinnya (Ali al-Ridha a.s) dan perintahnya kerana beliau lebih mengetahui tentang perkahwinan keluarganya.
       Mana-mana kuasa atau individu yang mencegahnya  dari sesuatu atau meletak halangan di antaranya dan sesuatu daripada apa yang aku telah sebutkannya di dalam suratku ini atau antara beliau dan seorang daripada mereka yang aku telah sebutkannya, maka beliau adalah terlepas daripada Allah dan Rasul-Nya, Allah dan Rasul-nya juga terlepas daripadanya dan di atasnya laknat Allah, kemurkaan-Nya, laknat para pelaknat, para malaikat yang dekat dengan Allah, para nabi, para rasul dan kumpulan mukminin. Tiada seorangpun yang mempunyai kuasa boleh mencegahnya dari sesuatu dan tiada tuntutan di pihakku untuk menentangnya (Ali al-Ridha) dengan alasan salah laku. Tiada seorangpun di kalangan anak-anakku boleh menuntut mana-mana harta menentangku daripadanya. Beliau mesti diterima di dalam semua perkara yang dikatakan olehnya. Jika beliau mengurangkan [pembahagian], maka beliau lebih mengetahui atau jika beliau memperbanyakkannya, maka beliau adalah seorang yang benar begitulah seterusnya.
       Sesungguhnya aku mahu memasukkan nama anak-anakku bersamanya adalah untuk memuliakan mereka. Kepada hamba-hamba perempuanku yang telah melahirkan anak-anakku (ummahaat aulaadi) yang masih tinggal di rumah-rumah mereka dan di sebalik hijab akan diberikan perbelanjaan seperti pada masa hidupku, jika beliau melihat keadaannya sesuai dan sesiapa di kalangan mereka keluar untuk berkahwin, maka beliau tidak boleh lagi kembali ke rumahku kecuali Ali memikirkan sebaliknya.
       Begitu juga dengan anak-anak perempuanku, tiada seorangpun daripada saudara-saudaranya di sebelah ibunya boleh mengahwinkan mereka, begitu juga mereka yang mempunyai kuasa atau bapa saudaranya tidak boleh mengahwinkan mereka melainkan mengikut pendapatnya (Ali al-Ridha a.s) dan perbincangan dengannya. Jika mereka melakukan perkara selain daripadanya, maka sesungguhnya mereka telah menyalahi Allah dan Rasul-Nya serta menentang kekuasaannya (Ali al-Ridha a.s) sedangkan beliau lebih mengetahui tentang pernikahan atau perkahwinan keluarganya. Jika beliau mahu untuk mengahwinkan mereka, maka beliau akan melakukannya dan jika beliau tidak mahu mengahwinkan mereka, maka beliau boleh berbuat demikian. Sesungguhnya aku telah mewasiatkannya kepada mereka sebagaimana aku telah menyebutkannya di dalam suratku ini.
       Aku telah menjadikan Allah saksi ke atas mereka begitu juga dengannya (Ali al-Ridha a.s) dan Umm Ahmad. Tiada seorang yang boleh membuka wasiatku atau menyebarkan wasiatku jika beliau bukan seorang yang aku telah menyebutkannya dan menamaknnya di dalam perkara ini. Sesiapa yang telah melakukan kejahatan, maka ia kembali kepadanya dan sesiapa yang melakukan kebaikan, maka ia adalah untuk dirinya dan Tuhan kamu tidak menzalimi hamba-hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya. Tiada seorang yang mempunyai kuasa atau orang selain daripadanya boleh membuka suratku ini yang aku telah menutupnya rapat-rapat.
       Sesiapa yang melakukan sedemikian, maka laknat Allah ke atasnya, kemurkaan-Nya, laknat semua pelaknat, termasuk para malaikat yang dekat dengan Allah, semua rasul dan mukminin ke atas mereka yang membuka suratku ini. Abu Ibrahim a.s dan saksi-saksinya telah menulis dan menutupnya. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.
       Abu al-Hakam berkata: Abdullah bin Adam al-Ja‘fari telah memberitahu kepadaku daripada Yazid bin Salit berkata: Abu ‘Imran al-Talhi adalah kadi Madinah. Apabila Musa a.s telah mati, saudara-saudaranya (Ali al-Ridha a.s) telah mengemukakannya kepada al-Talhi al-Qadhi. Al-‘Abbas bin Musa berkata: Aslaha-ka llah, berilah kami kesoronokan melalui anda di bahagian bawah surat ini ada perbendaharaan, permata-permata dan beliau (Ali al-Ridha a.s) mahu menyembunyikannya dan mengambilnya untuk dirinya dan bukan untuk kami. Bapa kami tidak meninggalkan sesuatu melainkan beliau berlindung kepadanya (Ali al-Ridha a.s) dan beliau telah meninggalkan kami pula bergantung kepadanya. Jika aku tidak menahan diriku, nescaya aku memberitahu sesuatu kepada anda di hadapan orang ramai yang telah berkumpul. Lantas, Ibrahim bin Muhammad telah menerkam kepadanya dan berkata: Lantaran itu, demi Allah, anda akan memberitahu  perkara yang kami tidak menerimanya daripada anda dan kami tidak mempercayai anda tentangnya. Kemudian anda akan menjadi seorang yang dihina dan dimurkai.
       Kami mengetahui anda dengan pembohongan semenjak kecil lagi dan bapa anda lebih mengetahui tentang anda. Jika kebaikan ada pada anda dan bapa anda mengetahui anda pada zahir dan batin, kenapa beliau tidak memprcayai anda meskipun dengan dua kurma. Kemudian Ishaq bin Ja‘far, bapa saudaranya di sebelah bapa, menerkam kepadanya, lalu memegang leher bajunya sambil berkata: Anda adalah seorang yang dungu, lemah dan bodoh. Ini dan apa yang telah berlaku kelamarin adalah daripada anda. Orang ramai telah berkumpul di sana menyokongnya (Ishaq). Abu ‘Imran al-Qadhi berkata kepada Ali: Wahai Abu al-Hasan, pergilah, cukuplah aku apa yang dilaknati oleh bapa anda pada hari ini. Bapa anda telah memberi kepada anda kuasa yang luas. Demi Allah, tiada seorang yang lebih mengetahui tentang anaknya daripada bapanya. Demi Allah, bapa anda, di sisi kami, bukanlah seorang yang lemah akalnya. Maka al-‘Abbas berkata kepada al-Qadhi: Aslaha-ka llahu, pecahkan penutupnya dan bacalah apa yang ada di bawahnya.
       Abu ‘Imran berkata: Aku tidak akan memecahkannya atau membukanya, cukuplah apa yang dilaknati oleh bapa anda pada hari ini. Al-‘Abbas berkata: Aku akan memecahkannya [untuk dibuka], maka beliau (al-Qadhi) berkata: Ia terserah kepada anda. Maka al-‘Abbas telah memecahkan penutupnya (al-Khatam), maka beliau mendapatinya (surat) mengeluarkan mereka daripada sadaqahdan perkara-perkara yang lain dan menyokong Ali, malah mereka semua di bawah kuasa Ali sama ada mereka mahu ataupun tidak. Pembukaan surat itu adalah satu bala, keburukan dan kehinaan kepada mereka. Dan bagi Ali a.s adalah satu kelebihan. Di dalam wasiat yang dibukakan penutupnya oleh al- Abbas mengandungi saksi-saksi seperti: Ibrahim bin Muhammad, Ishaq bin Ja‘far, Ja‘far bin Salih dan Sa‘id bin ‘Imran.
       Mereka telah mendedahkan muka Umm Ahmad (yang hadir) di majlis al-Qadhi kerana mereka mendakwa bahawa beliau bukanlah Umm Ahmad sehingga mereka telah mendedahkannya  dan mereka mengenalinya. Maka beliau telah berkata pada ketika itu: Demi Allah, sesungguhnya tuanku telah berkata ini kepadaku: Sesungguhnya anda akan diambil secara paksaan atau anda akan dikeluarkan dari majlis. Ishaq bin Ja‘far telah menakut-nakutkan beliau  dan berkata: Diamlah, kerana perempuan dikira mempunyai akal yang lemah. Aku tidak terfikir bahawa beliau telah berkata sedemikian. Kemudian Ali a.s telah berpaling kepada al-‘Abbas sambil berkata: Wahai saudaraku, aku mengetahui sesungguhnya apa yang telah mendorong anda bertindak sedemikan adalah disebabkan hutang-hutang anda. Justeru, wahai Sa‘id, tentukan untukku berapakah hutang mereka yang wajib dibayar, kemudian bayarlah di atas akaun aku [untuk mereka].
       Demi Allah, aku tidak akan meninggalkan berbuat baik kepada kamu selama aku berjalan di bumi ini, maka katakanlah apa yang kamu kehendaki. Al-‘Abbas berkata: Apa yang anda berikan kepada kami adalah lebihan daripada harta-harta kami sedangkan harta kami di sisi anda adalah lebih banyak. Beliau a.s telah  berkata: Katakanlah apa yang kamu mahu, maka kehormatan adalah kehormatan kamu. Jika kamu berbuat baik, maka ia adalah untuk kamu. Jika kamu berbuat jahat, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Sesungguhnya kamu pun mengetahui bahawa aku pada hariku ini tidak mempunyai anak dan tiada pewaris selain daripada kamu. Jika aku menyimpan sesuatu sebagaimana kamu fikirkan atau aku menyimpannya, maka ia akan menjadi milik kamu sahaja dan ia akan diberikan kepada kamu.
       Demi Allah, semenjak kematian bapa kamu r.a, aku tidak memiliki sesuatupun kecuali untuk tujuan tertentu sebagaimana kamu telah melihatnya. Lantas al-‘Abbas melompat kepadanya dan berkata: Demi Allah, ia bukanlah begitu, Allah tidak menjadikan pendapat anda menguasai kami, tetapi ia adalah hasad bapa kita terhadap kita dan kemahuannya yang dikehendaki olehnya [sendiri] yang mana Allah tidak membenarkannya untuknya dan untuk anda. Sesungguhnya anda mengetahui bahawa aku mengenali Safwan bin Yahya Bayya’ al-Sabiri[8] di Kufah, jika aku masih hidup, aku akan membuatnya tercekik dengan air liurnya dan anda bersamanya.
       Ali a.s telah berkata: Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Adapun aku, wahai saudara-saudaraku, aku bersemangat untuk menggembirakan kamu, Allah mengetahui, wahai Tuhanku, jika Engkau mengetahui bahawa aku mencintai kebaikan mereka dan sesungguhnya aku seorang yang baik terhadap mereka dan bersemangat untuk menemani mereka, mengambil berat tentang urusan mereka malam dan siang, maka berilah ganjaran di atas kebaikan dan jika aku bukan sedemikian, maka Engkau lebih mengetahui tentang perkara-perkara yang ghaib, maka berilah ganjaran kepadaku apa yang aku layak dengan sewajarnya. Jika ia jahat, maka jahatlah ia dan jika ia baik, maka baiklah ia.
       Wahai Tuhanku, buatlah mereka baik dan buatlah perkara-perkara yang baik untuk mereka. Jauhilah syaitan daripada kami dan mereka dan buatlah mereka mentaati Engkau, buatlah mereka berjaya bagi mencapai kejayaan Engkau. Adapun aku, wahai saudaraku, bersemangat untuk menggembirakan kamu, berjuang untuk kebaikan kamu “Dan Allah adalah saksi terhadap apa yang kita ucapkan (ini)[9] . Maka al-‘Abbas berkata: Aku benar-benar mengetahui cara lidah anda [bertutur], aku bukanlah tanah yang subur untuk tipu-daya anda”. Kemudian orang ramai telah bersurai, selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.

       (399)-16. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ali dan Abdullah bin al-Marzaban, daripada Ibn Sinan berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan Musa a.s setahun sebelum beliau a.s datang ke Iraq dan anak lelakinya Ali sedang duduk di sisinya. Maka beliau a.s telah melihat kepadaku dan berkata: Wahai Muhammad, pada tahun ini akan berlaku kekacauan, justeru, janganlah anda berdukacita kerananya. Aku telah berkata: Apakah akan berlaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Apa yang anda katakan itu membuatkan aku risau. Maka beliau a.s telah  berkata: Aku akan diambil kepada seorang yang zalim, tetapi tiada keburukan akan menimpaku di tangannya dan tidak juga di tangan orang selepasnya. Aku telah berkata: Apakah akan berlaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda?
       Beliau a.s telah membaca firman Allah: “Dan Allah menyesatkan mereka yang zalim dan Allah memperbuat apa yang Dia kehendaki”[10] Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Apakah itu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang menzalimi anak lelakiku ini akan haknya dan menentang imamahnya selepasku adalah seperti seorang yang telah menazalimi Ali bin Abu Talib akan haknya dan menentang imamahnya selepas Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Demi Allah, jika Allah memanjangkan umurku, nescaya aku akan menyerahkan haknya kepadanya dan mengakui imamahnya. Beliau a.s telah  berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad, Allah akan memanjangkan umur anda dan anda akan menyerahkan haknya kepadanya, dan anda akan mengakui imamahnya dan imamah orang selepasnya. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Siapakah itu? Beliau a.s telah  berkata: Muhammad anak lelakinya. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Aku meredainya dan menyerah kepadanya”.


                                                                         Bab 73

☼Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Ja‘far Al-Thani A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘ala Abi Ja‘far al-Thani a.s)☼

       (400)-1. Ali bin Muhammad, daripada n Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yahya bin Habib al-Zayyat berkata: Beberapa orang yang sedang duduk di sisi Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah memberitahu kepadaku. Apabila mereka bangun, beliau a.s telah  berkata kepada mereka: Pergi jumpa Abu Ja‘far dan sampaikanlah salam kepadanya dan perbaharuilah janji kamu dengannya. Apabila mereka berdiri untuk pergi, beliau a.s telah berpaling kepadaku dan berkata: Allah memberi rahmat kepada al-Mufadhdhal kerana beliau berpuas hati [mengakui imam akan datang] tanpa ini (arahan].

       (401)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah menyebutkan sesuatu, maka beliau a.s telah berkata: Apakah hajat kamu kepadanya, ini adalah Abu Ja‘far sesungguhnya aku telah mendudukkannya di tempat dudukku dan aku telah melantiknya kepada kedudukanku dan berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait yang mana yang kecil kami mewarisi yang besar kami, kami adalah sama.

       (402)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya Muhammad bin Isa berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far al-Thani a.s, lalu beliau a.s telah berbincang beberapa perkara denganku. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Ali, tiada ruang untuk syak kerana bapaku tidak mempunyai anak lelaki selain daripadaku.

       (403)-4. Beberapa orang daripada sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Yahya, daripada Malik bin Asyim, daripada al-Husain bin Basysyar berkata: Ibn Qiyama telah menulis surat kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, beliau telah berkata di dalamnya: Bagaimana anda menjadi seorang imam sedangkan anda tidak [mampu] mempunyai anak lelaki? Maka Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepadanya-seakan-akan memarahinya-Siapakah yang telah memberitahu kepada anda bahawa aku tidak mempunyai anak lelaki? Demi Allah, hari-hari dan malam-malamku tidak akan berlalu sehingga Allah mengurniakan kepadaku seorang anak lelaki yang dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.

       (404)-5. Beberapa orang sahabat kita, daripada Muhammad bin Ali, daripada Mu‘awiyah bin Hakim, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Ibn al-Najjasyi telah berkata kepadaku: Siapakah imam selepas sahabat anda? Aku mahu anda bertanya kepadanya sehingga aku mengetahuinya. Lalu aku telah datang berjumpa dengan al-Ridha a.s dan aku telah bertanya kepadanya, beliau a.s telah berkata kepadaku: Imam itu adalah anak lelakiku. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah seorang berani berkata “anak lelakiku” sedangkan beliau tidak mempunyai anak lelaki?

       (405)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Kami telah menyebutkan sesuatu di sisi Abu al-Hasan a.s selepas Abu Ja‘far dilahirkan untuknya. Maka beliau a.s telah berkata: Apakah hajat kamu kepada ini? Ini adalah Abu Ja‘far, aku telah mendudukkannya di tempat dudukku dan melantiknya pada tempatku.

       (406)-7. Ahmad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Qiyama al-Wasiti berkata: Aku telah datang kepada Ali bin Musa a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah berlaku dua imam (pada satu masa)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, kecuali salah seorang daripadanya berdiam diri. Maka aku telah berkata kepadanya: Andalah yang tidak berdiam diri, Abu Ja‘far belum dilahirkan pada masa itu, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Demi Allah, Allah akan menjadikan aku seorang yang mana Dia akan mendirikan kebenaran dengannya dan pendokongnya. Dia akan memusnahkan kebatilan dan pendokongnya. Abu Ja‘far dilahirkan untuknya selepas setahun. Ibn Qiyama adalah seorang yang berfahaman al-Waqifiyyah.

       (407)-8. Ahmad, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin al-Jahm berkata: Aku telah duduk di sisi Abu al-Hasan a.s, lalu beliau a.s telah memanggil anak lelakinya yang masih kecil, kemudian beliau a.s telah mendudukkannya di atas ribaku. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Cabutlah bajunya, lantas aku mencabutnya. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Lihatlah di antara dua bahunya, lantas aku melihatnya, tiba-tiba pada salah satu bahunya seperti penutup yang menusuk ke dalam daging. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah anda melihat ini? Bapaku telah mempunyai perkara yang sama di tempat ini.

       (408)-9. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi Yahya al-San‘ani berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s, maka anak lelakinya Abu Ja‘far yang masih kecil telah dibawakan kepadanya, maka beliau a.s telah berkata: Tiada bayi yang dilahirkan yang akan memberi keberkatan yang lebih besar kepada Syiah kita selain daripada bayi ini.

       (409)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Safwan bin Yahya berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Kami pernah bertanya kepada anda sebelum Allah mengurniakan anda dengan Abu Ja‘far a.s, lantas anda berkata: Allah akan mengurniakan aku seorang bayi, maka Allah telah mengurniakannya kepada anda, maka kami bergembira. Semoga Allah tidak akan membiarkan kami melihat hari kematian anda, tetapi jika apa yang akan berlaku itu berlaku, maka kepada siapa? Beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya kepada Abu Ja‘far a.s yang sedang berdiri di hadapannya. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ini anak lelaki yang berusia tiga tahun? Maka beliau a.s telah berkata: Tiada sesuatu yang menghalangnya daripadanya. Sesungguhnya Isa a.s telah mendirikan hujahnya ketika berusia tiga tahun.

       (410)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar Isma’il bin Ibrahim berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya anak lelakiku ini perlahan lidahnya, aku akan menghantarkannya kepada anda besok supaya anda menyapu di atas kepalanya dan berdoa untuknya kerana beliau adalah di bawah jagaan anda, maka beliau a.s telah berkata: Beliau adalah di bawah jagaan Abu Ja‘far, maka hantarlah beliau kepadanya besok.

       (411)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahdiy, daripada Muhammad bin Khallad al-Saiqal, daripada Muhammad bin al-Hasan bin ‘Ammar berkata: Aku telah duduk di sisi Ali bin Ja‘far bin Muhammad di Madinah, aku telah tinggal bersamanya selama dua tahun menulis apa yang beliau dengar daripada saudaranya- iaitu Abu al-Hasan a.s- tiba-tiba Abu Ja‘far Muhammad bin Ali al-Ridha a.s telah datang ke masjid Rasulullah s.a.w, lantas Ali bin Ja‘far menerkam kepadanya tanpa kasut dan jubah, mengucupnya dan menghormatinya.
       Maka Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku (‘amm), silakan duduk-mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada anda, maka beliau telah berkata: Wahai sayyidi, bagaimana aku duduk sedangkan anda berdiri. Manakala Ali bin Ja‘far kembali ke majlisnya, para sahabatnya mulai mencacinya dan berkata: Anda adalah bapa saudara bapanya sedangkan anda melakukan kepadanya perbuatan ini? Beliau telah berkata: Diam, apabila Allah-beliau memegang janggutnya-tidak membuat janggut putih ini layak (imamah) dan membuatkan pemuda ini layak (imamah) serta meletakkannya di tempat yang Dia telah meletakkannya, aku pula mengingkari kelebihannya? Aku mohon perlindungan daripada apa yang anda katakannya, malah aku adalah seorang hamba untuknya.

       (412)-13. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Khairani, daripada bapanya berkata: Aku pernah berdiri di hadapan Abu al-Hasan a.s di Khurasan, maka seorang lelaki berkata: Wahai tuanku (sayyidi), jika berlakulah apa yang akan berlaku, maka [imamah] kepada siapa? Beliau a.s telah berkata: Kepada Abu Ja‘far anak lelakiku, seolah-olah lelaki yang bertanya itu memperkecilkan umur Abu Ja‘far a.s. Maka Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Isa bin Maryam sebagai rasul dan nabi, pembawa syariah bermula dengan umurnya semuda usia Abu Ja‘far a.s.
        (413)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Ali bin Muhammad al-Qasani bersama, daripada Zakaria bin Yahya bin al-Nu‘man al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Ali bin Ja‘far memberitahu kepada al-Hasan bin al-Husain bin Ali bin al-Husain berkata: Demi Allah, sesungguhnya Allah telah menolong Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka al-Hasan telah berkata kepadanya: Ya, demi Allah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, saudara-saudaranya telah menentangnya, maka Ali bin Ja‘far telah berkata: Ya, demi Allah, dan kami bapa-bapa saudaranya telah menentangnya juga. Maka al-Hasan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana kamu telah melakukannya sedangkan aku tidak berada bersama kamu?
       Beliau telah berkata: Saudara-saudaranya berkata kepadanya dan kami juga: Tidak pernah ada pada kami seorang imam yang berkulit hitam. Maka al-Ridha a.s telah berkata kepada mereka: Beliau itu adalah anak lelakiku. Mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menghukum dengan al-Qaffah (pakar tentang pertalian keluarga sedarah sedaging), maka di antara kami dan anda adalah al-Qaffah, beliau telah berkata: Kamu utuslah kepada mereka, adapun aku, maka aku tidak mahu dan janganlah kamu memberitahu kepada mereka apabila kamu memanggil mereka, hendaklah kamu tinggal di rumah kamu. Apabila mereka telah datang, maka mereka (saudara-saudara dan bapa-bapa saudaranya) telah memanggil kami untuk berkumpul di taman dan bapa-bapa saudara, saudara-saudara dan saudara-saudara perempuannya berbaris.
       Mereka telah mengambil al-Ridha a.s dan memakaikannya jubah bulu, songkok daripada bahan yang sama dan mereka telah meletakkan penyodok di atas tengkuknya dan mereka berkata kepadanya: Pergilah ke taman seolah-olah anda bekerja padanya. Kemudian mereka  telah membawa datang Abu Ja‘far a.s dan berkata (kepada pakar tentang pertalian keluarga): Kaitkanlah kanak-kanak ini kepada bapanya, maka mereka telah berkata: Tiada bapanya di sini, tetapi ini adalah bapa saudara bapanya, ini adalah bapa saudara bapanya, ini adalah bapa saudaranya, dan ini adalah ibu saudaranya. Jika beliau mempunyai bapa di sini, maka beliau adalah tukang kebun itu kerana kedua-dua tapak kakinya (tukang kebun) menyamai tapak kakinya. Apabila Abu al-Hasan a.s telah kembali, mereka telah berkata: Inilah bapanya.
       Ali bin Ja‘far telah berkata: Aku telah berdiri, lalu aku menghisap air liur Abi Ja‘far a.s, kemudian aku telah berkata kepadanya: Aku naik saksi bahawa anda adalah imam di sisi Allah, lantas al-Ridha a.s menangis, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai bapa saudaraku, Tidakkah anda pernah mendengar bapaku telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang bapaku: Anak lelaki yang terpilih daripada sebaik-baik hamba perempuan, anak lelaki daripada hamba perempuan Nubah yang mempunyai mulut yang manis, rahimnya telah dipilih (untuk melahirkan seorang imam). Celakalah mereka, Allah melaknati al-‘Abbas dan zuriatnya, pembuat fitnah. Beliau (dan mereka) akan membunuh mereka (yang ditipu oleh Bani al-‘Abbas) di dalam beberapa tahun, bulan dan hari. Beliau akan memberi tamparan yang hebat, memberi minum air kepahitan kepada mereka. Beliaulah yang diburu dan diusir serta dikaitkan dengan bapanya dan datuknya kepada persembunyian (sahib al-Ghaibah). Beliau akan dikatakan: Beliau telah mati atau binasa atau (ditanya) di manakah beliau telah pergi? Adakah ia akan berlaku selain daripada aku, wahai bapa saudaraku? Maka aku telah berkata: Anda telah berkata benar, aku telah menjadikan diriku tebusan anda.                                                                                                                    
                                        Bab 74

 [1] Selamatlah kami dari neraka.

[2] Abdullah dan Isma’il adalah daripada ibu yang sama. Sementara Musa a.s daripada ibu yang lain. Barangkali apa yang dimaksudkan oleh Abdullah ialah mereka berdua daripada keturunan yang sama. Kerana bapa mereka adalah Imam Ja‘far al-Sadiq a.s.

[3] Surah al-Baqarah (2): 156

[4] Surat jawapan kepada Abu Ja‘far al-Mansur untuk mengelakkan pengganti Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (Musa a.s) dipenggalkan kepalanya. Di antara penggantinya termasuklah Abu Ja‘far al-Mansur.

[5] Surah al-Baqarah (2): 30

[6] Surah al-Nisaa’ (4): 58

[7] Surah al-Baqarah (2): 140

[8] Wakil Imam Musa dan Imam al-Ridha a.s di Kufah.

[9] Surah Yusuf (12): 66

[10] Surah Ibrahim (14): 27

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w 328/29 H (bab 71- 73) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w 328/29 H (bab 71- 73)
 

0 comments:

Catat Ulasan