Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Hadis al-Mufadhdhal Dan Kejadian Roh-Roh Syi‘ah, kemampuan para imam dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H


Hadis al-Mufadhdhal Dan Kejadian Roh-Roh Syi‘ah

       Muhammad bin Ali berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kepada aku berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa bin  Ubaid daripada Abu Ahmad  al-Azadi daripada Abdullah bin al-Fadhl al-Hasyimi berkata: Aku telah berada di sisi Ja‘far al-Sadiq a.s, tiba-tiba al-Mufadhdhal bin ‘Umar datang, apabila beliau melihat kepadanya,beliau ketawa kepadanya, lalu berkata: Datang kepada aku wahai Mufadhdhal.
       Demi Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar mencintai anda dan aku mencintai mereka yang mencintai anda, wahai Mufadhdhal, jika semua para sahabat aku mengetahui apa yang anda mengetahui, nescaya dua orang tidak akan berselisih faham, al-Mufadhdhal berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, sesungguhnya aku kira ramai yang telah mendapat kedudukan yang lebih daripada kedudukanku.
       Beliau berkata: Malah, Allah telah mengurniakan kedudukan (al-Manzila) kepada anda, beliau berkata: Apakah kedudukan Jabir bin Yazid daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan Salman daripada Rasulullah s.a.w, apakah kedudukan Daud bin Kathir daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan al-Miqdad daripada Rasulullah s.a.w.
       Beliau berkata: Kemudian beliau datang kepada aku sambil berkata: Wahai Abdullah bin al-Fadhl, sesungguhnya Allah a.w telah menciptakan kami daripada cahaya kebesaran-Nya, menjadikan kami dengan rahmat-Nya, dan Dia telah menjadikan roh-roh kamu daripada kami, lantaran itu, kami terasa kasih kepada kamu, dan kamu terasa kasih kepada kami, demi Tuhan, sekiranya penghuni timur dan barat bekerja keras untuk menambah pada syi‘ah kami seorang lelaki atau mengurangkan seorang lelaki daripada mereka, nescaya mereka tidak mampu melakukannya, kerana mereka tertulis di sisi kami dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, kabilah mereka dan keturunan mereka, wahai Abdullah bin al-Fadhl, jika anda mahu, nescaya aku memperlihatkan anda nama anda pada mashaf kami.
       Beliau berkata: Kemudian beliau telah menyeru supaya dibawa mashaf kepadanya, lalu dibukakannya, maka aku telah mendapatinya putih, tanpa kesan tulisan, aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak melihat kesan tulisan, beliau berkata: Beliau a.s telah menyapu tangannya ke atasnya, maka aku telah mendapatinya tertulis di bawahnya nama aku, lantas aku terus sujud kepada Allah kesyukuran[1].

Kemampuan Para Imam A.S              

       Ali bin Ismail bin Isa daripada Musa bin Talhah daripada Hamzah ibn Abdullah al-Ja‘fi berkata: Aku telah memasuki rumah Abu al-Hasan al-Ridha a.s bersama mashaf atau surat daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya dunia pada seorang imam bagaikan pecahan buah pala (inna al-Dunya tamathathala li-sahib hadha al-Amri fi mithli filqati al-Jauz) .Beliau berkata: Wahai Hamzah, ini demi Tuhan, adalah benar, pindahlah ia ke dalam bekas kulit[2].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Musa bin Sa‘dan daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami daripada Sama‘ah bin Mihran berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia bagi seorang imam bagaikan pecahan buah pala, tiada yang pelik baginya, beliau boleh mengambilnya dari berbagai-bagai sudut sebagaimana seorang daripada kamu boleh mengambil di atas hidangannya apa yang ia mahu.
       Daripadanya, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada mereka yang telah memberitahunya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Hamzah bin Abdullah al-Ja‘fari berkata: Aku telah menulis di belakang kertas bahawa dunia bagi seorang imam bagaikan sebiji buah pala yang dipecahkan. Maka aku telah mengutusnya kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, aku berkata kepadanya: Sesungguhnya para sahabat kita telah  meriwayatkan sebuah hadis di mana aku tidak mengingkarinya, tetapi aku suka mendengarnya daripada anda. Beliau berkata: Beliau a.s telah melihat kepada kertasnya, kemudian melipatkannya sehingga aku menyangka ia telah terkoyak, kemudian beliau berkata: Ia adalah benar, lalu beliau memindahkannya ke dalam bekas kulit, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.                                           
                         
Himpunan Kebaikan Dunia Dan Akhirat

       Amir al-Mukminin a.s berkata: Himpunan kebaikan dunia dan akhirat adalah di dalam penyembunyian rahsia, dan persahabatan dengan orang-orang yang terpilih.
       Himpunan kejahatan adalah di dalam pendedahan rahsia, dan persahabatan dengan orang-orang yang jahat[3].                                                                         
Dua Jenis Kesabaran

       Beliau a.s berkata: Kesabaran ada dua: Kesabaran ketika musibah adalah kesabaran yang baik, dan yang lebih besar daripada itu adalah mengingati Allah ketika berdepan dengan apa yang telah diharamkan Allah, maka ia akan menjadi pendinding[4].                        

Celaan Tidur  Keterlaluan            

       Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah kamu dari tidur yang keterlaluan, kerana keterlaluan tidur akan menjadikan seorang itu fakir pada hari Kiamat[5].


[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xi,  224

[2] Ibid, vii,  269

[3] Ibid, xvi, 137

[4] Ibid, xv, 15

[5] Ibid

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Hadis al-Mufadhdhal Dan Kejadian Roh-Roh Syi‘ah, kemampuan para imam dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Hadis al-Mufadhdhal Dan Kejadian Roh-Roh Syi‘ah, kemampuan para imam dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan