Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujaan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 97-106 malaikat mengunjungi mereka)


    Bab 97

☼Sesungguhnya Para Imam Dikunjumgi Oleh Para Malaikat Di Rumah Mereka, Menjejaki Hamparan Mereka Dan Mendatangi Mereka Dengan Berita-Berita (anna al-Aimmata tadkhulu al-Mala’ikatu buyuuta-hum wa tata’u basta-hum wa ta’tii-him bi al-Akhbaar a.s)☼

       (596)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan, daripada Masma’ Kardain al-Basri berkata: Aku tidak pernah menambah makanan di waktu malam dan siang. Kadang-kadang aku telah meminta izin Abu Abdillah a.s dan aku mendapati hidangan telah diangkat, mudah-mudahan aku tidak melihatnya di hadapannya. Maka apabila aku telah masuk, beliau a.s telah menyeru dengannya (hidangan), lalu aku telah makan bersamanya dan aku tidak merasa sakit dengan [memakan]nya, tetapi apabila aku telah makan makanan di sisi orang lain, aku tidak mampu untuk merasa tenang dan aku tidak boleh tidur kerana pernafasan.
       Justeru aku telah mengadu perkara itu kepadanya dan aku telah memberitahu kepadanya bahawa jika aku makan bersamanya, aku tidak merasa sakit, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Sayyar, sesungguhnya anda makan makanan kaum yang soleh, para malaikat berjabat tangan dengan mereka di atas hamparan mereka. Aku telah berkata: Mereka menzahirkan diri mereka kepada kamu? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menyapu tangannya di atas sebahagian anak-anaknya dan berkata: Mereka itu adalah lebih lembut (sopan) dengan anak-anak kita daripada kita dengan mereka.

       (597)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin al-Qasim, daripada al-Husain bin Abi al-‘Alaa’, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Husain-beliau a.s telah memukul dengan tangannya di mimbar rumahnya- mimbar yang telah diduduki oleh para malaikat dan kemungkinan kita telah tersentuh kelembutannya.

       (598)-3. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam berkata: Malik bin ‘Atiyyah al-Ahmasi telah memberitahu kepadaku, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah datang kepada Ali bin al-Husain a.s, maka aku telah menunggu di rumah[nya] beberapa ketika, kemudian aku telah memasuki rumah[nya], aku telah mendapati beliau a.s sedang memungut sesuatu dan memasukkan tangannya di balik tabir, lalu orang di rumah itu telah mengambilnya. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku sedang melihat anda sedang memungut sesuatu apakah ia? Beliau a.s telah berkata: Sisa yang berbulu dan lembut (zaghb) daripada malaikat, kami mengumpulkannya apabila kami senang dan kami menjadikannya “tasbih” untuk anak-anak kami. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Sesungguhnya mereka mendatangi kamu? Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Hamzah, sesungguhnya mereka datang beramai-ramai kepada kami [berada] di atas lutut kami.

       (599)-4. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Aslam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Tidak ada malaikat yang diturunkan oleh Allah di dalam satu-satu urusan melainkan dia telah bermula dengan imam, lalu dia  membentangkannya kepadanya. Sesungguhnya semua malaikat dari sisi Allah adalah [berkhidmat] kepada sahabat urusan ini (imam).


                                                                     Bab 98

☼Sesungguhnya Jin Mendatangi Mereka Dan Bertanya Mereka Tentang Tanda-Tanda Agama Dan Merujuk Kepada Mereka  A.S (anna al-Jinn ya’tii-him fa-yasaluuna-hum ‘an ma‘aalimi diini-him wa- yatawajjahuun fi umuuri-him)☼

       (600)-1. Sebahagian sahabat kami, daripada Muhammad bin Ali, daripada Yahya bin Musawir, daripada Sa‘d al-Askaf berkata: Aku telah mendatangi Abu Ja‘far a.s pada suatu tempat, lalu beliau a.s mulai berkata: Janganlah anda gopoh sehinggalah [sinaran] matahati mengenaiku. Aku mulai mengikuti kebenaran[kata-kata]nya. Tidak lama selepas itu, satu golongan telah keluar ke atasku, mereka sepertilah belalang berwarna kuning memakai jubah yang menunjukkan ibadat mereka, beliau telah berkata: Demi Allah, kecantikan bentuk mereka masih aku ingati.  Manakala aku telah datang kepadanya, beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda fikir aku mengasihani anda? Aku telah berkata: Ya, demi Allah, aku telah mengingati satu golongan yang telah melalui di [hadapan] aku yang mana aku tidak pernah melihat kaum secantik mereka dengan pakaian seorang lelaki. Warna mereka seperti belalang kuning, menunjukkan ibadat mereka, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sa‘d, anda telah melihat mereka? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Mereka itu saudara-saudara anda daripada Jin, maka aku telah berkata: Mereka datang kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Ya, mereka datang kepada kami, bertanya kami tentang tanda-tanda agama, halal dan haram mereka.

       (601)-2. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin Hassan, daripada Ibrahim bin Isma’il, daripada Ibn Jabal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami telah berada di pintu [rumah]nya, tiba-tiba satu golongan telah keluar di hadapan kami seperti golongan Hindu memakai kain sarong dan kain sebai, lalu kami bertanya Abu Abdillah a.s tentang mereka, maka beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah saudara-saudara kamu daripada jin.

       (602)-3. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada Ibn Fadhdhal, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Sa‘d al-Askaf berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s, aku mahu izinnya, tiba-tiba unta merayau-rayau di pintu[rumahnya] dan suara-suara[nya] telah meninggi, kemudian satu golongan yang berserban telah keluar, mereka seperti Hindu[kehitaman]. Beliau telah berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s dan aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, [minta] izin anda kepadaku telah terlewat pada hari ini dan aku telah melihat satu golongan yang berserban telah keluar ke dihadapanku, lalu aku memerhatiikan mereka. Maka beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui siapakah mereka itu, wahai Sa‘d? Aku telah berkata: Tidak, maka beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah saudara-saudara kamu daripada jin mendatangi kami, lalu mereka bertanya kami tentang halal, haram dan tanda-tanda agama mereka.

       (603)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibrahim bin Abi al-Bilad, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja‘far a.s telah menyuruhku pergi ke Madinah kerana beberapa hajat untuknya, maka akupun telah keluar. Manakala aku berada di antara jalan di al-Rauhaa’ di atas kenderaanku, tiba-tiba seorang lelaki sedang mengibarkan kainnya. Beliau telah berkata: Aku telah cenderung kepadanya dan aku telah menyangka bahawa beliau sedang dahaga, lalu aku telah memberikan kepadanya bekas air, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku tidak berhajat kepadanya dan ambillah surat ini yang mana tanahnya masih lembab,[1] maka beliau telah berkata: Manakala aku telah melihat kepada capnya[2], tiba-tiba ia adalah cap Abu Ja‘far a.s, maka aku telah berkata: Bilakah janji anda dengan tuan surat ini?
       Beliau telah berkata: Sekarang dan di dalam surat itu banyak perkara yang beliau a.s telah menyuruhku melaksanakannya. Kemudian akupun berpaling, maka aku dapati tiada seorangpun di sisiku. Beliau telah berkata: Kemudian Abu Ja‘far a.s telah datang, maka aku telah berjumpa dengannya dan berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, seorang lelaki telah datang kepadaku dengan surat anda dan tanahnya masih lembab, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, sesungguhnya kami mempunyai khadam daripada jin, maka apabila kami mahu [sesuatu dilaksanakan dengan] cepat, kami mengutus mereka.
       Di dalam riwayat yang lain beliau telah berkata: Sesungguhnya kami mempunyai pengikut-pengikut daripada jin sebagaimana kami mempunyai pengikut-pengikut daripada manusia, maka apabila kami mahu sesuatu, kami mengutus mereka.

       (604)-5. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Jahrasy berkata: Hakimah binti Musa telah meriwayatkan kepadaku, berkata: Aku telah melihat al-Ridha a.s berdiri di pintu al-Hatab sedang bermunajat, tetapi aku tidak melihat seseorangpun [bersamanya], maka aku telah berkata: Wahaisayyidi, kepada siapakah anda bermunajat?
       Maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah ‘Amir al-Zahraa’i telah datang bertanya dan mengadu kepadaku, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku suka mendengar percakapannya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya jika anda mendengarnya, nescaya anda akan demam  setahun, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku suka mendengarnya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Dengarlah, maka akupun telah minta untuk mendengarnya, maka aku telah mendengar[nya] seperti bunyi-bunyian yang ditiup (al-Safir), lalu aku terkena demam dan aku telah demam selama setahun.

       (605)-6. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ibrahim bin Hasyim, daripada ‘Amru bin Uthman, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s di mimbar masjid, tiba-tiba seekor ular telah datang dari sudut salah satu daripada pintu-pintu masjid, lantas orang ramai ingin membunuhnya, maka Amir al-Mukminin a.s telah memerintahkan mereka supaya menahan diri mereka[dari melakukannya], lalu ular itu berjalan sehingga berakhir di mimbar.     
       Kemudian ia memanjangkan tubuhnya, lalu ia memberi salam kepada Amir al-Mukminin a.s, maka Amir al-Mukminin a.s telah menunjukkannya supaya ia “berdiri”[3] sehingga beliau a.s selesai daripada khutbahnya.
       Manakala beliau a.s telah selesai daripada khutbahnya, maka beliau a.s berpaling kepadanya dan berkata: Siapakah anda? Ia berkata: ‘Umru bin Uthman, khalifah anda ke atas jin, sesungguhnya bapaku telah mati dan ia telah berpesan kepadaku supaya aku datang kepada anda untuk mengetahui pendapat anda dan sesungguhnya aku telah datang kepada anda, wahai Amir al-Mukminin, justeru apakah yang anda akan menyuruh aku [untuk melakukannya] dan apakah pendapat anda?
       Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Aku berpesan kepada anda supaya bertakwa kepada Allah dan anda pulang untuk mengganti tempat bapa anda kepada jin, maka anda adalah khalifah aku ke atas mereka. Beliau telah berkata: ‘Amru telah mengucapkan selamat berpisah kepada Amir al-Mukminin dan pulang, maka ia adalah khalifahnya kepada jin. Maka aku telah berkata kepadanya (al-Ridha a.s): Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ‘Amru akan mendatangi anda dan adakah ia wajib ke atasnya? Beliau a.s telah berkata: Ya.

       (606)-7. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada al-Nu‘man bin Basyir berkata: Aku telah bersahabat dengan Jabir bin Yazid al-Ju‘fi, manakala kami di Madinah, beliau telah datang kepada Abu Ja‘far a.s dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan beliau telah keluar dari sisinya di dalam keadaan gembira sehingga kami melintasi al-Ukhairajah-rumah pertama dari Faid ke Madinah-pada hari Jumaat, kemudian kami telah mengerjakan sembahyang al-Zawal (Zuhur dan Asar).
       Manakala unta kami bangun, tiba-tiba aku berdepan dengan seorang lelaki yang berbadan panjang bersamanya surat (kitab), lalu Jabir telah mengambilnya daripadanya, lalu mengucupnya (surat) dan meletakkannya di dalam pengawasannya, tiba-tiba surat itu adalah daripada Muhammad bin Ali kepada Jabir bin Yazid dan di atasnya tanah hitam yang masih lembab, maka beliau telah berkata kepadanya: Bilakah janji anda dengan sayyidi? Beliau telah berkata: Sekarang, maka beliau telah berkata kepadanya: Sebelum sembahyang atau selepas sembahyang? Beliau telah berkata: Selepas sembahyang, lalu beliau memecahkan capnya, mula membacanya dengan penuh perhatian sehingga beliau selesai membacanya. Kemudian beliau telah memegang surat itu, maka aku tidak melihatnya tersenyum dan gembira sehingga beliau telah sampai di Kufah. Manakala kami telah sampai di Kufah pada waktu malam, maka akupun tidur. Apabila aku telah bangkit, maka aku telah datang kepadanya kerana menghormatinya, tetapi aku telah mendapatinya telah keluar daripadaku dan pada tengkuknya digantung notis kecil.
       Beliau telah menggantungkannya dan beliau telah memanjat batang kayu seraya berkata: “Aku mendapati Mansur bin Jumhur sebagai amir yang tidak diperintahkan” dan beberapa bait syair seumpama ini, lalu beliau melihat pada mukaku dan akupun melihat kepada mukanya, tetapi beliau tidak berkata sesuatupun kepadaku dan aku tidak berkata sesuatupun kepadanya dan aku mulai menangis. Manakala aku telah melihatnya, beliau telah datang kepadaku bersama kanak-kanak dan orang ramai. Beliau telah datang dan memasuki al-Rahbah (perkarangan masjid).
       Beliau mulai berpusing-pusing bersama kanak-kanak dan orang ramai pula berkata: Jabir bin Yazid telah dirasuk oleh jin, demi Allah, beberapa hari telah berlalu sehingga sepucuk surat telah sampai daripada Hisyam bin ‘Abd al-Malik kepada walinya: Carilah seorang lelaki dipanggil: Jabir bin Yazid al-Ju‘fi, potonglah kepalanya dan hantarlah kepalanya kepadaku” Beliau telah berpaling kepada kawan-kawannya, lalu berkata kepada mereka: Siapakah Jabir bin Yazid al-Ju‘fi? Mereka telah berkata:Aslaha-ka llahu, beliau dahulunya adalah seorang yang berilmu dan berkebolehan dan [bijak ilmu] hadis.
       Beliau telah mengerjakan haji, kemudian dirasuk oleh jin, beliau di al-Rahbah bersama kanak-kanak di atas sebatang kayu sedang bermain bersama mereka, berkata: Beliau telah memerhatikannya, tiba-tiba beliau bersama kanak-kanak sedang bermain-main di atas sebatang kayu, maka beliau telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memaafkan aku daripada membunuhnya, beliau telah berkata: Tidak berlalu beberapa hari sehingga Mansur bin Jumhur telah datang ke Kufah dan melaksanakan apa yang dikatakan oleh Jabir (membunuhnya).


                                                                          Bab 99

☼Tentang Para Imam A.S Sesungguhnya Mereka Apabila Urusan Mereka Terserlah, mereka Menghukum Dengan Hukuman Daud Dan Keluarga Daud Dan Mereka Tidak Bertanya Saksi, Di Atas Mereka Salam [rahmat dan Keredaan] (fi al-Aimmati a.s anna-hum idha zahara amru-hum hakamuu bi-hukmi Daud wa-aali Daud wa-la yas’aluuna al-Bayyinata, a.s wa al-Rahmat wa al-Ridhwaan)☼ 
       (607)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Mansur, daripada Fadhl al-A‘war, daripada Abu ‘Ubaidah al-Hadhaa’ berkata: Kami telah berada pada zaman Abu Ja‘far a.s ketika beliau mati, kami telah menjadi ragu-ragu seperti kambing tanpa pengembala, lalu kami telah berjumpa dengan Salim bin Abi Hafsah, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu ‘Ubaidah, siapakah imam anda? Maka aku telah berkata: Para imamku adalah keluarga Muhammad, lalu beliau telah berkata: Anda telah binasa dan membinasakan [orang lain], tidakkah anda dan aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mati dan tiada di atasnya imam, maka beliau telah mati seperti mati jahiliyah”?
       Aku telah berkata: Ya, demi Allah, sesungguhnya ia telah berlaku sebelum tiga [hari kematiannya], aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, maka Allah telah memberi pencerahan ilmu, maka aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhnya Salim telah berkata kepadaku begitu dan begini, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu ‘Ubaidah, seorang daripada kami tidak akan mati sehingga beliau meninggalkan selepasnya seorang yang akan beramal dengan amalannya dan berjalan dengan perjalanannya dan akan menyeru [orang ramai] kepada apa yang beliau telah menyeru [mereka] kepadanya, wahai Abu ‘Ubaidah, sesungguhnya Dia tidak akan menegah apa yang diberikan kepada Daud itu akan diberikan kepada Sulaiman, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu ‘Ubaidah, apabila tibanya al-Qaim keluarga Muhammad, beliau akan menghukum dengan hukuman Daud dan Sulaiman tanpa bertanya saksi (keterangan).

       (608)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abban berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Dunia tidak akan hilang sehingga keluar seorang lelaki daripada kami yang akan menghukum dengan hukuman keluarga Daud dan beliau tidak akan bertanya saksi, beliau akan memberi setiap jiwa akan haknya.

       (609)-3. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada ‘Ammar al-Sabitiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Dengan apakah kamu akan menghukum apabila kamu menghukum? Beliau a.s telah berkata: Dengan hukum Allah dan hukum Daud. Justeru, apabila sesuatu datang kepada kami dan yang bukan dari sisi kami, roh kudus akan datang kepada kami bagi menyelesaikannya[4].

       (610)-4. Muhammad bin Ahamd, daripada Muhammad bin Khalid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada  ‘Umraan bin A‘yaan, daripada Ju‘aid al-Hamadaani, daripada Ali bin al-Husain a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau dengan hukum manakah kamu menghukum? Beliau a.s telah berkata: Dengan hukum keluarga Daud, tetapi jika sesuatu yang menyusahkan kami, roh kudus akan datang kepada kami bagi [menyelesaikan]nya.

       (611)-5. Ahmad bin Mihran rahimahu llahu, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada ‘Amamr al-Sabitiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah kedudukan para imam? Beliau a.s telah berkata: Kedudukan mereka sepertilah kedudukan Dhu al-Nuun, seperti kedudukan Yusya‘, seperti kedudukan Aasif sahabat Sulaiman, beliau telah berkata: Dengan apakah kamu menghukum? Beliau a.s telah berkata: Dengan hukum Allah, hukum keluarga Daud, hukum keluarga Muhammad s.a.w dan roh kudus akan datang kepada kami bagi [menyelesaikan]nya.


                                                                     Bab 100

☼Sesungguhnya Sumber Ilmu Adalah Daripada Rumah Keluarga Muhammad A.S (anana mustaqa al-‘Ilm min bait aali Muhammad a.s)☼

       (612)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub berkata: Yahya bin Abdillah Abi al-Hasan Sahib al-Dailam telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mendengar Ja‘far bin Muhammad a.s telah berkata-di sisinya beberapa orang daripada ahli Kufah-: Aneh bagi orang ramai kerana mereka telah mengambil ilmu mereka semuanya daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka telah beramal dengannya, mendapat petunjuk dan mereka pula melihat bahawa Ahlu l-Baitnya tidak mengambil ilmunya. Kami adalah Ahlu l-Baitnya dan zuriatnya, pada rumah-rumah kamilah turunnya wahyu dan dari sisi kamilah ilmu telah keluar kepada mereka, adakah mereka melihat bahawa mereka telah mengetahui dan mendapat petunjuk sedangkan kami telah jahil dan sesat, sesungguhnya ini adalah mustahil.

       (613)-2. Ali bin Muhammad bin Abdillah, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada Abdillah bin Hammad, daripada Sabah al-Mazni, daripada al-Harith bin Hasirah, daripada al-Hakam bin ‘Utaibah berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan al-Husain bin Ali a.s di Tha‘labiyyah di dalam perjalanannya ke Karbala’, lalu beliau telah datang dan memberi salam kepadanya, maka al-Husain a.s telah berkata kepadanya: Dari negeri mana anda [datang]? Beliau telah berkata: Dari ahli Kufah, beliau a.s telah berkata: Adapun kemudian daripada itu, demi Allah, wahai saudara ahli Kufah, jikalaulah aku telah berjumpa dengan anda di Madinah, nescaya aku telah memperlihatkan kepada anda kesan Jibrail a.s di rumah kami dan turunnya dia dengan wahyu ke atas datukku, wahai saudara ahli Kufah, adakah sumber ilmu orang ramai dari sisi kami, maka mereka telah mengetahui[nya] sedangkan kami telah jahil? Ini tidak boleh terjadi.


                                                                        Bab 101

☼Tidak Ada Sesuatu Kebenaran Di Tangan Manusia Melainkan Apa Yang Telah Keluar Dari Sisi Para Imam A.S. Dan Sesungguhnya Setiap Sesuatu Yang Tidak Keluar Dari Sisi Mereka, Maka Ia Adalah Batil (anna-hu laisa sya’un min al-Haq fi yadi al-Naasi illa ma kharaja min ‘indi al-Aimmati a.s wa-anna kulla syai’in lam yakhruj min ‘indi-him fa-huwa baatilun)☼

       (614)-1. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Tidak ada di sisi seorang daripada  manusia hak,  tidak ada ketepatan dan tidak ada seorang daripada manusia menghukum dengan hukuman yang benar melainkan apa yang telah keluar daripada kami Ahlu l-Bait. Dan apabila urusan mereka telah berbeza, kesalahan adalah daripada mereka dan ketepatan adalah daripada Ali a.s.

       (615)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Muthanna, daripada Zurarah berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far a.s, maka seorang lelaki dari ahli Kufah bertanya kepadanya tentang kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Tanyalah aku apa yang kamu mahu, maka janganlah kamu bertanyaku tentang sesuatu melainkan aku menceritakan kepada kamu tentangnya” Beliau a.s telah berkata: Tidak ada seorang di sisinya ilmu tentang sesuatu melainkan ia telah keluar di sisi Amir al-Mukminin a.s, hendaklah manusia pergi ke mana mereka mahu, demi Allah, tidak ada urusan melainkan dari sini dan beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah rumahnya.

       (616)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’. Daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abi Maryam berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepada Salmah bin Kahil dan al-Hakam bin ‘Utbah: Timur dan  barat kamu berdua tidak akan mendapati ilmu yang betul (sahih) melainkan ia telah keluar dari sisi kami Ahlu l-Bait.

       (617)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Mu‘alla bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya al-Hakam bin ‘Utaibah adalah di kalangan mereka yang telah difirmankan oleh Allah: “Di antara mereka ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan hari Kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan mereka yang beriman”[5] Lantaran itu,  hukum sama ada di timur atau di barat, demi Allah, tidak akan menepati ilmu melainkan daripada Ahlu al-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

       (618)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Salih al-Sindi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang penyaksian (syahadah) anak zina adakah ia harus (mubah))? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Sesungguhnya al-Hakam bin ‘Utaibah telah menyangka bahawa ia adalah harus. Lantas beliau a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau mengampuni dosanya, Allah telah berfirman kepada al-Hakam: “Sesungguhnya al-Qur’an itu adalah sebagai peringatan bagimu dan bagi kaummu”[6] Hendaklah al-Hakam pergi ke kanan dan ke kiri, demi Allah, ilmu tidak diambil melainkan daripada Ahlu l-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

       (619)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada al-Husain bin al-Hasan bin Yazid, daripada Badr, daripada bapanya berkata: Salam Abu Ali al-Khurasani telah memberitahu kepadaku, daripada Salam bin Sa‘id al-Makhzumi berkata: Manakala aku sedang duduk di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba ‘Ubbad bin Kathir, ahli ibadat Basrah dan Ibn Syuraih, fakih ahli Makkah, telah datang kepadanya. Dan di sisi Abu Abdillah a.s adalah Maimun al-Qaddah Maula Abu Ja‘far a.s. Maka  ‘Ubbad bin Kathir telah bertanya beliau a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Abdillah a.s, pada berapa kainkah Rasulullah s.a.w telah dikapan? Beliau a.s telah berkata: Pada tiga kain: Dua kain biasa dan satu kain pembungkus.
       Seolah-olah beliau a.s telah memperbodoh-bodohkan ‘Ubbad bin Kathir tentang perkara itu, maka beliau a.s telah berkata lagi: Sesungguhnya pohon kurma Maryam a.s adalah jenis baik (‘ajwah) dan telah diturunkan dari langit (asli). Justeru, apa yang telah tumbuh daripada asalnya dipanggil ‘ajwahdan apa yang diambil di merata-rata tempat dipanggil pungutan (luqat). Apabila mereka telah keluar dari sisinya, ‘Ubbad bin Kathir telah berkata kepada Ibn Syuraih: Demi Allah, aku tidak mengerti apakah perumpamaan yang telah dikemukakan kepadaku oleh Abu Abdillah?
       Maka Ibn Syuraih berkata: Kanak-kanak ini telah memberitahu kepada anda bahawa beliau adalah daripada mereka, lalu beliau telah bertanya kepadanya, maka Maimun telah berkata: Tidakkah anda mengetahui apakah beliau telah katakan kepada anda? Beliau telah berkata: Tidak, demi Allah, beliau telah memberi perumpamaan kepada anda seperti dirinya, beliau menceritakan kepada anda bahawa beliau adalah anak lelaki daripada anak lelaki Rasulullah s.a.w (keturunannya) dan ilmu Rasulullah s.a.w adalah di sisi mereka. Justeru, apa yang telah datang dari sisi mereka, maka ia adalah bertepatan (sawab) dan apa yang telah datang dari selain daripada mereka adalah pungutan (luqat)[7].


                                                                    Bab 102

☼Sesungguhnya Hadis Mereka Adalah Sulit Dan Menyulitkan (fi-ma jaa’a anna haditha-hum sa‘bun wa-mustas‘abun)☼
      
       (620)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Jabir berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya hadis keluarga Muhammad adalah sulit dan menyulitkan (inna hadith aali Muhammad sa‘bun wa mustas‘abun), tidak akan beriman kepadanya melainkan malaikat yang hampir kepada Allah atau nabi yang diutuskan atau hamba yang diuji hatinya kepada keimanan oleh Allah (la yu’minu bi-hi illa malakun muqarrabun au nabiyyun mursalun au ‘abdun imtahana llahu qalba-hu li l-Imaan).
       Apa yang telah datang kepada kamu daripada hadis Rasulullah s.a.w, maka hati kamu merasa lembut kepadanya dan kamu telah mengetahuinya, maka terimalah dan apa yang merisaukan kamu daripadanya dan kamu mengingkarinya pula, maka rujuklah ia kepada Allah, kepada Rasul dan kepada alim daripada keluarga Muhammad. Sesungguhnya orang yang binasa (al-Halik) adalah apabila beliau meriwayatkan sesuatu [hadis] yang beliau tidak dapat menanggungnya atau menerimanya, lalu beliau telah berkata: Demi Allah, ini bukanlah hadis dan demi Allah, ini bukanlah hadis dan keingkarannya adalah kekufuran (al-inkaar huwa al-Kufr).

       (621)-2. Ahmad bin Idris, daripada ‘Imraan bin Musa, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadqah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Pada suatu hari aku telah menyebuttaqiyyah di sisi Ali bin al-Husain a.s, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, jika Abu Dhar telah mengetahui apa yang ada di dalam hati Salman, nescaya beliau telah membunuhnya (Wa llahi, lau ‘alima Abu Dhar ma fi qalbi Salaman la-qatala-hu) dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara mereka berdua (wa laqad aakha Rasulullah s.a.w baina-huma), apa pula sangkaan kamu dengan semua makhluk?
       Sesungguhnya ilmu para ulama adalah sulit dan menyulitkan, ia tidak dapat ditanggung atau diterima melainkan oleh nabi yang diutuskan atau malaikat yang hampir kepada Allah atau hamba yang diuji hatinya dengan keimanan oleh Allah, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Salman telah menjadi sebahagian daripada ulama kerana beliau adalah seorang daripada kami Ahlu l-Bait[8]. Justeru, aku telah mengaitkannya kepada ulama.

       (622)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Barqiy, daripada Ibn Sinan atau selain daripadanya secara marfu‘ kepada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya hadis kami adalah sulit dan menyulitkan, ia tidak dapat ditanggung atau diterima melainkan oleh dada yang bercahaya atau hati yang sejahtera atau akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian daripada Syiah kami sebagaimana Dia telah mengambil [perjanjian] ke atas Bani Adam “Tidakkah Aku Tuhan kamu?” Sesiapa yang telah setia kepada kami, maka Allah akan kurniakan syurga untuknya. Dan sesiapa yang memarahi kami dan tidak menunaikan kepada kami hak kami, maka di nerakalah beliau akan [berada] kekal selama-lamanya.

       (623)-4. Muhammad bin Yahya dan selain daripadanya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah menulis kepada Abu al-Hasan Sahib al-‘Askar a.s, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah makna kata-kata al-Sadiq a.s: Hadis kami tidak dapat ditanggung oleh malaikat muqarrab, tidak [dapat ditanggung] oleh nabi yang diutuskan dan tidak [dapat ditanggung] oleh mukmin yang diuji hatinya kepada keimanan oleh Allah, maka jawapannya: Sesungguhnya makna kata-kata al-Sadiq a.s iaitu: [Hadis kami] Tidak dapat ditanggung atau diterima oleh malaikat, nabi dan mukmin. Malaikat tidak dapat menanggungnya sehingga dia mengeluarkannya kepada malaikat yang lain dan nabi tidak dapat menanggungnya  sehingga beliau mengeluarkannya kepada nabi yang lain dan mukmin tidak dapat menanggungnya sehingga beliau mengeluarkannya kepada mukmin yang lain, maka inilah makna sabda datukku a.s.

       (624)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Mansur bin al-‘Abbas, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abdillah bin Maskan, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Khaliq dan Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya di sisi kami, demi Allah, rahsia daripada rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu Allah. Demi Allah, tidak dapat ditanggung akannya oleh malaikat muqarrab, tidak nabi yang diutuskan dan tidak mukmin yang telah diuji oleh Allah akan hatinya kepada keimanan, demi Allah, Allah tidak mewajibkan perkara sedemikian kepada seorangpun selain daripada kami dan Dia tidak pula menolak perkara sedemikian selain daripada kami.
       Sesungguhnya di sisi kami rahsia daripada rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu Allah (inna ‘inda-na sirran min sirri llahi wa-‘ilman min ‘ilmi llahi), Allah telah memerintahkan kami supaya menyampaikannya, maka kami telah menyampaikan[nya] daripada Allah a.w apa yang Dia telah perintahkan kami untuk menyampaikannya, tetapi kami tidak mendapati tempat untuknya, tidak ada orang yang berkelayakan dan tidak ada penerima yang akan menerimanya sehingga Allah  menciptakan untuk itu beberapa golongan.
       Mereka telah diciptakan daripada tanah (tiinah) yang Dia telah menciptakan daripadanya Muhammad, keluarganya dan zuriatnya. Dan [Dia telah menciptakan] daripada cahaya yang mana Allah telah menciptakan daripadanya Muhammad dan zuriatnya. Dia telah menciptakan mereka dengan kelebihan rahmat-Nya yang Dia telah menciptakan Muhammad dan zuriatnya. Maka kami telah menyampaikan[nya] daripada Allah apa yang Dia telah perintahkan kami untuk menyampaikannya, lalu mereka telah menerimanya[Dia telah menyampaikan kepada mereka tentang kami, lalu mereka telah menerimanya dan menanggungnya] dan Dia telah menyampaikan kepada mereka tentang kami, maka hati mereka telah cenderung untuk mengetahui kami dan hadis kami.
       Jikalaulah mereka tidak diciptakan daripada [ciptaan] ini, nescaya mereka tidaklah sedemikian. Tidak, demi Allah, mereka tidak dapat menerimanya, kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan beberapa golongan untuk neraka Jahannam, maka Dia telah memerintahkan kami supaya kami menyampaikannya kepada mereka dan kami telah melakukannya, tetapi mereka telah merasa kesal tentangnya dan hati mereka tidak dapat menerimanya.
       Mereka telah menyesalinya (isyma’azzat), lalu mereka menolaknya ke atas kami, mereka tidak dapat menerimanya, mereka membohonginya dan mereka telah berkata: Tukang sihir pembohong, lalu Allah mengecap hati mereka dan melupakan mereka. Kemudian Allah telah melepaskan lidah mereka dengan sebahagian kebenaran, lalu mereka bercakap dengannya sedangkan hati mereka mengingkarinya bagi mempertahankan para wali-Nya dan ahli ketaatan-Nya. Jika tidak kerana itu, nescaya Allah tidak disembah dibumi-Nya, maka kami diperintahkan supaya menahan diri daripada mereka, dengan penutupan dan kerahsiaan. Justeru, simpanlah rahsia daripada orang yang Allah telah memerintahkan supaya menahan diri daripada mereka.
       Dan sembunyilah rahsia daripada orang yang mana Allah telah memerintahkan supaya merahsiakannya kepadanya. Beliau telah berkata: Kemudian beliau a.s telah mengangkat tangannya dan menangis sambil berkata: Wahai Tuhanku, mereka adalah bilangan yang sedikit, justeru, jadilah kehidupan kami kehidupun mereka dan kematian kami kematian mereka dan janganlah musuh Engkau menguasai ke atas mereka kerana ia menyedihkan kami. Sesungguhnya Engkau jika Engkau membuatkan kami sedih dengan mereka, nescaya Engkau tidak disembah di bumi Engkau. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya dengan sepenuhnya.


                                                                            Bab 103

☼Apa Yang Diperintahkan Oleh Nabi S.A.W Tentang Rujukan Nasihat Kepada Para Imam Muslimin Dan Penyertaan Jemaah Mereka Dan Siapakah Mereka? (ma amara al-Nabi s.a.w bi-al-Nasihati li-aimmati al-Muslimin wa-al-Luzum ilaa jamaa‘ati-him wa-man-hum?)☼

       (625)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Ibn Abi Ya‘fur, daripada Abu Abdillah a.s bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi khutbah di masjid al-Khaif, maka baginda s.a.w bersabda: Allah telah menyinari seorang hamba yang telah mendengar sabdaku, lalu beliau menyimpannya, menghafaznya dan menyampaikannya kepada orang yang tidak pernah mendengarnya, kemungkinan pembawa ilmu itu tidaklah alim (fakih) dan kemungkinan pembawa ilmu itu [membawanya] kepada orang yang lebih alim (afqahu) daripadanya. Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, rujukan nasihat kepada para imam muslimin[9] dan penyertaan jemaah mereka kerana dakwah mereka meliputi semua. Muslimun adalah bersaudara, darah mereka dijamin dan ia meliputi semua peringkat.
       Hammad bin Uthman telah meriwayatkannya juga, daripada Abban, daripada Ibn Abi Ya‘fur seumpamanya dan telah menambahkan padanya [perkataan]: Dan mereka adalah satu tangan ke atas sesiapa selain daripadanya. Dan beliau telah menyebut di dalam hadisnya bahawa baginda s.a.w telah memberi khutbah pada Hajjat al-Wida‘ (haji perpisahan) di Mina di masjid al-Khaif.

       (626)-2. Muhammad bin al-Hasan, daripada sabahagian sahabat kami, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada seorang lelaki Quraisy daripada Makkah berkata: Sufyan al-Thauri berkata: Pergilah anda bersama kami kepada Ja‘far bin Muhammad, beliau telah berkata: Akupun telah pergi bersamanya kepadanya, maka kami telah mendapatinya telah menaiki kenderaannya, lalu Sufyan telah berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah, ceritalah kepada kami hadis khutbah Rasulullah s.a.w di masjid al-Khaif, beliau a.s telah berkata: Tinggallah aku sehingga aku pergi mendapatkan hajatku sesungguhnya aku menaiki [kenderaanku], maka apabila aku pulang, aku akan menceritakannya kepada anda, maka beliau telah berkata: Aku bertanya anda tentang kekerabatan anda dengan Rasulullah s.a.w, anda belum menceritakannya kepadaku, beliau telah berkata: Beliaupun telah turun[dari kenderaannya].
       Lalu Sufyan telah berkata kepadanya: Bawakan kepadaku pensil dan kertas sehingga aku menulisnya, lalu beliau telah menyeru dengannya, kemudian beliau a.s telah berkata: Tulislah: Bismi llahi r-Rahmani r-Rahim, khutbah Rasulullah s.a.w di masjid al-Khaif: “Allah telah menyinari seorang hamba yang telah mendengar sabdaku, lalu beliau menyimpannya dan menyampaikannya kepada orang yang tidak sampai kepadanya sabdanya: “Wahai manusia, hendaklah orang yang hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir dan kemungkinan pembawa ilmu tidaklah alim (fakih) dan kemungkinan pembawa ilmu itu [membawanya] kepada orang yang lebih alim (afqahu) daripadanya. Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan jemaah mereka kerana dakwah mereka meliputi semua. Muslimun adalah bersaudara, darah mereka dijamin dan ia meliputi semua peringkat”.
       Justeru Sufyan telah menulisnya, kemudian beliau telah membentangkanya kepadanya dan Abu Abdillah a.s telah [pergi] menaiki [kenderaannya]. Aku dan Sufyan telah datang, manakala kami telah berada di sebahagian jalan, beliau telah berkata kepadaku [berdirilah] di tempat anda [sekarang] sehingga aku melihat kepada hadis ini, maka aku telah berkata kepadanya: Demi Allah, Abu Abdillah telah mewajibkan tengkuk anda sesuatu[10], ia tidak akan hilang dari tengkuk anda selama-lamanya, maka beliau telah berkata: Apakah itu?
       Maka aku telah berkata kepadanya: Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, kami telah mengetahuinya, harapan kebaikan kepada para imam muslimin, siapakah para imam yang wajib ke atas kita merujuk kepada kebaikan mereka? Mu‘awiyah bin Abi Sufyan, Yazid bin Mu‘awiyah dan Marwan bin al-Hakam? Dan setiap orang yang tidak harus penyaksiannya di sisi kami, tidak harus sembahyang di belakangnya? Dan kata-katanya: Penyertaan jemaah mereka, maka jemaah yang manakah? Seorang Murjiah berkata: Sesiapa yang tidak bersembahyang, tidak berpuasa, tidak memandi junub, telah merosakkan Ka‘bah, telah menikahi ibunya sendiri, maka beliau adalah di atas iman Jibrail dan Mikail.
       Atau seorang Qadariyah berkata: Apa yang telah dikehendaki oleh Allah tidak akan berlaku dan apa yang dikehendaki oleh Iblis akan berlaku atau seorang Khawarij yang telah melepaskan dirinya daripada Ali bin Abu Talib dan menyaksikan kekafirannya atau seorang Jahmiyyah yang berkata: Sesungguhnya iman itu adalah mengenali Allah semata-mata dan iman bukkanlah sesuatu selain daripadanya (ma‘rifah)?!! Beliau telah berkata: Alangkah dukacitanya anda, di atas dasar apakah mereka telah berkata sedemikian? Maka aku telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib a.s, demi Allah, adalah imam yang wajib di atas kita merujuk kepadanya. Dan penyertaan jemaah mereka: Iaitu [jemaah] Ahlu l-Baitnya, beliau telah berkata: Maka beliau telah mengambil surat (kitab) itu, lalu beliau (Sufyan) mengoyakkannya, kemudian beliau telah berkata: Janganlah anda memberitahu tentangnya kepada sesiapapun.

       (627)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Buraid bin Mu‘awiyah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah tidak melihat kepada seorang mukmin yang bekerja keras dengan ketaatan kepada imamnya dan [meminta] nasihatnya melainkan beliau bersama kami di syurga.

       (628)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah meninggalkan jemaah muslimin sejengkal, maka beliau telah mencabut ikatan Islam dari tengkuknya.

       (629)-5. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah meninggalkan jemaah muslimin dan menarik balik perjanjian Imam, beliau akan datang kepada Allah a.w dengan penyakit kusta.


                                                                          Bab 104

☼Apa Yang Wajib Daripada Haq Imam Ke Atas Rakyat Dan Hak Rakyat Ke Atas Imam (ma yajibu min haqq al-Imam ‘ala al-Ra‘yati wa-haqq al-Ra‘yati ‘ala al-Imam)☼

       (630)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s: Apakah hak imam ke atas manusia? Beliau a.s telah berkata: Haknya ke atas mereka bahawa mereka mestilah mendengar kepadanya dan mentaatinya: Aku telah berkata: Apakah haknya (imam) ke atas mereka? Beliau a.s telah berkata: Imam membahagi-bahagikan di kalangan mereka dengan saksama dan berlaku adil pada rakyatnya. Apabila beliau melakukan sedemikian kepada manusia, maka beliau tidak peduli siapa yang telah mengambil dari sini dan dari sini.

       (631)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s seumpamanya melainkan beliau a.s telah berkata: Beginilah dan beginilah dan beginilah dan beginilah di depannya, di belakngnya, di kanannya dan di kirinya.

       (632)-3. Muhammad bin Yahya al-‘Attar, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadqah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Janganlah kamu mengkhianati para wali kamu, janganlah kamu menipu mereka yang memberi petunjuk kepada kamu, janganlah kamu memperbodoh-bodohkan para imam kamu, janganlah kamu memutuskan tali kamu, maka kamu akan gagal dan menjadi lemah. Lantaran itu, hendaklah asas urusan kamu [menjadi kukuh], ikutilah jalan ini. Kerana kamu jika kamu melihat apa yang telah dilihat oleh orang yang telah mati daripada kamu di kalangan orang yang telah menyalahi apa yang kamu dakwahkan kepadanya, nescaya kamu telah keluar dan kamu telah mendengar, tetapi ia adalah terlindung daripada kamu apa yang mereka telah melihatnya, tetapi pada masa akan datang hijab akan dibuang”[11]

       (633)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada ‘Abd al-Rahman bin Hammad dan lain-lain, daripada Hannan bin Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Diberitahu kepada Nabi s.a.w sendiri tentang kematiannya ketika baginda s.a.w di dalam keadaan sihat tanpa kesakitan, beliau telah berkata: “dia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin”[12], beliau telah berkata: Lalu baginda s.a.w telah menyeru [manusia] sembahyang jemaah, menyuruh kaum Muhajirin dan Ansar memegang senjata. Apabila orang ramai telah berkumpul, maka Nabi s.a.w telah menaiki mimbar, lalu baginda s.a.w meratap dirinya kepada mereka, kemudian bersabda: Aku mengingati diriku kepada Allah tentang wali selepasku ke atas umatku supaya merahmati jemaah muslimin.
       Menghormati yang tua mereka, merahmati yang lemah mereka dan menghormati yang alim mereka, tidak memudaratkan mereka, lalu menghina mereka, tidak membuat mereka menjadi fakir, kemudian beliau menentang mereka. Tidak menutup pintunya kepada mereka supaya yang kuat mereka tidak memakan yang lemah mereka, tidak “meminggirkan” mereka[?][13] di dalam utusan mereka kerana ia akan memutuskan zuriat umatku. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Aku telah menyampaikan[nya] dan aku telah memberi nasihat, maka saksikanlah”. Abu Abdillah a.s telah berkata: Inilah ucapan Rasulullah s.a.w yang terakhir di atas mimbarnya.

       (634)-5. Muhammad bin Ali dan selain daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada seorang lelaki, daripada Habib bin Abi Thabit berkata: Madu dan buah tin telah dibawa kepada Amir al-Mukminin a.s dari Hamadan[14] dan Hulwan[15] Kemudian beliau a.s telah memerintahkan beberapa orang askar supaya membawa[nya] kepada anak-anak yatim dan menyuapkannya  [kepada mereka] sedang beliau a.s membahagi-bahagikannya di kalangan orang ramai satu cawan satu cawan. Maka dikatakan kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, kenapakah mereka menyuapkannya [kepada mereka]? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya imam adalah bapa kepada anak-anak yatim, sesungguhnya aku telah menyuapkan mereka [dengan] ini [dan mereka seperti] di bawah jagaan bapa-bapa [mereka sendiri].

       (635)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqiy dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Isfahani, daripada Sulaimn bin Daus al-Munqari, daripada Sufyan bin ‘Uyainah, daripada Abu Abdillah a.s bahawa Nabi s.a.w bersabda: Aku adalah lebih baik bagi setiap mukmin daripada dirinya sendiri dan Ali adalah lebih baik dengannya selepasku, lalu dikatakan kepadanya: Apakah maknanya itu? Maka beliau telah berkata: Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang telah meninggalkan hutang atau kerosakan, maka ia di atasku.
       Sesiapa yang meninggalkan harta, maka ia adalah untuk warisnya. Justeru, seorang lelaki tidak mempunyai wilayah ke atas dirinya apabila beliau tidak mempunyai harta dan tidak ada perintah atau larangan baginya ke atas tanggungannya apabila beliau tidak memberi nafkah kepada mereka. Nabi, Amir al-Mukminin a.s dan mereka selepasnya tidak dapat mengelak daripadanya. Justeru mereka adalah lebih baik dengan mereka daripada diri mereka sendiri. Tidak ada sebab Islamnya kebanyakan Yahudi melainkan selepas kata-kata ini daripada Rasulullah s.a.w bahawa mereka telah beriman di atas diri mereka dan keluarga mereka.

       (636)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban bin Uthman, daripada Sabah bin Siyabah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Mana-mana mukmin atau muslim yang telah mati dan meninggalkan hutang, bukan kerana kejahatan (fasad) dan bukan pula kerana keborosan (israaf), maka imam wajib menunaikannya. Jika imam tidak menunaikannya, maka beliau berdosa. Sesungguhnya Allah berfirman: “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk mereka yang fakir, mereka yang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (merdekakan) budak, mereka yang berhutang, untuk jalan Allah dan mereka yang sedang dalam perjalanan”[16] Maka beliau adalah di kalangan mereka yang berhutang dan baginya satu saham di sisi imam. Jika beliau (imam) menahannya, maka dosanya ke atasnya.

       (637)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Hannan, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Imamahtidak layak melainkan untuk lelaki yang mempunyai tiga sifat: Warak yang menghalangnya dari kemaksiatan kepada Allah, sabar yang dapat mengawasi kemarahannya dan wilayah yang baik kepada rakyatnya sehingga beliau kepada mereka sepertilah bapa yang mengasihani. Dan di dalam riwayat yang lain pula: Sehingga beliau terhadap rakyatnya seperti bapa yang mengasihani.

       (638)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Mu‘awiyah bin Hakim, daripada Muhammad bin Aslam, daripada seorang lelaki dari Tabaristan dipanggil Muhammad, berkata: Mu‘awiyah telah berkata: Dan aku telah berjumpa dengan al-Tabari Muhammad selepas itu, lalu beliau telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mendengar Ali bin Musa a.s telah berkata: Orang yang berhutang apabila beliau telah berhutang atau meminta berhutang pada kebenaran[17]-waham daripada Mu‘awiyah- ditangguhkan selama setahun jika beliau senang dan jika tidak, imam akan menunaikannya untuknya daripada [harta] baitulmal.


                                                                      Bab 105

☼Sesungguhnya Bumi Semunya Untuk Imam A.S (anna al-Ardha kulla-ha li-al-Imam a.s)☼

       (639)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abi Khalid al-Kabili, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati di dalam kitab Ali a.s “Sesungguhnya bumi(ini)adalah milik Allah, Dia mewariskannya kepada orang yang Dia kehendaki daripada hamba-hamab-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa”[18] Aku dan keluargaku yang mana Allah telah mewariskan kami bumi[Nya] dan kami adalah “mereka yang bertakwa” dan bumi semuanya untuk kami. Sesiapa yang menghidupkan bumi kepunyaan muslimin, maka hendaklah beliau memajukannya dan hendaklah beliau menunaikan kharajnya (hasilnya) kepada imam daripada keluargaku dan baginya apa yang beliau makan daripadanya.
       Jika beliau meninggalkannya atau dan melewatkannya dan ia diambil oleh lelaki muslim selepasnya, lalu beliau memajukannya dan menghidupkannya, maka beliau lebih berhak dengannya daripada orang yang telah meninggalkannya. Beliau hendaklah menunaikan kharajnya kepada imam daripada keluargaku dan baginya apa yang beliau telah makan daripadanya sehingga al-Qaim daripada keluargaku muncul dengan pedang. Justeru beliau boleh menjadikannya tempat larangan, menghalangnya dan mengeluarkan mereka daripadanya sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kecuali apa yang ada di tangan Syiah kita kerana beliau membiarkan apa yang dimiliki oleh mereka dan meninggalkan bumi di tangan mereka.

       (640)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad berkata: Ahmad bin Muhammad bin Abdillah telah memberitahu kepadaku daripada orang yang telah meriwayatkannya, berkata: Dunia dan apa yang ada padanya adalah untuk Allah, Rasul-Nya dan kami. Sesiapa yang telah mendapatkan sesuatu daripadanya, maka hendaklah beliau bertakwa kepada Allah, menunaikan hak Allah, membuat baik kepada suadara-saudaranya, jika beliau tidak melakukan sedemikian, maka Allah, Rasul-Nya dan kami melepaskan diri daripadanya.

       (641)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Yazid berkata: Aku telah melihat Masma‘ bin Abd al-Malik di Madinah bahawa beliau telah membawa harta kepada Abu Abdillah pada tahun itu, lalu Abu Abdillah a.s telah menolaknya, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapakah Abu Abdillah a.s telah menolak harta yang anda telah membawanya kepadanya? Beliau telah berkata: Masma‘ telah berkata kepadaku: Sesungguhnya aku telah berkata kepadanya ketika aku membawa harta kepadanya: Sesungguhnya aku telah menjadi penyelam mutiara di Bahrain, maka aku telah dapat 400 ribu dirham dan aku telah datang kepada anda dengan khumusnya sebanyak 80 ribu dirham.
       Dan aku tidak suka menahannya daripada anda dan aku mahu membentangkannya kepadanya dan ia adalah hak anda yang telah dijadikan oleh Allah pada harta-harta kami, maka beliau a.s telah berkata: Atau harta kami dari bumi dan apa yang Allah telah mengeluarkannya darinya melainkan satu perlima (khumus), wahai Abu Sayyar? Sesungguhnya bumi semuanya untuk kami, maka sesuatu yang telah dikeluarkan oleh Allah darinya, maka ia adalah untuk kami. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku akan membawa semua harta kepada anda? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya kami telah memperbaikkan untuk anda dan kami telah menghalalkan anda daripadanya.
       Justeru campurlah kepada anda harta anda. Dan setiap bumi yang ada di tangan Syiah kita, maka mereka padanya dihalalkan sehingga Qaim kami datang. Dan apabila Qaim kami datang, maka beliau akan mengenakan cukai kepada mereka, apa yang ada pada tangan mereka dan akan meninggalkan bumi di tangan mereka. Adapun apa yang ada pada tangan selain daripada mereka, maka sesungguhnya pendapatan mereka daripada bumi adalah haram ke atas mereka sehingga datang Qaim kami, lalu beliau mengambil bumi daripada tangan mereka dan mengeluarkan mereka tanpa sebarang pampasan.
       Umar bin Yazid telah berkata: Abu Sayyar telah berkata kepadaku: Aku tidak melihat seorangpun daripada pemilik-pemilik tanah dan mereka yang mengendalikan pekerjaan-pekerjaan, memakan [makanan] yang halal selain daripadaku melainkan mereka yang telah memperelokkan [harta-harta mereka][19] untuknya a.s.

       (642)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abi Abdillah al-Razi, daripada al-Hasan bin Ali bin Abi Hamzah, daripada bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Adakah zakat wajib ke atas imam? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, tidakkah anda telah mengetahui bahawa dunia dan akhirat adalah untuk imam beliau meletakkannya mengikut kehendaknya dan memberinya kepada siapa yang beliau kehendaki, adalah harus baginya perkara itu daripada Allah. Sesungguhnya imam, wahai Abu Muhammad, tidak bermalam satu malam selama-lamanya [melainkan] bagi Allah pada tengkuknya hak yang akan ditanya tentangnya.

       (643)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhamamad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Abdillah bin Ahmad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Salih bin Hamzah, daripada Abban bin Mus‘ab, daripada Yunus bin Zubyaan atau al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Harta kamu daripada bumi ini? Maka beliau a.s telah tersenyum, kemudian berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Jibrail a.s dan memerintahkannya supaya menekankan dengan ibu jarinya lapan sungai di bumi, antaranya Saihan dan Jaihan iaitu sungai Balkh dan al-Khusu‘ iaitu sungai al-Syasy, Mihran iaitu sungai Hindi dan Nail Mesir, Dajlah dan Furat. Dan apa yang telah mengalir dan dialirkan adalah untuk kami. Dan apa yang untuk kami, maka ia adalah untuk Syiah kami dan bukan untuk musuh kami sesuatupun daripadanya melainkan apa yang beliau telah merampas di atasnya. Sesungguhnya wali kita berada dalam kelapangan di antara langit dan bumi. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Semuanya itu bagi mereka yang beriman (mereka yang dirampas ke atasnya) dalam kehidupan dunia khusus untuk mereka pada hari Kiamat”[20] tanpa rampasan.

       (644)-6. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Rayyan berkata: Aku telah menulis kepada al-‘Askari a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, diriwayatkan kepada kami bahawa tidak ada bagi Rasulullah s.a.w daripada dunia melainkan khumus, maka jawapan telah datang: Sesungguhnya dunia dan apa yang ada di atasnya adalah bagi Rasulullah s.a.w.

       (645)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad secara marfu‘, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah telah menciptakan Adam dan Dia telah memberi dunia semuanya kepadanya. Apa yang dimiliki oleh Adam, maka ia adalah milik Rasulullah s.a.w dan apa yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w, maka ia adalah milik para imam daripada keluarga Muhammad s.a.w.

       (646)-8. Muhammad bin Isma‘il, daripada Fadhl bin Syazan dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menendang dengan kakinya [lalu terjadi] lima sungai, kemudian ia diikuti: Sungai Furat, Dajlah, Nail Mesir, Mihran, sungai Balkh dan apa yang mengalir atau dialirkan airnya, maka ia adalah untuk imam dan lautan yang di kelilingi dunia adalah [untuk imam].
       Ali bin Ibrahim, daripada al-Sirriyu bin al-Rabii‘ berkata: Ibn Abi Umar tidak setara dengan Hisyam bin al-Hakam sedikitpun. Beliau sentiasa datang kepadanya. Kemudian beliau telah berpaling daripadanya dan menyalahinya. Sebabnya bahawa Abu Malik al-Hadhrami adalah salah seorang pengikut Hisyam. Dan telah berlaku perselisihan di antaranya dan Ibn Abi Umar tentang imamah. Ibn Abi Umar telah berkata: Dunia semuanya untuk imam a.s dari segi milik dan sesungguhnya beliau (imam) adalah lebih baik dengannya (dunia) daripada mereka yang mana dunia di tangan mereka.
       Abu Malik pula telah berkata: Tidak sedemikian. Milik manusia adalah untuk mereka melainkan apa yang telah dihukum oleh Allah dengannya untuk imam seperti al-Fai’, khumus dan barang rampasan, maka ia adalah untuk imam. Sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada imam supaya meletakkannya dan bagaimana beliau melakukan nya. Maka kedua-duanya telah meredai Hisyam bin al-Hakam dan menyokongnya, lalu Hisyam bin al-Hakam telah menghukum untuk Abu Malik ke atas Ibn Abi Umar, lantas Ibn Abi Umar telah menjadi marah dan meninggalkan Hisyam selepas itu.


                                                                      Bab 106

☼Sirah Imam Pada Dirinya, Pada Makanannya Dan Pakaiannya Apabila Beliau Menjalankan Urusan (sirah al-Imam fi nafsi-hi wa-fi al-Mat‘am wa-al- malbas idha waliya al-Amr)☼

       (647)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Hammad, daripada Hamid dan Jabir al-‘Abdi berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan aku imam pada makhluk-Nya, lalu Dia telah memfardukan ke atasku penilaian pada diriku, makananku, minumanku dan pakaianku seperti manusia yang lemah supaya orang yang fakir mengikuti dengan kefakiranku dan orang yang kaya tidak menzalimi [orang lain] kerana kekayaannya.

       (648)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Hammad bin Uthman, daripada  al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Pada suatu hari aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, anda telah menyebut keluarga polan dan nikmat yang mereka perolehi, maka aku telah berkata: Jikalaulah [nikmat] ini [telah berlaku]  kepada kamu, nescaya kami telah hidup bersama kamu [dengan senang], maka beliau a.s telah berkata: Alangkan jauhnya, wahai Mu‘alla, demi Allah, jikalaulah ia sedemikian, maka ia adalah politik di waktu malam dan pelancongan di siang hari, memakai pakaian yang kasar dan memakan makanan yang rendah mutunya, maka ia telah dijauhkan daripada kita. Anda tidak melihat kegelapan [malam] melainkan Allah menukarnya kepada [cahaya] nikmat seperti ini[21].

       (649)-3. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad dan beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad dan selain daripada mereka berdua dengan sanad yang bermacam-macam tentang hujah Amir al-Mukminin a.s terhadap ‘Asim bin Ziyad ketika beliau memakaial-‘Abaa’[22] dan meninggalkan al-Mala’[23], lalu saudaranya al-Rabi‘ bin Ziyad mengadu kepada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau telah menyusahkan keluarganya dan membuat anak lelakinya berdukacita dengannya, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Di atasku ‘Asim bin Ziyad, lalu dibawa kepadanya, manakala beliau a.s telah melihat kepadanya, maka mukanya telah menjadi masam, lalu beliau a.s telah berkata kepadanya: Tidakkah anda malu kepada keluarga anda? Tidakkah anda merahmati anak lelaki anda?
       Adakah anda melihat Allah telah menghalalkan kepada anda segala kebaikan sedangkan Dia benci anda mengambilnya, anda adalah lebih mudah ke atas Allah daripada itu. Tidakkah Allah telah berfirman: “Dan Dia telah meratakan bumi untuk makhluk(nya)”[24] Tidakkah Allah telah berfirman: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dari keduanya keluar mutiara dan marjan”[25]Justeru, penggunaan nikmat Allah dengan perbuatan itu adalah lebih disukai Allah dari penggunaannya dengan kata-kata. Sesungguhnya Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya”[26] Maka ‘Asim berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah aku mesti mengikut makanan anda yang rendah mutu dan pakaian anda yang kasar? Maka beliau a.s telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, sesungguhnya Allah a.w telah memfardukan ke atas para imam keadilan supaya menilai diri mereka dengan manusia yang paling lemah, supaya orang fakir tidak memberontak dengan kefakirannya, lalu ‘Asim bin Ziyad telah mencampakkan al-‘Abaa’ dan memakai al-Mala’.

       (650)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamd bin Muhammad al-Barqiy, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Yahya al-Khazaz, daripada Hammad bin Uthman berkata: Aku telah mendatangi Abu Abdillah a.s dan seorang lelaki telah berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu, anda telah menyebut bahawa Ali bin Abu Talib telah memakai pakaian yang kasar, memakai baju (qamis) dengan [harga] 4 dirham dan seumpamanya sedangkan kami melihat anda memakai pakaian yang baru, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib a.s telah memakai [pakaian] sedemikian pada zaman yang tidak boleh diingkari [ke atasnya], jika beliau a.s telah memakai pakaian seperti hari ini, nescaya beliau a.s masyhur dengannya [juga]. Lantaran itu, sebaik-baik pakaian setiap zaman adalah pakaian penduduknya. Hanya Qaim kita Ahlu l-Bait a.s apabila [dilantik] menjadi imam, beliau memakai pakaian Ali a.s dan berjalan mengikut sirahnya.

                                                                       Bab 107
           
[1] Tanah yang lembab digunakan sebagai ramuan untuk mengecap surat.

[2] Cincin digunakan untuk mengecap surat

[3] Di dalam keadaannya.

[4] Roh Kudus akan memberitahu kepada para imam a.s tentangnya.

[5] Surah al-Baqarah (2): 8

[6] Surah al-Zukhruf (43): 44

[7] Tidak asli.

[8] Tetapi Salman tidak termasuk di kalangan empat belas manusian suci.

[9] Imam Dua Belas

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujaan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 97-106 malaikat mengunjungi mereka) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujaan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 97-106 malaikat mengunjungi mereka)
 

0 comments:

Catat Ulasan