Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 82-90)


         Bab 82

☼Bab Makruh Menetapkan Waktu (bab karahiyyati al-Tauqit)☼

       (508)-1. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s  berkata: Sesungguhnya Allah telah menetapkan waktu (waqqata) dalam urusan ini (imamah)pada tujuh puluh, tetapi apabila al-Husain a.s telah dibunuh, kemurkaan Allah a.s telah bertambah ke atas penduduk bumi, lalu Dia telah menangguhkannya kepada seratus empat puluh. Kami telah memberitahu kepada kamu tentangnya, tetapi kamu telah menyebarkan percakapan ini dan kamu mendedahkan rahsianya. Lantaran itu, Allah tidak menjadikan untuknya selepas itu waktu [yang ditetapkan] di sisi kami [semuanya boleh berlaku kerana] “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan [apa yang Dia kehendaki] dan bagi-Nyalah Umm al-Kitab” [1] 
       Abu Hamzah berkata: Aku telah menceritakannya kepada Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata: Ia telah berlaku sedemikain.

       (509)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Muhzam telah datang kepadanya, maka beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beritahulah kepadaku tentang urusan ini yang kita nanti-nantikan, bilakah ia? Beliau a.s telah berkata: Wahai Muhzam, telah berbohonglah mereka yang telah menetapkan waktu (al-Waqqatun), binasalah mereka yang gopoh (wa-halaka al-Musta‘jilun) dan berjayalah mereka yang telah menyerahkan diri mereka [di dalam perkara ini].

       (510)-3. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang al-Qaim a.s, maka beliau a.s telah berkata: Mereka yang menetapkan waktu telah berbohong, kami Ahlu l-Bait, tidak menetapkan waktu.

       (511)-4. Ahmad dengan sanad-sanadnya berkata: Beliau telah berkata: Allah telah enggan selain dari menyalahi waktu yang mereka telah tetapkan.

       (512)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Khazzai, daripada ‘Abd al-Karim bin Umar al-Khath‘ami, daripada al-Fadhl bin Yasar, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata: Adakah urusan ini ada waktunya [yang ditetapkan]? Maka beliau a.s telah berkata: Mereka yang telah menetapkan waktunya[2] telah berbohong. Sesungguhnya Musa a.s apabila telah keluar kepada Tuhannya, beliau a.s telah menjanjikan mereka tiga puluh hari. Manakala Allah telah menambahkannya sepuluh hari lagi, maka kaumnya berkata: Sesungguhnya Musa telah menyalahi kami, lalu mereka telah buat apa yang mereka telah buat. Justeru apabila kami menceritakan hadis kepada kamu, maka ia berlaku sebagaimana kami telah ceritakan kepada kamu tentangnya, maka katakanlah: Allah telah benar. Dan apabila kami menceritakan hadis kepada kamu, tetapi ia berlaku menyalahi apa yang kami telah menceritakan kepada kamu, maka katakanlah: Allah telah benar, nescaya kamu diberi pahala dua kali[3].

       (513)-6. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada al-Sayyari, daripada al-Hasan bin Ali bin Yaqtin, daripada saudaranya al-Husain, daripada bapanya Ali bin Yaqtin berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata kepadaku: Syiah dididik dengan angan-angan semenjak dua ratus tahun, beliau telah berkata: Yaqtin telah berkata kepada anak lelakinya Ali bin Yaqtin: Apa yang telah dikatakan kepada kami telah berlaku dan apa yang telah dikatakan kepada kamu, masih tidak berlaku? Beliau telah berkata: Maka Ali telah berkata kepadanya: Sesunggunya apa yang telah dikatakan kepada kami dan kamu adalah dari tempat yang satu, hanya urusan kamu telah berlaku, justeru, kamu diberikan [pahala] dengan percuma sebagaimana ia dikatakan kepada kamu.
       Dan sesungguhnya urusan kami belum berlaku, lantaran itu, kami telah mencari alasan dengan angan-angan. Jika dikatakan kepada kami: Sesungguhnya urusan ini tidak akan berlaku melainkan kepada dua ratus tahun atau tiga ratus tahun [lagi], nescaya hati-hati telah menjadi keras dan orang ramai telah murtad daripada Islam, tetapi mereka telah berkata: “Alangkah cepatnya dan alangkah dekatnya” masa berlalu [semata-mata] kerana menjinakkan hati manusia dan mendekatkan [mereka] kepada kejayaan.

       (514)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Isma’il al-Anbari, daripada al-Husain bin Ali, daripada Ibrahim bin Muhzam, daripada bapanya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami telah menyebut di sisinya tentang raja-raja keluarga polan, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya orang ramai telah binasa kerana kegopohan mereka tentang urusan ini. Sesungguhnya Allah tidak akan gopoh kerana kegopohan hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya urusan ini ada matlamatnya yang akan berakhir. Jika mereka diberitahu [tentangnya], nescaya mereka tidak akan dipercepat atau diperlewatkan [kehadiran mereka] meskipun seketika.


                                                                  Bab 83

☼Bab pemeriksaan Dan Ujian (bab al-Tamhis wa-al-Imtihan)☼
       (515)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ya‘qub al-Sarraj dan Ali bin Ri’ab, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s manakala dibaiah selepas pembunuhan Uthman, telah menaiki mimbar masjid, lalu memberi khutbah yang berbunyi: Sesungguhnya ujian [bala] kamu telah kembali sebagaimana pada hari yang Allah telah mengutus Nabi-Nya s.a.w. Dialah yang telah mengutusnya dengan kebenaran supaya kamu berbicara dengan telus (tanpa kekeliruan) dan kamu menapis [kata-kata kamu] dengan tapisan sehingga mereka yang terkebawah akan mengembalikan mereka yang di atas dan begitulah sebaliknya, hendaklah didahulukan mereka yang telah bertanding [tetapi tidak berjaya] kerana mereka telah dihalang dan mereka yang telah bertanding [dan menang] hendaklah dihalang kerana mereka telah menang. Demi Allah, aku tidak menyembunyikan satu tandapun dan aku tidak berbohong meskipun satu pembohongan. Sesungguhnya aku telah diberitahu tentang kedudukan ini pada hari ini.

       (516)-2. Muhammad bin Yahya dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Isma’il al-Anbari, daripada al-Husain bin Ali, daripada Abi al-Maghra, daripada ibn Abi Ya‘fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Neraka wail bagi Arab yang zalim, daripada urusan yang telah hampir, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, berapakah bilangan Arab bersama al-Qaim? Beliau telah berkata: Bilangan mereka adalah sedikit. Aku telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya mereka yang menceritakan tentang urusan ini di kalangan mereka adalah ramai. Beliau telah berkata: Orang ramai mestilah memeriksa, menilai, menapis dan mengeluarkan daripada tapisan itu makhluk yang ramai.

       (517)-3. Muhammad bin Yahya dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Sairafi, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Saiqal, daripada bapanya, daripada al-Mansur berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Mansur, sesungguhnya urusan ini tidak akan datang kepada kamu melainkan selepas putus asa dan tidak, demi Allah, sehingga kamu menilai dan tidak, demi Allah, sehingga kamu memeriksa dan tidak, demi Allah, sehingga celakalah mereka yang celaka dan bahagialah mereka yang bahagia.

       (518)-4. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? [4]Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Apakah itu fitnah? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, fitnah di sisi kami adalah ujian di dalam agama. Beliau a.s telah berkata: Mereka menguji sebagaimana emas diuji. Kemudian beliau a.s telah berkata: Mereka membersih sebagaimana emas dibersihkan.

       (519)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Sulaiman bin Salih bahawa beliau telah meriwayatkannya secara marfu‘ daripada Abu Ja‘far a.s  berkata: Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya hadis kamu ini akan menjemukan hati mereka. Sesiapa yang mengakuinya, maka tambahlah ia dan sesiapa yang mengingkarinya, maka tinggallah ia. Sesungguhnya fitnah pasti akan berlaku, setiap kawan akan terjatuh padanya sehingga akan terjatuh padanya mereka yang membelah rambut kepada dua sehingga tiada yang akan tinggal kecuali kami dan Syiah kami.

       (520)-6. Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada  Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Muhammad bin Mansur al-Saiqal, daripada bapanya berkata: Aku, al-Harith al-Mughirah dan sekumpulan jemaah kita telah duduk, sedang Abu Abdillah a.s mendengar percakapan kami, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Kamu berbincang tentang apa? Alangkah jauhnya, alangkah jauhnya!! Tidak, demi Allah, ia tidak akan terjadi sejauh mana mata kamu memandang sehingga kamu menilai[nya], tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang sehingga kamu memeriksa [nya]. Tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang sehingga kamu dapat menilai[nya]. Tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang melainkan selepas putus asa, tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang sehingga celakalah mereka yang celaka dan bahagialah mereka yang bahagia.

                                                                   Bab 84

☼Sesungguhnya Sesiapa Yang Telah Mengetahui Imamnya, Maka Cepat Atau Lewatnya Urusan Ini, Tidak Akan Memudaratkannya (Inna-hu man ‘Arafa imama-hu lam yadhurru-hu taqaddumu hadha al-Amr au taakhhuru)☼

       (521)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Zurarah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Kenalilah imam anda, sesungguhnya anda jika anda telah mengenalinya, maka cepat atau lewatnya urusan ini tidak akan memudaratkan anda.

       (522)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Suatu hari Kami menyeru setiap umat dengan pemimpinnya”[5] Maka beliau a.s telah berkata: Kenalilah imam anda, kerana anda apabila anda telah mengenali imam anda, cepat atau lampat urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Sesiapa yang telah mengenali imamnya, kemudian beliau telah mati sebelum kedatangan sahaib hadha al-Amr (sahabat urusan ini) adalah seperti kedudukan mereka yang telah berada di dalam kem askarnya, tidak, malah seperti kedudukan mereka yang telah berada di bawah benderanya, beliau telah berkata: Sebahagian sahabatnya berkata: [Beliau] adalah seperti kedudukan mereka yang telah mati syahid bersama Rasulullah s.a.w.

       (523)-3. Ali bin Muhammad yang telah meriwayatkannya secara marfu‘, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bilakah kejayaan (al-Faraj)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Basir, anda di kalangan mereka yang mahu dunia? Siapa yang telah mengetahui urusan ini, maka sesungguhnya beliau telah mendapat kejayaan daripadanya kerana penantiannya.

       (524)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Isma’il bin Muhammad al-Khaza‘i berkata: Abu Basir telah bertanya Abu Abdillah a.s sedang aku mendengarnya, lalu beliau telah berkata: Adakah anda melihat aku akan mendapati al-Qaim a.s? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Basir, adakah anda mengetahui imam anda? Maka beliau telah berkata: Ya, demi Allah, andalah dia-Beliau telah memegang tangannya-maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, anda tidak peduli, wahai Abu Basir, jika anda tidak menghunus pedang anda di bayangan al-Qaim a.s.

       (525)-5. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Muhammad bin Marwan, daripada Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mati, sedang beliau tidak ada imam, maka kematiannya seperti kematian jahiliyah. Sesiapa yang telah mati, sedang beliau mengetahui imamnya, maka cepat atau lewat urusan ini tidak akan memudaratkannya. Sesiapa yang telah mati, sedang beliau mengetahui imamnya, maka beliau adalah seperti mereka yang berada bersama al-Qaim di kemnya.

       (526)-6. Al-Husain bin Ali al-‘Alawi, daripada Sahl bin Jumhur, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada al-Hasan bin al-Husain al-‘Arani, daripada Ali bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Tidak mudarat seorang yang telah mati kerana menanti urusan kami kerana beliau [sepertilah] seorang yang telah mati di tengah kem al-Mahdi a.s dan askarnya.

       (527)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Umar bin Abban berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kenalilah al-‘Allamah (imam), kerana apabila anda telah mengenalinya, maka cepat atau lewatnya urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Sesungguhnya Allah berfirman: “Suatu hari Kami akan menyeru setiap manusia dengan imam mereka”[6] Justeru, sesiapa yang telah mengenali imamnya adalah seperti orang yang telah berada di kem al-Mahdi al-Muntazar.


                                                               Bab 85

☼Sesiapa Yang Telah Mendakwa Imamah, Tetapi Tidak Mempunyai Kelayakan Dan Sesiapa Yang Telah Mengingkari Para Imam A.S Atau Sebahagian Daripada Mereka Dan Sesiapa yang Telah Menetapkan Imamah Kepada Orang Yang Tidak Mempunyai Kelayakan (man idda‘aa al-Imamata wa-laisa la-ha bi-ahlin wa-man jahada al-Aimmata au ba‘dha-hum wa man athbata al-Aimmata li-man laisa la-ha bi-ahlin)☼

       (528)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abi Salam, daripada Surat bin Kulaib, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah: “Dan pada hari Kiamat kamu akan melihat mereka yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam”[7]? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang telah berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang imam, tetapi beliau bukanlah seorang imam” Aku telah berkata: Sekalipun beliau seorang keturunan ‘Alawi? Beliau a.s telah berkata: Sekalipun beliau seorang keturunan ‘Alawi. Aku telah berkata: Sekalipun beliau daripada anak-anak lelaki Ali bin Abu Talib a.s? Beliau a.s telah berkata: Sekalipun beliau daripada anak-anak lelaki Ali bin Abu talib a.s.

       (529)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban, daripada al-Fudhail, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mendakwa imamah, tetapi beliau bukanlah daripada ahlinya, maka beliau adalah seorang kafir”.

       (530)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman, daripada al-Husain bin al-Mukhtar berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tentang firman-Nya: “Dan pada hari Kiamat kamu akan melihat mereka yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam”[8]? Beliau a.s telah berkata: Setiap orang yang telah menyangka bahawa beliau seorang imam, tetapi beliau bukan seorang imam”. Aku telah berkata: sekalipun beliau seorang [daripada] keturunan Fatimah dan Ali a.s ? Beliau a.s telah berkata: Sekalipun beliau seorang [daripada] keturunan Fatimah dan Ali a.s.

       (531)-4. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Daud al-Himar, daripada Ibn Abi Ya‘fur, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Tiga orang yang Allah tidak akan bercakap pada hari Kiamat dan Dia tidak akan membersihkan [dosa] mereka dan bagi mereka azab yang pedih: Sesiapa yang telah mendakwaimamah daripada Allah, tetapi ia bukanlah untuknya, sesiapa yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah dan sesiapa yang telah berpendapat bahawa mereka berdua (Abu Bakr dan Umar)  mempunyai nasib [menjadi khalifah] di dalam Islam[9].

       (532)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan, daripada Yahya saudara lelaki Adim, daripada al-Walid bin Sabih berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya urusan ini tidak akan mendakwanya selain daripada tuannya kecuali Allah memusnahkan umurnya.

       (533)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Talhah bin Zaid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah berkongsi bersama seorang imam yang mana imamahnya adalah di sisi Allah dengan seorang yang manaimamahnya bukan daripada Allah, maka beliau adalah seorang musyrik dengan Allah (man asyraka ma‘a imam imamata-hu min ‘andi llah man laisat imamatu-hu mina llah kana musyrikan bi-llah).

       (534)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismai’il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Seorang lelaki telah berkata kepadaku: Kenalilah [imam] yang pertama daripada para imam kerana ia tidak akan memudaratkan anda jika anda mengenali [imam) yang pertama. Beliau telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Allah telah melaknati lelaki ini, sesungguhnya aku memarahinya dan aku tidak mengenalinya. Tidak dikenali [imam] yang akhir melainkan dengan [imam] yang pertama.

       (535)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan berkata: Aku telah bertanya Musa al-Kazim a.s, daripada para imam a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mengingkari seorang [imam] daripada mereka yang hidup, maka beliau telah mengingkari mereka yang mati.

       (536)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Sa‘id, daripada Abi Wahab, daripada Muhammad bin Mansur berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang firman Allah: “Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: “Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah: “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan yang keji” Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?[10] Beliau a.s telah berkata: Adakah anda telah melihat seorang yang telah berpendapat bahawa Allah telah menyuruh[nya] berzina, meminum arak atau sesuatu daripada perkara-perkara yang diharamkan?
       Maka aku telah berkata: Tidak, maka beliau a.s telah berkata: Apakah perkara keji (al-Fahisyah) yang mereka mendakwa bahawa Allah telah menyuruh mereka dengannya? Aku telah berkata: Allah lebih mengetahuinya dan wali-Nya. Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ayat ini tentang para imam yang zalim (aimmati al-Jaur). Mereka telah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh mereka supaya mengikuti kaum (para imam) yang mana Allah tidak menyuruh mereka mengikuti mereka. Justeru, Allah telah menolak mereka dengan alasan tersebut, lalu memeberitahu kepada mereka bahawa mereka telah berkata dusta ke atas-Nya. Kemudian Dia menamakan keadaan mereka sedemikian dengan perkara keji (fahisyah).

       (537)-10. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Abi Wahab, daripada Muhammad bin Mansur berkata: Aku telah bertanya seorang hamba yang saleh (Musa al-Kazim a.s) tentang firman Allah: “Katakanlah:Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi”[11] Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an ada [makna] zahir dan batin. Justeru, semua yang telah diharamkan oleh Allah di dalam al-Qur’an adalah zahir dan batinnya adalah para imam yang zalim. Semua yang telah dihalalkan oleh Allah di dalam al-Qur’an adalah zahir dan batinnya adalah para imam yang benar.

       (538)-11. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada ‘Umru bin Thabit, daripada Jabir, berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah: “Dan di antara manusia ada mereka yang menyembah  selain Allah (jadi) tandingan-Nya, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah”[12] Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, mereka adalah para wali polan [13]dan polan[14]. Mereka telah mengambil “mereka” sebagai para imam, bukan imam yang telah dijadikan oleh Allah untuk manusia.
       Lantaran itu, Dia telah berfirman: “Dan jika seandainya mereka yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya. Ketika mereka yang diikuti itu berlepas diri dari mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah mereka yang mengikuti: “Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana  mereka berlepas diri dari kami” Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka”[15] Kemudian Abu Ja‘far a.s telah berkata: Demi Allah, mereka, wahai Jabir, adalah para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka.

       (539)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abu Daud al-Mustariqq, daripada Ali bin Maimun, daripada Ibn Abi Ya‘fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tiga orang Allah tidak akan melihat kepada mereka pada hari Kiamat dan tidak akan membersihkan[dosa] mereka dan bagi mereka azab yang pedih: Orang yang telah mendakwa imamah daripada Allah, tetapi ia bukan untuknya, orang yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah dan orang yang telah berpendapat bahawa mereka berdua [16] [menjadi khalifah] adalah kerana nasib di dalam Islam.


                                                                      Bab 86

☼Tentang Orang Yang Telah Beragama Dengan Agama Allah A.W Tanpa Imam Daripada Allah Jalla Jalalah (fi-man daana llaha a.w bi-ghairi imam mina llahi jalaa jalalah)☼

       (540)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada anak lelaki Abu Basir, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah: “Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun”[17] Beliau a.s telah berkata: Iaitu orang yang telah mengambil pendapatnya sebagai agamanya tanpa [mempercayai] seorang imam daripada para imam petunjuk.
       (541)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-‘Alaa’ bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Setiap orang yang telah beragama dengan agama Allah dengan melakukan ibadat secara gigih, tetapi tidak ada imam baginya daripada Allah, maka usahanya tidak diterima. Beliau telah tersesat lagi terkeliru dan Allah memarahi amalannya, beliau adalah seperti kambing betina yang tersesat dari pengembalanya dan kumpulannya. Lalu ia telah pergi ke sana dan ke mari pada hari itu. Apabila malam telah tiba, ia telah melihat kepada satu kumpulan binatang tanpa pengembalanya, lalu ia merasa rindu kepadanya dan terpedaya dengannya.
       Kemudian ia telah bermalam bersamanya di kandangnya. Apabila pengembala telah menarik [keluar] sekumpulan binatangnya, maka  kambing betina itu telah mengingkari pengembalanya dan binatang-binatangnya, lalu ia telah menjadi keliru dengan mencari pengembalanya dan kumpulan [kawan] bintang-binatangnya [yang terdahulu]. Maka ia telah melihat kepada seekor kambing jantan bersama pengembalanya, lalu ia merasa rindu kepadanya dan terpedaya dengannya. Lantas pengembara meraung sambil berkata: Pergilah bersama pengembala anda dan kumpulan anda kerana anda sesat lagi terkeliru dari pengembala dan kumpulan anda, lalu ia telah pergi ke sana dan ke mari dalam keadaan keliru tanpa pengembala untuknya dan kumpulannya yang akan menunjukkannya kepada tempat tinggalnya atau mengembalikannya ke tempatnya.
       Ketika ia di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba seekor serigala telah mengambil peluang di atas kesesatannya, lalu memakannya. Demikianlah, demi Allah, wahai Muhammad, sesiapa pada setiap pagi daripada umat ini tidak mempunyai imam untuknya daripada Allah a.w, zahir dan adil, maka beliau menjadi sesat lagi terkeliru. Jika beliau telah mati di dalam keadaan ini, maka beliau telah mati di dalam keadaan kufur dan nifak. Ketahuilah, wahai Muhammad, sesungguhnya para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka adalah terpisah daripada agama Allah (inna aimmata al-Jauri wa-atba‘a-hum la-ma‘zuuluun ‘an dini llahi), Mereka telah sesat dan menyesatkan (dhallu wa-adhallu). Justeru, amalan-amalan yang mereka lakukan adalah seperti abu yang telah ditiup angin, amalan mereka tidak dinilai sedikitpun, itu adalah kesesatan yang jauh.

       (542)-3. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada ‘Abd al-‘Aziz al- ‘Abdiy, daripada Abdullah bin Abi Ya‘fur berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku bergaul dengan orang ramai, tetapi apa yang lebih mengagumkan aku adalah tentang mereka yang tidak mewalikan kamu, mereka mewalikan polan dan polan, sedangkan mereka mempunyai amanah, [bercakap] benar dan kesetiaan. Adapun mereka yang mewalikan kamu tidak mempunyai amanah, kesetian dan kebenaran? Beliau  berkata: Abu Abdillah a.s yang sedang duduk, telah berpaling kepadaku seperti seorang yang marah, kemudian beliau a.s telah berkata: Tiada agama bagi orang yang telah beragama dengan agama Allah dengan mewalikan imam yang zalim, bukan daripada Allah (la dina li-man dana llaha bi-wilayati imam jaa’ir laisa mina llahi) dan tiada celaan ke atas orang yang telah beragama dengan mewalikan seorang imam yang adil daripada Allah.
       Aku telah berkata: Tiada agama untuk mereka[18] dan tiada celaan ke atas mereka?[19] Beliau a.s telah berkata: Ya, tiada agama bagi mereka dan tiada celaan ke atas mereka, kemudian beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda mendengar firman Allah: “Allah Pelindung (wali) mereka yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya”[20] Iaitu [daripada] kegelapan dosa kepada cahaya taubat dan keampunan kerana mereka mewalikan setiap imam yang adil daripada Allah. Dan Dia telah berfirman: “Dan mereka yang kafir, pelindung-pelindung mereka ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan”[21] Sesungguhnya Dia telah maksudkan bahawa mereka telah berada di atas cahaya Islam, tetapi apabila mereka mewalikan setiap imam yang zalim, bukan daripada Allah a.w, maka mereka telah keluar dengan mewalikan mereka daripada Islam kepada kegelapan kekafiran. Maka Allah telah mewajibkan untuk mereka neraka bersama mereka yang kafir, “Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”[22]

       (543)-4. Daripadanya, daripada Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah berfirman [dalam sebuah hadis kudsi]: Aku akan mengazab setiap rakyat di dalam Islam yang telah berpegang kepada wilayah setiap imam yang zalim, bukan daripada Allah sekalipun rakyat pada amalan meraka baik dan bertakwa. Dan Aku akan mengampunkan daripada setiap rakyat di dalam Islam yang telah berpegang kepada wilayah imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat pada diri mereka sendiri zalim dan jahat”[23]

       (544)-5. Ali bin Muhammad, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak malu mengazabkan umat yang telah berpegang kepada imam yang bukan daripada Allah sekalipun amalan mereka baik dan bertakwa dan sesungguhnya Allah malu mengazabkan umat yang telah berpegang kepada imam daripada Allah sekalipun amalan meraka zalim dan jahat”.


                                                                       Bab 87

☼Sesiapa Yang Telah Mati Dan Tiada Baginya Imam Daripada Para Imam Petunjuk Iaitu Daripada Bab Pertama (man mata wa laisa la-hu imam min aimmati al-Huda wa huwa min al-Bab al-Awwal)☼[24]

       (545)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin ‘Aa’idh, daripada Ibn Udhinah, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata:  Pada suatu hari, Abu Abdillah a.s telah mula berkata kepada kami: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati dan tiada di atasnya seorang imam, maka kematiannya adalah seperti kematian [seorang] jahiliyah” (man maata wa-laisa ‘alai-hi imam fa-maitatu-hu maitatun jahiliyyatun). Maka aku telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda sedemikian? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, baginda s.a.w telah bersabda sedemikian. Aku telah berkata: Setiap orang yang telah mati dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian [seorang] jahiliyah?! Beliau a.s telah berkata: Ya.

       (546)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripaeda Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’ berkata: ‘Abd al-Karim bin ‘Umru telah memberitahu kepadaku, daripada Ibn Abi Ya‘fur berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian [seorang] jahiliyah”. Aku telah berkata: Kematian [orang] kafir? Beliau a.s telah berkata: Kematian [orang] sesat, aku telah berkata: Justeru sesiapa yang telah mati pada hari ini dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian jahiliyyah? Maka beliau a.s telah berkata: Ya.
       (547)-3. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada al-Fudhail, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati, tidak mengtahui imamnya, maka beliau mati kematian jahiliyah”? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Jahiliyah mereka yang jahil atau jahiliyah yang tidak mengetahui imamnya? Beliau a.s telah berkata: Jahiliyah kekafiran, nifak dan kesesatan (jahiliyat kufrin wa nifaq wa dhalal).

       (548)-4. Daripada sebahagian sahabat kami, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Malik bin ‘Aamir, daripada al-Mufadhdhal, bin Za’idah, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah berpegang kepada agama Allah tanpa mendengar daripada orang yang benar (imam), maka Allah mewajibkannya kepada kesesatan dan sesiapa yang telah mendakwa mendengar bukan dari pintu yang telah dibuka oleh Allah, maka beliau adalah seorang musyrik. Dan itulah pintu yang diamanahkan di atas rahsia Allah yang tersembunyi[25]


                                                                        Bab 88

☼Tentang Orang Yang Telah Mengetahui Kebenaran Daripada Ahlu l-Bait Dan Orang Yang Telah Mengingkarinya (fi-man ‘arafa al-Haqq min Ahl al-Bait wa-man Ankara)☼

       (549)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Sulaiman bin Ja‘far berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abdullah bin al-Husain bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s, perempuannya dan anak-anaknya adalah daripada ahli syurga. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui urusan ini daripada anak Ali dan Fatimah a.s, maka beliau bukanlah seperti manusia [biasa].

       (550)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad berkata:  Al-Wasyaa’ telah memberitahu kepadaku, berkata: Ahmad bin Umar al-Halal telah memberitahu kepadaku telah berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Beritahulah kepadaku tentang orang yang telah menentang anda dan beliau tidak mengetahui hak anda daripada anak lelaki Fatimah? Adakah beliau dan semua orang adalah sama di dalam seksaan? Maka Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Di atas mereka dua kali seksaan (‘alai-him dha‘fa al-‘Iqab).

       (551)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Rasyid berkata: Ali bin Isma’il al-Maithamiy berkata: Ruba‘i bin Abdullah telah memberitahu kepadaku, berkata: ‘Abd al-Rahman bin Abi Abdullah telah berkata kepadaku: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah orang yang ingkar (al-Munkir)urusan ini daripada Bani Hasyim dan selain daripada mereka itu sama? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Janganlah anda berkata: Orang yang ingkar (al-Munkir), tetapi katalah: Orang yang menentang (al-Jahid) daripada Bani Hasyim dan selain daripada mereka. Abu al-Hasan berkata: Kemudian aku terfikir tentangnya, maka aku telah menyebut firman Allah a.w pada sudara-saudara Yusuf: “Maka Yusuf  mengenali mereka, sedang mereka tidak kenal (lagi) kepadanya”[26]

       (552)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s, aku telah berkata kepadanya: Adakah orang yang menentang (al-Jahid) di kalangan kamu dan selain daripada kamu itu sama? Beliau a.s telah berkata: Orang yang menentang di kalangan kami baginya dua dosa dan orang yang berbuat baik baginya dua kebaikan.


                                                      Bab 89

☼Perkara Yang Wajib Bagi Manusia Ketika Matinya Imam A.S (ma yajibu ‘ala al-Naasi ‘inda mudhiyyi al-Imam)☼

       (553)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apabila sesuatu telah berlaku kepada seorang imam, bagaimana orang ramai akan buat? Beliau a.s telah berkata: Di manakah firman Allah a.w: “Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”[27] Beliau a.s telah berkata: Mereka dimaafkan selama mereka masih menuntut[ilmu] dan begitu juga mereka yang sedang menanti mereka [yang sedang menuntut ilmu] adalah dimaafkan sehingga para sahabat mereka kembali kepada mereka.

       (554)-2. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin ‘Abd al-Rahman berkata: Hammad telah memberitahu kepadaku, daripada ‘Abd al-Rahman al-‘Alaa’ berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang pendapat umum: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam, maka beliau telah mati [seperti] kematian jahiliyah” (man maata wa-laisa la-hu imam, maata maitatan jahiliyyatan” Maka beliau a.s telah berkata: Benar, demi Allah. Aku telah berkata: Sesungguhnya seorang imam telah mati sedang seorang lelaki di Khurasan tidak mengetahui siapakah wasinya, adakah ia dimaafkan?
       Beliau a.s telah berkata: Tidak dimaafkan, sesungguhnya apabila seorang imam telah mati, hujah wasinya telah berlaku (efektif) di atas orang yang bersamanya di negari itu dan hak golongan tertentu pula menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir ketika kematiannya. Sesungguhnya Allah a.w berfirman: “Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”[28] Aku telah berkata: Satu golongan telah pergi, maka sebahagian mereka telah mati sebelum mereka sampai [di tempat] untuk memberitahukannya [kepada orang ramai]? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w berfirman: “Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya, maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah”[29]
       Maka aku telah berkata: Sebahagian mereka telah sampai ke tempat itu, tetapi mereka telah mendapati anda menutup pintu anda, menutup tirai anda, anda tidak menyeru mereka kepada diri anda dan tiada orang yang akan menunjukkan mereka kepada anda. Justeru bagaimana mereka akan mengetahui perkara itu? Beliau a.s telah berkata: Dengan Kitab Allah yang diturunkan, aku telah berkata: Bagaimana dengan firman Allah? Beliau a.s telah berkata: Aku berpendapat anda telah bercakap tentang perkara ini sebelum hari ini, aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah menyebut apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Ali a.s dan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w daripada wasiatnya kepadanya. Perlantikannya, apa yang akan menimpa mereka, pengakuan al-Hasan dan al-Husain di atas perkara tersebut, wasiatnya kepada al-Hasan dan penerimaan al-Husain untuknya dengan firman Allah: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya di dalam Kitab Allah”[30]
       Aku telah berkata: Sesungguhnya orang ramai telah bercakap tentang Abu Ja‘far a.s dan mereka berkata: Bagaimana anda telah melangkahi atau mendahului anak-anak lelaki bapanya yang mempunyai kerabat seumpamanya, orang yang lebih muda daripadanya dan anda telah menghadkan [nya] kepada orang yang lebih muda daripadanya, maka beliau telah berkata: Sahabat urusan ini (imam) dikenali dengan tiga perkara yang tidak ada pada orang lain, beliaulah orang yang paling layak (aula) mengikut orang (imam) sebelumnya dan beliaulah wasinya dan di sisinya senjata Rasulullah s.a.w dan wasiatnya yang ada di sisiku, aku tidak pertikaikan tentangnya. Aku telah berkata: Sesungguhnya perkara itu adalah tersembunyi kerana takutkan sultan?
       Beliau a.s telah berkata berkata: Beliau tidak akan berada di dalam persembunyian melainkan baginya hujah yang zahir. Sesungguhnya bapaku telah meminta aku supaya menyimpan apa yang ada di sana. Manakala tiba kematiannya, beliau telah berkata kepadaku: Panggillah beberapa orang saksi untukku, lalu aku telah memanggil empat orang saksi daripada Quraisy. Di antara mereka ialah Nafi‘ [31]maula Abdullah bin Umar, beliau telah berkata: Tulislah, ini adalah apa yang telah diwasiatkan oleh Ya‘qub kepada anak-anaknya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali di dalam memeluk agama Islam”[32]. Muhammad bin Ali telah mewasiatkan kepada anak lelakinya Ja‘far bin Muhammad dan memerintahkannya supaya mengapankannya dengan burdah yang digunakan di dalam sembahyang jemaah dan memakaikan [di kepala]nya dengan serbannya, kuburnya diratakan dan ditinggikannya sebanyak empat jari.
       Kemudian ia dikosongkan daripadanya. Maka beliau telah berkata: Tutuplah, kemudian beliau telah berkata kepada para saksi: Pulanglah, Semoga kamu dirahmati Allah. Maka aku telah berkata kepadanya selepas mereka pulang: Bukan ini, wahai bapaku, anda menjadi saksi ke atasnya? Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku tidak suka anda dikalahkan dan dikatakan: Bahawa beliau [anda] tidak diwasiatkan, justeru, aku mahu anda mempunyai hujah; apabila seorang lelaki datang ke suatu negeri dan berkata: Siapakah wasi polan, dikatakan: Polan, aku telah berkata: Bolehkah wasiat dikongsi? Beliau (perawi) berkata: Kamu bertanyalah kepadanya a.s, kerana beliau akan menerangkannya kepada kamu.

       (555)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Buraid bin Mu‘awiyah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aslaha-ka llahu,aduan kamu telah sampai kepada kami dan kami bersimpati dengannya, jika anda telah memberitahu kepada kami atau anda telah mengajar kami, siapa orangnya? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang yang alim dan ilmu [boleh] diwarisi. Justeru, seorang alim tidak mati melainkan akan tinggal selepasnya orang yang mengetahui seperti ilmunya atau apa yang dikehendaki Allah, aku telah berkata: Adakah orang ramai dimaafkan apabila orang alim (imam) telah mati, sedang mereka tidak mengetahuinya (imam) selepasnya?
       Beliau telah berkata: Adapun penduduk negeri ini, maka ia adalah tidak-Iaitu Madinah-Adapun negeri-negeri lain mengikut jarak perjalanan mereka. Sesungguhnya Allah berfirman: “Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”[33] Aku telah berkata: Apa pendapat anda tentang orang yang telah mati pada ketika itu? Beliau telah berkata: Beliau adalah seperti kedudukan orang yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian beliau mati, maka pahalanya adalah di atas Allah. Aku telah berkata: Apabila mereka telah datang, bagaimana mereka [dapat] mengetahui sahabat (imam) mereka? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan memberi ketenangan, keamanan dan kehebatan [kepada mereka].

                                                                         Bab 90

☼Tentang Imam Bilakah Beliau Mengetahui Urusan Imamah  Berpindah Kepadanya (fi anna al-Imam mata ya‘lamu anna al-Amra qad saara ilai-hi)

       (556)-1. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu Jarir al-Qummi berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya anda telah mengetahui perkhidmatanku yang berterusan kepada bapa anda, kemudian kepada anda, kemudian aku bersumpah untuknya: Demi hak Rasulullah s.a.w dan hak polan dan polan sehingga aku telah berakhir kepadanya bahawa tidak akan terkeluar daripadaku apa yang anda akan memberitahu kepadaku tentangnya kepada seorangpun daripada manusia; aku telah bertanya beliau tentang bapanya adakah beliau hidup atau mati?
       Beliau a.s telah berkata: Demi Allah beliau telah mati. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan, sesungguhnya Syiah anda berpendapat: Sesungguhnya padanya sunnah empat orang nabi. Beliau telah berkata: Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia, bapaku telah mati. Aku telah berkata: Mati ghaib atau mati maut? Beliau a.s telah berkata: Mati maut. Aku telah berkata: Kemungkinan anda bertakiyyah denganku? Beliau a.s telah berkata: Subhanallah, aku telah berkata: Beliau telah mewasiatkan anda? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Adakah beliau telah menjadikan anda berkongsi tentangnya dengan seseorang? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Adakah imam di kalangan saudara-saudara anda yang wajib anda patuhi? Beliau telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Adakah anda imam? Beliau a.s telah berkata: Ya.

       (557)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya seorang lelaki telah memenatkan saudara anda Ibrahim. Maka beliau telah menyebut kepadanya bahawa bapa anda masih hidup, sesungguhnya anda mengetahui perkara itu apa yang beliau mengetahui, maka beliau a.s telah berkata: Subhanallah, Rasulullah s.a.w telah mati dan Musa a.s tidak mati?. Demi Allah, beliau telah mati sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mati. Tetapi Allah sentiasa semenjak mati Nabi-Nya s.a.w dan seterusnya memberi agama ini kepada anak-anak orang asing dan memalingkannya daripada kerabat Nabi-Nya s.a.w. Begitulah seterusnya, maka Dia memberi kepada mereka itu dan menegah mereka [yang lain] pula. Sesungguhnya aku telah menunaikan kepadanya seribu dinar pada bulan Dhu al-Hijjah selepas aku sembuh daripada penyakit.

       (558)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan (al-Ridha a.s): Sesungguhnya mereka telah meriwayatkan daripada anda  tentang kematian Abu al-Hasan (al-Kazim a.s) bahawa seorang lelaki telah berkata kepada anda: Aku telah mengetahui perkara itu (talak) daripada kata-kata Sa‘id[34], maka beliau telah berkata: Sa‘id telah datang selepas aku memberitahu kepadanya tentangnya sebelum kedatangannya, beliau telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Anda telah menceraikan Umm Farwah[35] binti Ishaq pada bulan Rajab satu hari selepas kematian Abu al-Hasan a.s (Musa a.s), anda telah berkata: Aku telah menceraikannya sedang anda telah mengetahui kematian Abu al-Hasan (Musa a.s)? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Sebelum Sa‘id datang kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Ya.

       (559-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Beritahulah kepadaku tentang seorang imam bilakah beliau mengetahui bahawa beliau seorang imam? Ketika sampai [berita] kepadanya bahawa sahabatnya telah mati atau ketika beliau mati? Seperti Abu al-Hasan (al-Kazim a.s) telah mati di Baghdad, sedang anda berada di sini, beliau a.s telah berkata: Beliau (imam) mengetahui perkara itu ketika sahabatanya sedang mati, aku telah berkata: Dengan apa cara? Beliau telah berkata: Allah memberi ilham kepadanya.

       (560)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu al-Fadl al-Syuhbani, daripada Harun bin al-Fadhl berkata: Aku telah melihat Abu al-Hasan Ali bin Muhammad pada hari kematian Abu Ja‘far a.s, maka beliau telah berkata: Inna li-llah wa- inna ilai-hi raaji‘un, Abu Ja‘far a.s telah mati. Dikatakan kepadanya: Bagaimana anda telah mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Aku dimasuki petunjuk daripada Allah yang aku tidak mengetahuinya.

       (561)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Musafir berkata: Abu Ibrahim a.s telah memerintahkan- ketika aku sedang keluar bersamanya-Abu al-Hasan a.s supaya tidur di pintu[rumah]nya pada setiap malam selama beliau a.s masih hidup sehingga akan datang berita [kematian]nya, berkata: Kami pada setiap malam membentangkan hamparan kepada Abu al-Hasan a.s di al-Dihliz, kemudian beliau datang selepas Isyak, lalu beliau tidur.
       Apabila tiba waktu pagi, beliau a.s pulang ke rumahnya. Beliau telah berkata: Keadaan ini telah berlalu selama empat tahun. Manakala pada suatu malam, beliau telah datang lewat malam tidak seperti biasa, maka keluarganya merasa cemas dan takut, suatu perkara yang besar telah memasuki [fikiran] kami kerana kelewatannya. Pada hari keesokannya, beliau telah pulang ke rumah, lalu berjumpa dengan keluarga dan menuju kepada Umm Ahmad sambil berkata kepadanya:  Bawalah kepadaku apa yang telah disimpan kepada anda oleh bapaku, lalu Umm Ahmad telah meraung, menampar mukanya sendiri dan mengoyakkan poket bajunya dan berkata: Demi Allah, sayyidi telah mati. Kemudian beliau a.s telah mencegahnya dan berkata kepadanya: Janganlah anda bercakap sesuatu [tentang kematiannya] dan janganlah anda menzahirkannya pula supaya berita tidak sampai kepada gabenor. Kemudian Umm Ahmad telah mengeluarkan satu bakul, dua ribu dinar atau empat ribu dinar, lalu memberi semuanya kepadanya sahaja.
       Dan Umm Ahmad berkata: Sesungguhnya beliau a.s (al-Kazim a.s) telah berkata kepadaku: Simpanlah barang ini di sisi anda, janganlah anda membenarkan seorangpun melihat kepadanya sehingga aku mati. Apabila aku mati, maka sesiapa yang mendatangi anda daripada anak-anakku dan memintanya daripada anda, maka berilah ia kepadanya dan ketahuilah anda bahawa aku telah pergi” dan demi Allah, sesungguhnya alamat sayyidi telah datang kepadaku. Lalu beliau a.s telah menerimanya daripadanya dan menyuruh mereka supaya menahan diri mereka [dari menyebarkannya] sehingga datangnya berita.
       Maka beliaupun telah pulang  dan mengulangi bermalam sebagaimana beliau a.s telah melakukannya sebelumnya. Beberapa hari telah berlalu sehingga berita ratapan kematiannya [diketahui umum], lalu kami telah menghitung hari-hari itu, tiba-tiba beliau (al-Kazim a.s) telah mati pada waktu Abu al-Hasan (al-Ridha a.s) telah melakukan apa yang beliau telah melakukannya, iaitu tidak bermalam seperti biasa kerana kematian bapanya.
    Bab 91 
[1] Surah al-Ra‘d (13): 38

[2] Pada tarikh dan masa tertentu kerana tarikh dan masa kemunculannya adalah pada ilmu Allah.

[3] Pahala pertama kerana membenarkannya dan pahala kedua kerana percaya kepada konsep al-Bada’ iaitu Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki.

[4] Surah al- ‘Ankabut (29): 2

[5] Surah al-Israa’ (17): 71

[6] Surah al-Israa’ (17): 71

[7] Surah al-Zumar (39): 60

[8] Surah al-Zumar (39): 60

[9] Mereka yang berpendapat bahawa Abu Bakr dan Umar telah menjadi khalifah kerana nasib mereka sahaja adalah termasuk mereka yang tidak dirahmati Allah pada hari Kiamat.

[10] Surah al-A‘raaf (7): 28

[11] Surah al-A‘raaf (7): 33

[12] Surah al-Baqarah (2): 165

[13] Abu Bakr

[14] Umar

[15] Surah al-Baqarah (2): 165-167

[16] Abu Bakr dan Umar

[17] Surah a-Qasas (28): 50

[18] Mereka yang mewalikan imam yang zalim

[19] Mereka yang mewalikan imam yang adil daripada Allah

[20] Surah al-Baqarah (2): 257

[21] Ibid

[22] Ibid

[23] Hadis kudsi

[24] Perbezaan di antara dua bab bahawa di dalam bab pertama menyatakan bahawa orang yang tidak mengenali imam, tidak layak mendapat keampunan dan rahmat. Sementara bab kedua (ini) menyatakan bahawa orang yang tidak mengenali imamnya mati seperti orang jahiliyah.

[25] Imam a.s adalah pintu Allah

[26] Surah Yusuf (12): 58

[27] Surah al-Taubah (9): 122

[28] Surah al-Taubah (9): 122

[29] Surah al-Nisaa’ (4): 100

[30] Surah al-Anfaal (8): 75

[31] Bukan Quraisy

[32] Surah al-Baqarah (2): 132

[33] Surah al-Taubah (9): 122

[34] Sa‘id telah meratap di atas kematian Abu al-Hasan Musa al-Kazim a.s [berjalan] dari Baghdad ke Madinah.

[35] Umm Farwah adalah salah seorang isteri al-Kazim a.s. Kemungkinan al-Ridha a.s telah menjadi wakil bapanya di dalam menceraikannya. Hukum syariat mengikut zahirnya sahaja bukan batinnya. Sebagaimana  ‘Aisyah telah di ceraikan oleh Amir al-Mukminin a.s sebagai wakil daripada Rasulullah .s.a.w selepas kematiannya iaitu sebelum berlakunya peperangan Jamal. Justeru, beliau tidak lagi bergelar Umm al-Mukminin pada batinnya dan ini membolehkan kaum muslimin memeranginya di peperangan Jamal. Kerana sifat keibuannya telah hilang daripadanya apabila beliau cuba memerangi Amir al-Mukminin Ali a.s.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 82-90) ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini, w. 328/29 H (bab 82-90)
 

0 comments:

Catat Ulasan