Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 Ha (bab 81-B)


     (505)-17. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Muhammad bin Ranjuwaih, daripada Abdullah bin al-Hakami al-Armani, daripada Abdullah bin Ibrahim bin Muhammad al-Ja‘fari berkata: Kami telah datang kepada Khadijah binti Umar bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s mengucap takziah kepadanya di atas kematian cucu lelakinya daripada anak perempuannya, maka kami telah mendapati di sisinya Musa bin Abdullah bin al-Hasan. Pada masa itu Khadijah sedang berada di satu sudut berdekatan dengan sekumpulan wanita. Lalu kami telah mengucap takziah kepada mereka semua. Kemudian kami telah datang berjumpa dengan Musa, tiba-tiba beliau telah mengucap terima kasih kepada seorang perempuan yang sedang meratap, maka perempuan itu berkata:

           Hitunglah Rasulullah [pertama[] dan hitunglah selepasnya
             Asadullah[kedua] dan ketiga ‘Abbas
             Hitunglah Ali kebaikan dan hitunglah Ja‘faran
             Dan hitunglah ‘Aqilan selepasnya al-Ruwasa

       Maka beliau telah berkata kepada perempuan itu: Anda adalah bagus dan anda telah menghiburkan aku, tambah lagi untukku, lalu perempuan itu berkata:

             Daripada kami Imam muttaqin Muhammad
               Penglimanya adalah Imam Mutahhar
               Dan daripada kami Ali menantunya dan sepupunya
               Hamzah daripada kami dan yang terdidik ialah Ja‘far

       Kami telah berada di sisinya sehingga malam tiba, kemudian Khadijah telah berkata: Aku telah mendengar bapa saudaraku Muhammad bin Ali salawatullahi ‘alai-hi berkata: Seorang perempuan di majlis memperingati kematian memerlukan tangisan supaya air matanya berlinang dan beliau tidak boleh berkata dengan bahasa yang tidak sopan. Apabila malam tiba, tangisan tidak menyedihkan para malaikat.
       Kemudian kami telah keluar dan pada waktu pagi [keesokannya], kami telah datang kepadanya dan kami teringat rumahnya berdekatan dengan rumah Abu Abdillah Ja‘far bin Muhammad, lalu Musa bin Abdullah berkata: Rumah ini dinamakan Dar al-Sariqah, lantas perempuan itu berkata: Di sinilah Mahdi kita dipilih-beliau maksudkan dengan Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan-beliau telah bergurau dengan kata-katanya- Maka Musa bin Abdullah telah berkata: Demi Allah, aku akan memberitahu kepada kamu perkara yang pelik. Aku telah melihat bapaku rahimahu llah manakala beliau telah mengambil urusan Muhammad bin Abdullah dan membuat keputusan untuk berjumpa dengan para sahabatnya, maka beliau telah berkata: Aku tidak mendapati urusan ini betul melainkan aku berjumpa dengan Abu Abdillah Ja‘far bin Muhammad.  
       Kemudian beliau telah pergi dengan berpegang kepadaku. Maka akupun telah pergi bersamanya sehingga kami mendatangi Abu Abdillah a.s. Kami telah berjumpa dengannya ketika beliau a.s keluar ke masjid, lalu bapaku telah memberhentikannya dan bercakap dengannya.        Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Ini bukanlah tempat itu, kita berjumpa lagi, jika Allah kehendaki. Bapaku telah pulang dengan gembira, kemudian beliau telah berdiri sehingga pada hari esok atau sehari selepasnya, kami telah pergi sehingga kami mendatanginya.
       Maka bapaku telah datang kepadanya dan aku bersamanya, beliau telah mula bercakap, kemudian berkata kepadanya apa yang beliau kata: Sesungguhnya anda telah mengetahui, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya umurku di atas anda dan sesungguhnya pada kaum anda ada orang yang lebih muda daripada anda, tetapi Allah telah mendahulukan anda kerana kelebihan anda di kalangan kaum anda. Sesungguhnya aku telah datang kepada anda secara sengaja kerana aku mengetahui kebaikan anda dan aku mengetahui-fidyah anda-sesungguhnya jika anda menyahuti seruanku, nescaya tiada seorangpun sahabat anda akan meninggalkan aku dan dua orang Quraisy tidak akan bertengkar denganku dan begitu juga orang lain.
       Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya anda mendapati orang lain daripadaku lebih mentaati kepada anda daripadaku dan anda tidak berhajat kepadaku. Demi Allah, sesungguhnya anda mengetahui bahawa aku ingin melintasi padang pasir atau lebih penting daripadanya, tetapi aku keberatan untuk melakukannya, aku ingin melakukan haji, maka aku tidak mendapatinya melainkan selepas kepenatan dan kesusahan kepada diriku. Justeru, carilah orang selain daripadaku dan bertanyalah kepadanya tentangnya, tetapi janganlah anda memberitahu kepada mereka bahawa anda telah datang kepadaku, lalu beliau telah berkata kepadanya: Sesungguhnya orang ramai menundukkan kepala mereka kepada anda. Justeru jika anda menyahuti seruanku, nescaya tiada seorangpun yang akan meninggalkan aku dan anda janganlah memaksa peperangan dan melakukan perkara yang tidak diingini.
       Beliau telah berkata: Orang ramai telah menyerbu kami, lantas mereka datang kepada kami dan memutuskan percakapan kami. Maka bapaku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah anda telah katakan? Beliau a.s telah berkata: Kita bertemu lagi jika Allah kehendaki. Kemudian beliau telah berkata: Tidakah ia menurut apa yang aku suka? Maka beliau telah berkata: Mengikut apa yang anda suka jika Allah kehendaki, untuk kebaikan anda. Kemudian beliau telah pulang terus ke rumah, lalu beliau telah mengutus seorang utusan kepada Muhammad di satu bukit di Juhainah dipanggil al-Asyqar, dua malam perjalanan dari Madinah. Beliau telah memberi khabar gembira kepadanya dan memberitahu kepadanya bahawa beliau telah menang bagi menghadapi hajatnya dan apa yang beliau telah tuntut.
       Kemudian beliau telah pulang selepas tiga hari. Maka kami telah berdiri di pintu[rumah] dan kami tidaklah berselindung apabila kami datang, hanya utusan itu yang telah melambat-lambatkannya. Kemudian beliau telah membenarkan kami, lalu kami datang kepadanya. Maka aku telah duduk berhampiran satu bilik dan bapaku telah mendekatinya, lalu beliau telah mengucup kepalanya. Kemudian beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan harapan. Harapanku telah berkembang dan aku berharap supaya hajatku tercapai. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Wahai sepupuku, aku pohon perlindungan untuk anda daripada Allah dari terlibat di dalam urusan ini, aku khuatir bahawa anda akan menghadapi bahaya, maka percakapan telah berlalu di antara mereka berdua sehingga membawa kepada apa yang beliau tidak mahu. Antara kata-katanya: Di atas asas apakah al-Husain lebih berhak dengan imamah daripada al-Hasan?
       Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah merahmati al-Hasan dan al-Husain dan bagaimana anda telah menyebutnya? Beliau telah berkata: Sepatutnya al-Husain telah menjadikan imamah untuk anak lelaki al-Hasan yang paling muda. Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mewahyukan kepada Muhammad, maka Dia telah mewahyukan kepadanya menurut apa yang Dia kehendaki dan Dia tidak melantik seorangpun daripada makhluk-Nya selain daripadanya. Muhammad telah melantik Ali a.s mengikut kehendak-Nya dan telah melakukan apa yang diperintahkan kepadanya. Kami tidak berkata tentangnya melainkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kehormatannya dan ketelusannya.
       Jika urusan al-Husain [boleh] dijadikan untuk  orang yang lebih muda atau memindahkannya kepada anak lelaki mereka berdua-iaitu wasiat-nescaya al-Husain telah melakukannya dan beliau bukanlah orang yang dituduh di sisi kami untuk dirinya. Sesungguhnya beliau telah menjadi wali dan meninggalkannya [dengan kematiannya], tetapi apa yang diperintahkan [kepadanya] telah berlalu, beliau ialah datuk anda dan bapa saudara anda. Jika anda telah berkata baik, maka anda tidaklah sebaiknya dan jika anda telah berkata tanpa kesopanan kepadanya, Allah akan mengampuni anda. Justeru, taatilah aku dan dengarlah kata-kataku, Allah tiada tuhan melainkan Dia, aku menasihati anda dan mengambil berat terhadap anda, bagaimana aku tidak melihat anda akan melakukannya sedangkan urusan Allah tidak boleh ditolak, maka bapaku telah gembira pada ketika itu. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, sesungguhnya anda mengetahui bahawa beliaulah[1] al-Ahwal[2] al-Aksyaf[3] al-Akhdhar[4] yang akan dibunuh di Suddati Asyja‘ di perut wadi. Bapaku telah berkata: Beliau bukanlah begitu. Demi Allah, beliau akan memerangi [musuh-musuhnya] dari hari ke hari, jam ke jam, tahun ke tahun, beliau akan menuntut bela semua Bani Abu Talib.
       Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Semoga Allah mengampuni anda, apa yang menakutkan aku adalah keluarga ini akan bersama sahabat kita “Diri anda ketika persendirian akan menambahkan kesesatan” Tidak, demi Allah, beliau tidak akan memiliki lebih banyak [kawasan] di sekitar Madinah dan amalannya {pengaruhnya) tidak akan sampai di Taif sekalipun beliau berusaha dengan gigih. Urusan akan berlaku, justeru, bertakwalah kepada Allah, kasihanilah diri anda dan anak-anak bapa anda. Demi Allah, aku melihatnya, aku meramal kotoran (zuriatnya) akan dikeluarkan oleh salbi-salbi lelaki kepada rahim-rahim perempuan. Demi Allah, bahawa beliau akan dibunuh di Suddati Asyja‘. Demi Allah, seolah-olah aku sedang melihat kepada kebinasaannya, dirampas dengan senjata dan pakaiannya di antara dua kakinya, lelaki ini tidak memanfaatkan apa yang beliau mendengarnya.
       Musa bin Abdullah telah berkata-beliau maksudkan aku-Beliau akan keluar bersamanya, lalu akan dikalahkan dan sahabatnya akan dibunuh. Kemudian beliau akan pergi dan keluar dengan bendera yang lain, lalu ketua tenteranya akan dibunuh dan tentera-tenteranya akan berpecah. Jika beliau telah mentaatiku, hendaklah beliau menuntut keamanan pada masa itu daripada Bani ‘Abbas sehingga Allah memberi kejayaan kepadanya. Dan anda telah mengetahui bahawa sesungghuhnya urusan ini tidak akan sempurna, anda mengetahui[nya] dan kami juga mengetahui[nya] bahawa anak lelaki anda al-Ahwal al-Akhdhar al-Aksyaf akan dibunuh di Suddati Asyja‘ di perut wadi.
       Lantas bapaku berdiri sambil berkata: Semoga Allah menyelamatkan anda daripadanya dan anda akan kembali atau Allah menjaga anda dan orang selain daripada anda dan aku tidak mahu melainkan menahan orang selain daripada anda dan anda menjadi penghalang mereka kepadanya, maka Abu Ab Abdillah a.s telah berkata: Allah mengetahui apa yang aku mahu sekadar memberi nasihat kepada anda dan menunjukkan anda, aku hanya berusaha untuk itu, lalu bapaku telah berdiri menarik kainnya di dalam keadaan marah, kemudian didatangi oleh Abu Abdillah a.s dan berkata kepadanya: Aku akan menceritakan kepada anda bahawa aku telah mendengar bapa saudara anda di sebelah bapa anda dan beliau juga bapa saudara anda di sebelah ibu anda menyebut bahawa anda dan anak bapa anda akan dibunuh.
       Jika anda mentaatiku dan anda melihat untuk melakukan apa yang lebih baik, maka lakukanlah, Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia, mengetahui perkara ghaib dan kenyataan, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Maha Besar lagi Maha Tinggi di atas makhluk-Nya, nescaya aku suka memberi kepada anak lelakiku sebagai fidyah kepada anda, orang yang paling aku kasihi dan ahli baitku yang paling aku cintai, tetapi tidak ada sesuatu yang dapat menandingi anda, anda tidak melihat bahawa aku telah menipu anda, lalu bapaku telah keluar di sisinya di dalam keadaan marah dan dukacita. Beliau telah berkata: Kami tidak tinggal selepas itu melainkan sedikit-dua puluh malam-sehingga utusan Abu Ja‘far al-Dawaaniqi telah datang.
       Lalu mereka telah mengambil bapaku dan bapa-bapa saudara sebelah bapaku; Sulaiman bin Hasan, Hasan bin Hasan, Ibrahim bin Hasan, Daud bin Hasan, Ali bin Hasan, Sulaiman bin Daud bin Hasan, Ali bin Ibrahim bin Hasan, Hasan bin Ja‘far bin Hasan, Tabataba Ibrahim bin Isma‘il bin Hasan dan Abdullah bin Daud, beliau telah berkata: Mereka telah digari dengan besi, kemudian mereka dibawa di atas usungan (tandu) ke musalla supaya mereka dicaci oleh orang ramai, beliau telah berkata: Orang ramai telah menahan diri mereka dan telah berlembut hati terhadap mereka, kemudian mereka telah pergi bersama mereka dan berhenti di pintu masjid Rasulullah s.a.w.
       Abdullah bin Ibrahim al-Ja‘fari telah berkata: Khadijah binti Umar bin Ali telah memberitahu kepada kami bahawa manakala mereka telah diberhentikan di pintu masjid-di satu pintu bernama pintu Jibrail- Abu Abdillah a.s telah melihat kepada mereka dan kebanyakan kain-kain mereka tercampak di tanah, kemudian beliau a.s telah melihat dari arah pintu masjid, maka beliau telah berkata: Allah melaknati kamu, wahai golongan Ansar-sebanyak tiga kali-bukan di atas [perbuatan] ini kamu telah berjanji dengan Rasulullah s.a.w dan bukan di atas [perbuatan] ini kami telah memberi baiah kepadanya.
       Demi Allah, jika aku berhati-hati, tetapi dikalahkan dan tidak ada jalan lain untuk menolak keputusan itu, [aku pasrah]. Kemudian beliau a.s telah berdiri dan mengambil salah satu daripada dua kasutnya, lalu beliau telah memakaikannya di kakinya dan yang lainnya di tangannya dan beliau telah menarik pakaiannya di atas tanah, kemudian beliau telah memasuki rumahnya, lalu beliau telah demam selama dua puluh malam. Beliau sentiasa menangis tentangnya malam dan siang sehingga kami khuatir di atasnya. Ini adalah hadis Khadijah. Al-Ja‘fari telah berkata: Musa bin Abdullah bin al-Hasan telah memberitahu kepada kami bahawa manakala beliau a.s telah melihat mereka dibawa di atas usungan, Abu Abdillah a.s telah berdiri dari masjid, kemudian beliau telah pergi ke usungan yang membawa Abdullah bin al-Hasan yang mahu bercakap dengannya, lantas beliau a.s telah dihalang dengan kuat dan pengawal telah datang kepadanya, lalu menolaknya dan beliau a.s telah berkata: Jauhilah daripada ini [lelaki] sesungguhnya Allah akan menghinakan anda dan orang yang lain daripada anda. Kemudian beliau a.s telah memasuki anjung [masjid] dan kembali ke rumahnya. Mereka belum sempat sampai di al-Baqi‘, tiba-tiba pengawal tadi ditimpa bala yang teruk, unta betinanya telah mencampakkannya, lalu beliau telah mati padanya, maka kami telah tinggal selepas itu beberapa ketika.
       Kemudian seorang anak lelaki Abdullah bin Hasan telah datang, lalu diberitahu bahawa bapanya dan bapa-bapa saudara sebelah bapanya telah dibunuh-oleh Abu Ja‘far-[5] melainkan Hasan bin Ja‘far, Tabataba, Ali bin Ibrahim, Sulaiman bin Daud, Daud bin Hasan dan Abdullah bin Daud, berkata: Muhammad bin Abdullah telah muncul dan menyeru orang ramai supaya memberi baiah kepadanya beliau telah berkata: Aku adalah yang ketiga daripada tiga yang telah memberi baiah kepadanya dan beliau telah mengumpul orang ramai bagi mendapatkan kepercayaan mereka untuk baiahnya, tidak seorangpun Qurasy, Ansar dan Arab menyalahinya, beliau telah berkata: Beliau telah berbincang dengan Isa bin Zaid antara orang kepercayaannya untuk mengutus kepada pemuka-pemuka kaumnya, lalu Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Jika anda menyeru mereka dengan seruan yang mudah, nescaya mereka tidak akan menjawab anda atau anda mengasari mereka, maka tinggallah aku bersendirian.
       Lantas Muhammad telah berkata kepadanya: Pergilah kepada orang yang anda mahu di kalangan mereka, maka beliau telah berkata: Utuslah kepada ketua mereka dan orang tua mereka-iaitu Abu Abdillah Ja‘far bin Muhammad a.s-Sesungguhnya jika anda mengasarinya, nescaya mereka telah mengetahui bahawa anda akan membiarkan mereka melalui jalan yang dilalui Abu Abdillah a.s. Beliau telah berkata: Demi Allah, kami tidak menunggu lama sehingga Abu Abdillah a.s dibawa datang di hadapannya, lalu Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Serahlah diri anda, nescaya anda selamat.
       Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Kenabian selepas Muhammad s.a.w telah berlalu, maka Muhammad telah berkata kepadanya: Tidak, tetapi lakulah baiah, nescaya anda akan aman di atas diri anda, harta anda, pemilik anak anda dan janganlah memaksa peperangan. Maka Abu Abdllah a.s telah berkata kepadanya: Tidak ada padaku peperangan dan pembunuhan. Sesungguhnya aku telah datang kepada bapa anda dan aku telah memberi nasihat kepadanya, tetapi manfaat tidak dilakukan, wahai anak lelakiku, ambillah yang muda dan tinggallah yang tua, maka Muhammad telah berkata kepadanya, Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Alangkah hampirnya umur di antara kita, lalu Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku tidak akan memerangi anda dan aku tidak datang melainkan untuk mengemukakan kepada anda tentang urusan anda, maka Muhammad telah berkata kepadanya: Tidak, demi Allah, anda mesti memberi baiah.
       Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Wahai anak saudaraku, tidak ada padaku permintaan, tidak ada padaku peperangan, sesungguhnya aku mahu keluar ke padang pasir, maka beliau telah menghalang aku dan ia menjadi keberatan kepadaku sehingga keluargaku telah bercakap tentangnya bukan satu kali dan tidak mengalang aku melainkan kelemahan. Demi Allah, silaturahim supaya anda mengurus kami dan kami menderita kerana anda, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah, sesungguhnya Abu al-Dawaaniq telah mati-iaitu Abu Ja‘far-maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Apakah anda buat dengan aku sedangkan beliau telah mati? Beliau telah berkata: Aku ingin berbaik-baik dengan anda, beliau telah berkata: Tidak ada jalan kepada apa yang anda mahu, tidak, demi Allah, Abu al-Dawaaniq tidak mati melainkan beliau mati tidur, beliau telah berkata: Demi Allah, anda akan memberi baiah kepadaku secara rela atau terpaksa dan janganlah anda memuji di dalam baiah anda.
       Tetapi beliau a.s telah enggan [memberi baiah kepadanya] atau diperintahkan supaya beliau ditahan, maka Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Jika kita mencampakkannya ke dalam penjara, beliau akan merosakkan penjara, justeru ia tidak ditutup penuh pada hari ini, tetapi kami takut beliau akan melarikan diri daripadanya, lantas Abu Abdillah a.s telah tersenyum, kemudian beliau telah berkata: La haula wala quwwata illa bi llahi l ‘Aliyyi al-‘Azim atau anda melihat untuk memasukkan aku ke penjara? Beliau telah berkata: Ya, demi yang telah memuliakan Muhammad s.a.w dengan kenabian, aku akan memenjarakan anda dan aku akan mengasari anda, Isa bin Zaid telah berkata: Tahanlah beliau di tempat yang tersembunyi-iaitu di Dar Ritah[6] pada hari ini.
       Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, aku akan berkata, kemudian aku akan membenarkannya, maka Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Jika anda bercakap, aku akan memecahkan mulut anda, lalu Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, wahai Uksyuf, wahai Azraq, seolah-olah aku [melihat] anda sedang mencari lubang untuk diri anda sendiri dan anda tidak termasuk daripada mereka yang disebut ketika bertemu, sesungguhnya aku menyangka anda apabila ditepuk di belakang anda, anda terbang seperti merpati jantan yang liar, lantas Muhammad telah menerkan ke atasnya dengan kasar: Beliau telah menahannya dan mengasarinya, maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, seolah-olah aku [melihat] anda keluar dari Suddati Asyja‘ ke perut wadi, seorang penglima yang berani akan datang kepada anda di tangannya lembing yang pendek separuhnya putih dan separuh lagi hitam di atas kuda yang laju, lalu menikam anda dan dipukul batang hidung kudanya, lalu ia mencampakkannya dan orang yang lain akan keluar kepada anda dari lorong keluarga Abi ‘Ammar al-Di’liyyin, di atasnya dua jalinan rambut yang telah keluar di bawah topi besinya, banyak bulu misainya, maka beliau, demi Allah, adalah sahabat anda.
       Justeru Allah tidak merahmati tulang buruknya, maka Muhammad telah berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah, anda telah menghitung, tetapi anda telah bersalah, lalu al-Saraqi bin Salkh al-Hut telah datang kepadanya, kemudian beliau telah menolak pada belakangnya sehingga beliau dimasukkan ke penjara dan di ambil bersamanya hartanya dan harta kaumnya yang tidak keluar bersama Muhammad. Beliau telah berkata: Kemudian beliau telah datang kepada Isma’il bin Abdullah bin Ja‘far bin Abi Talib, seorang syeikh yang tua dan lemah. Satu matanya telah hilang dan dua kakinya juga telah hilang, beliau berpegang kepada sesuatu, maka beliau telah menyerunya untuk baiah, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai anak saudaraku, sesungguhnya aku seorang syeikh yang tua dan lemah dan aku lebih berhajat kepada kebaikan dan pertolongan anda.
       Maka beliau telah berkata kepadanya: Anda mesti memberi baiah, maka beliau telah berkata kepadanya: Apakah faedah baiahku, demi Allah, aku tidak akan menyusahkan anda, beliau telah berkata: Anda mesti melakukannya dan beliau telah mengasarinya, lalu Isma‘il telah berkata kepadanya: Panggillah untukku Ja‘far bin Muhammad, mudah-mudahan kami semua memberi baiah, beliau telah berkata: Beliau telah memanggil Ja‘far a.s, lalu Isma‘il telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, jika anda telah melihat bahawa anda akan memberi penjelasan kepadanya, maka lakukanlah, mudah-mudahan Allah menegahnya daripada kami, beliau telah berkata: Aku telah membuat keputusan bahawa aku tidak akan bercakap dengannya, biarlah beliau dengan pendapatnya.
       Maka Isma‘il telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah anda ingat pada suatu hari anda telah datang kepada bapa anda Muhammad bin Ali a.s dan aku telah memakai dua pakaian berwarna kuning, lalu beliau telah merenung kepadaku, lantas beliau telah menangis, maka aku telah berkata kepadanya:  Apakah yang membuat anda menangis? Maka beliau telah berkata kepadaku: Pembunuhan terhadap anda ketika anda tua yang membuatku menangis, aku telah berkata: Bilakah ia akan berlaku? Beliau telah berkata: Apabila anda diseru kepada kebatilan, lalu anda mengabaikannya dan apabila anda melihat kepada al-Ahwal, sangkaan jahat kaumnya akan mengaitkan dirinya daripada keluarga al-Hasan di atas mimbar Rasulullah s.a.w, menyeru untuk dirinya, beliau telah menamakan dirinya bukan namanya yang sebenar.[7]Justeru perbaharuilah janji anda dan tulislah wasiat anda, sesungguhnya anda akan dibunuh pada hari anda atau besok. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Ya, dan ini-Tuhan ka‘bah-beliau tidak berpuasa pada bulan Ramadan melainkan sedikit. Justeru aku ucapkan selamat tinggal, wahai Abu al-Hasan Dan Allah akan memperbesarkan pahala kami pada anda dan memperelokkan khilafah kepada orang yang anda tinggalkan untuknya wa inna li-llahi wa inna ilai-hi raji‘uun.
       Beliau telah berkata: Kemudian Isma‘il dibawa [keluar] dan Ja‘far ditolak ke penjara, beliau telah berkata: Demi Allah, pada waktu petang, anak-anak saudaranya Bani Mu‘awiyah bin Abdullah telah datang kepadanya, lalu mereka telah membunuhnya dan Muhammad bin Abdullah telah mengutus kepada Ja‘far, lalu beliau telah membiarkan beliau pergi. Beliau  tiba, maka berita keluarnya Isa bin Musa telah sampai kepada kami, beliau sedang menuju ke Madinah, lalu Muhammad bin Abdullah telah datang, di dahului oleh Yazid bin Mu‘awiyah bin Abdullah bin Ja‘far. Dan di hadapan Isa bin Musa adalah anak lelaki al-Hasan bin bin Zaid bin al-Hasan bin al-Hasan dan Qasim!! Muhammad bin Zaid, Ali, Ibrahim Bani al-Hasan bin Zaid, lalu Yazid bin Mu‘awiyah dikalahkan dan Isa bin Musa telah mara ke Madinah dan peperangan telah berlaku di Madinah, lalu beliau telah bermalam di Dhubab[8]
       Kemudian mereka yang berpakaian hitam telah datang kepada kami[9] di belakang kami dan Muhammad telah keluar bersama para sahabatnya sehingga beliau telah sampai ke pasar, kemudian beliau telah menghubungi mereka dan pergi. Kemudian beliau telah mengikuti mereka sehingga berakhir kepada masjid al-Khawwamin, lalu beliau telah melihat kepada kawasan yang luas, tiada padanya pakaian hitam dan putih. Kemudian beliau telah mara sehingga berakhir ke kabilah Fazarah.
       Kemudian Huzail telah masuk, kemudian beliau telah pergi kepada Asyja‘, lalu seorang penglima yang telah dikatakan oleh Abi Abdillah telah keluar kepadanya dari belakngnya, daripada kabilah Huzail, lalu menikamnya, lantas beliau telah memukul batang hidung kudanya dengan pedang, kemudian penglima itu telah menikamnya, maka beliau telah mempertahankannya dengan baju besinya yang disokong oleh Muhammad, kemudian beliau telah memukulnya dan menundukkannya. Kemudian Humaid bin Qahtubah berlari di atas kudanya memukulnya dari lorong al-‘Ammariyyin, lalu beliau telah menikamnya dengan satu tikaman dengan lembing, lalu beliau telah mengalahkannya.
       Kemudian beliau telah datang kepadanya dan membunuhnya dan mengambil kepalanya dan tentera telah datang dari segenap penjuru, lalu bandar itu diambil dan kami diusir. Musa bin Abdullah telah berkata: Aku telah pergi sehingga aku telah datang kepada Ibrahim bin Abdullah, kemudian aku telah mendapati Isa bin Zaid bersembunyi di sisinya, lalu aku telah memberitahu kepadanya tentang keburukan pengurusannya dan kami telah keluar bersamanya sehingga beliau ditimpa musibahrahimahu llahu. Kemudian aku telah pergi bersama anak saudaraku al-Asytar Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Hasan sehingga beliau ditimpa musibah di al-Sind, kemudian aku telah diusir pulang, maka ia menggusarkan aku [untuk pulang].
       Manakala aku telah berada di dalam kesusahan dan ketakutan, terlintas di hatiku kata-kata Abu Abdillah a.s, maka aku telah datang kepada [khalifah] al-Mahdi. Beliau telah melakukan haji dan sedang memberi khutbah kepada orang ramai berhampiran Ka‘bah, beliau tidak menyedari bahawa aku telah datang dari bawah mimbar, maka aku telah berkata: Keamanan untukku, wahai Amir al-Mukminin? Aku akan menunjukkan nasihatku kepada anda? Maka beliau telah berkata: Ya, apakah ia? Aku telah berkata: Aku akan tunjukkan anda kepada Musa bin Abdullah bin Hasan, maka beliau telah berkata kepadaku: Ya, keamanan untuk anda, maka aku telah berkata kepadanya: Berilah kepadaku apa yang aku percayakannya, lalu aku telah mengambil daripadanya janji-janji dan aku telah percaya kepada diriku.
       Kemudian aku telah berkata: Aku adalah Musa bin Abdullah, lalu beliau telah berkata: Jika begitu, kemuliaan dan kasih sayang [untuk anda], maka aku telah berkata kepadanya: Serahlah aku kepada sebahagian keluarga anda supaya beliau menilai urusanku di sisi anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku akan melihat kepada siapakah anda mahu, maka aku telah berkata: Bapa saudara anda al-‘Abbas bin Muhammad, lalu al-‘Abbas telah berkata: Aku tidak berhajat kepada anda, maka aku telah berkata: Tetapi aku berhajat kepada anda, aku meminta anda dengan hak Amir al-Mukminin supaya anda menerima aku.
       Lalu beliau telah menerimaku, beliau mahu ataupun tidak dan al-Mahdi telah berkata kepadaku: Siapakah yang kenal anda?-di sekitarnya para sahabatnya-maka aku telah berkata: Ini adalah al-Hasan bin Zaid, beliau mengenaliku, ini Musa bin Ja‘far, beliau mengenaliku, ini al-Hasan bin Abdillah bin al-‘Abbas, beliau mengenaliku, maka mereka semua telah berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin seolah-olah beliau tidak hilang daripada kami. Kemudian aku telah berkata kepada al-Mahdi, wahai Amir al-Mukminin, bapa lelaki inilah yang telah memberitahu kepadaku kedudukan ini dan aku telah menunjukkan kepada Musa bin Ja‘far, Musa bin Abdullah telah berkata: Aku telah membohongi Ja‘far satu kali: Maka aku telah berkata kepadanya: Beliau telah menyuruhku supaya membaca salam kepada anda dan beliau telah berkata bahawa beliau seorang imam yang adil dan pemurah, beliau telah berkata: Maka beliau telah memerintahkan untuk Musa bin Ja‘far 5000 dinar dan untukku 2000 dinar, kemudian beliau telah mengadakan perhubungan yang baik dengan para sahabatnya dan aku sendiri dengan sebaik-baik perhubungan sebagaimana disebutkan oleh anak lelaki Muhammad bin Ali bin al-Husain, justeru, katakanlah: Selawat Allah ke atas mereka dan malaikat-Nya, pembawa-pembawa  ‘Arasy-Nya dan Kiram Katibiin-Nya dan secara khusus Abu Abdillah dengan sebaik-baik selawat. Musa bin Ja‘far telah berterima kasih kepadaku dengan baik. Justeru aku, demi Allah, maula mereka selepas Allah.

       (506)-18. Dengan sanad-sanad ini, daripda Abdullah bin Ja‘far bin Ibrahim al-Ja‘fari berkata: Abdullah bin al-Mufadhdhal Maula Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib telah memberitahu kepada kami berkata: Manakala al-Husain [10]bin Ali yang terbunuh di Fakhkhin[11] telah keluar dan mengepung Madinah, maka beliau telah menyeru Musa bin Ja‘far supaya memberi baiah kepadanya, lalu beliau telah datang kepadanya dan berkata kepadanya: Wahai sepupuku, janganlah anda memaksaku sebagaimana sepupu anda telah memaksa bapa saudara anda Abu Abdillah, lalu beliau keluar dariku apa yang aku tidak mahu sebagaimana beliau telah keluar dari Abu Abdillah apa yang beliau tidak mahu.
       Maka al-Husain berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah membentangkan kepada anda satu perkara jika anda kehendaki, anda masuklah padanya dan jika anda tidak menyukainya, aku tidak memaksa anda ke atasnya, Allah Yang akan menolong, kemudian beliau telah mengucap selamat tinggal. Abu al-Hasan a.s Musa bin Ja‘far a.s telah berkata kepadanya ketika mengucap selamt jalan kepadanya: Wahai sepupuku, anda akan dibunuh, berhati-hatilah, kerana mereka adalah fasik menzahirkan keimanan dan menyembunyikan syirik wa inna li-llahi wa-inna ilai-hi raaji‘uun. Aku menilai kamu di sisi Allah daripada kumpulan (‘asabah) keluarga [yang jauh], kemudian al-Husain keluar dan urusannya sebagaimana telah berlaku, semua mereka telah dibunuh sebagaimana dikatakan oleh beliau a.s.

       (507)-19. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abdullah bin Ibrahim al-Ja‘fari berkata: Yahya bin Abdullah bin al-Hasan telah menulis [surat] kepada Musa bin Ja‘far a.s: Amma ba‘du, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya aku menasihatkan diriku supaya bertakwa kepada Allah dan dengannyalah aku menasihatkan anda, kerana ia adalah wasiat Allah kepada mereka yang terdahulu dan kepada mereka yang terkemudian. Seorang daripada penolong-penolong Allah telah memberitahu kepadaku tentang agama-Nya dan beliau telah mengembangkan ketaatan-Nya bersama kasih sayang anda, sedang anda menderhakaiNya.
       Sesungguhnya aku telah terlibat di dalam perbincangan dakwah untuk mendapatkan keredaan daripada keluarga Muhammad s.a.w. Sesungguhnya anda telah menutupnya sebagaimana bapa anda telah menutupnya  sebelum anda[12]. Sudah lama kamu mendakwa apa yang bukan hak kamu dan kamu telah membentangkan angan-angan kamu kepada perkara yang tidak dikurniakan Allah [kepada kamu]. Kamu sentiasa terpengaruh dengan hawa nafsu kamu dan aku memberi peringatan kepada kamu apa yang telah diberi peringatan oleh Allah tentang diri-Nya”.
       Abu al-Hasan bin Musa bin Ja‘far a.s telah menulis: Daripada Musa bin Abdullah Ja‘far dan Ali berkongsi merendahkan diri kepada Allah, mentaatiNya kepada Yahya bin Abdullah bin Hasan, amma ba‘du adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya aku memberi peringatan kepada anda dan diriku dan aku memberitahu kepada anda tentang  azab-Nya yang pedih, dendam-Nya yang berterusan. Aku memberi peringatan kepada anda dan diriku supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia merupakan perhiasan percakapan dan kepastian nikmat-Nya. Surat anda telah sampai kepadaku, anda menyebut padanya bahawa aku adalah pendakwa [seperti] bapaku sebelumnya.
       Anda tidak mendengarnya daripadaku sendiri dan anda akan menulis penyaksian mereka dan mereka pula akan bertanya: Kenapa tidak ditinggalkan ketamakan dunia dan tuntutannya kepada ahlinya sahaja kerana ia merosakkan tuntutan akhirat pada dunia mereka. Anda telah menyebut bahawa aku telah menjauhkan orang ramai daripada anda kerana keinginanku untuk mendapatkan apa yang anda miliki dan ia tidak menghalang aku untuk menggugatkan anda jika aku mahu melemahkan sunnah dan [bersikap] kurang renungan dengan hujah, tetapi Allah telah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai campuran yang pelik, cita-rasa dan tabiat. Justeru beritahulah kepadaku tentang dua huruf yang aku bertanya kepada anda tentangnya. Al- ‘Ataraf [13]di badan anda dan al-Sahlaj[14]pada manusia?
       Kemudian tulislah kepadaku dengan berita itu dan aku akan mendatangi anda, memberi ingatan kepada anda tentang maksiat khalifah dan aku menggalakkan anda di atas kebaikannya dan ketaatannya dan hendaklah anda menuntut keamanan [daripadanya] di atas diri anda sebelum anda dicengkam dan dicekik pada setiap tempat. Justeru dapatlah ketenangan jiwa pada setiap tempat sehingga Allah mengurniakan kepada anda nikmat dan kelebihan-Nya dan kesopanan khalifah-semoga Allah memanjangkan umurnya- Lantaran itu, beliau memberi keamanan kepada anda, memberi rahmat kepada anda dan menjaga pada anda keturunan Rasulullah s.a.w dan salam ke atas orang yang telah mengikuti petunjuk. Sesungguhnya diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah ke atas mereka yang telah berbohong dan berpaling tadah.
       Al-Ja‘fari berkata: Berita telah sampai kepadaku bahawa suratku telah terjatuh di tangan khalifah Harun. Manakala beliau telah membacanya, beliau telah berkata: Orang ramai mendorongku untuk menentang Musa bin Ja‘far, sedang beliau adalah terlepas dari apa yang dilontarkan kepadanya.


                                       Bab 82
   [1] Ketahuilah bahawa anak lelaki anda Muhammad ini ialah al-Ahwal al-Aksyaf al-Akhdhar yang akan keluar menentang [pemerintah] tanpa kebenaran dan akan dibunuh dengn kejam.

[2] Yang bermata juling

[3] Yang berbulu di ubun-ubunnya

[4] Berwarna hijau

[5] Al-Dawaaniq

[6] Ritah binti Abdullah bin Muhammad bin al-Hanafiyyah ibu Yahya bin Zaid, Ritah pada hari ini menduduki rumah itu.

[7] Iaitu dengan nama al-Mahdi.

[8] Nama sebuah bukit di Madinah.

[9] Mereka telah memakai pakaian hitam dan merekalah penyokong-penyokong kerajaan ‘Abbasiyyah

[10] Al-Husain bin Ali bin al-Hasan bin al-Hasan bin al-Hasan bin Ali a.s. Ibunya ialah Zainab binti Abdullah bin al-Hasan. Beliau telah keluar menentang Musa al-Hadi bin Muhammad al-Mahdi bin Abu Ja‘far al-Mansur.

[11] Perigi di antara al-Tan‘aim dan Makkah.

[12] Tidak mengadakan perbincangan dengannya

[13] Nama jenis saraf

[14] Nama jenis saraf

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 Ha (bab 81-B) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 Ha (bab 81-B)
 

0 comments:

Catat Ulasan