Bab 54

☼Para Imam A.S Muhaddathuun  Mufahhamuun (anna al-Aimmata a.s muhaddathuun mufahhamuun)☼

       (279)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijjal, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada ‘Ubaid bin Zurarah berkata: Abu Ja‘far a.s telah mengutus Zurarah supaya memberitahu al-Hakam bin ‘Utbah bahawa para wasi Muhammad a.s muhaddathuun.

       (280)-2. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Saleh, daripada Ziyad bin Suqah, daripada al-Hakam bin ‘Utaibah berkata: Suatu hari aku telah berjumpa dengan Ali bin al-Husain a.s, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, adakah anda mengetahui ayat yang dengannya Ali bin Abu Talib mengetahui pembunuhnya dan beliau a.s mengetahui dengannya perkara-perkara yang besar? Al-Hakam berkata: Aku telah berkata kepada diriku: Aku akan mengetahui sebahagian ilmu daripada ilmu Ali bin al-Husain, aku akan mengetahui dengannya perkara-perkara yang besar. Maka aku telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya. Kemudian aku telah berkata: Ayat yang menceritakan kepadaku mengenainya, wahai anak lelaki Rasulullah?
       Beliau a.s telah berkata: Iaitu firman Allah: “Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, seorang nabi dan seorang (muhaddath)”. Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah seorang muhaddath. Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Abdullah bin Zaid, saudara Ali di sebelah ibunya, Subhana llah beliau a.s seorang muhaddath? Seolah-olah beliau mengingkarinya. Tiba-tiba Abu Ja‘far a.s telah datang kepada kami, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya anak lelaki ibu anda (Abdullah bin Ziyad) telah mengetahuinya. Apabila beliau a.s telah berkata sedemikian, lelaki itu telah berdiam diri. Beliau a.s telah berkata: Inilah yang telah membuat Abu al-Khattab[1] telah binasa. Dia tidak mengetahu takwil seorang muhaddath dan seorang nabi.

       (281)-3. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Ismail berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Para imam adalah ulama yang benar, boleh memahami secara sempurna danmuhaddathuun.

       (282)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada seorang lelaki, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Perkataan muhaddath disebut di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata: Beliau mendengar suara, tetapi tidak melihat orangnya. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana beliau mengetahui percakapan malaikat? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan diberikan ketenangan, keamanan sehingga beliau mengetahui bahawa ia adalah percakapan malaikat.

       (283)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Humraan bin A‘yan berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalahmuhaddath, maka aku pun telah keluar kepada para sahabatku, maka aku telah berkata: Aku telah mendatangi kamu dengan satu perkara yang pelik. Mereka telah berkata: Apakah dia? Maka aku telah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Ali adalah muhaddath. Mereka telah berkata: Anda tidak melakukan sesuatu, kenapa anda tidak bertanya kepadanya siapakah yang beliau bercakap dengannya?
       Maka akupun telah kembali kepadanya, maka aku telah bertanya kepadanya: Sesungguhnya aku telah menceritakan kepada para sahabatku apa yang anda telah menceritakannya kepadaku. Mereka telah berkata: Anda tidak melakukan sesuatu, anda tidak bertanya kepadanya siapakah yang beliau a.s bercakap dengannya? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Malaikat yang bercakap dengannya, aku telah berkata: Anda telah berkata: Sesungguhnya beliau a.s seorang nabi? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menggerakkan tangannya begini atau seperti sahabat Sulaiman atau sahabat Musa atau seperti Dhu al-Qarnain atau tidakkah berita telah sampai kepada kamu bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s telah berkata: Di kalangan kamu ada orang seperti Dhu al-Qarnain.


                                                                 Bab 55

☼Tentang Sebutan Roh-Roh Pada Para Imam A.S (fi-hi dhikr al-Arwaah al-Lati fi al-Aimmati a.s)☼

       (284)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, dariapda Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Jabir al-Ja‘fi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk tiga jenis, iaitu sebagaimana firman-Nya a.w  “Dan kamu menjadi tiga golongan, iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan mereka yang paling dahulu beriman. Balasan kepada mereka yang paling dahulu beriman. Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah)”[2]
       Al-Sabiquun (mereka yang paling dahulu beriman) ialah para rasul a.s dan mereka yang mempunyai perhubungan yang istimewa dengan Allah daripada makhluk-Nya. Dia telah menjadikan pada mereka lima roh (arwaah). Dia telah menyokong mereka dengan ruh al-Quds, maka dengannyalah mereka telah mengetahui berbagai perkara. Dia telah menyokong mereka dengan roh iman, maka dengannyalah mereka telah takut kepada Allah a.w. Dia telah menyokong mereka dengan roh kekuatan, maka dengannyalah mereka telah mampu melakukan ketaatan kepada Allah.
       Dia telah menyokong mereka dengan roh syahwat, maka dengannyalah mereka rindukan ketaatan kepada Allah a.w dan membenci kemaksiatan kepada-Nya. Dia telah menjadikan pada mereka roh al-Madraj (roh pergerakan) yang dengannyalah manusia pergi dan datang. Dia telah menjadikan pada mukminin dan golongan kanan roh iman, maka dengannyalah mereka telah takut kepada Allah. Dia telah menjadikan pada mereka roh kekuatan, maka dengannyalah mereka telah mampu untuk mentaati Allah. Dia telah menjadikan pada mereka roh syahwat, maka dengannyalah mereka rindukan ketaatan kepada Allah. Dan Dia telah menjadikan pada mereka roh al-Madraj, maka dengannyalah manusia pergi dan datang.

       (285)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Musa bin ‘Umru, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang ilmu seorang alim, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya para nabi dan para wasi mempunyai lima roh (arwaah). Roh kudus, roh iman, roh kehidupan, roh kekuatan dan roh syahwat. Maka dengan roh kudus, wahai Jabir, mereka telah mengetahui apa yang ada di bawah Arasy sehingga apa yang ada di bawah bumi. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Jabir, sesungguhnya empat roh ini akan berlaku perubahan di luar dugaan padanya, tetapi roh kudus tidak akan berlaku perubahan padanya.

       (286)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abdullah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya ilmu seorang imam [mengetahui] di seluruh pelusuk bumi sedangkan beliau a.s berada di rumahnya yang ditutupi langsirnya? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah telah menjadikan pada nabi lima roh: Roh kehidupan, maka dengannyalah beliau berjalan dan pergi, roh kekuatan, maka dengannyalah beliau bangkit dan berjuang. Roh syahwat, maka dengannyalah beliau makan, minum dan “datang” kepada perempuan secara halal. Roh iman, maka dengannyalah beliau beriman dan melakukan keadilan. Dan roh kudus, maka dengannyalah beliau menanggung kenabian. Apabila nabi s.a.w mati, maka roh kudus berpindah kepada imam a.s. Roh kudus tidak tidur, tidak lupa, tidak bermain dan tidak berlaku perubahan padanya. Adapun empat roh yang lain, tidur, lalai, bermain dan boleh berubah. Beliau (nabi/imam) melihat sesuatu melalui roh kudus.


                                                          Bab 56

☼Roh Yang Diarahkan Oleh Allah Ke Atas Para Imam A.S (al-Ruh al-Lati yusaddidu llahu bi-ha al-Aimmata a.s)☼

       (287)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Abi al-Sabah al-Kinani, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu”[3] Beliau a.s telah berkata: Satu makhluk daripada makhluk-makhluk Allah a.w yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail. Dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w menceritakannya, mengarahkannya dan dia bersama para imam selepasnya.

       (288)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada Asbat bin Salim berkata: Seorang lelaki daripada penduduk Hit (Iraq) telah bertanya kepadanya-aku telah hadir berasamanya-tentang firman Allah a.w “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami”[4] Maka beliau a.s telah berkata: Semenjak Allah a.w menurunkan roh itu ke atas Muhammad s.a.w (mundhu anzala llahu a.w dhalika al-Ruh ‘ala Muhammad), dia tidak pernah naik ke langit (ma sa‘ada ila al-Sama’), sesungguhnya dia ada bersama kami (inna-hu la-fi-na).

       (289)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada urusan Tuhanku”[5] Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w, dia bersama para imam. Dia adalah dari alam malaikat (malakut).

       (290)-4. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abi Ayyub al-Khazzaz, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman-Nya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada urusan Tuhanku”[6] Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia tidak pernah berada bersama sesiapapun selain daripada Muhammad s.a.w dan dia bersama para imam memberi arahan kepada mereka dan tiada semua yang diminta itu, boleh didapati”

       (291)-5. Muhammad bin Yahya, daripada ‘Imran bin Musa, daripada Musa bin Ja‘far, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang ilmu, adakah ia ilmu yang dipelajari seorang alim daripada mulut lelaki atau pada Umm al-Kitab yang kamu membacanya, justeru, kamu mengetahui daripadanya? Beliau a.s telah berkata: Perkara itu adalah lebih besar daripada itu dan lebih penting. Tidakkah anda telah mendengar firman Allah a.w: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu”[7]
       Kemudian beliau a.s telah berkata: Apakah pendapat para sahabat anda tentang ayat ini, adakah mereka mengakui bahawa baginda s.a.w tidak mengetahui apakah Kitab dan apakah iman? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui-aku telah menjadikan diriku tebusan anda- apa yang mereka katakan, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, baginda s.a.w telah berada di dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan tidak mengetahui apakah iman sehingga Allah mengutus roh yang disebutkan di dalam al-Qur’an. Apabila Dia mewahyukannya kepadanya, maka baginda s.a.w telah mengetahui dengannya ilmu dan kefahaman. Iaitu roh yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Apabila Dia memberikan roh kepada seseorang, maka roh itu mengajarnya kefahaman (ilmu).

       (292)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Husain bin Abi al-‘Alaa’, daripada Sa‘d al-Askaaf berkata: Seorang lelaki telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s bertanya kepadanya tentang roh, adakah dia itu Jibrail? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Jibrail adalah daripada malaikat sementara roh bukanlah Jibrail. Kemudian beliau a.s telah mengulanginya kepada lelaki itu.
       Lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya anda telah bercakap perkara yang besar, tiada seorangpun menyangka bahawa roh bukan Jibrail, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya anda seorang yang sesat, anda telah meriwayatkannya daripada mereka yang sesat. Allah telah berfirman kepada nabi-Nya s.a.w “Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakannya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. Dia menurunkan para malaikat dengan roh dengan perintah-Nya”[8] Dan roh bukanlah malaikat a.s.


                                                                 Bab 57

☼Waktu Seorang Imam Mengetahui Semua Ilmu Imam Sebelumnya (waqtu ma ya‘lamu al-Imam jami‘ ‘ilm al-Imam al-Ladhi ma kana qabli-hi)☼

       (293)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Sa‘id, dariapda Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang bilakah [imam] yang akhir mengetahui apa yang ada pada [imam] yang pertama? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir sebelum pemergian rohnya.

       (294)-2. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada ‘Ubaid bin Zurarah dan kumpulan bersamanya berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang selepas imam mengetahui ilmu imam sebelumnya pada minit akhir sebelum pemergian rohnya”

       (295)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ali bin Asbat, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bilakah imam mengetahui imamahnya dan urusannya berakhir kepadanya? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir kehidupan [imam] pertamanya.


                                                                   Bab 58

☼Para Imam A.S Adalah Sama Dari Sudut Ilmu, Keberanian Dan Ketaatan (fi anna al-Aimmata a.s fi al-‘ilmi wa al-Syaja‘ati wa al-Ta‘ati sawaa’)☼

       (296)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada al-Khasyyab, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah berfirman: “Dan mereka yang beriman dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka”[9] Beliau a.s telah berkata: “Mereka yang beriman” ialah nabi dan Amir al-Mukminin a.s dan “zuriat”nya ialah para imam dan para wasi a.s. “Kami hubungkan dengan mereka” Kami tidak menguranginya. “zuriat mereka” ialah Hujjah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w pada Ali a.s danHujjah mereka seorang demi seorang serta ketaatan mereka adalah satu”

       (297)-2. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Daud al-Nahdi, daripada Ali bin Ja‘far, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Kami dari sudut ilmu dan keberanian adalah sama sementara dari sudut pemberian pula menurut apa yang diperintahkan kepada kami”

       (298)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin Ismail, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kami dari sudut urusan, kefahaman, halal dan haram adalah satu (sama). Adapun Rasulullah s.a.w dan Ali mempunyai kelebihan mereka berdua.


                                                            Bab 59

☼Sesungguhnya Imam A.S Mengetahui Imam Selepasnya Dan Firman Allah “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya” Diturunkan kepada Mereka A.S (anna al-Imam a.s ya‘rifu al-Imam al-Ladhi yakun min ba‘di-hi au anna qaula llahi ta‘ala “inna llahi ya’muri-kum an tuadduu al-Amanaat ila ahli-ha)☼

       (299)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Ahmad bin ‘Aidh, daripada Udhainah, daripada Buraid al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”[10] Beliau a.s telah berkata: Ianya dimaksudkan kepada kami, [imam] yang pertama menyampaikan kepada imam selepasnya buku-buku, ilmu dan senjata (al-Silaah).
       “Dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil” yang berada di tangan kamu. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada orang ramai tentang firman-Nya: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu”[11]Ayat ini diturunkan khusus untuk kami. Dia telah memerintahkan semua muslimin sehingga hari Kiamat supaya mentaati kami. “Sekiranya kamu khuatir pertelingkahan di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah ia kepada Allah, kepada Rasul dan uli l-amri daripada kamu”. Demikianlah ia diturunkan. Bagaimana Allah memerintahkan mereka supaya mentaati wulaat al-Amri dan memberi kebenaran untuk menentang mereka? Sesungguhnya dikatakan sedemikian kepada mereka yang diperintahkan kepada mereka: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu”[12]

       (300)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Husain bin Ali al-Wasya’, daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal”[13] Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam daripada keluarga Muhammad a.s supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikannya daripadanya.

       (301)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal”[14] Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikanya daripadanya.

       (302)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Ibn Abi Ya‘fur, daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal”[15] Beliau a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan imam yang pertama supaya menyerahkan kepada imam selepasnya setiap sesuatu di sisinya.

       (303)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada al-‘Alaa’ bin Razin, daripada Abdullah bin Abi Ya‘fur, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang imam tidak akan mati sehingga beliau mengetahui orang yang akan menjadi imam selepasnya, maka beliau memberi wasiat kepadanya”

       (304)-6. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Abi Uthman, daripada al-Mu‘alla bin Khanis, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam mengetahui imam selepasnya, lalu beliau memberi wasiat kepadanya”

       (305)-7. Ahmad, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Abu Abdillah al-Barqi, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Sulaiman bin Khalid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang alim tidak akan mati sehingga Allah memberitahu kepadanya siapa yang beliau akan memberi wasiat kepadanya”


                                                                 Bab 60

☼Sesungguhnya Imamah Adalah Janji Daripada Allah A.W  Yang Dijanjikan Daripada Seorang Imam Kepada Seorang Imam Yang Lain A.S (anna al-Aimmata ‘ahdun mina llahi a.w ma‘huud min wahid ila wahid a.s)☼

       (306)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ berkata: Umar bin Abban telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka mereka telah menyebut para wasi, aku telah menyebut Isma‘il, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, tidak, wahai Abu Muhammad, ianya bukan untuk kita (melakukannya), ianya adalah untuk Allah a.w, Dia melantik seorang [imam] selepas seorang [imam].

       (307)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada ‘Umru bin al-Asy‘ath berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah anda berpendapat bahawa orang yang memberi wasiat (al-Musi) di kalangan kami akan memberi wasiat kepada sesiapa yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi janji daripada Allah dan Rasul-Nya daripada seorang lelaki kepada seorang lelaki sehingga urusan berakhir kepadanya”

       * Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada Minhal, daripada ‘Umru bin al-Asy‘ath, daripada Abu Abdillah a.s tentang riwayat yang sama.

       (308)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Bakr bin Salih, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada ‘Aitham bin Aslam, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya imamah adalah janji daripada Allah yang dijanjikan kepada lelaki yang dinamakannya. Seorang imam tidak boleh mengetepikan seorang imam selepasnya. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada Daud a.s “Ambillah seorang wasi daripada keluarga engkau kerana ketetapan telah berlaku pada ilmu-Ku yang terdahulu bahawa Aku tidak akan mengutus seorang nabi kecuali beliau mempunyai wasi daripada keluarganya. Daud mempunyai anak yang ramai. Di antara anak-anaknya ialah seorang yang masih muda, ibunya dicintai oleh Daud.
       Pada suatu hari Daud telah mendatanginya ketika turunnya wahyu, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah a.w telah mewahyukan kepadaku, memerintahkan aku supaya aku mengambil seorang wasi daripada keluargaku, lantas isterinya berkata kepadanya: Harapan agar anakku dipilih? Beliau a.s telah berkata: Itulah yang aku mahu. Tetapi telah berlaku pada ilmu Allah bahawa “beliau” adalah Sulaiman. Kemudian Allah mewahyukan kepada Daud: Janganlah kamu gopoh sebelum datang perintah-Ku. Tidak lama selepas itu, dua orang lelaki yang bertengkar mengenai kambing dan kebun anggur datang kepadanya, lalu Allah mewahyukan kepadanya: Kumpulkan anak-anak kamu, maka sesiapa yang dapat memberi hukuman di dalam masalah ini dan tepat pula, maka dia adalah wasi kamu selepas kamu”. Kemudian Daud telah mengumpulkan anak-anaknya.
       Manakala dua orang lelaki yang bertengkar itu menceritakan kes masing-masing, Sulaiman a.s telah berkata: Wahai pemilik kebun anggur, bilakah kambing lelaki ini telah memasuki kebun anggur anda? Dia telah berkata: Kambingnya telah memasukinya pada waktu malam. Beliau a.s telah berkata: Aku menghukum ke atas anda, wahai pemilik kambing, dengan anak-anak kambing anda dan bulu-bulunya pada tahun ini[16]. Kemudian Daud telah berkata kepadanya: Kenapa anda tidak menghukum tengkuk-tengkuk kambing itu sendiri[17] sedangkan Bani Israel telah menghukumnya sedemikian dan harga kebun anggur adalah sebanyak nilai kambing? Sulaiman telah berkata: Kebun anggur itu tidak dimusnahkan sepenuhnya, sesungguhnya ia dimakan sekadar kenyang sahaja dan ia akan berbuah kembali.
       Maka Allah telah mewahyukan kepada Daud: Sesungguhnya penghakiman di dalam kes ini adalah mengikut hukuman Sulaiman. Wahai Daud, engkau telah kehendaki sesuatu, tetapi Kami kehendaki sesuatu yang lain”. Daud telah datang kepada isterinya dan berkata:  Kami kehendaki suatu perkara, tetapi Allah kehendaki suatu perkara yang lain. Justeru, sesuatu itu tidak akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki Allah a.w. Sesungguhnya kami telah meredai dengan perintah Allah a.w dan kami menerimanya. Begitu juga dengan para wasi a.s, mereka tidak boleh melampaui perintah ini dengan memberikannya kepada orang lain.
       Al-Kulaini telah berkata: Makna hadis pertama: Jika kambing itu telah memasuki kebun anggur di waktu siang, maka pemilik kambing tidak dikenakan apa-apapun kerana pemilik kambing boleh melepaskan kambingnya di waktu siang memakan rumput dan pemilik kebun anggur menjaga kebunnya. Pemilik kambing hendaklah mengikat kambingnya di waktu malam. Sementara pemilik kebun anggur pula hendaklah tidur di waktu malam.

       (309)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibn Bukair dan Jamil, daripada ‘Umru bin Mus‘ab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah kamu fikir bahawa orang yang memberi wasiat di kalangan kami memberi wasiatnya kepada siapa saja yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi ia adalah janji daripada Rasulullah s.a.w kepada seseorang, kemudian kepada seseorang sehingga berakhir kepada dirinya.


                                                                         Bab 61

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Tidak Pernah Melakukan Sesuatu Dan Tidak Akan Melakukan Sesuatu Melainkan Dengan Janji Allah A.W Dan Perintah DaripadaNya Serta Mereka Tidak Akan Melampauinya (anna al-Aimmata a.s lam yaf‘aluu syai’an wa la yaf‘aluuna illa bi-‘ahdin mina llahi a.w wa-amrin min-hu la yatajawazuuna-hu)☼

       (310)-1. Muhammad bin Yahya dan al-Husain bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Ali bin al-Husain bin Ali, daripada Ismail bin Mihran, daripada Abi Jamilah, daripada Mu‘adh bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya wasiat telah turun dari langit ke atas Muhammad di dalam bentuk tulisan (kitab), tidak diturunkan ke atas Muhammad s.a.w di dalam bentuk tulisan yang dibubuh cap (kitab makhtum) melainkan wasiat. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat anda pada umat anda di sisi ahlu Bait anda (ahl baitai-ka). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ahlu Baitku yang mana satu, wahai Jibrail?
       Dia berkata: Orang yang dipilih oleh Allah di kalangan mereka dan zuriatnya supaya beliau mewarisi ilmu kenabian daripada anda sebagaimana diwarisi oleh Ibrahim a.s dan warisannya adalah untuk Ali a.s dan zuriat anda daripada salbinya. Beliau a.s telah berkata: Ia mempunyai beberapa cap di atasnya. Ali a.s telah membuka cap yang pertama dan mengeluarkan apa yang ada di dalamnya. Kemudian al-Hasan a.s telah membuka cap yang kedua dan melakukan apa yang diperintahkan kepadanya. Apabila al-Hasan mati dan berlalu, al-Husain a.s telah membuka cap yang ketiga, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Perangilah, bunuhlah dan anda akan dibunuh. Keluarlah dengan beberapa kumpulan untuk mati syahid. Tiada syahadah bagi mereka melainkan dengan anda. Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah melakukannya. Sebelum beliau a.s mati, beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s.
       Kemudian beliau a.s telah membuka cap yang keempat, maka beliau a.s telah mendapatinya: Diamlah dan rendahlah kepala anda di dalam diam kerana ilmu telah disembunyikan. Apabila beliau a.s mati dan berlalu, beliau a.s telah memberikannya kepada Muhammad bin Ali a.s, maka beliau a.s telah membuka cap yang kelima, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Tafsirlah Kitab Allah, perkuatkan apa yang dilakukan oleh bapa anda, wariskan kepada anak lelaki anda, bangunkan umat dan berdirilah dengan kebenaran Allah a.w, berkata benar pada masa takut dan masa aman. Janganlah anda takut melainkan Allah, maka beliau telah melakukannya.
       Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada orang yang mengikutinya. Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka andalah orangnya? Beliau a.s telah berkata: Tiada apa-apa bagiku kecuali anda akan pergi, wahai Mu‘adh, dan anda meriwayatkannya [bagi] menentangku. Aku telah berkata: Aku pohon kepada Allah yang telah memberikan kepada anda daripada bapa-bapa anda kedudukan ini supaya memberikannya kepada anda dan anak anda seumpamanya sebelum kematian anda? Beliau a.s telah berkata: Allah telah melakukannya, wahai Mu‘adh, aku telah berkata: Siapakah dia? Beliau a.s telah berkata: Ini yang sedang tidur- beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada seorang hamba Allah yang saleh- Beliaulah yang sedang tidur itu.

       (311)-2. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abi al-Hasan al-Kinani, daripada Ja‘far bin Najih al-Kindi, daripada Muhammad bin Ahmad bin ‘Ubaidillah al-‘Umari daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah menurunkan ke atas nabi-Nya s.a.w kitab sebelum kematiannya. Maka Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat engkau kepada mereka yang mulia daripada keluarga engkau (hadhihi wasiyatu-ka ila al-Nujabah min ahli-ka), baginda s.a.w telah bersabda: Siapakah yang mulia itu, wahai Jibrail? Dia berkata: Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya a.s.
       Di atas kitab itu terdapat beberapa cap daripada emas (khawatim min dhahabin), lalu Nabi s.a.w telah memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan memerintahkannya supaya memecahkan satu cap daripadanya serta beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Lalu Amir al-Mukiminin a.s telah memecahkannya dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya al-Hasan a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada al-Husain a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau a.s telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Keluarlah bersama satu kumpulan kepada kesyahidan (syahadah), maka tiada syahadah bagi mereka melainkan bersama anda, juallah diri anda kepada Allah a.w, maka beliau a.s telah melakukannya.
       Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s, lalu beliau telah memecahkan satu cap, kemudian beliau telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Rendahkanlah diri anda di dalam diam dan janganlah anda bercakap, tinggal di rumah anda dan sembahlah Tuhan anda sehingga kematian mendatangi anda. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Muhammad bin Ali a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau telah mendapati di dalamnya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka dan janganlah anda takut melainkan Allah a.w kerana tiada jalan bagi seseorang (menyakiti) anda, maka beliau a.s telah melakukannya.
       Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya Ja‘far a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, maka beliau a.s telah mendapati di dalam-nya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka, sibarlah ilmu Ahlu l-Bait anda, sokonglah bapa-bapa anda yang saleh, janganlah anda takut selain daripada Allah a.w dan anda  adalah di dalam jagaan dan keamanan[Nya]. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Musa a.s. Demikianlah Musa a.s memberikannya kepada orang selepasnya, demikianlah seterusnya sehingga kemunculan al-Mahdi a.s.

       (312)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Dhurais al-Kunasi, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Humraan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda tentang apa yang telah berlaku kepada Ali, al-Hasan, al-Husain, penentangan mereka, pendirian mereka dengan agama Allah dan apa yang dialami oleh mereka daripada pembunuhan mereka yang zalim terhadap mereka dan kemenangan [mereka] ke atas mereka sehingga mereka telah dibunuh dan dikalahkan? Abu Ja‘far a.s telah berkata: Wahai Humaraan, sesungguhnya Allah telah menetap dan menentukan perkara tersebut [berlaku] ke atas mereka. Justeru, dengan ilmu yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka, maka Ali, al-Hasan dan al-Husain telah berdiri dengan teguh dan dengan ilmulah mereka telah berdiam diri [tentangnya].

       (313)-4. Al- Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Harith bin Ja‘far, daripada Ali bin Isma’il bin Yaqtin, daripada Isa bin al-Mustafad Abi Musa al-Dharir berkata: Musa bin Ja‘far a.s telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Tidakkah Amir al-Mukminin a.s penulis wasiat (katib al-Wasiyyah), Rasulullah s.a.w melakukan imlak ke atasnya. Sementara Jibrail dan para malaikat yang terdekat telah menjadi saksi? Maka beliau a.s telah merendahkan kepalanya beberapa ketika, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Hasan, ia sebagaimana anda telah katakan, tetapi ketika perintah (tentang wasiat itu) telah turun kepada Rasulullah s.a.w, wasiat telah turun dari sisi Allah merupakan sebuah kitab yang dicapkan (kitaban musajjalan).
       Jibrail telah menurunkannya bersama malaikat daripada Allah. Jibrail telah berkata: Wahai Muhammad, perintahkan supaya sesiapa di sisi anda supaya keluar melainkan wasi anda supaya beliau menerimanya daripada kami dan memanggil kami menjadi saksi di atas penyerahannya oleh anda kepadanya, menjamin bahawa ia adalah untuknya-Iaitu Ali a.s- maka Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya mereka yang ada di rumahnya supaya keluar selain daripada Ali dan Fatimah a.s telah berada di antara langsir dan pintu. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, Tuhan anda memberi salam kepada anda dan berfirman: Ini adalah kitab yang Aku telah janjikan kepada engkau, Aku menurunkannya ke atas engkau, Aku telah menjadi saksi ke atasnya dan para malaikat-Ku telah menjadi saksi ke atas engkau dan cukuplah bagiKu, wahai Muhammad, menjadi saksi. Beliau a.s telah berkata: Sendi-sendi Nabi s.a.w mulai gementar, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, Tuhanku adalah keamanan, daripadaNyalah [datangnya] keamanan dan kepadaNyalah kembali[nya] keamanan.
       Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah a.w dan Dia menunaikan janji-Nya. Berilah kepadaku kitab itu, lalu Jibrail memberikannya kepadanya dan dia memerintahkannya supaya memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s, maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Bacalah, lalu beliau a.s membacanya satu huruf kepada satu huruf yang lain. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, inilah janji Tuhanku kepadaku, Dia telah mengenakannya ke atasku dan ia adalah amanah-Nya. Aku telah menyampaikannya, aku telah menasihatinya dan aku telah melakukannya.
       Maka Ali a.s telah berkata: Aku menjadi saksi kepada anda, [dengan bapaku, ibuku dan anda] dengan penyampaian itu, nasihat dan kebenaran di atas apa yang disabdakan oleh anda. Pendengaranku, penglihatanku, dagingku dan darahku menjadi saksi kepada anda. Maka Jibrail a.s telah berkata: Dan aku di kalangan mereka yang menjadi saksi kepada kamu berdua. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, adakah anda telah mengambil wasiatku, anda telah mengetahuinya, anda telah menjamin untuk Allah dan akan melaksankan apa yang ada di dalamnya? Ali a.s telah berkata: Ya, dengan bapaku, anda dan ibuku, aku menjaminnya dan semoga Allah menolongku dan memberi taufik kepadaku untuk melaksanakannya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya aku mahu menjadi saksi ke atas anda di atas pelaksanaanku dengannya pada hari Kiamat.
       Ali a.s telah berkata: Ya, persaksikanlah, maka Nabi s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Jibrail dan Mikail hadir di antara aku dan anda sekarang, mereka berdua hadir bersama para malaikat yang terdekat supaya mereka menjadi saksi di atas anda. Maka beliau a.s telah berkata: Ya, biarlah mereka menjadi saksi dan aku- [bersumpah] dengan bapaku, anda dan ibu anda-aku pula menjadi saksi kepada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w telah menjadi saksi kepada mereka. Ini adalah di antara syarat yang dikenakan oleh Nabi s.a.w dengan perintah Jibrail a.s yang diperintahkan oleh Allah supaya baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Ali, anda sempurnakan persahabatan dengan mereka yang mewalikan Allah dan Rasul-Nya, penolakan dan permusuhan dengan mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Penolakan terhadap mereka dengan kesabaran daripada anda, memadamkan kemarahan di atas kehilangan hak anda, perampasan khumus anda dan pencabulan kehormatan anda?
       Maka beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Rasulullah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Demi Yang telah membelah bijian dan menciptakan jiwa, sesungguhnya aku telah mendengar Jibrail a.s  berkata kepada Nabi s.a.w: Wahai Muhammad, beritahulah kepadanya bahawa kehormatannya akan dicabuli dan ia adalah kehormatan Allah dan Rasulullah s.a.w. Janggutnya akan berlumuran dengan darah dari kepalanya dengan banyak. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Aku telah terperanjat ketika aku memahami perkataan daripada Jibrail yang dipercayai sehingga aku telah berkata: Ya, aku telah menerimanya dan aku telah meredainya sekalipun kehormatan dicabuli, sunnah-sunnah dibekukan, Kitab dikoyakkan, Ka‘bah diruntuhkan, janggutku akan berlumuran dengan darah dari kepalaku dengan banyak, aku bersabar, menghisab diri [ku]  sehingga aku menghadapi anda (pada hari Kiamat).
       Kemudian Rasulullah s.a.w telah memanggil Fatimah, al-Hasan dan al-Husain, melaporkannya kepada mereka sebagaimana baginda s.a.w telah melaporkannya kepada Amir al-Mukminin a.s. Kemudian mereka semua telah berkata sebagaimana kata-kata Ali a.s. Wasiat telah dicapkan dengan beberapa cap daripada emas yang tidak akan disentuhi api dan diberikan kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah anda akan menyebut apa yang tertulis di dalam wasiat itu? Maka beliau a.s telah berkata: Sunnah-sunnah Allah dan sunnah-sunnah Rasul-Nya, maka aku telah berkata: Adakah di dalam wasiat itu ditulis tentang perebutan dan penentangan mereka terhadap Amir al-Mukminin a.s?
       Beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, sedikit demi sedikit, huruf demi huruf, tidakkah anda mendengar firman Allah: “Sesungguhnya Kami menghidupkan mereka yang mati dan Kami menuliskan apa yang  telah mereka kerjakan  dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan pada imam mubin”?[18] Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Amir al-Mukminin dan Fatimah a.s: Adakah kamu berdua telah memahami apa yang aku telah kemukakannya  kepada kamu berdua dan kamu berdua telah menerimanya? Mereka berdua telah berkata: Ya, kami bersabar apa yang telah menyakiti kami dan membuatkan kami marah”

       Dan mengikut naskhah al-Safwani ditambah:

       (314)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Assam, daripada Abi Abdillah al-Bazzaz, daripada Hariz berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, alangkah sedikit waktu kewujudan  kamu Ahlu l-Bait (di dunia ini) dan ajal kamu yang paling dekat di antara kamu sedangkan orang ramai berhajat kepada kamu? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya setiap orang daripada kami mempunyai mashaf yang dihajati olehnya untuk beramal dengannya pada masa hidupnya. Apabila berlalu padanya apa yang diperentahkan kepadanya, maka beliau mengetahui bahawa ajalnya telah tiba.
       Maka Nabi s.a.w mendatanginya dan memberitahu kepadanya kedudukannya di sisi Allah. Sesungguhnya al-Husain a.s telah membaca mashafnya yang diberikan kepadanya dan ditafsirkan kepadanya kematiannya yang akan berlaku dan perkara-perkara yang belum dilaksanakannya. Maka beliau a.s telah keluar berperang, maka ia adalah di antara perkara yang belum berlaku. Malaikat telah memohon kepada Allah supaya menolongnya (al-Husain a.s), lalu Dia telah memberi keizinan kepada mereka. Justeru, mereka telah bersedia untuk berperang sehingga beliau a.s dibunuh, lalu mereka turun [ke bumi], tetapi masanya telah berakhir dan beliau a.s dibunuh.
       Maka malaikat telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk turun [ke bumi] dan Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk menolongnya, lalu kami telah turun, tetapi Engkau telah mengambil nyawanya. Maka Allah mewahyukan kepada mereka: Tinggallah berhampiran kuburnya sehingga kamu melihatnya. Dan sesungguhnya beliau telah keluar berperang, maka tolonglah beliau dan tangisilah beliau di atas kegagalan kamu menolongnya. Sesungguhnya kamu dikhususkan untuk menolongnya dan menangis untuknya. Lantas malaikat menangis, sambil memberi takziah dan berdukacita kerana tidak menolongnya. Dan apabila beliau a.s keluar, mereka akan menjadi penolong-penolongnya”

                                                                     Bab 62

☼Perkara-Perkara Yang Mewajibkan Hujjah Seorang Imam A.S (al-Umuur al-Lati tujibu hujjata al-Imam a.s)☼

       (315)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Apabila seorang imam mati, maka dengan apakah beliau mengetahui seorang imam selepasnya? Beliau a.s telah berkata: Imam mempunyai beberapa alamat, antaranya: Beliau adalah anak lelaki yang paling tua, mempunyai kelebihan dan wasiat. Justeru, mereka yang musafir akan berkata: Kepada siapakah polan telah memberi wasiat? Maka ia dijawab: Kepada polan dan senjata pada kami sepertilah kedudukan tabut pada Bani Israel, justeru,imamah adalah bersama senjata di mana ia berada”[19]

       (316)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Yazid Syi‘r, daripada Harun bin Hamzah, daripada  ‘Abd al-A‘la berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah hujah ke atas orang yang mendakwa [imamah] di dalam perkara ini? Beliau a.s telah berkata: Beliau mesti ditanya tentang halal dan haram. Perawi telah berkata: Beliau a.s telah datang kepadaku dan berkata: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seseorang melainkan beliau adalah pemilik yang sah di dalam perkara ini. Beliau hendaklah menjadi orang yang paling layak selepas orang sebelumnya. Beliau mempunyai senjata [Rasulullah s.a.w] di sisinya. Beliau hendaklah  mempunyai wasiat pada zahir. Apabila anda mendatangi  satu bandar, orang ramai dan kanak-kanak akan bertanya: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Mereka akan berkata: Kepada polan bin polan.

       (317)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim dan daripada Hafs bin al-Bakhtari, daripada Abu Abdillah a.s berkata: Ada orang berkata kepadanya: Dengan apakah seorang imam diketahui? Beliau a.s telah berkata: Dengan wasiat yang zahir dan kelebihan. Justeru, tiada seorangpun dapat mencari kesalahannya sama ada pada mulut, perut atau kemaluannya sehingga beliau berkata: Beliau adalah seorang pembohong, memakan harta orang ramai dan seumpamanya.

       (318)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Isma’il, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu‘awiyah bin Wahab berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Apakah alamat seorang imam selepas seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Kesucian kelahiran (taharah al-Wiladah), didikan yang baik, tidak membuat sesuatu tanpa tujuan dan tidak membuat sesuatu untuk bermain-main”

       (319)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ahmad bin Umar, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang bukti pemilik urusan ini, maka beliau a.s telah berkata: Bukti ke atasnya: Umur, kelebihan dan wasiat. Jika mereka yang musafir memasuki satu bandar, maka mereka telah berkata: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Akan dijawab: Polan bin polan dan pergilah bersama senjata di mana ia pergi. Adapun orang yang hanya memberi jawapan sahaja, maka beliau bukanlah Hujjah.

       (320)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s [berkata]: Urusan (imamah) kepada yang berumur selama beliau tidak ada kecacatan.

       (321)-7. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s : Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, dengan apakah seorang imam diketahui? Beliua telah berkata: Maka beliau a.s telah berkata: Dengan beberapa sifat keistimewaan: Pertamanya, ia telah datang daripada bapanya secara isyarat kepadanya supaya ia menjadi Hujjah ke atas mereka. Kedua: [Jika] beliau ditanya, beliau akan menjawabnya. Jika beliau tidak ditanya, beliau akan memulakannya. Ketiga: Beliau akan memberitahu apa yang akan berlaku besok. Keempat: Beliau boleh bercakap kepada manusia dengan bahasa mereka (bi-kulli lisan). Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, aku akan memberi satu alamat sebelum anda berdiri. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki daripada penduduk Khurasan telah datang kepada kami, maka lelaki itu telah bercakap kepadanya di dalam bahasa Arab, lalu Abu al-Hasan a.s telah menjawabnya di dalam bahasa Farsi. Lelaki dari Khurasan itu telah berkata kepadanya: Demi Allah, apakah yang menghalang aku dari bercakap di dalam dialek Khurasan, tetapi aku menyangka bahawa anda tidak mengetahuinya dengan baik.
       Maka beliau a.s telah berkata: Subhana llah! Jika aku tidak dapat menjawab anda dengan baik, maka apakah kelebihan aku ke atas anda? Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, tiada percakapan seorang manusia atau seekor burung atau seekor binatang atau sesuatu yang ada nyawa tersembunyi daripada seorang imam. Justeru, sesiapa yang tidak mempunyai sifat-sifat ini, maka beliau bukanlah seorang imam”.

                                    
[1] Seorang pelampau

[2] Surah al-Waaqi‘ah (56): 7-11

[3] Surah al-Syuura (42): 52

[4] Surah al-Syuura (42): 52

[5] Surah al-Israa’ (17): 85

[6] Surah al-Israa’ (17): 85

[7] Surah al-Syuura (42): 52

[8] Surah al-Nahl (16):1-2

[9] Surah al-Tuur( 52): 21

[10] Surah al-Nisaa’ (4): 58

[11] Surah al-Nisaa’ (4): 59

[12] Ibid

[13] Surah al-Nisaa’ (4): 58

[14] Ibid

[15] Ibid

[16] Mesti diberikan kepada pemilik kebun anggur sebagai bayaran ganti ruginya, tetapi bukan (ibu) kambingnya.

[17] Ibu kambingnya

[18] Surah Yaa Siin (36): 12

[19] Orang yang menjadi imam harus mempunyai senjata Rasulullah s.a.w sebagai bukti.

[20] Surah al-Anfaal (8): 75