Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Makrifat ttg bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin di dunia diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal daripada imam Ja'far as


                     Kitab al-Haft al-Syarif oleh al-Mufadhdhal w.150 H

                                                                                        
                                                                          BAB 50

☼Makrifat tentang bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin di dunia sementara kafir demikian juga (fi ma‘rifati kaifa yakun al-Mu’min muwassa‘an wa muqtarran ‘alai-hi fi al-Dunia wa al-Kaafir kadhalika)☼

       Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s tentang mukmin di dunia ini menjadi miskin, berhajat sesuatu daripada orang ramai kerana terpaksa lagi mengeluh, menghabiskan tenaga yang banyak, dukacita dan sangsara yang berterusan. Kadang-kadang dia melihat orang lain di kalangan saudara-saudaranya hidup mewah tidak berhajat kepada harta orang lain. Dia juga melihat orang kafir yang memenatkan hidupnya tanpa kemewahan. Apakah sebab terjadinya sedemikian?
       Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, adapun mukmin yang anda melihatnya di dunia ini miskin, maka sesungguhnya mukmin ini pada salinannya[1] (naskhu-hu) yang pertama, seorang yang kaya di sepanjang hidupnya mempunyai ramai saudara-saudaranya mukminin yang wajib ke atasnya menjaga mereka, memberi mereka makan dan pakaian. Kemudian dia mengabaikan apa yang wajib ke atasnya, kemudian melupai mereka pula sehingga dia tidak menjaga wasiat Allah pada saudara-saudaranya mukminin.
       Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah wajib di atas mukmin ke atas saudaranya yang mukmin bersyarikat dengannya dalam perkara-perkara ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, wahai Mufadhdhal, bacalah ayat ini: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu)”[2] Tidakkah anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya mukmin baginya hak-hak ke atas saudara-saudaranya yang mukminin dan mereka juga sama dalam hak-hak ini?
       Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah hak-hak ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wajib ke atas mukmin tidak memakan makanan melainkan dengan izin saudaranya yang mukmin. Dia tidak membuat sesuatu yang mewah di dunia ini melainkan dengan izinnya. Aku telah berkata: Wahai Sayyidi, adakah hak-hak ini wajib ke atas semua mukminin? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Sesungguhnya hak-hak ini wajib bagi mukmin yang miskin, berhajat kepada orang ramai. Adapun mukmin yang sama dengan saudaranya dari segi harta, maka tidak wajib ke atasnya sesuatupun daripada perkara itu.
       Dan sesiapa yang memiliki sesuatu di sisinya, tetapi saudaranya tidak memiliki sedemikian sekalipun satu dinar atau seekor binatang, maka menjadi hak orang yang mendapat keuntungan dalam perniagaan menjaga hak mukmin kerana dia adalah daripada zuriatnya dalam keimanan. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, perkara ini adalah sulit dan apakah sebabnya?
       Al-Sadsiq a.s telah berkata: Perkara ini adalah sulit, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya mukmin adalah saudara mukmin daripada bapanya dan ibunya, dia bersyarikat dengannya pada setiap yang dikumpulkan oleh dua tangannya, anggota-anggotanya dan apa yang lebih besar daripada itu. Aku telah berkata: Apakah dia, wahai Maulaaya? Beliau a.s telah berkata: Ketaatan mukmin kepada saudaranya mukmin, ketaatan Allah dan Rasul-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Aku telah berkata: Siapakah yang maqmpu melakukannya atau siapakah yang mampu melaksanakan hak-hak ini?
       Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesiapa yang suka memasuki Dar al-Salam dan merindui kepada Yang Maha Tinggi dan mengeluarkan dirinya daripada kekotoran kegelapan dan memasuki cahaya yang terang akan dipermudahkan untuknya sebagaimana aku telah memberitahu kepada anda. Al-Mufadhdhal telah berkata: Bagaimana untuk melakukannya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Setiap mukmin yang menjaganya akan meningkat dalam darjat-darjat ketinggian dan sesiapa yang tidak menjaganya, maka dia akan dikembalikan kepada sifat yang anda telah bertanya kepadaku tentangnya, menjadi miskin, hina, berhajat kepada apa yang ada pada tangan-tangan manusia dan saudara-saudaranya.
       Dia menghadapi dukacita sepenuhnya sejajar dengan apa yang di lakukannya dalam susunan yang pertama kepada saudara-saudaranya yang mukminin. Al-Mufadhal telah berkata: Bagaimana dikembalikan mukmin yang telah melakukan perubahan ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia dikembalikan sebagai raja yang mewah, menyeru dan melarang: Jika dia menjaga Allah dan hak-hak-Nya dan hak-hak saudara-saudaranya mukminin, dia akan meningkat kepada darjatnya yang pertama dan tinggal di dalam nikmat[-Nya].
       Sebab ini, wahai Mufadhdhal, berlaku kepada semua mukminin pada setiap keadaan sebagai balasan kepada mereka. Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Adapun kafir, wahai Mufadhdhal, yang hidup mewah, maka dia melakukan kebaikan di dunia. Jika kafir suka kepada kebaikan atau dia melakkukan ihsan kepada mukmin dengan sesuatu daripada dunianya atau percakapan yang baik atau menunaikan hajat anda atau hajat orang lain, maka dia akan mendapat kesihatan badan di dunia ini atau pertambahan pada hartanya.
       Apabila dia mati, maka dia akan disusun dalam masukhiyyah dan akan menikmati nikmat kerana kebaikan yang dilakukannya di dunia. Adapun kafir yang hidup dalam kemiskinan, maka dia telah melakukan kejahatan kepada mukmin dengan mengambil hartanya. Justeru Allah mengazabnya dengan azab yang setimpal.
       Sesungguhnya Allah tidak menzalimi sesiapapun. Ini adalah apa yang aku telah memberitahu kepada anda tentang “membuat kebaikan” di kalangan mukminin sesama mereka di dunia: Mereka yang kafir pula dengan amalan-amalan mereka. Inilah sebab yang anda telah bertanyaku, wahai Mufadhdhal, tentang rezeki dan bagi Allah nikmat dan ihsan, wa s-Salam.                                                

                                     
 [1] Kejadiannya yang pertama

[2] Surah al-Syuura (42): 30

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Makrifat ttg bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin di dunia diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal daripada imam Ja'far as ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Makrifat ttg bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin di dunia diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal daripada imam Ja'far as
 

0 comments:

Catat Ulasan