Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, ww. 328/29 H (bab 122-123)


                               Bab 122

☼Kelahiran Abu Ja‘far Muhammad Bin Ali al-Thani A.S (maulid Abi Ja‘far Muhammad bin ‘Ali al-Thani a.s)☼

       Beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan tahun 195 hijrah dan mati pada tahun 220 hijrah pada akhir bulan Dhu al-Qa‘idah ketika berusia 25 tahun 2 bulan 18 hari dan dikebumikan di al-Kazimiyyah, Baghdad di sisi datuknya Musa a.s. [Khalifah] Al-Muktasim telah memintanya supaya datang ke Baghdad pada awal tahun kematiannya. Ibunya adalah Umm walad dipanggil: Sabikah Nubiyyah atau Khaizaran. Dan diriwayatkan bahawa ibunya adalah daripada keluarga Mariah, ibu Ibrahim anak lelaki Rasulullah s.a.w.

       (876)-1. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Ali bin Khalid-Muhammad telah berkata: Beliau adalah seorang yang bermazhab Zaidiyyah-berkata: Aku telah berada di al- ‘Askar, maka berita telah sampai kepadaku bahawa di sana seorang lelaki ditahan, dibawa dari Syam di dalam keadaan [tangannya] bergari dan mereka telah berkata: Sesungguhnya beliau (lelaki) telah membuat ramalan (tanabba’a). Ali bin Khalid telah berkata: Aku telah datang ke pintu [penjara], aku telah melintasi dua penjaga pintu dan halangan-halangan sehingga aku telah sampai kepadanya, tiba-tiba aku telah mendapatinya seorang lelaki yang mempunyai fahaman yang baik.
       Maka aku telah berkata: Apakah ini, apakah kisah anda dan apakah urusan anda? Beliau telah berkata: Aku telah berada di Syam, aku beribadat kepada Allah pada satu tempat dipanggil: Tempat kepala al-Husain. Manakala aku di dalam ibadatku, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepadaku dan berkata: Berdirilah bersama kami, maka akupun telah berdiri bersamanya, manakala aku berada bersamanya, tiba-tiba aku berada di masjid Kufah, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui masjid ini?
       Maka aku telah berkata: Ya, ini adalah masjid Kufah, beliau berkata: Maka beliau telah melakukan sembahyang dan aku telah melakukan sembahyang bersamanya. Manakala aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di masjid Rasulullah s.a.w di Madinah, beliau telah memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, maka aku juga telah memberi salam kepadanya, beliau telah melakukan sembahyang, maka aku telah melakukan sembahyang bersamanya dan beliau telah berselawat kepada Rasulullah s.aw. Manakala aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di Makkah, maka aku sentiasa berada bersamanya sehingga beliau telah menunaikan manasik haji dan aku telah melakukan manasik hajiku bersamanya ketika aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di tempat di manaka aku telah beribadat padanya di Syam dan lelaki itupun telah pergi.
       Manakala pada tahun berikutnya, tiba-tiba aku telah berada bersamanya, beliau telah melakukan perbuatan yang sama pada tahun lepas. Manakala kami telah selesai daripada manasik kami, beliau telah memulangkan aku di Syam, beliau telah berdukacita kerana meninggalkan aku, aku telah berkata kepadanya: Aku telah bertanya anda dengan kebenaran yang telah membuat anda berkuasa di atas apa yang aku telah melihat kepadanya melainkan anda memberitahu kepadaku siapakah anda?
       Maka beliau telah berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin Musa, beliau telah berkata: Berita [ini] telah tersebar sehingga sampai kepada Muhammad bin ‘Abd al-Malik al-Zayyaat, maka beliau telah mengutus kepadaku, lalu mengambilku dan menggari[tangan]ku dengan besi dan membawaku ke Iraq, beliau berkata: Maka aku telah berkata kepadanya: Angkatlah kisah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Malik, maka beliau telah melakukannya, beliau telah menyebut kisahnya yang telah berlaku kepadanya dan [aku berkata]: Katakan kepada orang yang telah mengeluarkan anda dari Syam ke Kufah, dari Kufah ke Madinah dan dari Madinah ke Makkah dan telah mengembalikan anda dari Makkah ke Syam supaya mengeluarkan anda dari tempat ini.
       Ali bin Khalid telah berkata: perkara itu telah mendukacitakan aku dan aku telah berlembut kepadanya dan aku telah menyuruhnya supaya bersabar, berkata: Kemudian aku telah datang kepadanya pada waktu pagi, tiba-tiba aku telah mendapati tentera, ketua keselamatan, ketua penjara dan orang ramai, maka aku telah berkata: Apakah ini? Mereka telah berkata: Lelaki yang telah dibawa dari Syam yang telah melakukan ramalan, telah hilang semalam, tidak diketahui sama ada beliau telah ditelan bumi atau diculik oleh burung.

       (877)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari berkata: Seorang syeikh daripada sahabat kami yang bernama: Abdullah bin Razin berkata: Aku telah tinggal berhampiran dengan Madinah Rasulullah s.a.w- Abu Ja‘far a.s telah datang setiap hari apabila gelincirnya matahari ke masjid Rasulullah s.a.w, lalu beliau telah turun di dataran [masjid] dan pergi kepada [makam] Rasulullah s.a.w dan memberi salam kepadanya serta kembali ke rumah Fatimah a.s, lalu beliau menanggalkan dua kasutnya, berdiri dan bersembahyang, kemudian syaitan telah menggodaku dan berkata: Apabila beliau turun, maka pergilah sehingga anda mengambil tanah yang dipijak olehnya, maka aku telah duduk pada hari itu menunggunya untuk melakukannya. Manakala tiba waktu gelincirnya matahari, maka beliau a.s datang dengan menaiki keldainya, maka beliau tidak turun di tempat yang beliau pernah turun padanya sehingga beliau telah turun di atas satu batu besar di pintu masjid, kemudian beliau telah masuk [masjid] dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, beliau berkata: Kemudian beliau telah kembali ke tempat yang mana beliau pernah melakukan sembahyang padanya.
       Maka beliau telah melakukan sedemikian selama beberapa hari, maka aku telah berkata: Apabila beliau telah menanggalkan dua kasutnya, aku telah datang, maka aku akan mengambil satu batu kecil yang beliau telah memijaknya dengan dua tapak kakinya. Manakala keesokannya, beliau telah datang ketika gelincir matahari, lalu beliau telah turun di atas batu besar, kemudian beliau telah masuk dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, kemudian beliau telah datang ke tempat yang mana beliau telah melakukan sembahyang padanya, lalu melakukan sembahyang tanpa menanggalkan dua kasutnya. Beliau telah melakukannya selama beberapa hari, maka aku telah berkata kepada diriku: Beliau tidak bersedia untukku di sini, tetapi aku akan pergi ke pintu bilik mandi wap  (hammam/spa), maka apabila beliau memasuki bilik mandi wap, aku akan mengambil tanah yang dipijak olehnya, maka aku telah bertanya tentang bilik mandi wap yang beliau a.s memasukinya, maka dikatakan kepadaku: Beliau a.s memasuki bilik mandi wap di al-Baqi‘ milik seorang lelaki daripada keluarga Talhah, justeru, aku telah mengetahui hari yang mana beliau memasuki bilik mandi wap.
       Maka aku telah pergi ke pintu bilik mandi wap itu dan aku telah duduk di sisi anak lelaki Talhah, aku bercakap kepadanya sementara aku menunggu kedatangannya a.s, maka lelaki daripada keluarga Talhah itu berkata: Jika anda mahu memasuki bilik mandi wap, maka berdirilah dan masuklah kerana ia tidak akan disediakan untuk anda selepas satu jam, aku telah berkata: Kenapa? Kerana Ibn al-Ridha ingin memasuki bilik mandi wap, aku telah berkata: Siapakah Ibn al-Ridha? Beliau berkata: Seorang lelaki daripada keluarga Muhammad, beliau adalah seorang yang baik dan warak. Aku telah berkata kepadanya: Tidak boleh orang lain memasuki bilik mandi wap selain daripadanya? Beliau berkata: Kami mengosongkan bilik mandi wap untuknya apabila beliau datang.
       Beliau berkata: Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba beliau a.s telah datang dan bersamanya dua orang budak, di hadapannya seorang budak bersamanya tikar sehingga beliau telah memasukkannya ke tempat penyembelihan binatang, lalu beliau telah membentangkannya dan melaksanakannya. Beliau telah memberi salam dan memasuki bilik dengan keldainya dan memasuki tempat penyembelihan binatang, lalu beliau telah turun di atas tikar itu, maka aku telah berkata kepada anak lelaki Talhah: Inilah[ lelaki] yang anda telah ceritakan tentang kebaikan dan kewarakannya?! Maka beliau telah berkata: Ya, inilah [lelaki] itu, tidak, demi Allah, beliau tidak melakukannya melainkan pada hari ini, maka aku telah berkata pada diriku: Ini adalah daripada amalan jenayah yang aku telah melakukannya, kemudian aku telah berkata: Aku akan menunggunya sehingga beliau keluar, mudah-mudahan aku akan dapat apa yang aku mahu apabila beliau telah keluar.
       Manakala beliau telah keluar dan memakai pakaian, beliau telah menyeru dengan keldai, lalu dimasukkannya ke tempat penyembelihan dan beliau telah menunggang keldai dari atas tikar dan beliau a.s telah keluar, maka aku telah berkata kepada diriku: Demi Allah, aku telah menyakitinya, aku tidak akan melakukannya selama-lamanya. Manakala tiba waktu gelincirnya matahari pada hari itu, beliau telah datang di atas keldanya sehingga beliau telah turun di tempat yang beliau telah turun padanya di dataran masjid, maka beliau telah masuk dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w dan beliau telah datang pada tempat yang beliau telah melakukan sembahyang padanya di rumah Fatimah a.s dan beliau telah menanggalkan dua kasutnya dan mula melakukan sembahyang.

       (878)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat berkata: Beliau a.s telah keluar kepadaku, maka aku telah melihat kepada kepalanya dan dua kakinya bertujuan untuk menceritakan bentuk badannya kepada para sahabat kita di Mesir, manakala aku di dalam keadaan sedemikian, beliau telah duduk dan berkata kepadaku: Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah berhujah tentang imamah sebagaimana Dia telah berhujah tentang kenabian, maka Dia berfirman: “Dan Kami berikan kepadanya hikmah ketika beliau masih kanak-kanak”[1] Dia berfirman: “Dan tatkala beliau cukup dewasa”[2] “Sehingga apabila beliau telah dewasa dan umurnya empat puluh tahun”[3] Justeru, hikmah boleh diberikan kepada kanak-kanak dan dewasa yang umurnya empat puluh tahun.

       (879)-4. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada para sahabat kami, daripada Muhammad bin al-Rayyaan berkata: Al-Makmun telah melakukan tipu muslihat kepada Abu Ja‘far a.s, tetapi beliau tidak berjaya. Manakala al-Makmun ingin mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya, beliau telah memberi kepadaku 200 hamba perempuan yang paling cantik dan setiap orang daripada mereka  [memegang] mangkuk yang penuh dengan permata-permata bagi menyambut Abu Ja‘far a.s apabila beliau duduk di tempat mereka yang terpilih. Tetapi beliau a.s tidakpun berpaling kepada hamba-hamba permpuan itu. Seorang lelaki yang bernama Makhaariq, mempunyai suara merdu dan pemain gambus, berjanggut panjang, maka al-Makmun telah memanggilnya, lalu beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, jika ada sesuatu tentang urusan dunia, maka aku akan melakukannya untuk anda, lalu beliau telah duduk di hadapan Abu Ja‘far a.s, kemudian Makhaariq telah bertepik, lalu semua penghuni rumah telah berkumpul, kemudian beliau telah mula bermain dengan gambusnya, menyanyi selama satu jam, sementara Abu Ja‘far a.s tidak berpaling kepadanya, tidak ke kanan dan tidak ke kiri.
       Kemudian beliau a.s. telah mengangkatkan kepalanya kepadanya dan berkata: Bertakwalah kepada Allah, wahai si janggut panjang! Beliau berkata: Pemetik gambusnya telah terjatuh dengan tangannya terkulai, maka beliau tidak dapat memanfaatkan kedua-dua tangannya sehingga beliau telah mati. Beliau berkata: Al-Makmun telah bertanya beliau tentang keadaannya, beliau berkata: Apabila Abu Ja‘far telah meraung kepadaku, maka aku telah takut yang mana aku tidak akan sembuh daripadanya selama-lamanya.

       (880)-5. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Daud bin al-Qasim al-Ja‘fari berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s dan bersamaku tiga keratan kain dan aku telah menjadi keliru, maka aku telah berdukacita, lalu beliau telah mengambil salah satu daripadanya dan berkata: Ini adalah keratan Ziyad bin Syabib, kemudian beliau telah mengambil keratan yang kedua, maka beliau telah berkata: Ini adalah keratan polan, maka aku telah bergembira, lalu beliau telah melihat kepadaku dan tersenyum, beliau berkata: Beliau a.s telah memberi kepadaku 300 dinar dan menyuruhku membawanya kepada keluarga bapa saudaraku dan beliau berkata: Adapun beliau akan berkata kepada anda: Tunjuklah kepadaku seorang pembeli yang akan membeli dengannya barang-barang untukku.
       Maka beliau telah menunjukkannya ke atasnya, beliau berkata: Maka aku telah mendatanginya dengan dinar-dinar, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Hasyim, tunjuklah aku kepada pembeli yang akan membeli barang-barang untukku, maka aku telah berkata: Ya. Beliau telah berkata: Jammal telah bercakap kepadaku supaya aku bercakap kepadanya a.s tentang urusannya. Maka aku telah masuk untuk bercakap kepadanya, maka aku telah mendapatinya sedang makan dan bersamanya beberapa orang, justeru, aku tidak dapat bercakap dengannya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Hasyim, makanlah dan beliau telah meletakkannya di hadapanku, kemudian beliau berkata:-Mulai daripadanya tanpa masalah-Wahai budak, lihatlah kepada Jammal yang telah datang kepada kita bersama Abu Hasyim, maka bawalah beliau bersama anda, beliau berkata: Pada suatu hari, aku telah masuk bersamanya ke kebun, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku merasa ketagih untuk memakan tanah, maka beliau a.s telah berdoa kepada Allah untukku, lalu beliau telah diam, kemudian beliau telah berkata kepadaku selepas tiga hari- mulai daripadanya-: Wahai Abu Hasyim, sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada anda keinginan untuk memakan tanah, Abu Hasyim berkata: Tidak ada suatu yang paling memarahkan aku daripadanya pada hari itu.

       (881)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Hamzah al-Hasyimi, daripada Ali bin Muhammad atau Muhammad bin Ali al-Hasyimi berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s pada pagi hari majlis perkahwinannya dengan anak perempuan al-Makmun. Aku telah mengambil ubat semenjak malam, maka aku adalah orang pertama yang telah datang kepadanya, aku telah dahaga, tetapi aku tidak suka menyeru untuk air, maka Abu Ja‘far a.s telah melihat kepada mukaku, maka beliau telah berkata: Aku menyangka anda dahaga? Maka aku telah berkata: Ya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai budak atau hamba perempuan, ambillah air, maka aku telah berkata kepada diriku pada masa mereka mendatanginya dengan air yang mereka meracuninya, lalu aku telah berdukacita dengannya.
       Maka budak itu telah datang  dan bersamanya air, maka beliau a.s telah tersenyum pada mukaku, kemudian beliau telah berkata: Wahai budak, ambillah air untukku, lalu beliau telah mengambil air, lalu beliau telah meminumnya, kemudian beliau telah memberinya kepadaku, lalu aku telah meminumnya. Kemudian aku telah dahaga kembali dan aku tidak suka menyeru untuk air, maka beliau a.s telah melakukan sebagaimana beliau a.s telah melakukannya pada kali yang pertama. Manakala budak itu datang dan bersamanya bekas, aku telah berkata pada diriku sebagaimana aku telah berkata pada kali yang pertama, maka beliau a.s telah mengambil bekas, kemudian beliau a.s telah meminumnya, kemudian beliau telah memberinya kepadaku dan beliau tersenyum.
       Muhammad bin Hamzah telah berkata: Maka beliau telah berkata kepadaku: Ini adalah seorang Hasyimi, maka aku tidak menolaknya.

       (882)-7. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya berkata: Satu kumpulan daripda Syiah telah meminta izin daripada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau telah membenarkan mereka masuk, lalu mereka telah memasuki  rumahnya, kemudian mereka telah bertanya kepadanya di dalam satu majlis 30.000 masalah[4], maka beliau a.s telah menjawab kesemuanya.

       (883)-8. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Da‘bal bin Ali bahawa beliau telah datang kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau telah menyuruh sesuatu untuknya, lalu beliau a.s. telah mengambilnya tanpa memuji Allah, maka beliau telah berkata kepadanya: Kenapa anda tidak memuji Allah? [5]Beliau berkata: Kemudian aku telah datang selepas itu kepada Abu Ja‘far a.s dan beliau telah menyuruh untukku sesuatu, maka aku telah berkata: Al-Hamdulillah, maka beliau telah berkata kepadaku: Anda telah beradab[6].

       (884)-9. Al-Husain bin Ali, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, telah berlaku satu peristiwa yang menggembirakan “keluarga kejayaan”[7], maka aku telah berkata: Umar telah mati, maka beliau telah berkata: Al-Hamdulillah sehingga aku telah menghitungnya sebanyak 24 kali, kemudian aku telah berkata: Umar telah mati, maka beliau telah berkata: Al-Hamdulillah, maka aku telah berkata: Wahaisayyidi, jika aku telah mengetahui bahawa ini menggembirakan anda, nescaya aku telah datang untuk menghitungnya kepada anda, beliau berkata: Wahai Muhammad, adakah anda mengetahui apakah beliau telah berkata?
       Beliau telah berkata: Allah telah melaknati Muhammad bin Ali bapaku? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Beliau telah bercakap kepadanya tentang sesuatu, maka beliau berkata: Aku menyangka anda mabuk, maka bapaku berkata: Wahai Tuhanku, jika anda mengetahui bahawa aku telah berpuasa kepada Engkau sampai ke petang, maka rasailah beliau dengan rasa peperangan dan kehinaan tawanan, demi Allah, hari-hari telah berlalu sehingga beliau diperangi, kemudian beliau telah diambil sebagai tawanan dan kemudian beliau telah mati- Allah tidak merahmatinya-sesungguhnya Allah telah mengambil pemerintahan daripadanya meskipun Dia sentiasa memberinya kepada para wali-Nya daripada musuh-musuh-Nya.

       (885)-10. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Abi Hasyim al-Ja‘fari berkata: Aku telah melakukan sembahyang bersama Abu Ja‘far a.s di masjid al-Musayyab dan beliau telah bersembahyang dengan kami pada tempat kiblat yang sama[8] dan beliau telah menyebut bahawa pohon sidrah di masjid telah kering, tidak ada daun di atasnya, lalu beliau telah menyeru dengan air dan bersedia berada di bawah pohon sidrah, maka pohon sidrah itu telah hidup, daunnya telah tumbuh dan berbunga pada tahun itu juga.

       (886)-11. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal dan ‘Amru bin Uthman, daripada seorang lelaki dari penduduk Madinah, daripada al-Mutrafi berkata: Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah mati dan bagiku di atasnya 4000 dirham, maka aku telah berkata pada diriku: Hartaku telah hilang, lalu Abu Ja‘far a.s telah mengutus kepadaku “apabila besok, datanglah kepadaku dan bersama anda alat penimbang”, maka aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau telah berkata kepadaku: Abu al-Hasan telah mati dan bagi anda di atasnya 4000 dirham? Maka aku telah berkata: Ya, lalu beliau telah mengangkat tikar sembahyang[nya], tiba-tiba di bawahnya wang dinar yang banyak, lalu beliau telah membayarnya kepadaku.

       (887)-12. Sa‘d bin Abdullah dan al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihyar, daripada saudaranya Ali, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Muhammad bin Ali telah mati ketika berusia 25 tahun, 3 bulan dan 12 hari. Beliau telah mati pada hari Selasa 7hb Dhu al-Hijjah[9]pada tahun 220 hijrah. Beliau telah hidup selepas bapanya selama 19 tahun kurang 25 hari.


                                                                           Bab 123

☼Kelahiran Abu al-Hasan Ali Bin Muhammad A.S [Dan Al-Ridhwaan] (maulid Abi al-Hasan ‘Ali bin Muhammad a.s [wa al-Ridhwaan]☼

       Beliau a.s telah dilahirkan pada 15 hb Dhu al-Hijjah, tahun 212 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Rajab tahun 214 hijrah dan telah mati pada 4 hb Jamadi al-Akhir tahun 254 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah mati pada bulan Rajab tahun 254 hijrah ketika berusia 41 tahun 6 bulan. Dan diriwayatkan juga bahawa beliau telah mati ketika berumur 40 tahun. Al-Mutawakkil telah memintanya supaya datang bersama Yahya bin Hartumah bin A‘yan dari Madinah ke Sarra man ra’a. Beliau a.s. telah mati dan dikebumikan di rumahnya di Sarra man ra’a. Ibunya bernama Samaanah.

       (888)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Khairan al-Asbaati berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s di Madinah, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah berita al-Wathiq di sisi anda? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, anda telah meninggalkannya di dalam keadaan sihat, aku adalah orang yang paling dekat dengan masanya, masaku dengannya adalah 10 hari, maka beliau telah berkata kepadaku: Penduduk Madinah berkata: Beliau telah mati. Manakala beliau telah berkata kepadaku: Manusia (al-Naas) aku telah mengetahui bahawa beliau adalah orangnya, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Apakah Ja‘far telah buat?
       Anda telah meninggalkannya di dalam keadaan yang paling buruk di penjara, maka beliau telah berkata: Beliau adalah sahib al-Amr, apakah Ibn al-Zayyat telah buat? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, orang ramai adalah bersamanya dan urusan adalah urusannya, maka beliau telah berkata: Perkara buruk telah diramalkan untuknya. Kemudian beliau telah diam. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Semua takdir Allah dan hukum-Nya [telah berlaku] dan akan berlaku, wahai Khairan, al-Wathiq telah mati, al-Mutawakkil telah menguasai Ja‘far dan Ibn al-Zayaat telah dibunuh. Maka aku telah berkata: Bilakah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Selepas anda keluar [dari penjara] enam hari.

       (889)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih bin Sa‘id berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, di dalam semua perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda dan memandang rendah kepada anda sehingga mereka telah menurunkan anda di tempat yang buruk dan melarat? Maka beliau telah berkata: Di sini anda, wahai Ibn Sa‘d[10], kemudian beliau telah menunjukkan dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku telah melihatnya, tiba-tiba aku berada di beberapa taman yang cantik dan segar, padanya perempuan-perempuan yang baik dan kanak-kanak seolah-olah mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang dan sungai-sungai yang mengalir, penglihatanku telah terpesona dan mataku telah bergembira, maka beliau telah berkata: Disebabkan kami telah berada [di sana] maka bagi kami persediaan, kami bukanlah di tempat yang melarat.

       (890)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallaab berkata: Aku telah membeli untuk Abu al-Hasan a.s kambing-kambing yang banyak, lalu beliau telah menyeruku, maka beliau telah memasukkan aku dari anjung rumahnya ke tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya, maka aku mulai membahagi-bahagikan kambing itu kepada mereka yang beliau telah menyuruhku melakukannya. Maka beliau telah mengutus kepada Abu Ja‘far dan kepada ibunya serta selain daripada mereka berdua.
       Kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad kepada bapaku pada hari al-Tarwiyah, maka beliau telah menulis kepadaku: Anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang, beliau telah berkata: Maka akupun telah bermalam di sisinya dan aku telah bermalam pada malam raya haji di serambinya. Manakala waktu sahur, beliau telah datang kepadaku, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, bagunlah, beliau telah berkata: Akupun telah bangun, maka aku telah membuka dua mataku, maka aku tiba-tiba berada di pintu [rumah]ku di Baghdad, beliau telah berkata: Maka aku telah masuk kepada bapaku dan para sahabatku, maka aku telah berkata kepada mereka bahawa aku telah berada di al-Askar dan aku telah keluar ke Baghdad untuk berhari raya.

       (902)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Tahiri berkata: Al-Mutawakkil telah menghidapi penyakit tumor dan hampir mati, maka tidak ada seorangpun yang berani menyentuhnya dengan besi. Maka ibunya telah bernazar jika al-Mutawakkil disembuhkan beliau akan membawa kepada Abu al-Hasan Ali bin Muhammad harta yang banyak daripada hartanya, lalu al-Fath bin Khaaqaan telah berkata kepadanya: Jika anda mengutus kepada lelaki itu dan anda telah memintanya, kemungkinan beliau dapat menyembuhkan anda daripadanya, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan menceritakan kepadanya penyakitnya.
       Maka utusan itu telah pulang kepadanya supaya diambil minyak daripada kambing betina, dipanaskan dengan air mawar, lalu diletakkan di atasnya. Manakala utusan itu telah pulang, beliau telah memberitahu kepada mereka, maka mereka mulai mempersenda-sendakan kata-katanya, maka al-Fath telah berkata kepadanya: Beliau, demi Allah, lebih mengetahui apa yang beliau telah katakan. Kemudian minyak daripada kambing betina itu dibawa kepadanya dan dilakukan sebagaimana dikatakan dan diletakkan di atasnya, kemudian al-Mutawakkil tertidur dan menjadi tenang. Kemudian beliau membuka [dua matanya] dan telah keluar daripadanya apa yang ada di dalam tubuhnya, lalu ibunya telah bergembira dengan kesihatannya.
       Kemudian ibunya telah membawa kepadanya 10, 000 dinar di bawah capnya. Kemudian al-Mutawakkil telah memandang remeh tentang kesihatanya, lalu al-Batha’i al-‘Alawi telah datang kepadanya bahawa harta yang akan dibawa kepadanya[11] itu adalah bersama senjata, maka beliau telah berkata kepada Sa‘id al-Hajib: Seranglah beliau pada waktu malam dan ambillah harta dan senjata yang anda dapati di sisinya dan bawalah ia kepadaku, Ibrahim bin Muhammad telah berkata: Sa‘id al-Hajib telah berkata kepadaku: Aku telah pergi ke rumahnya pada waktu malam dan bersamaku beberapa anak tangga, maka aku telah menaiki bumbung. Manakala aku telah turun di atas beberapa anak tangga di dalam gelap, aku tidak mengetahui bagaimana aku akan sampai ke rumah, maka beliau telah menyeruku, wahai Sa‘id, tetaplah di tempat anda sehingga mereka akan membawa lilin untuk anda.
       Maka aku telah turun, tiba-tiba aku telah mendapatinya: Memakai jubah dan songkok daripada bulu, sementara sejadah di atas tikar [sembahyang] di hadapannya. Maka aku tidak syak bahawa beliau telah melakukan sembahyang, maka beliau telah berkata kepadaku: Jangan tinggalkan rumah, lalu aku telah memasukinya, maka aku tidak mendapati padanya sesuatupun, kemudian aku telah mendapati wang dinar yang banyak di rumahnya yang telah dicapkan dengan cap ibu al-Mutawakkil dan satu bungkusan yang telah dicapkan. Beliau telah berkata kepadaku: Di bawah tikar sembahyang, maka aku telah mengangkatnya, maka aku telah mendapati pedang di dalam bekas yang tidak ditutup, lalu aku telah mengambilnya dan pergi kepadanya. Manakala beliau telah melihat kepada cap ibunya di atas wang dinar, maka beliau telah mengutus kepadanya.
       Maka ibunya telah keluar kepadanya, sebahagian pengawal peribadinya telah memberitahu kepadaku bahawa ibunya telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar supaya anda sembuh manakala aku telah putus asa tentang anda, jika anda sembuh, aku akan membawa kepadanya 10, 000 ribu dinar, maka aku telah membawanya kepadanya dan inilah capku di atas bungkusan dan beliau telah membuka bungkusan yang lain, tiba-tiba padanya 400 dinar, lalu beliau telah meletakkan di dalan bungkusan yang lain pula dan beliau telah menyuruhku supaya membawanya kepadanya dan aku telah memulangkan pedang, dua bungkusan dan aku telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi,  Ali memang mulia, maka beliau telah berkata kepadaku: “Dan mereka yang zalim itu kelak akan mengetahui tempat mana mereka akan kembali”[12]

       (891)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad al-Naufali berkata: Muhamamad bin al-Faraj telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya: Wahai Muhammad, tumpukan urusan anda dan berhati-hatilah, beliau berkata: Maka aku menumpukan pada urusanku dan aku tidak mengetahui apa yang beliau telah tulis kepadaku sehingga utusan telah datang kepadaku membawaku dari Mesir di dalam keadaan [tanganku] digari dan beliau telah memukulku. Aku telah berada di penjara selama 8 tahun, kemudian surat telah dihantar kepadaku di penjara: Wahai Muhammad, janganlah anda turun di sudut barat, maka aku telah membaca surat itu dan aku telah berkata: Beliau a.s menulis kepadaku dengan [kata-kata] ini sedangkan aku di penjara, sesungguhnyanya ini suatu keajaiban, tidak lama kemudian aku dibebaskan dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
       Beliau telah berkata: Muhammad bin al-Faraj telah menulis kepadanya bertanya beliau tentang barang-barangnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Ia akan dikembalikan kepada anda dan tidak memudaratkan anda jika ia tidak dikembalikan kepada anda. Manakala Muhammad bin al-Faraj dijemput ke al-‘Askar, beliau a.s telah menulis untuk mengembalikan barang-barangnya dan beliau telah mati sebelum itu. Beliau telah berkata: Ahmad bin al-Khatib telah menulis kepada Muhammad bin al-Faraj memintanya pergi ke al-‘Askar, lalu beliau telah menulis kepada Abu al-Hasan a.s meminta pendapatnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Keluarlah kerana padanya kejayaan anda jika Allah kehendaki, lalu beliaupun telah keluar, tidak lama selepas itu, beliau telah mati.

       (892)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada seorang lelaki, daripada Ahmad bin Muhammad berkata: Abu Ya‘qub telah memberitahu kepadaku berkata: Aku telah melihatnya-iaitu Muhammad-sebelum kematiannya di al-‘Askar di waktu Isyak. Dan sesungguhnya beliau telah menyambut Abu al-Hasan a.s, lalu beliau telah melihat kepadanya dan beliau telah mengetahui kesakitanya, maka aku telah melawatnya selepas beberapa hari daripada kesakitannya dan beliau berada di dalam keadaan tenat, maka beliau telah memberitahu kepadaku bahawa kain [kapan] telah dikirimkan kepadanya, maka beliau telah mengambilnya dan meletakkannya di bawah kepalanya, beliau telah berkata: Maka beliau [akan] dikapankan padanya. Ahmad telah berkata: Abu Ya‘qub telah berkata: Aku telah melihat Abu al-Hasan a.s bersama Ibn al-Khadhib, maka Ibn al-Khadhib telah berkata kepadanya: Berjalanlah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata kepadanya: Anda lebih dahulu, maka beliau tidak tinggal melainkan empat hari sehingga diletakkan kayu (dahaq) di betis Ibn al-khadhib[13], kemudian beliau a.s telah meratap, beliau telah berkata: Diriwayatkan daripadanya ketika Ibn al-Khadhib mendesaknya di rumah yang beliau memintanya daripadanya, maka beliau a.s telah mengutus kepadanya: Aku akan menyediakan untuk anda daripada Allah satu tempat [disyurga] yang kekal, kemudian Allah telah mengambilnya pada hari-hari itu.

       (893)-7. Muhammad bin Yahya, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah mengambil  satu salinan surat al-Mutawakkil kepada Abu al-Hasan al-Thalith[14] a.s daripada Yahya bin Harthumah pada tahun 243 hijrah dan inilah salinanya:

       Bismi llahi r-Rahmani r-Rahim, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Amir al-Mukminin mengetahui keupayaan anda, menjaga kekerabatan anda yang wajib bagi hak anda, menilai urusan-urusan anda dan keluarga anda, semoga Allah memperbaiki hal anda dan keluarga anda, menguatkan kemuliaan anda dan kemuliaan mereka, keamanan anda dan keamanan mereka kerana ingin mendapatklan keredaan Tuhan-Nya dan menunaikan fardu ke atas anda dan mereka. Sesungguhnya Amir al-Mukminin telah menukarkan Abdullah bin Muhammad dari pentadbiran perang dan sembahyang di Madinah al-Rasul s.a.w kerana kejahilannya- sebagaimana anda katakan tentang hak anda- dan beliau telah memandang rendah kepada keupayaan anda apabila beliau telah melemparkan tuduhannya terhadap anda sedangkan Amir al-Mukminin telah mengetahui betapa anda bebas daripada tuduhan itu.
       Khususnya kebenaran niat anda di dalam menggagalkan percubaannya, sesungguhnya anda bukan tandingannya. Justeru, Amir al-Mukminin telah melantik Muhammad bin al-Fadl untuk menggantikan tempatnya bagi memuliakan anda, menghormati anda dan menyempurnakan urusan anda dan pendapat anda, mendekatkan diri kepada Allah dan kepada Amir al-Mukminin. Dan Amir al-Mukminin rindu kepada anda, ingin mengadakan perjanjian dengan anda dan melihat kepada anda. Jika anda ada kelapangan untuk melawatnya atau sesiapa yang anda cinta daripada keluarga anda, anda datanglah apabila anda mahu, anda bermalamlah apabila anda mahu, anda berjalan mengikut kehendak anda dan jika anda suka Yahya bin Harthumah, maula Amir al-Mukminin dan mereka yang bersamanya yang mengikut anda, biarlah mereka datang bersama anda, berjalan dengan anda dan urusan itu adalah terletak kepada anda sehingga anda datang kepada Amir al-Mukminin. Tidak ada seorangpun daripada saudara-saudaranya dan anak-anaknya secara khusus yang lebih lembut kedudukan daripadanya, aku melihat kepada mereka dengan kasihan belas dan kepada mereka aku lebih tenang, jika Allah kehendaki, selamat sejahtera di atas anda, rahmat-Nya dan berkat-Nya. Ditulis oleh Ibrahim bin al-‘Abbas, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya.

       (894)-8. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani berkata: Abu al-Taib al-Muthanna telah berkata: Aduhai dukacitanya kamu, urusan Ibn al-Ridha[15] telah merisaukan aku, beliau telah enggan minun [arak] bersamaku atau menemaniku minum arak atau aku akan mendapatinya peluang seperti ini, maka mereka telah berkata kepadanya: Jika anda tidak mendapatinya, maka ini adalah saudaranya Musa seorang penagih arak dan pemain gambus, beliau makan, mabuk dan bercinta. Beliau berkata: Utuslah kepadanya dan bawalah beliau [ ke sini] sehingga kita memberitahu kepada orang ramai bahawa beliaulah Ibn al-Ridha[16] Maka beliau telah menulis kepadanya dan beliau dijemput dengan kehormatan dan didatangi oleh Bani Hasyim, ketua-ketua tentera dan orang ramai, jika beliau bersetuju, beliau akan diberikan tanah, akan dibina padanya rumah yang dapat menarik peminum-peminum arak dan penyanyi-penyanyi kepadanya.
       Beliau akan berhubung dengannya dan membuat baik kepadanya dan beliau akan menjadikannya kedudukan yang tinggi sehingga beliau sendiri akan melawatnya di tempat itu. Manakala Musa telah menerimanya, Abu al-Hasan a.s telah bertemu dengannya pada satu jambatan Wasif iaitu tempat bertemu mereka yang datang, lalu beliau a.s telah memberi salam kepadanya (Musa), maka beliau telah menjawab salamnya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Sesungguhnya lelaki ini telah membawa anda untuk mencabuli kehormatan anda dan menghina anda, justeru, janganlah anda mengakui bahawa anda telah meminum nabidh, maka Musa telah berkata kepadanya: Jika beliau telah menyeruku untuk minum, bagaimana aku akan buat? Beliau a.s telah berkata: Janganlah anda merendah-rendahkan kemampuan anda dan janganlah anda melakukannya kerana beliau mahu mencabuli kehormatan anda, tetapi beliau enggan mematuhinya, maka beliau a.s telah mengulanginya  kepadanya. Manakala beliau telah melihat bahawa Musa tidak menjawabnya, beliau telah berkata: Sesungguhnya majlis ini tidak akan mengumpulkan anda dan al-Mutawakkil selama-lamanya. Maka beliau telah tinggal selama tiga tahun, beliau bangun setiap pagi, maka dikatakan kepadanya: Hari ini penuh dengan kegembiraan, lalu beliau pergi, maka dikatakan: Beliau telah mabuk dan beliau telah bangun pagi, maka dikatakan kepadanya: Minuman [nabidh] adalah penawar. Beliau sentiasa di dalam keadaan sedemikian selama tiga tahun sehingga al-Mutawakkil dibunuh, tetapi beliau tidak berkumpul bersamanya ketika minum arak.

       (895)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Muhammad bin Ali berkata: Zaid bin Ali bin al-Husain bin Zaid telah memberitahu kepadaku, berkata:  Aku telah sakit, maka seorang doktor telah masuk kepadaku pada waktu malam, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang ubat yang aku perlu mengambilnya pada waktu malam dan siang, maka aku tidak boleh melakukannya. Doktor belum keluar dari pintu sehingga datang kepadaku pertolongan dengan satu bekas yang mempunyai ubat yang sama, maka beliau telah berkata kepadaku: Abu al-Hasan a.s memberi salam kepada anda dan berkata kepada anda: Ambillah ubat ini selama satu hari, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meminumnya, maka aku telah sembuh, Muhammad bin Ali telah berkata: Zaid bin Ali telah berkata: Pengkritik daripada golongan pelampau enggan menerima hadis ini.


                                   Bab 124
  
[1] Surah Maryam (19): 13

[2] Surah Yusuf (12): 22

[3] Surah al-Ahqaaf 946): 15

[4] Menurut anggapan mereka sahaja. Ini menunjukkan banyak masalah yang dikemukan kepadanya.

[5] Tidak ada jawapan yang diberikan olehnya.

[6] Memuji-Nya sebagai satu adab keagamaan.

[7] Pencinta Ahlu l-Bait a.s

[8] Tanpa condong dari dinding

[9] Ini adalah menyalahi apa yang telah disebut oleh pengarang buku ini pada awal bab.

[10] Ini sahaja kadar pengetahuan anda tentang kami, anda menyangka bahawa perkara ini akan mengurangkan kekuasaan kami.

[11] Abu al-Hasan a.s

[12] Surah al-Syu‘araa’ (26): 227

[13] Kayu digunakan untuk pesalah yang akan dihukum

[14] Yang ketiga

[15] Al-Mutawakkil maksudkan dengan Ibn al-Ridha adalah Abu al-Hasan al-Thalith

[16] Supaya orang ramai menyangka bahawa beliaulah Abu al-Hasan a.s

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, ww. 328/29 H (bab 122-123) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, ww. 328/29 H (bab 122-123)
 

0 comments:

Catat Ulasan